
Pelakon dan pengacara popular, Uyaina Arshad yang kini sedang sarat hamil anak sulung berdepan dugaan apabila abang sulungnya, Mohd Attaful Uzair Arshad, 35 tahun telah disahkan meninggal dunia pada jam 9 malam tadi akibat serangan jantung.
Mohd. Attaful yang bertugas sebagai doktor di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan dipercayai mengalami serangan jantung ketika menjalani aktiviti berbasikal.
Perkongsian khabar duka ini dikongsi nama sebenar Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 29, itu menerusi Instagramnya, pagi tadi.
Ini Rupanya 10 Sayuran Wajib Ambil Seminggu, Elak Penyakit Merbahaya Jantung, Strok & Kanser!
Uyaina dalam posting itu memberitahu dirinya seakan tidak percaya dengan pemergian insan kesayangannya itu memandangkan mereka baru meluangkan waktu bersama malam tadi.
Malah dalam pertemua terakhir itu, Allahyarham meninggalkan pelbagai pesanan berikutan keadaan dirinya yang sarat hamil dan bakal melahirkan dalam tempoh terdekat.
Lebih menyedihkan, luah Uyaina, tarikh pemergian abangnya bersamaan hari ulang tahun kelahiran ibu mereka, Siti Noor Farah Jaafar, hari ini.
Sebelum ini juga, Uyaina Arshad juga turut pernah dimasukkan ke hospital untuk seketika apabila disahkan pakar kardiologi mempunyai masalah jantung setelah membuat pemeriksaan.
Artikel Lain: Fit Rapi: Pernah Alami Komplikasi Jantung, UYAINA ARSHAD Kini Lebih Hargai Kesihatan
Tanda-Tanda Penyaki Jantung:
Sakit Dada
Sesak Nafas
Keletihan
Terkadang Rasa Loya
Badan Berpeluh
Pitam/Pening
Jantung Berdebar
Kadangkala Sakit di Ulu Hati Sebagai Tanda Gejala Utama
Artikel Lain: Didiagnos Kanser Darah Tahap 4 Lepas Alami Sakit Perut. Doktor Kata Jangka Hayat 6 Bulan Je!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Perlu Rawatan Mahal. Ini Rahsia Mudah, Kekal Cantik Kala Musim Panas Melampau!

Isi Kandungan
ToggleTidak dinafikan, sekarang ini kita berdepan dengan cuaca panas yang mana ada kalanya suhu mencecah 40 darjah celcius.
Keadaan ini akan menyebabkan kulit kita mudah terdedah kepada cahaya matahari dan menyebabkan jadi kering. Jika tidak dijaga sebaiknya boleh jadi kusam dan tidak bermaya.
Justeru, bagi mengekalkan kecantikan dan kelembapan kulit perlu merawat kulit dengan teliti dan jangan sekali diabaikan.
Tak perlu melakukan rawatan yang mahal di salon kecantikan cukup dengan ritual yang sederhana dan yang pasti kena konsisten.
Artikel Lain: Tampil Cantik, Unik & Stailo, Antara Gaya Selebriti Di Karpet Merah Anugerah MeleTOP Era
KRIM TABIR SURIA
Lindungi kulit dengan krim tabir suria yang betul. Krim tabir suria melindungi kulit yang merangsang produksi melanin iaitu pigmen penentu warna kulit. Pilih tabir suria dengan kadar SPF 15 atau lebih. Kadar tersebut menunjukkan berapa efektif tabir suria mencegah kulit terbakar akibat sinar UVB. Seelok-eloknya pilih krim tabir suria dengan pelembap ekstra.
SERUM
Memang elok tidak pernah tinggal rutin menyapu krim pelembap setiap malam sebelum tidur. Namun, kini sudah tiba masa menukar rutin harian itu. Sapu serum sebelum tidur demi mengunci kelembapan kulit. Serum mempunyai molekul lebih kecil lantas menyalur nutrisi kepada lapisan kulit paling dalam yang tidak dapat ditembusi oleh krim pelembap.
Bukan sahaja boleh mengatasi masalah kulit kering serum juga membantu mengatasi masalah penuaan, pigmentasi dan pori-pori besar. Kelembapan kulit terus terpelihara dengan kuasa semula jadi sebaik bangun daripada tidur. Kulit terasa lebih anjal dan segar dengan berkeyakinan.
CUCI TANGAN
Dalam situasi sekarang kebersihan tangan sangat penting bagi membina benteng kepada tubuh untuk mencegah virus COVID-19. Jangan lalai dan mengabaikan sikap membersihkan tangan walau di mana sahaja berada. Selain membenarkan kuman dan bakteria jahat masuk ke dalam tubuh, tangan yang tidak bersih juga jika disentuh ke kulit wajah boleh menyebabkan jerawat. Gunakan hand sanitizer untuk membantu mengusir kuman dan bakteria. Sebaik-baiknya guna sabun untuk membersihkan tangan.
BEDAK ASAS
Langkah paling penting ketika memilih produk kosmetik adalah memiliki bahan pelembap yang tinggi. Terlalu terdedah kepada cahaya matahari juga menjadi punca kulit mudah terhidrasi dengan cepat. Bedak asas yang datang dalam bentuk krim boleh membantu mengekalkan kelembapan kulit. Sapu bedak asas secara nipis kerana formula pelembap ekstra boleh mencantikkan kulit khususnya wanita asia.
KRIM MATA
Ini merupakan salah satu produk yang wajib ada untuk semua wanita. Kesibukan kerja pejabat ditambah pula dengan urusan rumah tangga membuatkan ramai wanita tidak mempunyai tidur yang cukup apatah lagi mendapatkan tidur yang berkualiti. Lingkaran kulit bawah mata sangat sensitif dan ditambah pula sering terdedah kepada cahaya matahari. Krim mata merupakan magis kepada setiap wanita bagi menyingkirkan lingkaran gelap di bawah dan paling penting mengelakkan kedutan atau garis halus di bawah mata.
Artikel Lain: Rebus Herba Terpilih Termasuk Kurma Cina, Minuman Alternatif Bantu ‘Boost’ Tenaga Musim Panas
BODY BUTTER
Kita sering mendengar perkataan body butter tetapi tidak tahu apakah fungsi sebenarnya. Body butter adalah pelembap yang tidak mengandungi air dan jadi item cantik wajib dibawa dalam beg tangan . Pelembap jenis ini diadun antara minyak, butter (lemak padat) atau lilin. Oleh kerana tidak mengandungi air, body butter lebih likat dan umpama minyak yang membeku.
Wanita yang mempunyai kulit normal paling sesuai menggunakan body butter ini. Butter memberi sensasi kilau kepada kulit. Butter bukan solusi terbaik buat mereka yang mempunyai kulit kering kerana tiada kandungan air yang boleh membantu melembapkan kulit.
TEH HIJAU
Peminat teh pasti tahu ada berbagai jenis teh boleh diminum. Salah satu teh yang dapat membantu menjaga kesihatan dan kelembapan kulit adalah teh hijau. Teh hijau bukan sahaja baik untuk detoks tetapi juga mampu meningkatkan kadar lembapan kulit. Kandungan antioksida tinggi pada teh hijau mampu membuat kulit tetap lembap, segar, bebas masalah jerawat serta bintik hitam. Paling istimewa apabila teh hijau berupaya mengekalkan keremajaan kulit.
EKSFOLIASI KULIT
Regenerasi kulit berlaku 14 hingga 28 hari sekali namun apabila kulit terlalu terdedah kepada cahaya matahari, cuaca tidak menentu dan berbagai bahan kimia, proses regenerasi menjadi tidak optimal dan perlu dirangsang dengan eksfoliasi. Eksfoliasi berfungsi untuk membuang sel-sel kulit mati yang tertinggal lantas menghasilkan kulit wajah lebih cerah dan lembut.
Penjagaan lebih mudah kini kerana terdapat produk yang membantu eksfoliasi. Pilih gel khusus untuk eksfoliasi agar selesa dan bersesuaian dengan kulit. Gosok lembut ke wajah dan bilas dengan air bersih sehingga sempurna. Boleh juga menggunakan bahan yang terdapat di dapur seperti kombinasi gula pasir dan madu. Campur satu sudu gula pasir dengan dua sudu madu. Sapu ke seluruh wajah dan setelah rata urut secara perlahan-lahan. Bilas dengan air bersih.
PELEMBAP BIBIR
Jika bibir kering dan pecah-pecah pasti mengganggu mood seharian. Kurang minum air dan cuaca sejuk melampau menjadikan bibir kering dan mengelupas. Cara paling mudah untuk memelihara bibir kering adalah pelembap bibir. Jika memilih pelembap bibir yang mengandungi perlindungan terhadap sinar UVA dan UVB adalah suatu bonus.
MINUM AIR SECUKUPNYA
Bila kulit wajah dan kulit bibir sudah mula mengering, cuba periksa minuman yang sering diambil. Adakah anda melebihkan kafein, air bergula atau minuman karbonat setiap hari berbanding air kosong? Jika minuman ini menjadi pilihan sukar untuk membantu mengatasi masalah kulit kering dan mengelupas. Apa yang perlu dilakukan adalah minum air sekurang-kurangnya 2.5 liter air sehari.
KRIM CC
Color Correcting atau Complexion Corrector, lebih dikenali sebagai krim CC berfungsi untuk menyamarkan tona kulit wajah, melindungi kemerahan kulit dan menutup pigmentasi. Krim CC ini lebih sesuai digunakan oleh wanita matang kerana ia berupaya menutup permasalahan kulit wajah seperti tona kulit tidak sekata, garis-garis halus, kedut dan iritasi. Sifat krim CC yang kalis air dengan struktur rangkaian kukuh iaitu dibentuk oleh molekul yang tinggi membolehkan solekan bertahan sehingga 12 jam tanpa memerlukan sentuhan walaupun dalam cuaca yang panas.
Keistimewaan krim CC ini tidak menimbulkan kesan terlalu tebal, amat sekata pada kulit dan mudah menyerap ke liang sebum. Pada masa yang sama ia meresap pantulan daripada cahaya matahari untuk tona kulit semula jadi tanpa kesan minyak.
Artikel Lain: Elak Minum Manis & Makan Enam Suap Saja. Rahsia Adibah Noor Makin Kurus!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Pakai Serum Dengan Betul, Hasilnya Kulit Makin Cerah Dan Tak Kusam

Isi Kandungan
ToggleBila anda tahu cara pakai serum dengan betul, barulah kulit akan nampak lebih cerah dan bersih tanpa cela. Malah kedut pun takut nak singgah!
Biasanya, kulit akan cepat kedut dan kering apabila anda masuk fasa pertengahan umur. Rasa macam tak selesa selepas cuci muka sampai terpaksa pakai pelembap setiap jam.
Nak-nak pula apabila umur anda semakin meningkat dan masuk 30an, tidak hanya kering tetapi keluar jeragat!
Masalah ini tidak dapat dinafikan lagi apabila keupayaan kulit untuk memegang kelembapan kulit semakin perlahan. Jadi timbul garis-garis halus serta kedutan akibat kulit kering. Rimas bukan?
Cara Pakai Serum Dengan Betul, Hasilnya Kulit Makin Cerah Dan Tak Kusam
Solusi yang terbaik untuk mengembalikan hidrasi kulit bukan sahaja bergantung pada krim pelembab. Tetapi anda juga perlu setia memakai serum yang diformulakan dengan hyaluronic acid. Molekul yang versatil ini mampu membaiki masalah kulit kering dengan selamat dan berkesan!
Penggunaan hyaluronic acid yang konsisten akan mengubah tekstur kulit. Anda sendiri akan lihat perbezaan kulit yang lebih anjal, bebas cela dan paling penting kulit bebas dari masalah kekeringan.
Kelebihan Hyaluronic Acid
Cara terbaik untuk memakai serum hyaluronic acid ialah sapu pada kulit yang bersih selepas mencuci wajah, menyegar dan melembab. Sapu rata serum dan biarkan betul-betul menyerap ke dalam kulit untuk beberapa minit.
Jangan sesekali pakai serum tanpa sebarang lapisan pelembab yang lain. Ini kerana hyaluronic acid akan mengunci pelembab sebagai sumber melembab kulit.
Pasti ada yang rasa teruja nak mula pakai serum hyaluronic acid. Buat anda yang masih tercari-cari skincare selamat untuk kulit, ini lima pilihan serum hyaluronic acid terbaik dan kadar harga yang berpatutan untuk yang begginer.
L’Oreal Paris Revitalift Hyaluronic Acid Serum 30ml [RM99]
SKINTIFIC-4D Hyaluronic Acid Hydrating Serum 20ml [RM69]
Aiken Prebiotic Hydra Serum 30ml [RM32.75]
The Ultimate Snow Shroom Hyaluronic Acid Serum 30ml [RM119.90]
La Roche Posay Hyalu B5 Serum Anti-Wrinkle Concentrate 30ml [RM179.90]
Ini Cara Yang Betul Pakai
Untuk kesan yang lebih baik, gunakan serum sebanyak dua kali sehari sahaja. Satu di waktu siang, satu lagi di waktu malam sebaiknya sebelum tidur.
Puas hati kalau anda dapat guna serum hyaluronic acid, sekurang-kurangnya ada usaha anda nak buat kulit berkilat, tegang tanpa kedut sebelum masuk umur 40 tahun. Selamat mencuba!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lepas 2 Tahun Jaga SOP, Pelakon Almy Nadia & Anak Sulung Pula Disahkan Positif Covid-19

Jika sebelum ini beliau sangat menjaga kesihatan diri untuk mentelak dia da keluarga dijangkiti virus merbahaya, Covid-19.
Siapa sangka selepas dua tahun menjaga operasi Standard (SOP), pelano Datin Almy Nadia, 36 tahun akhirnya terpaksa menerima hakikat dirinya disahkan positif Covid-19.
Bukan hanya dirinya disahkan positif, tetapi anak sulungnya, Nurul Afrina Arianna, 5 tahun juga turut dijangkiti virus berkenaan.
“Saya sudah mula sakit dari hari Jumaat minggu lalu lagi tapi buat kit ujian kendiri saliva tiga kali negatif. Pagi hari ini buat sekali lagi terus positif.
Artikel Lain: Batuk 3 Minggu Tanpa Henti Pulih, Lepas Cuba Petua Remedies Cina Guna Bawang Putih
“Tidak terkata saya selain menangis. Disebabkan saya juga anak-anak tidak dapat pergi sekolah hari ini.
“Malam tadi anak sulung, Nana tiba-tiba batuk dan selsema, pagi ini buat kit ujian kendiri positif juga. Jadi, awal pagi tadi suami buat ujian pada semua anak. Alhamdulillah, mereka semua negatif,” kata isteri kepada pelakon Datuk Fizz Fairuz ini.
Artikel Lain: Sakit Kepala & Demam Berpanjangan. Karl Shafek Alami Gejala Teruk Disahkan Positif Covid-19!
Menurutnya lagi tiada kata-kata yang mampu diungkapkan selain menangis dengan dugaan dihadapi.
Berita ini dikongsikan di laman Instagramnya hingga mendapat perhatian warga maya. Masing-masing mendoakan kesejahteraan ibu kepada tiga orang anak lagi.
azzaelite Cpt sembuh kesayangan ku datin @almynadiaofficial
jozlynnhanania Semoga kembali sihat nyet.. paham sgt pengorbanan mak2 nih.. xpe anggap kifarah ye.. doa bebyk minta Allah permudahkan dan kembalikan kesihatan
sheilahassan SubhanAllah.. Semoga Allah permudahkan segala urusan kesihatan korng anak beranak..
miszerna Allahu..babe, smoga u cpt sembuh. nanti u minum air kelapa perah lemon & garam & madu sikit kay? i doakan u speedy recovery. @almynadiaofficial
mardiana_alwi Alahai. Sabar ya kak. Semoga cepat sembuh
Terdahulu, bulan lalu suami Almy yang juga pelakon Fizz Fairuz disahkan positif virus itu selepas enam hari menjadi kontak rapat. Dia kemudiannya menjalani kuarantin kendiri di rumah sehingga disahkan bebas virus berkenaan.
Tambah Almy lagi, kini giliran suaminya pula menjaga mereka anak beranak yang positif.
Sumber: Instagram Almy Nadia
Artikel Lain: Risau Kalau Hidung Anak Kerap Berdarah. Jangan Panik, Pakar Jelaskan Cara Mudah Atasinya!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI