Walaupun masih dalam Kawalan Perintah Pergerakan (PKP) tetapi tidak menjadi penghalang untuk kedua-dua pasangan selebriti ini mendirikan rumahtangga.
Bagi pelakon popular Remy Ishak hanya dengan sekali lafaz, sah bergelar suami kepada Ezza Yusof, 38, kira kira jam 1.32 petang tadi di Masjid Negara.
Pasangan ini diijabkabulkan abang pengantin perempuan sendiri iaitu Rozman Yusof. Dalam majlis ini Ezza atau nama sebenar Roszaliza Yusof turut menerima sebentuk cincin sebagai mas kahwin.
Majlis berlangsung mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Agama Islam Kuala Lumpur (JAWI).
Sesi pernikahan ini hanya dihadiri oleh pasangan mempelai dan wali kepada pengantin perempuan (Rozman).
Menurut Remy atau nama penuhnya, Mohammad Zalimei Ishak, dia memanjatkan kesyukuran kerana sesi pernikahan ini dapat berjalan dengan lancar walaupun tertunda beberapa kali disebabkan negara masih dalam fasa pemulihan pandemik COVID-19.
Untuk majlis pernikahannya, Remy dan isteri mengenakan busana pengantin hasil rekaan Mirul Jonit, selain ditatarias cantik jurusolek Chomel dan Adik Wan. Pasangan pengantin turut menggunakan khidmat penata gaya, Tym Fatimah.
Sementara itu bagi pelakon berbakat Elisya Sandha juga turut mengakhiri zaman gadisnya dengan anak kepada Sheila Rusly dan Jinggo setelah beberapa bulan mengikat tali pertunangan.
Perkenalan antara Elisya Sandha, 21,dan Uzair Haqimy, 25 sejak lima tahun lalu ketika masing masing masih di bangku sekolah akhirnya mekar hingga jenjang pelamin hari ini.
Pasangan berkenaan bernikah kira kira jam 3.11 petang tadi di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak (PAID) berwalikanbapa Elisya, Mohd Faisal Abdullah.
Pada majlis ringkas mematuhi prosedur operasi standard (SOP) itu, Elisya atau nama penuhnya,Nur Elisya Hassan menerima mas kahwin berupa seutas gelang emas putih daripada Uzair yang bekerja sebagai pengurus produksi.
Adik kepada Fasha Sandha itu ketika dihubungi berkata, majlis asalnya dirancang pada 22 Februari 2022.
“Memang perancangan bernikah hari ini berlangsung pada minit akhir. Dapat saja tarikh nikah dua minggu lalu, saya dan suami memulakan persiapan kahwin serba sederhana.
“Dengan situasi pandemik COVID-19 yang tak boleh dijangka dan peningkatan kes harian mendadak naik, segala segalanya perlu dipercepatkan.
“Termasuk dalam soal membina masjid ini. Kita dahulukan yang wajib dahulu.Insya-Allah kalau tiada aral, kami merancang untuk mengadakan majlis keraian di kampung halaman saya di Perlis. Cuma tarikhnya belum tahu lagi,” kata pelakon drama Pujaan Hati Kanda dan Nasi Kerabu Untuk Cik Abe itu.
Elisya yang anggun mengenakan persalinan daripada Teh Firdaus dan ditatarias Datuk Alha Alfa turut memaklumkan yang dia menerima wang hantaran berjumlah RM22,222.22.
Elisya yang turut mengenakan barang kemas tajaanHabib Jewels menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas lima.
Majlis nikah petang tadi juga dipancarkan secara langsung menerusi aplikasi Zoom membabitkan adik beradik, sanak saudara dan rakan rapat.
Sebaik muat naik perkongsian majlis pernikahan, kedua-dua pasangan selebriti ini mendapat ucapan tahniah dari pengikut masing-masing.
Selamat Pengantin Baru diucapkan untuk Hero Malaya Remy Ishak dan isteri dan juga Elisya Sandha bersama suami atas masjid yang baru dibina. Moga kedua-dua pasangan ini kekal bahagian till jannah.
Tak mudah nak buang whitehead dan blackhead sekitar hidung, malah kalau tekan sendiri depan cermin pun, belum tentu kulit wajah kembali bersih tanpa cela.
Namun baru-baru ini ada satu tips yang tular dan berkesan untuk selesaikan masalah whiehead dan blackhead pada wajah. Tips ini dikongsikan oleh Puan Noorlela menerusi Facebook beliau.
Memang mudah, hanya guna 3 bahan saja. Bahan-bahannya pun senang nak dicari dan murah pula tu. Jom semak bahan-bahan dulu dan kemudian cuba buat.
Cara Buang Whitehead Dan Blackhead
Berikut adalah 3 bahan yang diperlukan.
BAHAN-BAHAN :
Bedak cina / bedak nyonya / amoi / bedak sejuk.
Putih telur
Kapas muka
Mungkin ada yang tertanya-tanya atau tak pernah jumpa bedak nyonya atau bedak sejuk tu. Beginilah rupanya. Bedak macam ni boleh dibeli dekat farmasi, kedai runcit, kedai RM2, Kedai DIY pun kadang-kadang ada.
CARA-CARA:
Bila dah cukup bahan, cara nak membuatnya senang saja.
1. Hancurkan Bedak
Mula-mula, tumbuk dan lumat-lumatkan bedak nyonya bagi hancur macam bedak biasa / loose powder tu.
Agak-agak ambil untuk guna banyak mana yang perlu saja, bukan pakai seketul besar tu ya.
2. Asingkan Telur Putih & Campurkan Bedak
Ambil sebiji telur dan asingkan telur putih. Bubuhkan di dalam mangkuk dan kacaukan sedikit.
Lepas tu, campurkan telur putih dengan bedak sejuk yang dah dihancurkan tadi. Kacau kedua-dua bahan ini hingga sebati.
3. Sediakan Kapas
Seterusnya dah boleh ambil kapas muka untuk dicelup ke dalam campuran bedak nyonya yang dihancurkan dan telur putih tadi.
Boleh potong kecil-kecil supaya mudah nak ditepek pada muka nanti.
4. Tekap Pada Muka
Rendamkan sekejap kapas yang dipotong tadi dan lekapkan pada muka bagi rata. Gunakan terutamanya di bahagian T, bahagian yang selalu terkumpul blackhead dan whitehead.
Jangan basah sangat kapas tu ya, sebab nanti meleleh dan lambat kering.
Haa… beginilah cara pakainya. Saya memang pakai sebelum tidur dan duduk di bawah kipas selama lebih kurang 5-6 jam.
Ini Hasilnya Selepas 5-6 Jam.
Puas hati sangat dengan hasilnya walaupun mungkin leceh sikit.
Memang licin hidung dibuatnya!
Yang ini pula di bawah dagu tadi.
Berkesan walaupun cuma guna bahan yang murah, malah caranya pun senang sangat. Barulah terasa ringan wajah ni. Tak menggerutu dan rasa ‘berpasir’ lagi.
Jadi, siapa ada masalah whitehead dan blackhead di muka, anda boleh cuba untuk dapatkan hasil macam ini.
Selamat mencuba!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebelum pergi lebih jauh soal set penjagaan wajah, pastikan anda belajar cara pakai toner dengan betul.
Jangan kata asal dapat tepek pada kulit wajah sebab dengan pemakaian toner yang betul akan naikkan seri wajah anda lagi. Malah membantu hilangkan masalah kulit kusam.
Okay jom ikuti tip pakai toner dengan dua cara oleh saudari Sarah Radhiah ini…
Biasanya, kita tahu yang ramai kebanyakan pakai toner dengan guna cotton pads dan ada juga yang kata toner kena pakai guna tangan. Jadi sebenarnya mana satu yang patut kita amalkan?
Cara ini sebenarnya sesuai untuk sesiapa yang kulit kering dan sensitif. Toner boleh menyeimbangkan PH pada skin anda yang kering itu.
Yang ini pula sesuai untuk sesiapa yang berkulit normal, berminyak dan juga kombinasi. Ini kerana cotton pads akan membantu menyerap lebihan minyak dekat skin kita bagi penyerapan toner itu.
Jadi mulai sekarang anda boleh check dulu apa jenis kulit anda dan gunakan secara rutin untuk kesan yang terbaik.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.