Mahu kulit cantik semula jadi, boleh lah amalkan minum air rebusan halba dan kurma merah. Ramai yang kata kesannya cukup bagus untuk golongan wanita.
Jadi kalau anda yang ingin kekal sihat dan cantik serta dalam masa yang sama berjimat, bolehlah cuba petua mudah ini yang dikongsikan oleh Adiba Razali ini.
PETUA KULIT CANTIK DENGAN AIR HALBA DAN KURMA MERAH
Bahan-bahan:
Halba – 2 sudu besar
Kurma merah (kurma cina) – 7 biji
Gula perang (tak letak pun takpa) – secukup rasa
Air untuk merebus – 2 liter
Cara-cara membuatnya:
1. Bersihkan halba dan kurma merah.
2. Rebus halba dan kurma merah dalam 2 liter air sehingga biji halba kembang.
Lagi kembang lagi bagus.
3. Tutup api dan biarkan sekejap. Sedia untuk diminum.
Ads
Owh ya, masa rebus tu, kalau nak masukkan terus gula perang pun boleh.
Atau masa nak minum baru bubuh gula perang. Keduanya boleh dibuat, ikut anda suka.
Banyak sangat khasiat air rebusan halba dan kurma merah ni. Wanita ini sendiri pun dah amalkan sebulan dan nampak kulit makin licin.
Ads
7 KHASIAT AIR HALBA DAN KURMA MERAH UNTUK WANITA:
1. Mencuci darah kotor seterusnya mencantikkan kulit dari dalam.
2. Mengatasi masalah senggugut atau ketegangan ketika haid.
3. Menguatkan fungsi rahim. Merangsang dan menyuburkan rahim, sangat bagus untuk yang nak ikhtiar hamil.
4. Mengetatkan dan meremajakan rahim.
5. Mengaktifkan kelenjar susu dan memperbanyakkan susu badan.
6. Meningkatkan saiz payudara secara semula jadi.
7. Meningkatkan keanjalan kulit (awet muda) secara semula jadi.
Ads
Nak buat pun sangat senang. Jadi tunggu apa lagi, selamat mencuba.
NOTA: Ibu mengandung tak digalakkan minum air ni.
Kredit: Adibah Razali
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pakar Farmasi Jelaskan Risiko Bahaya Ambil Panadol Actifast & Panadol Soluble Bagi Penghidap Darah Tinggi. Panadol adalah antara ubat popular yang perlu ada di setiap rumah. Ini kerana penggunaanya yang kerap digunakan terutama ketika waktu kecemasan.
Malah ketika pandemik, dikatakan stok panadol sukar untuk didapati kerana kehabisan di semua premis farmasi atau drugstore.
Penggunaan Panadol juga sangat berguna bagi mengelak simpton seperti demam atau selesema berlarutan sebelum berjumpa doktor untuk rawatan lanjut.
Walaupun begitu, tahukah anda sebenarnya ada banyak jenis-jenis panadol di pasaran yang mempunyai fungsi-fungsi berbeza.
Setiap dari kita perlu tahu fungsi sebenar jenis-jenis panadol ini bimbang disalah guna nanti pengambilannya.
Perkongsian pegawai farmasi Gpharmax Jabi memberi peringatan untuk untuk individu yang ada penyakit darah tinggi tidak digalakkan untuk mengambil Panadol Actifast dan Panadol Soluble. Menurutnya kedua-dua ubat ini mengandungi kandungan ion garam yang tinggi.
Panadol Actifast, selain bahan PCM, ia juga mengandungi kandungan ion garam iaitu Natrium/Sodium sebanyak 174mg/biji. Tujuan garam ini adalah untuk memudahkan Panadol dihadam oleh perut dan diserap laju oleh usus kecil.
Oleh sebab itulah dinamakan actifast, ia pantas menyerap dan disebabkan kandungan garamnya tinggi ia perlu dielakkan untuk pesakit darah tinggi.
Panadol Actifast & Panadol Soluble Bagi Penghidap Darah Tinggi
Manakala Panadol Soluble mengandungi jauh lebih tinggi 427mg sebiji, sekiranya pengambilan Sodim berlebihan di dalam badan, ia akan menyebabkan darah kita menjadi lebih pekat dan membuatkan jantung perlu bekerka dengan lebih keras untuk mengemam darah ke seluruh badan dan inilah yang akan mengakibatkan darah meningkat.
Jadi kepada mereka yang menghidap darah tinggi diingatkan berhati-hati dengan pengambilan sebarang panadol. Baca dulu arahan diberikan sebelum mengambilnya.
Kalau anda suka kulit cerah dan glowing secara semula jadi tanpa perlu menggunakan produk yang menghakis kulit, cuba petua cantik ini.
Cukup tiga bahan yang anda boleh dapat di dapur sahaja, adun sebati dan jadikan masker. Menurut Puan Iryani Zaki, masker ini boleh dipakai setiap hari sama ada pagi atau malam sebelum tidur.
Buat Kulit Cerah Dan Glowing, Guna Betik, Madu Dan Oat Saja
Seminggu ni kulit muka Yani kering ,berminyak dan sunburn. Bila Yani cuba masker ni, kesannya kulit muka bersih, licin dan glowing. Meh yani kongsi petuanya.
Bahan-bahannya:
4 kiub betik atau lebih
2 sudu besar oat dikisar
1 sudu besar madu
Cara – caranya:
1. Potong betik dan kisar bersama oat dan madu sehingga lumat.
2. Perap sehingga 30 minit
3. Bersihkan muka dan sapu masker betik.
4. Biarkan 30 minit dan bilas dengan air dingin. Amalkan seminggu 2 kali saja.
Best sangat lepas bilas tu, rasa licin saja kulit muka. Betik ni elok sebab ada enzim halang pigmentasi dan bantu tanggalkan sel mati.
Oat serap lebihan minyak kat muka. Madu melembapkan wajah dan menyingkirkan jerawat. Lepas ni muka jadi glowing lah. Jom kongsi supaya semua wanita tampil cantik secara natural.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Suka masak tetapi tak pandai jaga kuali. Alamak, itulah realitinya, ramai yang tak berapa ambil peduli tentang penjagaan kuali. Tahu guna saja konsepnya.
Jangan macam itu ya, cuba guna tip yang dikongsikan oleh saudara Wan Luqman ini. Nampak gaya macam boleh tahan lama dan tak cepat berkarat.
Menurutnya, kuali yang baru dibeli perlulah di pre season untuk mengelak ia dari karat. Selain itu, dapat mengelakkan makanan dari melekat di kuali. Barulah syok bila memasak! Jom lihat tips penjagaannya di bawah.
Tip Jaga Kuali Baru Beli, Elak Makanan Melekat Dan Tak Berkarat
Ini kuali yang ketiga. Baru-baru ini jumpa kuali saiz 13 inci terus sambar. Susah sikit nak jumpe saiz 13 inci. Dah selesai masak ibu sambal dan daging hitam, jom bakar kuali baru ni.
Orang putih cakap “season the wok”. Untuk apa bakar? Carbon steel wok ni kalau tak jaga dia tak manjakan dia, dia akan cepat berkarat. Jadi untuk elakkan berkarat, kita kena bakar kuali ni dulu sebelum guna (untuk yang baru dibeli) dan selepas guna dia.
Salah satu lagi sebab nak bakar adalah supaya masakan kita tak melekat. Jadi pengalaman memasak anda lebih seronok dan ghairah haha. Macam enamel wok tu. Sila sayangi kuali anda.
Goreng nasi sambil melambung-melambung nasi tu, goreng telur mata dan goreng ikan memang cantik dan best. Ada saja yang dijual pre season wok. Mahal sikit lah.
Proses semua makan masa lebih kurang 30-45 minit bergantung kepada power api dapur anda. Saya punya dapur bukan high pressure, tapi turbo burner.
Buat Macam Ini Untuk Tahan Lama
Okay, macam mana nak tahu saiz kuali ni? Dekat handle tu ada sticker. Boleh tengok nombor tu lah saiz. Kebanyakan yang ada saiz 14″ 16″. Saiz 13″ susah sikit nak dapat.
Tapi kuali jenis ni tak ada dah saiz lagi kecil rasanya dekat Malaysia. 13 kot paling kecik. Kalau dapat saiz 10″-11″, lagi comel masak nasi goreng seorang makan.
Harga dia average RM 18-23. Tengok kedai dan tempat.
Kuali ni masa baru beli dia berbungkus dalam plastik. Bila buka plastik, permukaan kuali tu dia berminyak (greasy). Itu adalah minyak dari kilang.
Kita kena cuci dulu. Tenyeh gosok dengan sabun guna span besi ye. Depan belakang bontot dia kita gonyoh semua.
Bakar sampai kebiruan ke seluruh permukaan kuali dan biar rata di semua tempat.
PERINGATAN!
Jangan lama sangat, bila dah start biru terus alih ke permukaan lain.
Kalau lama sangat dekat tempat sama, nanti yang biru akan jadi merah.
Merah tu tanda besi terlalu panas dan akan berkarat di kemudian hari. Sila buang dan beli kuali baru.
Bakar seluruh permukaan kuali ye. Jangan leka dan lalai.
Dah siap! Biarkan dalam 10 minit.
Lepas 10 minit, kita test season. Letak minyak sikit.
Guna paper towel untuk ratakan ke seluruh permukaan kuali. Ingat, tisu dapur ya. Bukan guna tisu muka dalam kotak dekat ruang tamu tu!
Test run, goreng la apa-apa pun, bawang ke daun bawang ke halia ke serai ke. Seronok waktu ni tengok mereka berlari. Goreng je sampai garing ke hangus ke.
Masa ni saya goreng kobis, halia dan bawang putih je.
Bila dah garing kaw-kaw, buang bahan goreng tadi dan guna tisu tadi untuk lap permukaan kuali.
Dah habis lap, biarkan sekejap dalam 3-5 minit. Bagi dia cool down dulu. Korang tengoklah kuali je baru. Sudip ikat cable tie tu jugak tak tukar-tukar.
Kemudian bilas dan gosok guna span tanpa sabun ye.
Lap-lap bagi kering kemudian panaskan. Titiskan minyak sikit dan sapu rata ke seluruh permukaan kuali lagi sekali. Simpan.
Bila kita gosok guna tisu sambil api menyala, dia akan start berasap. Tutup api, siap.
Besok-besok nak pakai, panaskan dulu dan ratakan sedikit minyak ke seluruh permukaan kuali dan barulah guna. Ini dipanggil pre season.
Buat 2-3 kali pre season, Insya Allah lepas tu kuali akan hitam gelap gelita macam dekat restoran tu, itu lah yang kita mahu. Konpem tak melekat sampai sudah.
Ini kuali saya yang ke-2. Beli ni dulu tak season pun, malas. Bila tak season, dia jadi macam ni lah. Lepas pakai, cuci bersih-bersih, bila dah kering dan simpan. Akan naik karat-karat tu, jadi setiap kali nak pakai kena cuci dulu.
Kuali macam ni untuk penjagaan dia, setiap kali lepas pakai basuh dan lap bagi kering atau bakar sekejap atas dapur. Kemudian sapu minyak di keliling permukaan dia. Baru simpan, haaa gitulah.
Ingat muka je kena jaga? Kuali kesayangan pun mesti lah kena jaga.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!