Kopi sebenarnya mempunyai tahap antioksidan yang sangat baik yang boleh mengurangkan risiko penyakit tertentu (termasuk beberapa penyakit seperti penyakit jantung dan barah). Namun, untuk PCOS, kopi antara minuman yang kurang baik untuk dijadikan minuman harian kerana: ⠀
Pengambilan yang berlebihan mungkin dikaitkan dengan risiko keguguran – Sekiranya anda hamil, anda harus mengehadkan pengambilan kafein hingga 200 mg sahaja sehari bersamaan dengan 2 cawan sehari.
Ads
Boleh memburukkan masalah adrenal- Pengambilan kafein boleh meningkatkan hormon kortisol serta boleh memburukkan lagi rintangan insulin dan meningkatkan gula dalam darah. Ia juga dapat meningkatkan masalah ‘anxiety’ anda.
Dapat meningkatkan kadar estrogen dalam badan dan menjadi dominan – Hormon estrogen yang tinggi di dalam badan akan menyebabkan anda mengalami pendarahan haid yang berlebihan, mood yang tidak stabil dan sakit kepala.
Boleh mengganggu tidur anda – PCOS memang mudah mengalami masalah kesukaran untuk tidur, ditambah pula dengan minuman berkafein, ianya lagi boleh menyukarkan anda untuk tidur kerana minuman berkafein boleh mengurangkan hormon melatonin anda iaitu hormon tidur!
Ads
Boleh memburukkan lagi masalah pedih ulu hati (atau GERD) kerana kafein boleh meningkatkan acid perut anda.
Kesimpulannya, pengambilan kopi untuk PCOS banyak buruknya dari baik. Jadi, saya mengesyorkan satu cawan sehari sebanyak 50mg, atau kurang atau lebih baik tinggalkan kopi dan gantikan dengan teh herba.
Saya tahu ia agak mengecewakan bagi penggemar kopi, tetapi korbankanlah sedikit kesukaan anda untuk mendapat hormon yang lebih stabil dan badan yang lebih sihat!
Saiz bijiran ini memang kecil tetapi ia sebenarnya mempunyai khasiat yang sangat baik untuk kesihatan, terutama untuk mereka yang ada masalah kencing kotor atau tidak lawas.
Inilah keistimewaan barli yang mana perlu direbus untuk diminum airnya sama ada ketika sejuk atas panas.
Selain itu air rebusan barli ini juga dapat menyejukkan badan terutama bagi mereka yang mengalami demam panas.
Sebenarnya bijirin barli juga merupakan sumber terbaik serat pemakanan, protein dan karbohidrat kompleks serta vitamin dan galian.
Untuk yang mahukan cara lebih jimat, selamat & mudah boleh cuba buat sendiri air Barli home made seperti yang dikongsikan oleh Puan Azrina Ien ini.
Semalam ada yang share buat air barli. Hari ni saya try buat panas-panas, ni rasa segar je dapat air barli homemade.Air ni juga bagus untuk mereka yang ada masalah kencing kotor dan kencing tak lawas.
Bahan-Bahan:
Barli
Gula kundur
Kismis
Gula batu
Daun pandan
Cara Membuat:
1. Rendam barli 5 minit untuk buang kotoran.
2. Cuci bersih barli dan masukkan ke dalam periuk.
3. Tambah air dan daun pandan.
4. Masak sampai barli kembang baru masukkan kismis, gula batu dan buah kundur.
Bijirin Barli kaya dengan khasiat pemakanan seperti fiber, vitamin dan mineral penting (Vitamin B3), thiamine ( Vitamin B1), selenium, iron, magnesium, zinc, phosphorus, copper dan niacin) serta sedikit lemak dan tidak mengandungi kolesterol seperti lain-lain bijirin.
Tidak susah sebenarnya nak kelihatan cantik dalam masa yang singkat. Hanya perlukan benda ini dan hasilnya anda akan dapat wajah seperti ‘glass skin’.
Perkongsian wanita ini Fyza Shah yang hanya menggunakan produk vaselin. Selalunya ia digunakan untuk sapuan di bibir atau kulit kering yang teruk, tetapi rupanya ada kegunaan lain pada wajah.
#Vaseline untuk dapat #glass_skin sepantas 15 minit! (Thanks to Tuan Redza Rahman, Herv Scientist yang share petua ni)
Vaseline selalu kita guna untuk sapu di bibir, kawasan kulit yang kering teruk . Tapi kalau kena dengan cara, kita boleh dapat kulit yang cantik berkilat, kulit yang lembut sihat, lembap dan for sure well hydrated
Vaseline bukan pelembap tapi mampu membentuk barrier atas kulit dan mengunci kelembapan dalam kulit kita supaya tidak hilang.
Kak Fyza pakai jenis Aloe Soothing ni harga RM 10 macam tu. Sebelum pakai pastikan kulit kita bersih. Kalau tak, dia akan lekatkan sekali dengan kotoran pada kulit, amatlah tak ok.
Terbaik, kita exfoliate buang sel mati, dalam keadaan kulit masih lembap tu terus apply Vaseline. Biar kejap dalam 15 minit dan cuci dengan pencuci oil.
Lagi bagus kalau korang ada Essence, pakai dulu sampai basah muka then baru sapu vaseline. Vaselin akan lock lembapan kulit yang dapat dari essence kita tadi.
Glowinggg ching ching! Mari sebarkan manfaat ni
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pernah mengalami masalah kenaikan berat badan selepas melahirkan anak, namun bagi pelakon dan juga usahawan Tya Arifin. Tidak pernah mengalah untuk tampil cantik.
Baginya penampilan yakin dan menyenangkan memberi aura positif setiap kali bekerja memandangkan dirinya juga seorang usahawan.
Mempunyai cara tersendiri dalam menjaga kecantikan diri, Tya Ariffin tidak lokek berkongsi amalannya.
“Tiada rahsia tertentu menjaga kecantikan. Cuma saya banyak minum air kosong dan setiap pagi amalkan minum jus Mutyara. Saya juga akan sentiasa bersihkan wajah yang mekap bila sudah pulang ke rumah.
“Seawal pagi rutin haria saya akan bangun sekitar jam 5 pagi dan waktu itu saya akan terus bersemangat memulakan kerja.
“Kemudian saya akan ambil sarapan pagi sihat seperti bijiran dan sayur dan tidak dilupakan suplemen Mutyara sebagai penambah tenaga untuk kekal cergas sepanjang hari,” ujarnya yang sentiasa murah dengan senyuman ini.
Menurutnya memang dia akan masuk tidur lewat sekitar jam 12 malam tetapi akan bangun awal pagi untuk memulakan rutin harian.
“Walaupun masuk tidur agak letat, tetapi alhamdulillah masih diberi tenaga berpanjangan untuk kekal cergas keesokan harinya.
“Saya masih ingat lagi ketika masih kecil lagi sudah diajar oleh ibu saya agar mengamalkan minuman herba yang dibuat olehnya. Minuman herba ini diperbuat daripada campuran halia, kunyit dan beberapa bahan lain dan rasanya memang pahit. Tetapi mempunyai banyak khasiat dalam mengekalkan kesihatan tubuh.
“Jadi apabila suda ada produk sendiri ini,Tya jadikan ia seperti herba yang dibuat ibu tya untuk diamalkan setiap hari sehingga hari ini. Kesannya memang Tya akan kekal bertenaga sepanjang hari.
“Idola dalam menjaga kecantikan pula, adalah mereka yang berumur 50 tahun ke atas tetapi masih boleh menjaga badan dan kesihatan dalam dengan sangat baik sekali.
“Saya sangat respek dengan mereka yang pandai menjaga kecantikan diri luar dan dalam dan inilah yang Tya idamkan satu hari nanti. Jadi untuk capai impian itu inilah apa yang saya lakukan dengan menjaga kesihan diri sebiak mungkin,” jelasnya lagi.
Bercerita perihal kerja pula, menantu kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, berkata dia bakal bergelar pengacara untuk satu program television.
Bukan tamak mahu melakukan semua cabang kerja, namun ibu kepada Arif Jiwa dan Azzahra Jiwa ini akan mengendalikan program bual bicara dalam talian, Bersama Tya.
Malah pandemik COVID-19 yang sudah lebih setahun melanda dunia juga turut menjentik semangat Tya Arifin berkongsi hal positif dan suntikan inspirasi menerusi program berkenaan.
Bersiaran secara langsung setiap Isnin, Selasa dan Rabu jam 10 malam di ‘Instagram Live’ sejak 14 Jun lalu, Tya juga dalam masa sama membiasakan norma baharu bekerja dari rumah.
Terdahulu, isteri kepada Asyraf Khalid ini pernah berlakon, menyanyi dan menceburi perniagaan jus kesihatan, Mutyara.
“Dalam membiasakan norma baharu sekalipun berdepankekangan tertentu di era pandemik ini, kenapa tidak saya manfaatkan platform media sosial seperti Instagram hingga ke YouTube.
“Sebenarnya, dulu di negara kelahiran sendiri, Indonesia… saya pernah juga jadi penyampai radio. Cuma tak sempat berjinak jinak jadi pengacara,” katanya.
Malah dalam membiasakan norma baharu ini juga, segala serbikerja dilakukan sendiri wanita kelahiran Palembang, Indonesia ini.
“Untuk tugasan program ini, saya banyak melakukan semua kerja sendirian. Awalnya pasukan kerja saya yang menguruskan set program, tetapan gajet, bahan grafik dan sebagainya. Lagi pun saya sudah terbiasa buat ‘live’ di Instagram, jadi tidak canggung.
“Selepas itu, pendek kata semua saya uruskan sendiri. Termasuklah menata rias diri, menentukan pakaian yang mahu dipakai. Malah tetamu atau panel jemputan pun saya sendiri yang undang.
“Lagipun mudah kerana saya bersiaran di rumah. Anak pula jam 9 malam sudah masuk tidur. Jadi masa ‘live’ saya tak diganggu mereka. Pembantu rumah hanya ‘standby’ tekan butang ‘live’ di telefon bimbit saja,” katanya.
Setakat ini sudah lebih 30 episod bersiaran yang kemudiannya turut dikongsi di pelbagai platform termasuk di ‘feed’ Instagram dan dimuat naik di saluran YouTube Tya Arifin.
Tidak hanya mengundang rakan artis dan personaliti di Malaysia, Tya atau nama penuhnya, Nurtria Wulandari Arifin ini turut mengundang selebriti dari Indonesia.
Datuk Seri Siti Nurhaliza, Tengku Zawiyah, Nina Ismail Sabri, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad antara yang pernah diundangnya.
“Saya fikir ketika pandemik ini ramai yang bergelut. Malah terlalu banyak hal negatif di media sosial. Setidak tidaknya perkongsian inspirasi dan positif daripada tetamu jemputan boleh menyebarkan aura baik.
“Isu yang dikupas juga sangat dekat dengan kita. Malah ada yang bersifat semasa dan terkini. Malah saya juga tak bataskan hanya tetamu jemputan di kalangan wanita saja. Nanti tetamu lelaki pun ada. Dulu perkongsian atau motivasi saya mungkin terbatas di kalangan usahawan.
“Tapi sekarang ini, sesiapa saja yang mengikuti saya di media sosial boleh mendapat benda sama. Malah saya juga ada kumpulan telegram Tya Arifin. Menerusi saluran itu banyak juga hal dikongsi. Boleh juga ke Instagram @bersamatya,” katanya yang meminati Ellen Degeneres dan Mata Najwa.
Dalam pada itu, Tya juga berharap suatu hari nanti dapat mengundang wanita berpengaruh termasuk Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali sebagai tetamu jemputan.
“Dapat jemput Tun Dr Siti Hasmah jadi tetamu pasti saya akan rasa bangga. Begitu juga di kalangan figura wanita yang menjadi kekuatan pemimpin di Indonesia.
“Malah saya bercita cita mengundang tokoh pemimpin dan motivasi lain selepas ini,” katanya.
Di akhir bicara, Tya tak lepas ditanya mengenai kerinduannyaterhadap keluarga di kampung halaman selepas dua tahun tidak bersua.
“Bab rindu ini sebenarnya bagaisudah kering air mata. Kerinduan itu terlalu berat. Tapi apa daya kita melawan ujian pandemik ini. Nak rentas negara, bukan perkara mudah. Saya reda,” katanya yang sudah lengkap dos dua vaksin.