Pengambilan Vitamin C dikatakan perlu dalam situasi sekarang ini bagi meningkatkan sistem pertahanan tubuh seseorang.

Namun berapa dos sukatan yang perlu diambli setiap hari dan apa kesannya jika tablet ini diambil secara berlebihan.

Perkongsian Dr Zubaidi Ahmad memberitahu manfaat Vitamin C dalam pengambilan seharian.

Selamat Ambil Vitamin C Setiap Hari, Tapi Jangan Lebih Dos. Doktor Jelaskan Ada Bahaya Menanti!

*VITAMIN C UNTUK MENINGKATKAN SISTEM DAYA TAHAN*

Semenjak wabak virus Co19 menular ke seluruh dunia, ramai pakar perubatan mencadangkan pengambilan vitamin C selain dari yang kita ambil dari makanan.

Ini bertujuan untuk meningkatkan sistem pertahanan tubuh.

Menurut kajian, tahap vitamin C dalam badan yang mencukupi dapat mengurangkan risiko mendapat jangkitan virus Co19.

Untuk mendapatkan tahap vitamin C yang mencukupi dalam badan, ia bergantung kepada kadar penyerapan vitamin C mengikut penyediaan. Jika dalam bentuk pil, penyerapannya lebih rendah (mungkin dalam 40-50%). Ini disebabkan faktor asid yang ada di dalam perut. Jadi jika kita mengambil 1000mg, hanya 400-500mg yang menyerap dalam tubuh.

Jika ia ditambah gula, penyerapannya semakin menurun. Ini kerana dalam proses penyerapan, enzim GLUT-1 dan GLUT-3 yang bertanggungjawab dlm proses penyerapan vitamin C juga bertanggungjawab menyerap glukosa. Bila kita mengambil suplemen vitamin C yang mengandungi gula, enzim-enzim ini lebih suka menyerap glukosa berbanding dengan vitamin C. Jadi penyerapan vitamin C semakin rendah.

Itu tidak termasuk ubat-ubatan yang diambil untuk mengawal penyakit kronik termasuk ubat gastritis dan anti-diabetes. Ia juga merendahkan penyerapan vitamin C.

Mengikut pandangan doktor-doktor di sesawang Mayo Clinic, secara purata sebanyak 100mg sehari diperlukan oleh tubuh. Ini bermakna kita perlu memastikan penyerapan sebanyak 10mg ke dalam darah.

IKLAN

Selamat Ambil Vitamin C Setiap Hari, Tapi Jangan Lebih Dos. Doktor Jelaskan Ada Bahaya Menanti!

Jika kita mengambil 1000mg vitamin C secara oral (masuk ke dalam mulut), hanya 400mg-500mg yang akan diserap dengan cepat. Kemudian penyerapan menjadi perlahan jika kita menambah dos pengambilan sehingga 1000mg, di mana vitamin C tidak diserap lagi.

Maka tahap optimum (terbaik) pengambilan vitamin C adalah 1000mg, terutama pesakit metabolik seperti diabetes, hipertensi dan hiperkolestrolemia. Begitu juga pesakit auto-immune dan pesakit kanser selepas menjalani rawatan kimoterapi dan radioterapi.

Perokok dan peminum arak juga memerlukan dos vitamin C yang lebih besar (1000mg). Wanita hamil dan wanita yang menyusukan anak juga berkongsi vitamin dengan anak mereka. Mereka memerlukan vitamin C yang lebih banyak.

Tahap maksima pengambilan vitamin C yang selamat adalah 2000mg. Jika ambil lebih 2000mg, tanpa minum air yang cukup, ia menyebabkan pembentukan batu dalam ginjal.

Oleh itu minum air secukupnya, agar oxalate yang terhasil dari metabolisme vitamin C tidak membentuk batu dalam ginjal. Ia akan dikeluarkan melalui air kencing. Minum sebanyak 2-2.5L sehari sudah cukup untuk membuang bahan kumuh seperti oxalate dari tubuh melalui air kencing.

IKLAN

Tiada kajian yang spesifik menunjukkan pengambilan vitamin C memberikan kesan negatif atau kerosakan pada ginjal jika diambil dalam dos 1000mg sehari. Apatah lagi jika meminum air yang mencukupi.

Pengambilan dos yang lebih tinggi (mega dos iaitu lebih 3000mg)  sebagai rawatan komplimentari kepada pesakit kanser, Co19 dan lain-lainnya, harus mendapat pemantauan doktor yang mahir. Ia diambil untuk jangkamasa tertentu (pendek).

Selamat Ambil Vitamin C Setiap Hari, Tapi Jangan Lebih Dos. Doktor Jelaskan Ada Bahaya Menanti!

Pengambilan makanan dan suplemen untuk meningkat tahap vitamin C dalam tubuh juga dapat mempercepatkan penyembuhan luka untuk pesakit diabetis (diabetic ulcer), selepas pembedahan atau luka akibat trauma.

Vitamin C merupakan vitamin yang bersifat antioksida yang sangat bagus melawan sebatian radikal bebas. Jadi sangat bagus untuk pesakit kronik dan perokok.

Ia juga mencantikkan dan memutihkan kulit dan menguatkan tulang.

IKLAN

Kesimpulannya *selamat dan bermanfaat mengambil vitamin C 1000mg* terutama bagi mereka yg berisiko dan memerlukan. Kebanyakan vitamin C dijual di farmasi juga pada dos 1000mg. Jika berbahaya dan merosakkan ginjal, sudah tentu pihak berkuasa kesihatan telah mengeluarkan kenyataan dan merampasnya dari farmasim

#HealthDrZubaidi

Rujukan:

1. Waring AJ, Drake IM, Schorah CJ, et al. *Ascorbic acid and total vitamin C concentrations in plasma, gastric juice, and gastrointestinal mucosa: effects of gastritis and oral supplementation*. Gut. 1996;38:171–176.

2. Mowat C, McColl KE. Alterations in intragastric nitrite and vitamin C levels during acid inhibitory therapy. Best Pract Res Clin Gastroenterol. 2001;15:523–537.

3. Wilson JX. Regulation of vitamin C transport. Annu Rev Nutr. 2005;25:105–125.

Artikel Berkaitan:

Selain itu:  Tajul Ariff Tak Kisah Isteri Buat Perubahan Wajah, Demi Cantik!

Sebelum Pilih Aktiviti ‘Jump Rope’, Kenal Pasti Jenis Tali Untuk Hasil Senaman Berbeza

Sebulan Lenyap 21 KG. Selebriti Indonesia Dedah Rahsianya Minum Lemon Suam Sebelum Sarapan!

Lepas Varian Delta, Virus Jenis Varian Mu Pula Patut Kita Takuti. Ini Fakta Lengkap Perlu Tahu!

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI