Pernah dihina dan dikeji kerana mempunyai masalah berat badan berlebihan. Tetapi itu sesekali tidak mematahkan semangat untuk berubah untuk menurunkan berat badan.

Hasil diet dan workout yang dilakukan ketika PKP 1.0 lalu, Helmi Shaari berjaya melenyapkan hampir 21 kg.

Sebelum ini berat asalnya 95 kg, kemudian berjaya menurunkan sehingga 88 kg hinggalah terkini 74 kg. Walaupun belum mencapai BMI normal tetapi tidak akan terus berputus asa.

Suatu tika dulu aku sering dihina dan dikeji. Terima kasih wife yang stiasa bagi semangat dan dorongan untuk jadi lebih sihat.

Perkongsian ini bukan untuk menunjuk, cuma ingin berkongsi rasa bersyukur Allah perkenankan doa dan usaha yang dilakukan.. Alhamdulillah.

Start diet dan workout masa pkp 1.0.. masa tu berat 95kg. Mula-mula dan turun agak mudah.. dari 95kg ke 88kg.

Penat Dihina & Dikeji, Dengan Sokongan Isteri Lelaki Berjaya Hilangkan 21KG Dalam Tempoh Setahun

IKLAN

Kemudian kadar penurunan sangat rendah, dapat 3kg je. Jadi sampai 85kg. tiba-tiba rasa nak makan kembali membuak-buak, sampai naik balik ke 88kg.

Tapi berbekalkan semangat yang ada masa itu saya tambah workout maintain portion makanan yang diambil.

Alhamdulillah.. berat kembali turun laju ke 80kg dan seterusnya ke 74kg. bmi masih belum capai tahap normal. masih dlm perjuangan..doakan saya berjaya ye kawan-kawan dsss.. tq

Penat Dihina & Dikeji, Dengan Sokongan Isteri Lelaki Berjaya Hilangkan 21KG Dalam Tempoh Setahun

Dia juga berkongsi tip berjaya menurunkan berat badannya. Beratnya juga pernah mencecah sekitar 133 kg sebelum turun angka 87 kg hinggalah 74 kg.

IKLAN

“Bulan januari 2021 saya start diet tanpa apa-apa ilmu cuma masa tu cut terus air manis dan tak makan nasi.

Hanya makan makanan yang semulajadi dan tak banyak ada perasa…pelan-pelan belajar ilmu diet dan dsss nie.

Sekarang dah dekat 10bulan amalkan dsss dan eat clean…air manis masih tak minum sampai sekarang.

Dari 133kg sekarang alhamdulilah 87kg…untuk sukan pulak saya banyak jogging dan hiking…

IKLAN

Banyak lagi nk kene lost utk capai ideal bmi..mintak tolong sahabat-sahabat2 doakan saya untuk terus istiqomah capai berat ideal saya kerana sekarang tengah plateau tapi inch lost memang terasa pasal baju dah muat saiz L(dulu baju saiz 5xl)…diet nie kena ade mental yang kuat dan positif..kena selalu enjoy…

Selain itu:  "Ketulan Putih & Berbau Busuk Dalam Mulut" - Doktor Gigi Ini Jelaskan Punca Sebenar Tonsil Stones

Penat Dihina & Dikeji, Dengan Sokongan Isteri Lelaki Berjaya Hilangkan 21KG Dalam Tempoh Setahun

Artikel Berkaitan:

5 Bulan Diet, Wanita Berjaya Transformasi Dari 95KG ke 58KG. Dedah Rahsia Hilangkan Lebih 30 KG!

“Jangan Makan Apa-Apa, Tapi Minum Air 500ML” – Tengku Zafrul Kongsi Tip Sebelum Berlari

4 Senaman Tanpa Peralatan Boleh Bakar Kalori Cepat. Hasilnya Sama Seperti Pergi Gym!

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI