Bermula 16 Mei ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak lagi menawarkan dos pertama bagi vaksin Covid-19 jenis Comirnaty dan CoronaVac kepada kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun.

Perkara ini diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Bertindak Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (CITF-C).

Ini bermakna tarikh akhir pemberian vaksin COVID-19 dos pertama di bawah Program Imunisasi COVID 19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) ditetapkan pada 15 Mei ini.

Perkara ini diberitahu oleh Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.

Artikel Lain: Masuk Hospital Lepas Makan Puding Buih. Doktor Jelaskan Penyediaan Bahan Mentah Tak Sempurna!

“Selepas tarikh ini, vaksin COVID-19 kanak-kanak jenis Comirnaty tidak lagi ditawarkan di mana-mana fasiliti kesihatan awam dan swasta di Malaysia, manakala bagi vaksin Coronavac pula hanya boleh diperolehi dengan bayaran di fasiliti swasta.

IKLAN

“Bagaimanapun, keputusan ini tidak membabitkan vaksinasi bagi kanak-kanak yang lahir pada 2017 dan belum mencapai usia lima tahun 15 Mei 2022,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bermula 16 Mei Ini, Tiada Lagi Dos Pertama PICKids Untuk Kanak-Kanak. Ibu Bapa Take Note!

Dr Noor Azmi berkata, kanak-kanak dalam kategori yang dinyatakan itu boleh mendapatkan vaksinasi COVID-19 dengan mendaftar dalam aplikasi MySejahtera dan perincian mengenai perkara itu akan diperjelaskan dalam masa terdekat.

Beliau berkata, tindakan memutuskan tarikh akhir untuk pemberian vaksin itu dibuat berikutan trend permintaan vaksinasi ibu bapa atau penjaga terhadap kanak-kanak yang semakin menurun.

IKLAN

“KKM sudah mengkaji semula tempoh pelaksanaan PICKids, permintaan vaksinasi yang rendah boleh menyebabkan pembaziran vaksin yang tinggi.

“Bagi mengelakkan pembaziran vaksin Comirnaty kanak-kanak yang tidak digunakan dalam tempoh enam bulan selepas dikeluarkan oleh pengilang, penetapan tarikh akhir bagi dos pertama dan kedua perlu dibuat,” katanya lagi.

Bermula 16 Mei Ini, Tiada Lagi Dos Pertama PICKids Untuk Kanak-Kanak. Ibu Bapa Take Note!

IKLAN

Artikel Lain: Amalkan Diet ‘Intermittent Fasting’ & Ini Antara Menu Sihat Dikongsi. Confirm Langsing!

Selain itu:  Susah Bernafas, Bersin & Badan Naik Bintik-Bintik Sebab Alergi Debu. Ini Pesan Tya Arifin Pada Kaum Ibu!

Dr Noor Azmi berkata sehingga semalam sebanyak 1,371,120 atau 38.6 peratus kanak-kanak sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19 dan 195,865 sudah menerima dua dos lengkap vaksin COVID-19 dengan purata pemberian vaksin dos pertama sekitar 4,500 dos sehari sejak tujuh hari yang lalu.

Katanya, ibu bapa yang sudah mendaftarkan anak dalam MySejahtera tetapi masih belum disuntik akan dihubungi oleh petugas kesihatan sama ada melalui telefon, media sosial atau lawatan ke rumah bagi menawarkan vaksinasi COVID-19 kepada anak-anak mereka.

Sumber: Berita Harian

Artikel Lain: Badan Kekal Bertenaga Sepanjang Berpuasa. Ini 5 Senaman Boleh Buat Elak Lesu!

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI