Penggunaan kanta lekap menjadi pilihan bagi mereka yang tidak mahu memakai kaca mata.

Namun begitu sebagai penguna yang baru mencuba memakai kanta lekap, ada beberapa perkara perlu diambil kira.

Menurut Perunding Optometris Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Bariah Mohd Ali berkata, tidak semua orang sesuai menggunakan kanta lekap.

Tambahnya antara golongan yang tidak sesuai menggunakan kanta lekap ialah mereka yang mempunyai penyakit okular misalnya glaukoma/katarak/mata kering/infeksi kornea dan sebagainya.

Malah dikatakan dua pertiga daripada pemakai kanta lekap adalah golongan wanita yang rata-rata berusia lingkungan 31 tahun.

Di Malaysia pula, dianggarkan lebih dua juta penduduk memakai kanta lekap (tujuh hingga lapan peratus).

Boleh Undang Bahaya Pada Mata, Jika Kongsi Kanta Lekap Dengan Orang Lain. Ini Tip Betul Penjagaannya!

Ini antara tip dikongsi bagi mereka yang baru berjinak-jinak mahu memakai kanta lekap.

– Bagi pengguna baru, anda tentu keliru bahagian dalam atau luar kanta lekap. Perbezaan mungkin tidak ketara tetapi pastikan ia kelihatan seperti separuh bola. Letakkan kanta lekap pada jari hingga terlihat bentuk yang dikatakan. Kemudian, bawa kanta dengan bahagian ‘dalam cawan’ menghadap mata anda. Jika kanta yang dipakai berbentuk U sempurna, bermakna itulah posisi betul.

IKLAN

– Sesetengah kanta lekap mempunyai tanda laser, misalnya jenama produk. Ini juga boleh membantu menentukan bahagian dalam atau luar kanta lekap.

– Pastikan anda membasuh tangan dengan sempurna sebelum memakai kanta lekap. Elak menggunakan sabun yang terlalu banyak kandungan pewangi, minyak atau produk yang mengandungi lanolin yang boleh melekat pada permukaan kanta lekap. Sesetengah doktor menasihatkan supaya memakai kanta lekap yang sama pada mata sama.

– Sentiasa pastikan anda mencuci tangan sebelum mengeluarkan kanta lekap. Jika anda berdiri di depan sinki, pastikan anda menggunakan tisu yang bersih untuk menutup lubang saluran sinki bagi mengelak kanta lekap terjatuh ke dalamnya.

– Untuk mengeluarkan kanta lekap, pandang atas atau sisi sambil menarik bahagian bawah mata. Dengan menggunakan jari, gerakkan kanta lekap secara perlahan-lahan dan berhati-hati ke bahagian putih mata anda. Dari situ, kepit kanta lekap perlahan-lahan menggunakan jari telunjuk dan ibu jari dan keluarkan dari mata.

IKLAN

– Peringatan, jangan sesekali-kali berkongsi kanta lekap. Ini boleh mengundang padah pada mata anda.

– Jangan menukar jenama atau larutan penjagaan kanta lekap tanpa berbincang dengan optometris anda terlebih dulu.

– Jangan memakai kanta lekap melebihi tempoh dihadkan.

– Jangan tidur dengan memakai kanta lekap

IKLAN

– Buang larutan yang sudah diguna, jangan campur dengan larutan baru

Boleh Undang Bahaya Pada Mata, Jika Kongsi Kanta Lekap Dengan Orang Lain. Ini Tip Betul Penjagaannya!

Sumber: Harian Metro

Selain itu:  Ramai Wanita Alami Obesiti. KKM Jelaskan Makan Lewat Malam Punca Berat Badan Berlebihan!

Artikel Berkaitan:

“Durian Buat Anda Gembira & Bantu Masalah Pencernaan. Tapi Jangan Ambil Berlebihan …” – Pakar Nutrisi

Gosok Gigi Sebelum Atau Selepas Sarapan Pagi? Ini Yang Patut Kita Tahu!

Selesai Terima Vaksin Covid-19, Ayda Jebat Kongsi Cara Dapatkan Tarikh Temujanji Melalui MySejahtera

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI