tip pilih lipstik

Sebelum anda beli, elok ambil tahu dulu tip pilih lipstik yang sesuai ikut warna kulit. Sekali pun kurang berminat dengan solekan tetapi dengan satu calit di bibir akan merubah wajah anda jadi berseri.

Rasanya, pasti ada yang kurang mahir bab pemilihan lipstik. Jadi ini ada beberapa tip pemilihan warna gincu, mengikut kesesuaian warna kulit yang anda perlu tahu.

Tip Pilih Lipstik Ikut Warna Kulit

Warna kulit memainkan peranan penting dalam pemakaian alat solekan. Walau ramai yang ambil endah tak endah tentang isu ini, namun pada dasarnya, ia akan mempengaruhi ‘look’ harian anda.

Masih ragu-ragu dan tidak tahu ingin menggayakan solekan gincu? Sebagai langkah pertama, kenal pasti warna dasar kulit anda.

Warna dasar kulit ini telah dikategorikan kepada 3 jenis warna, iaitu cool, warm dan neutral, mengikut warna pembuluh darah setiap individu.

Ton Kulit Cool

Warna dasar kulit ‘cool’ ini, digambarkan untuk mereka yang mempunyai pembuluh darah berwarna biru. Biasanya pemilik warna dasar kulit jenis ini akan mempunyai warna kulit yang terlihat lebih pucat dan cerah.

Tip Pilih Lipstik Ikut Warna Kulit, Barulah Naik Seri Dan Jelita

IKLAN

 

Jika anda memiliki kulit yang cerah dan ingin mendapatkan ‘natural look’ untuk solekan anda, penggunaan warna gincu yang semula jadi seperti warna merah jambu, merah jambu-pastel atau merah jambu-belacan adalah pilihan yang paling sesuai.

Tip Pilih Lipstik Ikut Warna Kulit, Barulah Naik Seri Dan Jelita

Untuk mendapatkan penampilan yang lebih seksi, penggayaan gincu berwarna merah cerah, merah kecoklatan dan juga merah maroon, merupakan koleksi warna gincu yang anda harus miliki.

Ton Kulit Warm

Warna dasar kulit ‘warm’ ini adalah untuk mereka dengan pembuluh darah yang tidak terlalu jelas, berwarna biru ataupun hijau. Bagi kategori warna kulit ini, sebenarnya memiliki beberapa ton warna, tergolong daripada warna kulit tan, coklat gelap dan hitam.

IKLAN
Selain itu:  Rahsia 12 Selebriti Kekal Cantik & Langsing Setelah Lahirkan Anak

Pemilihan untuk anda yang berkulit tan, penggunaan gincu berwarna merah jambu-pastel yang gelap, akan menyerlahkan lagi sisi semula jadi dalam penampilan anda. Namun jika anda ingin membawa penampilan yang lebih ‘simple’ tetapi anggun, warna coklat muda atau pic gelap adalah warna yang patut anda cuba!

Tip Pilih Lipstik Ikut Warna Kulit, Barulah Naik Seri Dan Jelita

Bagi anda yang mempunyai warna kulit yang lebih coklat tua hingga hitam, jangan risau! Warna ungu muda atau ungu tua adalah pilihan yang terbaik untuk penampilan natural look anda hari ini. Pemilihan warna ungu kemerahan dan merah bata terang pula, akan menyerlahkan lagi sisi seksi si pemakai.

Ton Kulit Neutral

Warna dasar kulit ini tidak asing lagi dengan kita yang tinggal di Asia. Pemilik warna dasar kulit ini, adalah mereka yang pembuluh darahnya tidak terlalu berwarna biru mahupun hijau. Kebiasaannya, pemilik warna dasar kulit neutral memiliki warna kulit yang terlihat agak kuning hingga sawo matang.

IKLAN

Tip Pilih Lipstik Ikut Warna Kulit, Barulah Naik Seri Dan Jelita

Bagi yang berkulit kekuningan, gincu berwarna seperti merah jambu tua dan merah jambu-pic adalah pilihan warna yang tepat untuk memperoleh penampilan yang natural. Untuk penampilan yang lebih ringkas, anda boleh tata rias bibir anda dengan warna yang lembut, seperti soft-peach hingga pic gelap. Pemilihan warna merah menyala atau oren terang pula, akan memperlihatkan lagi sisi memukau dan berani si pemakai.

Tip Pilih Lipstik Ikut Warna Kulit, Barulah Naik Seri Dan Jelita

Jika anda berkulit sawo matang pula, memilih gincu berwarna merah tetapi ke arah yang lebih gelap adalah pilihan yang terbaik. Warna-warna yang anda boleh cuba adalah seperti, warna beri merah dan warna coklat merah.

Bagi anda yang memiliki warna kulit ini, cuba untuk hindari daripada menggayakan bibir anda dengan gincu berwarna oren ataupun merah jambu. Warna tersebut akan membuatkan solekan anda kelihatan agak membosankan dan tidak segar.

Selain itu:  Tak Malu Amal Petua Lama Nak Cantik. Elvina Guna Air Beras Cuci Muka & Putih Telur Buat Masker

 

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI