Ramai yang suka kesan kulit glowing tiap kali pakai set penjagaan wajah tetapi kurang pasti macam mana nak capai tahap kulit sihat, bukan?
Okay, jom kita ‘bedah’ satu tip cantik yang disediakan oleh Suri Abdul Rahman ini, nampak ketara perbezaan kulitnya. Cantik dan glowing!
Buat Kulit Glowing
Nak tahu tak, untuk dapat glow skin tak semestinya kena buat skincare layering banyak.
Lepas cuba THE THERAPY VECAN MOISTURIZING SUN SERUM ini, anda dah tak perlu nak pakai skincare banyak layer. Lepas cuci muka, terus pakai sun serum. Muka rasa lembab dan auto glow.
Ads
Jadi sesuai untuk sesiapa yang malas atau nak cepat, anda hanya perlu pakai sunscreen dan bersedia untu keluar berjalan tanpa risau masalah kulit.
Siapa peminat hybrid sunscreen, anda kena cuba. Bukan saja boleh hydrate skin, tapi boleh bagi anti aging benefit dan brightening.
Ads
Contain eco green ingredients from Switzerland: & skin barrier.
Padu pesanan Che Ta untuk orang perempuan, nak cantik kena rajin bersiap! Realitinya tak ramai orang perempuan yang suka melawa selepas ada anak.
Banyak faktornya, salah satu mungkin sebab suaminya sendiri okay dengan penampilan begitu. Jadi perempuan pun cukup sekadarnya.
Menerusi satu portal hiburan, pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan menitipkan pesanan kepada wanita supaya jangan malas menjaga penampilan agar tidak kalah dengan golongan lelaki menyerupai wanita atau pondan.
Rozita yang mesra disapa Che Ta, 50, berkata, kaum hawa sepatutnya tidak boleh kalah dengan golongan sebegitu yang sentiasa berusaha untuk kelihatan cantik berbanding wanita sejati.
“Orang perempuan kena rajin sebab itu kalau kita tengok pondan bukan main cantik lagi. Sebab pondan lagi rajin daripada perempuan.
“Orang perempuan bertambah-tambah dah berlaki (bersuami) tu, punya senang hati tak kisah tak sedar diri.
“Tunggu kena tinggal dengan laki baru beria-ria bersiap, baru nak kempiskan perut, baru nak bertumit tinggi,” katanya menerusi video dalam TikTok.
Harus sentiasa jelita setiap masa, ibu kepada tiga orang cahaya mata itu sekali lagi berpesan kepada wanita untuk mengutamakan kecantikan diri meskipun dihambat kesibukan kerja.
“Kita kena nombor syatu (satu) biar pondan irikan (cemburu) dengan kita. Adik-adik jangan terasa tau.
“Kita tahu pondan ni memang rajin ‘all out’, berani mati. Orang perempuan macam gitulah, kadang tidak je cuci muka. Kata lupa, penat nak cuci muka. Jangan lupa ya,” nasihatnya.
Rata-rata netizen senada dengan kenyataan isteri Zain Saidin itu namun ada juga yang berpendapat penampilan tidak menjanjikan apa-apa memandangan golongan lelaki tidak pernah cukup satu.
Jadi macam mana dengan pandangan anda? Nak teruskan jaga penampilan atau biar bersederhana sahaja? Boleh tepuk dada dan tanya selera masing-masing.
Tak sangka, seorang wanita berusia 60 tahun guna limau purut sahaja untuk menjaga kecantikan wajahnya.
Lebih selesa menggunakan cara orang lama, dia tak mahu mengambil jalan mudah dengan cucuk wajah yang memerlukan kos yang tinggi.
Mungkin setengah orang nampak cantik dengan cara begini dan untuk nampak muda kenalah buat secara rutin. Belum lagi kos untuk setiap rawatan yang digunakan. Masing-masing ada cara tersendiri.
Tak perlu nak membazir, masih ada cara semulajadi untuk kekal muda, sekaligus membantu untuk naikkan seri wajah kita. Ini antara perkongsian daripada Kak Jue yang hanya menggunakan limau purut saja.
Seperti yang kita ketahui, limau purut ini banyak khasiatnya. Bukan setakat untuk dijadikan bahan perasa untuk makanan, ia turut digunakan bagi rawatan tradisional dan juga untuk kecantikan, dengan menaikkan seri wajah seseorang.
Tak perlu berhabisan duit untuk kekal muda dan cantik, hanya guna lipau purut dah cukup untuk membantu naikkan seri wajah, hilangkan masalah jeragat, jerawat dan paling
penting kekal muda. Inilah cara yang digunakan oleh Kak Jue untuk naikkan seri wajah dan kekal muda walaupun berusia 60 tahun.
Potong limau purut dan tenyehkan di bahagian muka berulang kali.
Boleh picitkan sedikit untuk keluarkan jusnya sebelum menggosok ke bahagian muka.
Manfaatnya:
Naikkan seri wajah, buang aura negatif dan tambah keserian wajah.
Hasilnya kulit muda, nampak bersih dan berseri.
Tip: Jika ada rasa pedih pada bahagian kulit muka ketika menggosok, kena cepat-cepat basuh muka.
Info: Bagi yang ada masalah kulit sensitif, elakkan daripada menggunakan bahan ini.
Sumber: jueeusope (tiktok)
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa tidak mengenali penyanyi Asmidar atau nama penuhnya Norhasmidar Ahmad yang pernah muncul sebagai peserta dalam program realiti Mentor.
Kini, Asmidar masih lagi aktif dalam dunia seni dan dalam masa sama dia juga turut sibuk dengan tugasnya sebagai pensyarah di Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (Aswara).
Walaupun sibuk dengan tugasan harian dan menyedari usia sudah semakin bertambah, Asmidar yang kini berusia 35 tahun mengakui dia kini lebih prihatin dalam soal penjagaan diri.
Malah dalam temubual bersama Sinar Plus, Asmidar turut mengakui dirinya jenis senang untuk naik berat badan dan perlu mengawal jumlah pengambilan makanan.
“Saya ini jenis yang mudah naik berat badan. Disebabkan itu saya perlu mengawal jumlah pengambilan makanan.
“Jika ambil sahaja semua makanan, maknanya saya akan menjadi bola (ketawa). Paling penting kita mengenali diri sendiri dan mengetahui makanan apa yang boleh diambil atau tidak.
“Saya cuba kurangkan mengambil sebarang makanan yang boleh meningkatkan berat badan seperti nasi dan makanan manis. Tidak salah jika ingin mengambilnya, tetapi perlu berpada-pada seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, suku, suku, separuh.
“Selain itu, saya perbanyakkan pengambilan sayur hijau dan buah-buahan. Saya juga gantikan buah dan kekacang sebagai hidangan kudapan,” ujarnya yang gemar buat beberapa aktiviti senaman bagi memastikan berat dan bentuk badan ideal.
“Saya suka berjoging, loncatan tali skip dan senaman kawalan berat badan. Saya hanya lakukannya di rumah. Caranya dengan mengikuti arahan video senaman di YouTube.
“Boleh dikatakan saya tidak ke gimnasum untuk melakukan senaman kerana segalanya slesa dibuat di rumah saja. Secara ringkasnya, itu yang saya lakukan,” tambahnya mengakui dia juga sangat suka pergi ke pusat rawatan kecantikan sama ada untuk wajah atau urutan badan.
“Sejujurnya saya sangat suka pergi ke pusat rawatan kecantikan. Tidak mengira sama ada untuk wajah atau urutan badan, saya tetap akan berusaha untuk meluangkan masa. Dalam tempoh sebulan atau dua minggu saya pasti akan pergi berurut dan membuat rawatan wajah.
“Memandangkan usia yang semakin bertambah, badan mula menjadi mudah letih dan kulit wajah juga lebih sensitif.
“Disebabkan kerap melihat telefon, skrin komputer dan kurang tidur, ia menyebabkan lingkaran hitam bawah mata mudah terjadi. Disebabkan itu, saya akan memastikan waktu untuk mendapatkan rawatan kecantikan.
“Saya antara penggemar produk kecantikan tradisional dan akan membuat bedak sejuk sendiri dengan menggunakan bahan semula jadi seperti beras. Saya juga akan merebus halia untuk dijadikan air minuman bagi membuang angin secara semula jadi.
“Oleh kerana menghidap gastrik, jika lewat makan dan disebabkan itu saya akan minum air rebusan halia sahaja sebagai alternatif buang angin.
“Sesekali saya akan minum jus kunyit bagi menjaga kecantikan dalaman juga,” katanya yang tidak lokek berkongsi rahsia kecantikan dan kesihatannya. Menurut Asmidar lagi masanya kini masa banyak difokuskan sebagai tenaga pengaja di Aswara dari hari Isnin hingga Jumaat.
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.