Masih terbayang Azian Mazwan, penyanyi kala zaman kegemilangan menyanyikan lagu popularnya berjudul Rumah Kecil Tiang Seribu dan Erti Budi.
Walaupun bertubuh kecil tapi suaranya cukup nyaring mendendangkan lagu nyanyian di awal tahun 90an.
Biar pun usianya kini sudah hampir mencecah hampir 50 tahun, tetapi saiz badannya kekal langsing seperti anak dara.
Malah penyanyi Azian Mazwan Sapuwan ini rupanya merupakan ibu kepada 7 orang anak memiliki ketinggian 154 cm dengan saiz pinggang 27 inci serta berat 49 kg yang menjadi idaman setiap gadis di luar sana.
Rahsia Azian Mazwan
Dalam satu temubual bersama Nona, Azian Mazwan Sapuwan mendedah petua kecantikan dan kesihatan yang diamalkannya setiap hari.
1. Jangan minum ais kerana ianya sejuk. Bimbang urat dan perut kita sejuk, tegang seterusnya kita jadi tidak sihat. Apabila tidak sihat terus naik ke muka. Kalau nak minum sekala sekala dibolehkan.
2. Ambil sekurang-kurangnya satu jenis vitamin sebagai makanan tambahan untuk badan. Jangan berlebihan bimbang nanti antibodi badan yang sedia ada terganggu. Saya mengamalkan satu jenis vitamin sahaja iaitu CalMeg (kalsium dan magnesium dalam satu tablet).
3. Banyakkan minum air kosong.
4. Tidur kena mencukupi. Tidak semestinya tidur yang lama, tetapi tidur dalam jangka masa ideal yang diperlukan badan.
5. Elakkan bangun lambat bimbang nanti badan akan menjadi lesu, penat, malas dan sakit urat.
Ads
6. Mandi pagi sebelum Subuh. Badan akan kekal cergas dan segar sepanjang hari.
7. Jaga pemakanan, kalau makan nasi ambil lauk yang tidak memudharatkan tekak, perut dan badan. Contohnya alergik.
Ads
8. Saya amalkan minum air kunyit tetapi tidak terlalu kerap. Apabila datang bulan saya berhenti buat sementara. Saya dapatkan stok dari seorang rakan yang membuatnya sendiri. Jus kunyit bagus untuk kulit muka serta urat-urat badan.
9. Sentiasa berfikiran positif dan yakin dengan diri sendiri. Jangan mudah buruk sangka kepada seseorang kerana kita sendiri belum tentu sempurna dan terbaik. Lebih baik perbaiki kekurangan diri. Elakkan banyak berborak kosong kerana ia membawa kita ke arah perkara negatif.
10. Sentiasa menjaga penampilan diri dari hujung rambut sampai hukung kaki. Simple pun orang tetap akan pandang kita. Untuk menaikkan seri wajah sekurang-kurangnya calitlah lipstik ketika hendak keluar.
Menurut info, selain bergelar penyanyi, Azian juga merupakan Penolong Akauntan di Jabatan Akauntan Negara sejak 10 tahun lalu. Sebelum ini dia pernah bertugas dalam sektor swasta selama 13 tahun dalam bidang sama.
Minatnya terhadap bidang nyanyian adalah sejak berusia 11 taun dan mula serius selepas menyertai pertandingan Bintang RTM 1986.
Tidak dinafikan virus Covid-19 tidak mengira siapa mangsanya. Dan salah seorang yang menjadi korban adalah seorang frontliner yang bertugas sebagai jururawat.
Perkara ini dikongsi seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Mohd Nur Amin yang berkongsi rasa kehilangan kakak tersayang disebabkan wabak ini.
Daripada penjelasannya, kakaknya meninggal dunia disebabkan Covid-19. Allahyarham dikatakan mendapat jangkitan daripada pesakit memandangkan dia adalah seorang jururawat.
Apa yang menyedihkan, Allahyarham Siti Aishah Mohd Zamri juga dikatakan sedang mengandung dan bayi dalam kandungan juga tidak dapat diselamatkan.
Kedua-duanya meninggal di Hospital Labuan. Sebelum itu juga suami arwah, Muhammad Iqmall ada muat naik minta orang ramai mendoakan kesihatan isteri dan anak dalam kandungan.
Namun, perancangan Allah lebih hebat apabila frontliner berkenaan ‘gugur’ dalam melawan wabak tersebut.
Selain itu salah seorang sepupu arwah juga turut menzahirkan rasa sedih dengan berita kehilangan ini di laman twiternya pada akaun @shewasokay.
Menurutnya juga arwah bukan menjaga wad pesakit Covid-19, tetapi ada pesakit yang positif terlepas ke wad biasa dan daripada situ ia berjangkit.
Ternyata perkongsiannya mendapat simpati warganet apabila turut mengucapkan salam takziah pada keluarga Allahyarham.
Salam takziah kepada keluarga Allahyarham dan ingatan untuk kita teruslah berada di rumah jika tiada urusan bagi mengekang penularan rantaian jangkitan Covid-19.
Tengok pelakon dan penyanyi Amerika Syarikat, Vanessa Hudgens berkongsi cara pakai foundation, baru rasa yakin nak sapu mekap di wajah. Sebab nampak kemas dan licin betul!
Mudah? Haa.. hanya orang yang kulit berminyak saja tahu betapa struggle nak buat solekan nampak matte bila menggunakan foundation.
Sesetengah orang ada yang menggunakan primer, atau mungkin ada yang ‘bake’ muka dengan bedak, manakala yang lain hanya menggunakan kertas blotting setiap beberapa jam.
Walaupun semua trik ini berfungsi dengan baik pada kulit berminyak, tapi menurut pakar, cara Vanessa Hudgens diakui lebih tepat.
Cara Pakai Foundation Kalau Kulit Berminyak, Ikuti Tip Vanessa Hudgens
Jangan malas, sebelum bersolek, kena prep muka. Vanessa hanya menggunakan satu produk di bawah solekan. Dengan hanya prep paling minimum, anda akan mempunyai lebih sedikit lapisan produk yang boleh menyumbang kepada kilauan berlebihan.
“Saya tidak mahu meletakkan sebarang serum atau minyak, itu semua saya lakukan pada waktu malam kerana saya mempunyai kulit yang sangat berminyak. Saya hanya menggunakan pelembap,” ceritanya.
Guna Concealer Daripada Foundation
Daripada menggunakan liquid foundation, Vanessa memilih concealer untuk litupan yang minimal. Menurutnya ‘less is more’ untuk kulit berminyak. Teknik ini membolehkan dia membetulkan kawasan yang bermasalah tanpa menumpukan terlalu banyak produk, yang membantu mengelakkan kemasan berminyak dan cakey.
Jangan Lupa Powder Foundation
Selesaikan solekan asas anda dengan powder foundation. Liquid foundation bukan pilihan Vanessa tapi dia tidak dapat tolak powder foundation. Itulah yang dia guna untuk menetapkan concealer dan meratakan wajahnya.
“Saya sangat menyukai kerana cara ini mempunyai litupan yang hebat tetapi anda masih boleh melihat kulit di bawahnya. Saya benci apabila tidak dapat melihat kulit. Tip ini bagus sebab kulit saya sangat berminyak, dan powder menjadikan saya kelihatan dewy dan tidak berminyak.
Betul, jangan sesekali tinggalkan powder foundation kalau anda mempunyai kulit jenis berminyak.
Ada tak yang berniat nak hilangkan dagu berlapis dengan cepat dan mudah? Haa… dagu berlapais ni bukan hanya yang badan berisi saja yang ada, tetapi jika anda selalu tidur dengan bantal yang tinggi pun akan jadi penyebab timbulnya lemak bawah dagu.
Macam mana nak hapuskan masalah ini? Jom tengok beberapa tips mudah untuk menghilangkan lemak di dagu secara semula jadi.
Hilangkan Dagu Berlapis, 7 Petua Ini Sangat Membantu!
Tidak memerlukan bajet yang besar pun, anda boleh amalkan setiap hari dengan pilihan yang ada.
Kunyah gula-gula getah
Pakej paling jimat, lemak dagu hilang dan gigi pun bersih serta nafas jadi segar. Sebenarnya gerakan mulut itu yang membuatkan dagu juga bersenam secara tidak langsung.
Guna ketulan ais
Letakkan ais di dalam kain kemudian tekapkan ketulan ais di bawah dagu. Tekan dan lepaskan, lakukan gerakan ini sebanyak 20 hingga 30 kali. Amalkan setiap hari, kulit bahagian dagu akan tampak semakin anjal.
Senaman Wajah
Lakukan senaman wajah dengan menyebut a,e,i,o,u sebanyak 40 kali. Amalkan senaman ini pada waktu pagi dan malam, secara konsisten. Gerakan mulut yang terhasil daripada sebutan huruf tersebut dikatakan membantu membentuk wajah menjadi lebih menarik.
Atau anda boleh guna bola kecil yang berukuran 9-10 inci diletakkan di bawah dagu anda. Kemudian tekankan dagu anda ke bawah dan ulangi senaman ini 25 kali setiap hari.
Dongak kepala
Sebaik sahaja bangun daripada tidur, dongak kepala ke atas selama 15 saat. Lakukan sebanyak 10 kali, otot leher menjadi tegang. Bahagian dagu yang berlipat akan berkurangan secara perlahan-lahan.
Jaga pemakanan
Tak mahu lemak naik, pemakanan pun kena tolak tepi. Elakkan makanan berlemak, ini membuatkan berat badan mudah naik. Begitu juga dengan wajah, bahagian dagu akan berlapis kalau anda suka mengambil makanan berlemak dan berkolesterol tinggi.
Urutan
Gunakan krim atau losen, lakukan urutan dagu secara menaik. Teknik urutan ini membantu memecahkan lemak dan membuatkan kulit di bahagian dagu serta leher semakin anjal. Jangan lupa amal setiap kali sebelum tidur dan bangun tidur.
Tidur tanpa bantal
Jangan tidur nak sedap, pakai bantal tinggi. Kadang baru lepas makan ada yang boleh terus lena. Mana tak jadi double chin! Lebih berkesan jika tidur tidak berbantal, ya. Kalau anda mampu lah.
SELAMAT MENCUBA!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!