Roti menjadi antara hidangan simple untuk sarapan pagi. Namun biasanya jika membeli roti pasti akan diletakkan tanda tarikh luput pada bahagian pengikat.

Roti ini biasanya tahan seminggu dan jika ada lagi baki, jangan sayang untuk membuangnya terus kerana boleh membahayakan kesihatan jika dimakan lagi.

Ikuti perkongsian daripada Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan yang memberitahu mengenai roti hampir berkulat ini.

Buang Terus Roti Berkulat

“Sampai masuk hospital anak saya, doktor! 3 hari lembik, macam tuala buruk!”

OK, walaupun dah banyak kali pesan, kita pesan lagi. Kalau nampak roti yang belum luput tarikh, tapi dah ada tanda-tanda nak berkulat, maka jangan makan. Buang terus!

Ada orang, dia rasa sayang nak buang sebab kulatnya tompok kecil sahaja. Jadi dia cuil bahagian yang berkulat tu dan buang. Bahagian yang nampak elok tu dia makan.

Jangan buat macam tu.

IKLAN

Tompok kecil yang kita nampak atas permukaan roti tu adalah putik spora kulat. Nampak kecil di luar, tapi mungkin jaringan akar kulat dah jauh menjalar ke dalam ruang roti.

Jadi, kita tak boleh nak anggarkan di mana sebenarnya sempadan roti yang telah berkulat dan yang elok. Kalau kita termakan spora atau hyphae, sama sahaja bahayanya.

Ada juga orang, dia bersihkan bahagian berkulat dan kemudian masak atau panaskan roti dengan niat untuk membunuh kulat ni. Kemudian dia makan roti tu.

Buang Terus Roti Berkulat. Doktor Kata Tak Selamat Dimakan & Boleh Sebabkan Keracunan Makanan!
Nampak berkulat, boleh buang terus.

Jangan buat macam tu.

Benar, kebanyakan kulat akan mati jika dimasak dengan suhu yang tinggi, tetapi roti yang telah berkulat tetap tak selamat untuk dimakan. Tak kiralah digoreng, stim atau bakar.

IKLAN

Kulat menghasilkan sejenis toksin dinamakan mikotoksin(mycotoxin). Ia boleh menyebabkan gejala keracunan makanan. Ia tidak mudah dimusnahkan walaupun dimasak.

Keracunan makanan akibat kulat dan toksinnya boleh menyebabkan gejala muntah-muntah dan cirit-birit yang teruk, terutamanya untuk kanak-kanak dan warga emas.

Buang Terus Roti Berkulat. Doktor Kata Tak Selamat Dimakan & Boleh Sebabkan Keracunan Makanan!

Oleh itu, nampak ada perubahan warna pada roti, walaupun tompok kecil, walaupun belum tarikh luput, terus buang. Jangan ambil risiko bahayakan kesihatan.

IKLAN

Makanan sihat, adalah makanan yang selamat.

Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Kesihatan dan Perubatan

Artikel Lain:

Selain itu:  Wajah Berjerawat Jangan Kerap Cuci Muka. Pakar Kulit Kongsi 9 Langkah Rahsia Kekal Cantik!

Bukan Seperti Varian Delta, Rupanya Omicron Tak Sebabkan Hilang Deria Bau. Tapi Gejala Sakit Kepala & Loya!

Sakitnya Memang Tak Boleh Tahan. Kenal Pasti 10 Punca Utama Diserang Migrain Tiba-Tiba!

“Susah Bernafas & Demam Menggigil Sampai Merangkak Ke Toilet” – Uyaina Arshad Positif Covid-19 & Kena Tahan Di Wad

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI