Migrain adalah penyakit yang sering menyerang kebanyakan kita di mana seseorang akan rasa sakit di sebelah kepala sama ada kiri atau kanan.

Kajian pakar memberitahu faktor genetik dan gaya hidup jadi punca kepada masalah kebanyakan daripada kita.

Perlu diketahui bahawa migrain adalah sejenis sakit kepala yang menyebabkan rasa sakit berdenyut sehingga membuatkan seseorang berasa tidak selesa dan mengganggu aktiviti harian.

Gejala migrain tidak hanya sakit kepala di sebelah kepala. Penderitanya juga boleh mengalami mual, muntah, tidak boleh melihat cahaya dan mendengar bunyi-bunyian.

Sakitnya Memang Tak Boleh Tahan. Kenal Pasti 10 Punca Utama Diserang Migrain Tiba-Tiba!

Lebih memeritkan, rasa sakit itu boleh berlarutan selama berhari-hari dan pengambilan ubat adakalanya tidak dapat membantu.

Jom ketahui beberapa penyebab migrain dan cara mencegahnya.

1. Tekanan Perasaan

Ketika seseorang itu tertekan atau terlalu banyak berfikir, otak akan melepaskan bahan kimia atau hormon untuk melawan keadaan itu.

IKLAN

Pelepasan hormon itu boleh menyebabkan otot menjadi tegang, pembuluh darah melebar sekali gus menyebabkan migrain.

2. Lambat Makan

Melewatkan makan dan membiarkan perut dalam keadaan kosong juga boleh memicu migrain.

3. Sensitif Terhadap Bahan Dalam Makanan Atau Minuman

Makanan yang mempunyai perasa, pengawet atau bahan kimia tertentu dapat menyebabkan migrain pada sesetengah orang seperti makanan segera, sejuk beku dan makanan ringan.

4. Kafein

Terlalu banyak minum air berkafein seperti kopi, teh, coklat, soda atau minuman bertenang boleh memicu migrain. Selain itu, orang yang mengurangkan pengambilan kafein juga boleh menghidap migrain.

Keadaan ini dipengaruhi oleh pembuluh darah yang peka terhadap kafein dan cuba membiasakan keadaan dengan ketiadaan bahan itu.

IKLAN

Sakitnya Memang Tak Boleh Tahan. Kenal Pasti 10 Punca Utama Diserang Migrain Tiba-Tiba!

5. Ubat Tahan Sakit

Pengambilan terlalu kerap ubat tahan sakit tanpa pengawasan doktor boleh menyebabkan migrain yang parah. Hati-hati!

Selain itu:  Berjaya Hilang 10KG, Gadis Ini Kongsi Tip Diet Cara Sihat Sepanjang Ramadan

6. Perubahan Hormon

Wanita biasanya mengalami perubahan hormon sebelum dan ketika datang haid, hamil, menyusu badan dan menopaus. Perubahan hormon ini dapat menyebabkan gejala migrain yang parah.

7. Sensitif Terhadap Cahaya

Ada sebahagian orang akan mengalami migrain apabila tiba-tiba melihat lampu berkelip-kelip, cahaya lampu yang terlalu terang dan limpahan sinar matahari hingga menyilaukan mata.

8. Kesan Diet & Kurang Cecair

Keadaan tubuh yang kekurangan cecair ketika diet ketat boleh menyebabkan migrain. Sebaik-baiknya, seimbangkan diet anda agar terhindar daripada masalah ini.

IKLAN

Sakitnya Memang Tak Boleh Tahan. Kenal Pasti 10 Punca Utama Diserang Migrain Tiba-Tiba!

9. Pola Tidur Berubah

Terlalu kurang atau terlebih tidur serta perubahan waktunya juga boleh menyebabkan migrain.

10. Perubahan Cuaca

Sebahagian individu boleh mengalami migrain apabila berlakunya hujan, angin kencang atau berada di tempat tinggi terutama jika perubahan cuaca itu berlaku secara mendadak.

Artikel Lain:

Ini Rupanya 10 Cara Hilangkan Migrain Dengan Mudah, Tanpa Perlu Telan Pil Dengan Kerap

Mula Diserang Migraine, Rupanya Disahkan Sakit Buah Pinggang Tahap 5. Wanita Ini Beri Peringatan!

Kajian Mendapati Tidur Lebih Sejam Dari Biasa, Boleh Kurangkan Berat Badan Tanpa Perlu Diet

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI