Tak Skip Pakai Pelembap Muka & Pelindung Matahari. Rahsia Kulit Eyka Farhana Cantik & Flawless! Antara pelakon muda yang selalu tampil cantik dan mempesona tanpa sebarang solekan adalah Eyka Farhana.
Biarpun sibuk dengan rutin harian melakukan pelbagai aktiviti, namun pelakon ini sangat menjaga kecantikan wajah.
Apatah lagi dalam usia masih muda, Eyka Farhana begitu prihatin dan sentiasa memastikan kulit wajah dijaga sempurna.
Bagaimana jika pasangan anda kenal dan yang mahu dijadikan suami/isteri yang sah memberitahu dirinya mempunyai penyakit thalassemia.
Apakah penyakit ini akan menjadi punca kepada sebuah perhubungan yang mahu dicipta. Sejauh mana bahayanya penyakit ini yang berpunca daripada genetik.
Perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan di laman sosial Facebook memberitahu secara detail mengenai penyakit thalassemia ini.
THALASSEMIA: topik hangat minggu ini.
Apabila tular kisah sepasang kekasih yang mengambil keputusan untuk putus hubungan setelah mengetahui kedua-duanya adalah pembawa talassemia, maka penyakit ini menjadi topik bualan netizen.
Antara persoalan yang timbul: Kenapa mereka perlu putuskan hubungan? Kalau kahwin juga, apa bakal terjadi? Macam mana mereka boleh dapat penyakit talasemia?
Saya cuba ringkaskan agar mudah difahami.
1. Thalassemia (talasemia) adalah penyakit genetik(keturunan) yang berbahaya. Ia menjejaskan penghasilan darah, sehingga ia tidak mencukupi untuk kehidupan yang normal.
2. Terdapat beberapa jenis talasemia, antaranya talasemia alfa dan talasemia beta. Setiap satunya ada pecahan masing-masing. Kita akan fokus perbincangan kita kepada talasemia beta.
3. Talasemia beta terbagi kepada 2: ▪️Talasemia major ▪️Talasemia minor * Terdapat juga: talasemia intermedia (pertengahan).
4. Individu yang mempunyai talasemia major dipanggil pesakit talasemia. Pesakit talasemia mempunyai gejala: cepat letih, pucat, sesak nafas, perkembangan fizikal terjejas, dll.
5. Individu yang mempunyai talasemia minor dipanggil pembawa. Pembawa talasemia lazimnya tidak bergejala, dan hanya menunjukkan tanda-tanda dalam keadaan tertentu.
6. Bila 2 pembawa talasemia berkahwin, maka : ▪️25% risiko anak = pesakit (major) ▪️50% risiko anak = pembawa (minor) ▪️25% anak = normal
7. Mengapa kita perlu khuatir dengan risiko anak menjadi pesakit talasemia(major)? Kerana rawatannya panjang, rumit dan memerlukan kos yang tinggi. Ia juga menjejaskan kualiti hidup mereka.
8. Rawatan talasemia major: ▪️Transfusi darah 2-4 minggu sekali ▪️Terapi chelation (buang zat besi terkumpul) ▪️Splenectomy (buang limpa: jika perlu)
9. Rawatan hanya boleh dihentikan sekiranya pesakit menjalani pemindahan sum-sum tulang. Itupun ada tidak semuanya berjaya. Jika gagal, transfusi dan chelation dilakukan sepanjang hayat.
10. Oleh kerana rawatannya rumit, talasemia perlu dicegah. Caranya, adalah dengan menyaring pasangan yang ingin berkahwin, untuk menilai sama ada mereka ada genetik talasemia atau tidak.
11. Saringan talasemia dibuat dengan melakukan ujian darah. Ia disaring pada semua kerana pembawa biasanya tiada gejala. Jadi pengecaman melalui pantauan gejala tidak mencukupi
12. Jika kedua-dua pasangan didapati adalah pembawa talasemia, maka pasangan akan diberi konsultasi tentang penyakit ini, diterangkan risiko berkenaan zuriat, dan sebagainya.
13. Pasangan tidak akan dipaksa putuskan hubungan. Malah pasangan akan membuat keputusan berdasarkan informasi yang telah diberi, dan hasil perbincangan mereka sendiri.
14. Keputusan yang boleh dibuat oleh pasangan. ▪️Tidak berkahwin ▪️Kahwin, rancang tiada anak (biological) ▪️Kahwin, dapatkan anak, dan sedia hadapi risiko.
15. Kempen kesedaran tentang talasemia kini giat dijalankan. Saringannya juga bukan sahaja dibuat kepada pasangan yang hendak berkahwin sahaja, malah telah dibuat di sekolah.
Semoga bermanfaat!
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan Kesihatan dan Perubatan
Bukan semua pesakit yang positif Covid-19 ditempatkan di pusat kuarantin. Jika keadaan pesakit tidak terlalu serius mereka hanya dinasihatkan untuk kuarantin sendiri di rumah selama 10 hari.
Oleh kerana kuarantin sendiri di rumah menyebabkan masa yang ada dihabiskan untuk menonton TV sambil mengunyah makanan.
Keadaan ini pastinya akan menyebabkan pertambahan berat badan mendadak dek disebabkan makan tanpa henti sepanjang kuarantin. Bimbang penyakit lain pula yang datang disebabkan masalah ini.
Justeru perkongsian Pakar Pemakanan Syaza Nutritionist memberi tip pemakanan semasa kuarantin agar kekal sihat dan bertenaga. Boleh juga dipraktikkan di pusat kuarantin.
‘Dah Tak Peduli Keluar Tanpa Mekap’. Lisa Surihani Kini Lebih Selesa Tampil Natural Beauty! Kebiasaannya wanita dan dunia kecantikan tidak boleh dipisahkan.
Pantang keluar rumah tanpa sebarang calitan mekap di wajah kerana ada yang merasa kurang yakin dengan penampilan diri.
Tetapi bagi selebriti ini tiada masalah untuk melakukannya kerana lebih senang berwajah natural.
Bagi pelakon Lisa Surihani yang kini tampil menutup aurat sepenuhnya lebih senang berwajah natural tanpa sebarang mekap dikenakan jika keluar ke mana-mana.
Dalam satu artikel di Astro Gempak, Lisa mengakui dia sudah tidak kisah lagi mengenai penggunaan peralatan make up, malah dia berasa sudah malas untuk menata wajahnya ketika keluar ke mana-mana.
“Saya sebenarnya dah malas nak fikir sangat pasal make up apabila pergi keluar, kadang rasa tak suka pun nak pakai.
“Kalau ada komen netizen yang kata lebih suka saya tanpa make up, saya tidak berapa pasti berkenaan itu.
“Saya sendiri tidak fikir terlalu terperinci berkenaan isu menggunakan atau tidak menggunakan make up semua ini,” katanya yang ditemui ketika pelancaran program Next To Neelofa di Astro Bukit Jalil baru-baru ini.
Lisa juga turut berkongsi mengenai melatih dirinya untuk terus beristiqomah.
“Alhamdulillah jalan untuk saya dibuka dengan mudah. Walaupun sibuk uruskan anak-anak, tetapi ada sahaja waktu untuk saya melakukan beberapa aktiviti ibadah seperti mengaji dan memasuki kelas agama.
“Apabila bercerita mengenai istiqomah itu bukan perkara mudah. Hati kita sentiasa berbolak balik, namun perlu juga sentiasa mendoakan antara satu sama lain. Insyaallah dengan berdoa pada Allah, segala urusan kita dipermudahkan.
“Untuk saya kalau nak terus istiqomah, kena ada minat dan disiplin. Tanpa kedua-dua perkara itu agak sukar untuk seseorang terus beristiqomah mencari reda Allah,” tambahnya yang juga salah seorang tetamu jemputan untuk program itu nanti.
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.