Serik Kena ‘Eating Disorder’, Senaman Jadi Terapi. Rahsia Nadia Annuar Kekal Fit & Cantik! Personaliti ini hadir dalam dunia pengacaraan dengan pakej lengkap menjadikan figura ini cukup popular dan dikenali ramai.

Selain petah berkata-kata setiap kali mengacarakan suatu rancangan, kejelitaan Nadia Annuar juga turut mencuri perhatian ramai.

Serik Kena ‘Eating Disorder’, Senaman Jadi Terapi

Artikel Lain: Puasa Lebih 12 Jam Selang Sehari, Ambil Nasi 2 Sudu. Rahsia Bonda Rozita Jadi Kurus & Cantik!

Dianugerahkan kulit puth bersih dengan susuk badan tinggi lampai ternyata ibu dua anak ini pandai menjaga kecantikan dirinya.

Nadia juga dilihat aktif melakukan aktiviti sihat dan kecergasan seperti bersenam dan dalam masa sama sibuk menguruskan perniagaan.

Ujarnya, amalan senaman membuatkan otak jadi lebih cergas, tubuh lebih cantik dan sihat. Tidak lengkap kehidupan Nadia jika dalam sehari tidak bersenam.

IKLAN

Sebelum itu rupanya, dia juga pernah mengalami masalah ‘eating disorder’ atau masalah gangguan pemakanan ketika berusia 26 tahun.

Masalah kecelaruan pemakanan yang dialaminya sudah sampai ke tahap tidak mahu makan.

“Ketika sakit, saya cuba cari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah-masalah ini. Alhamdulillah senaman dan aktiviti kecergasan adalah terapi terbaik buat diri saya. Sejak itu, saya mula bersenam setiap hari secara konsisten.

“Dalam seminggu, saya akan memperuntukkan empat hingga lima hari untuk bersenam. Tubuh juga perlu perlukan masa untuk berehat jadi tidak perlulah kita bersenam berlebihan sehingga boleh membahayakan tubuh.

IKLAN

Rahsia Nadia Annuar Kekal Fit & Cantik

“Selalunya dalam setiap sesi senaman, saya akan memperuntukkan masa selama lebih kurang satu jam setengah. Paling lama pun sekitar dua jam untuk satu sesi senaman. Aktiviti bersenam boleh dilakukan di rumah sahaja. Untuk mengekalkan stamina tubuh, kita perlu konsisten bersenam.

Selain itu:  Cuci Muka Guna Air Mineral, Ada Sebabnya Dr Malar Amal Tip Ini

“Cara saya mengekalkan stamina tubuh ialah dengan bersenam dan melakukan aktiviti kecergasan secara berkala.

“Bila kita sudah biasa bersenam, kita akan dapat rasa yang tubuh kita sentiasa cergas. Seelok-eloknya amalkan bersenam pada waktu pagi,” ujarnya yang juga merupakan anak kepada usahawan usahawan kosmetik terkenal, Zaiton Hassan atau lebih dikenali sebagai Kak Ton.

Artikel Lain: Badan Selalu Mengah, Kaki Pun Bengkak. Punca Wanita Nekad Diet Sebelum Kembali Langsing!

IKLAN

Tambah Nadia lagi, bagi mendapatkan daya stamina yang tinggi bukan hanya perlu bersenam sahaja tetapi pada masa sama perlu mengawal pola pemakanan harian. Penting untuk mengamalkan diet pemakanan yang sihat.

“Saya memang tidak minum minuman manis. Tidak dapat dinafikan sebelum ini saya sudah terbiasa mengambil makanan dan minuman yang manis memandangkan keluarga saya berasalkan dari Kelantan. Namun lama-kelamaan saya sedar tabiat ini harus diubah.

“Saya jadikan kebiasaan minum kopi tanpa gula. Secara tidak langsung amalan ini membantu untuk ‘mencuci’ lidah. Percayalah apabila sudah terbiasa minum kopi kosong, kita tiada keinginan lagi untuk minum minuman yang manis,” kata Nadia yang juga gemar mengumpul pakain sukan.

Baginya pakaian sukan yang selesa dan cantik dengan warna dan corak ceria merupakan satu motivasi untuk terus bersenam.

Sumber: SinarPlus

Artikel Lain: Tak Sampai Seminggu Bersalin, Dah Tampil Cantik & Cergas. Dr. Amalina Dedah Tip Pantang Lebih Sihat!

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI