Sebenarnya banyak yang guna Vaseline untuk kecantikan, ada yang sapu kat muka bagi glowing,letak kat bibir nak hilangkan masalah kering dan ada juga pakai di kaki untuk hilangkan masalah tumit kasar.
Menurut Puan Rosnani Ikan, tips ini memang pernah tular, orang Korea pun ada yang amal pakai Vaseline saja untuk cantikkan wajahnya.
Antara teknik paling berkesan untuk hapuskan blackheads degil. Rugi sangat kalau tak cuba.
Guna Vaseline Untuk Hidung Licin Tanpa Blackhead
Ads
Bahan-bahan :
Vaseline, tuala muka, plastic wrap, tisu muka.
Ini Caranya :
Ads
1. Basuh muka dengan bersih.
2. Sapukan Vaseline pada kawasan blackheads.
3. Ambil plastik wrap dan tekap/ tutup pada kawasan blackheads yg dah disapu vaseline tu.
4. Rendamkan tuala muka dalam air suam.
5. Gosokkan tuala muka yang dah direndam di atas plastic wrap (kawasan blackheads) selama 5 minit untuk beri lebih banyak haba dan membuka liang pori.
6. Tarik/ buka plastic wrap tersebut.
7. Tekan tisu perlahan lahan di atas kulit yang dipenuhi dengan bintik hitam untuk keluarkan dia.
INGAT!! Jangan tekan terlalu kuat untuk elak kulit jadi kemerahan.
Pastikan guna tisu ya. Jangan buat lebih daripada tiga percubaan untuk keluarkan blackheads tu. Kalau tak, boleh pecahkan kapilari yang membawa kepada terjadinya jerawat.
Okay, selamat bercantik-cantik dengan cara jimat semua!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kebanyakan daripada kita gemar membeli barangan yang murah harganya. Dan lambakan kedai menjual barangan seperti ini membuatkan kita terasa untung apabila membeli dan sangat menjimatkan.
Namun begitu, perkongsian dari Ahli Kimia, Dr Fatima Salim ini di laman sosial Facebook, mungkin menjadikan kita berfikir dulu barang apa yang mahu dibeli setiap kali melangkah masuk ke kedai barangan murah ini.
Menurutnya ada baik dan buruknya membeli barangan di kedai jimat ini. Ayuh ikuti perkongsiannya.
Heboh pula kisah kedai RM2. Saya secara peribadi, masuk saja kedai serbaneka RM2. Bukan apa, saya suka kepelbagaian barang yang dijual, ada yang saya beli juga. Barangan yang murah kita maklumlah ada baik dan buruknya.
Namun jika kita pandai membeli dengan membandingkan harga dan jenis barangan, untung sebenarnya. Ada barangan sama yang jauh lebih murah daripada kedai lain.
Cuma nak pesan, barangan yang melibatkan penyimpanan makanan harus lebih berhati-hati. Contoh barangan plastik berwarna hitam yang mungkin diperbuat daripada plastik kitar semula. Barangan murah dikaitkan dengan kitar semula komponen plastik barangan elektronik seperti keyboard, komputer dan sebagainya.
Kajian menunjukkan terdapat potensi bocoran (leaked) bahan-bahan kimia seperti cadmium, chromium, mercury, antimony… ke dalam makanan yang dimasak, disamping bahan penebat api berbromin terutamanya apabila dipanaskan melebihi suhu 70 degree Celcius. Interaksi dengan masakan berminyak, berasid dan bergaram tinggi juga meningkatkan risiko bocoran bahan-bahan kimia tersebut.
Bukannya tidak boleh guna, cuma ELAKKAN penggunaan plastik jenis sebegini pada suhu panas.
Berkongsi mengenai barangan plastik, mari ulangkaji mengenai label Resin Identification Code (RIC) yang digunakan pada barangan plastik supaya kita lebih cakna.
Cuba perhati barangan plastik anda. Perasan tak adanya nombor 1 hingga 7 yang biasanya berada dalam kurungan segitiga (rujuk gambar di bawah). Sebenarnya ianya adalah kod rujukan yang bertujuan untuk mengklasifikasikan jenis bahan kimia polimer binaan aka material untuk bekas plastik berkenaan.
YA. Kod ini bertujuan untuk memudahkan proses pengumpulan semula bekas yang mempunyai bahan binaan yang sama untuk dikitar semula (recycled).
Untuk kod resin No.7 agak unik kerana ianya mengumpulkan pelbagai bahan binaan yang bukan dalam kategori utama No.1-6. Untuk lebih terperinci, boleh rujuk senarai dalam gambar di bawah.
Bekas berkod resin No.3 iaitu yang diperbuat daripada bahan kimia polimer vinyl chloride (PVC) boleh membocorkan (leaked) bahan kimia phthalates yang mana telah dikaitkan dengan masalah sistem peranakan dan tumbesaran.
Bekas berkod No.7 terutamanya yang diperbuat daripada bahan kimia polimer carbonate (PC) boleh membocorkan bisphenol A (BPA) yang mana telah dikaitkan dengan pembesaran prostat dan gangguan sistem peranakan pada bayi dan kanak-kanak, juga kanser payudara, diabetis, kegemukan, penyakit berkaitan jantung…
Bekas berkod resin No.6 pula boleh membocorkan styrene iaitu bahan kimia penyebab kanser (kasinogenik). Ini juga sebab kenapa kini pembungkus polystyrene tidak dibenarkan untuk membungkus makanan, apa lagi untuk makanan panas.
Sebenarnya isu keselamatan barangan plastik ini pada dos yang kita terdedah setiap hari masih lagi menjadi perdebatan. Setakat ini, FDA hanya mengharamkan penggunaan bahan ber BPA dalam produk botol bayi. Yang lain masih lagi dikategorikan sebagai selamat kerana jumlah bahan kimia pemberi risiko yang boleh terbocor dan masuk dalam badan kita (melalui makan, minum, terhidu atau aplikasi pada kulit) adalah sangat sedikit jika dibandingkan dengan pendedahan luar. Dan sistem sistem badan kita mampu mengeluarkannya secara semulajadi.
Usah risau, FDA bukan suka-suka keluarkan keputusan. Ianya dibuat berdasarkan timbang tara beribu kajian klinikal tentang keselamatan barangan plastik ini. Jika pengeluar mengikut garis panduan pembuatan dan kita pula menggunakannya dengan betul, ianya selamat. Maka, gunakanlah bekas-bekas ini sesuai dengan TUJUANNYA agar keselamatannya terjamin.
Nota kaki: Kod pada bekas plastik ini BUKAN petanda berapa kali ianya boleh dikitar semula ya.
Tak susah pun nak jadi cantik, zaman sekarang segala maklumat di hujung jari. Terdapat pelbagai jenis petua untuk kecantikan kulit boleh anda dapati menerusi media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram.
Ternyata petua-petua memang berkesan jika diamalkan secara berterusan. Menerusi perkongsian di laman Facebook oleh seorang wanita bernama Nurtieja Sheikh Ismail tentang petua cantik menggunakan ais kiub gula pasir yang ditambah dengan buah-buahan kesukaan anda.
Memang sangat menarik apa bila melihat potongan ais kiub yang diisi dengan buah-buahan.
Sekiranya anda mahukan kulit yang cerah, gunakanlah buah oren dan jika anda mahu kulit yang lembap, gunakan tomato. Memang mudah!
Ayuh baca perkongsian gadis ini. Semoga perkongsian ini membantu anda untuk memilki kulit idaman.
Tieja suka beli buah potong banyak banyak. Yang 5 paket RM8 gitu sebab boleh merasa banyak jenis buah. Tapi kedai yang selalu pergi tu, tak sah kalau tak bagi lebih. Tu kadang sayang buah-buah potong ni cepat buruk. Tak sempat nak makan banyak-banyak gitu.
Jadi, daripada membazir Tieja buat cube ice. Siapa follow tieja dari dulu tahu kan, tips penjagaan kulit tieja. Memang setiap hari, sehari sekali akan tuam ais dekat muka.
Tapi kali ni ubah sikit citarasa, buat lebih ‘aummmmm’ khasiat die.
Bahan yang korang perlu ada:
⁃ melembapkan kulit ⁃ kulit sihat dan cerah ⁃ kecilkan pori ⁃ tak ade kesan sampingan, insyaallah ⁃ singkirkan kulit kering
Buah-buahan yang korang ada, atau suka. Tieja kebetulan ada semua buah buah dan sayur tu dalam peti. So apa salahnya potong buat warna warni. Kelebihan setiap buah ni banyak. Boleh google. Tieja just bagi satu kelebihan setiap buah ni.
Andai korang pakai buah lain, sila la google ye. Macam labu boleh, lobak, bayam dan banyak la boleh korang cuba.
Manis orangnya dan sekarang terpesona melihat Liza Hanim yang nampak slim berbanding badannya sebelum ini.
Tak mudah tetapi hasilnya memang ketara dan apa yang menarik dia langsung tidak mengambil jalan pintas iaitu tanpa mengamalkan pil langsing dan pembedahan.
Haa… kalau anda teringin nak dapat bentuk badan langsing seperti ini, jemput baca perkongsian Liza Hanim.
Liza mengetahui dirinya mengalami masalah berat badan selepas merasakan dirinya tak selesa ketika berjalan. Malah dengan saiz kaki yang kecil itu, badannya tak dapat menampung berat dan menyebabkan kesukaran untuk bergerak.
“Sebenarnya ketika anak dara dan baru berkahwin, berat saya hanyalah sekitar 58kg. Tetapi selepas melahirkan anak, berat saya mencecah 78kg.”
Tidak mengambil sebarang suplemen termasuklah pil pelangsing, Liza berjaya menurunkan berat badan sebanyak 20 kg secara semula jadi dan sihat. Antara perkara yang dilakukan olehnya adalah:
Owh ya, Liza sangat menjaga pengambilan makanan selepas memahami cara untuk kuruskan badan secara teratur mengikut keadaan badan. Bukan itu sahaja, baginya pengambilan makanan perlulah mengikut keperluan dan bukan kehendak diri.
Selain daripada pengambilan makanan, Liza turut bersenam. Baginya senaman dapat memantapkan lagi otot dan mengurangkan berat badan dengan lebih efektif.
Jadi kita pun boleh ikut cara sihat Liza Hanim turunkan berat, baru selesa nak bergerak dan beribadat. Begitulah…
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.