Tidak ramai yang menggemari kaki ayam walaupun sedap dimasak sup dek kerana terbit rasa geli untuk memakannya.

Namun sebenarnya bahagian kaki ayam ini mengandungi khasiat kolagen.

Seperti penyekidikan yang dijalankan oleh Jabatan Sains Haiwan Universiti Kebangsaan Chung-Hsing di Taiwan menunjukkan bahawa kaki haiwan ini mengandungi banyak kolagen.

Kolagen, seperti yang anda ketahui, adalah bahan yang membantu kulit anda untuk kelihatan muda.

Merujuk data artikel dari Healthline, kaki ayam kaya dengan kolagen,protein, kalsium, vitaminA, folat, dan fosfor. Berikut berbagai manfaat kaki ayam yang mungkin terlepas pandang.

Memang Geli Nak Makan, Tapi Kaya Dengan Kolegen. Ini Khasiat Kaki Ayam Yang Ramai Tak Tahu!

Ini antara khasiat kaki ayam yang ramai tak tahu

IKLAN

1. Mengawal berat badan

Kolagen pada kaki ayam dapat membantu menjaga massa otot dan berat badan yang sihat. Kolagen adalah protein semula jadi yang bebas karbohidrat, membantu meningkatkan tenaga dan meningkatkan metabolisme. Selain itu, kolagen juga membantu menurunkan nafsu makan dan memberi rasa kenyang lebih lama.

2. Mengurangkan keradangan

Peradangan dalam badan boleh mencetus berbagai masalah kesihatan. Jadi, kandungan gelatin pada kaki ayam juga mengandungi anti peradangan yang baik. Acid amino antiperadangan pada kaki ayam juga membantu mengurangkan keparahan keadaan kulit yang meradang seperti jerawat, psoriasis atau eksima.

Memang Geli Nak Makan, Tapi Kaya Dengan Kolegen. Ini Khasiat Kaki Ayam Yang Ramai Tak Tahu!

3. Meningkatkan peredaran darah

Peredaran darah merupakan fungsi penting dalam tubuh kerana diperlukan untuk oksigen dan nutrisi masuk ke seluruh bahagian badan. Tentunya, peredaran darah yang buruk akan memberi pengaruhi besar pada keadaan kesihatan kita. Arginine dalam kolagen membantu menghasilkan oksida nitrik dalam tubuh.

IKLAN

Oksida nitrik adalah molekul kecil yang dapat bergerak di dalam dan di antara sel, dan salah satu fungsi utamanya adalah membuat sel otot licin menjadi rileks. Sel otot licin ini ditemukan di seluruh badan di saluran darah.

Selain itu:  Tak Diet Tapi Sibuk Uruskan Anak. Punca Berat Ayda Jebat Turun Mendadak Sampai 45KG!

Ketika saluran darah tenang, tekanan darah turun dan peredaran darah yang lebih baik terjadi. Ketika lebih banyak darah mencapai jaringan, mereka mendapat nutrisi yang lebih baik.

4. Mempercepat penyembuhan luka

Kolagen dalam kaki ayam juga membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka, termasuk membantu mengurangkan peradangan dan kesakitan akibat luka. Di sisi lain, kolagen pada kaki ayam juga mengandungi prolin yang merupakan sebatian penting dalam penyembuhan luka. Dengan mengamalkan kaki ayam, kandungan prolin dalam tubuh akan meningkat yang mempercepat pemulihan luka dari cedera traumatik.

5. Mengurangkan anxiety

Kolagen dalam kaki ayam memiliki sifat anti-anxiety kerana kepekatan glisin yang tinggi. Glisin membantu mengatasi anxiety kerana merupakan perencat neurotransmitter yang menyokong sistem saraf pusat.

IKLAN

Selain itu, glisin membantu mengatur sintesis metabolisme nutrisi, menyeimbangkan kadar elektrolit, dan membantu mengawal impuls saraf di seluruh tubuh. Semua faktor tersebut sangat menyumbang dalam meminimaliskan anxiety.

Memang Geli Nak Makan, Tapi Kaya Dengan Kolegen. Ini Khasiat Kaki Ayam Yang Ramai Tak Tahu!

Artikel Berkaitan:

Hanya Minum Air Kosong Ikut Aturan Betul, Rahsia Wanita Ini Kekal Langsing & Berwajah Flawless

“Dah Sembuh, Tapi Mudah Penat. Kena Rajin Senaman & Fisioterapi Stabilkan Paru-Paru” – Pengalaman Marsha Dijangkiti Covid-19

Doktor Jelaskan Apa Perlu Buat Kalau ‘Self Quarantine’ Di Rumah, Sebelum Dipanggil KKM Elak Virus Merebak

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI