Tampil Cantik & Cergas Lepas 4 Hari Bersalin, Dr. Amalina Kongsi Tip Pantang Paling Mudah & Sihat. Viral baru-baru ini apabila Nur Amalina Che Bakri yang baru 4 hari bersalin dilihat kembali cergas dan bertenaga membawa anaknya, Arabella Mia berjalan-jalan sekitar London ketika dalam pantang bersalin.

Penampilan Dr. Amalina yang kini bertugas sebagai Pakar Bedah di London juga kelihatan cantik berbanding wanita bersalin lain yang nampak lemah untuk bergerak dengan hanya mengenakan kain batik dan tudung sarung sahaja.

Dalam ruangan komen, ramai pengikutnya yang meminta petua tentang amalan dilakukan supaya memiliki tenaga dalaman yang kuat selain penjagaan merawat luka bersalin dengan cepat.

Tampil Cantik & Cergas Lepas 4 Hari Bersalin

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr. Amalina (@dramalinabakri)

ftnkzmh 4 days? Oh myy mummy please share the tips
fnr.rasmi.ip Kagum dgn dr sebab after 4 days u kuat utk jalan. Me both pregnancies normal n czer I’m still very weak .. tahniah
vishaliniramani Congrats Dr… U look amazing too. In just 4 days

 

Artikel Lain: Pilih Nama Arabella Mia. Dr Amalina Selamat Bersalin, Tak Lokek Tayang Wajah Anak Dari London!

Dr. Amalina berkata, hari ini telah berkongsi tip-tip berkaitan atas permintaan ramai yang bertanya tentang penjagaan diri yang diamalkannya selepas bersalin.

“Saya akan berkongsi amalan saya sendiri berdasarkan kajian saintifik yang disarankan oleh pakar obstetrik dan pengalaman saya sendiri sebagai seorang doktor,” katanya.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr. Amalina (@dramalinabakri)

Makan secara sederhana dan tidak perlu pantang telur atau ayam jika tiada alahan, antara rahsia Dr. Nur Amalina sihat selepas empat hari berpantang.

Selain itu:  Masker Kunyit Madu Buat Kulit Awet Muda, Ini Cara Jimat Jaga Wajah

Menurutnya, intensiti aktiviti seharian juga boleh ditingkatkan secara beransur-ansur dan elakkan mengangkat barang yang lebih berat daripada bayi selama enam minggu.

“Amalkan makanan sihat dan seimbang seumur hidup. Makan sayur-sayuran, buah serta kurangkan garam, gula dan minyak.

“Minum air kosong 2 ke 3 liter sehari dan kurangkan minum air manis seperti air boba dan milo,” katanya melalui perkongsian di Instagram.

IKLAN

Dr. Amalina Kongsi Tip Pantang Paling Mudah & Sihat

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr. Amalina (@dramalinabakri)

Artikel Lain: Kulit Dah Memang Cantik Di Usia 53 Tahun. Jurusolek Dedah Maria Farida Tak Suka Pakai Foundation!

Jika bersalin secara normal tanpa komplikasi pula katanya, ibu-ibu boleh mulakan senaman ringan sekiranya sudah bersedia.

“Ini termasuk berjalan kaki (untuk elak blood clots), kegel (pelvic floor exercise) dan senaman perut. Anda digalakkan menunggu enam minggu sebelum mulakan senaman berimpak tinggi seperti aerobik atau berlari.

IKLAN

“Jika pendarahan (lochia) bertambah berat atau bertukar warna (menjadi merah jambu atau merah) selepas melakukan aktiviti, anda mungkin melakukannya secara berlebihan. Kurangkan aktiviti dan pastikan dapat banyak rehat,” katanya.

Bagi penjagaan bahagian perineum, Dr. Amalina menasihatkan supaya ia dibasuh dengan air mengikut turutan dari depan ke belakang dan dilap sehingga kering setiap hari.

“Tukar maternity pad setiap tiga ke empat jam. Jika bersalin melalui C-section, bersih dan lap luka sehingga kering setiap hari, pakai pakaian longgar dan seluar dalam kapas.

“Ambil ubat penahan sakit (paracetamol atau ibuprofen selamat untuk breastfeeding). Jaga kebersihan dan mandi setiap hari. Ambil laxatives jika perlu untuk elak constipation,” kongsinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr. Amalina (@dramalinabakri)

Untuk info, Dr. Amalina dan suami  Alexander Charles, telah berkahwin pada 31 Mac 2021 di London, United Kingdom (UK) dan selamat melahirkan anak sulungnya, Arabella Mia pertengahan Oktober lalu.

Selain itu:  Ramai Kata Sakit, Tapi Tak. Wanita Kongsi Buat Brachytherapy, Rawatan Terakhir Untuk Kanser Servik!

Artikel Lain: ‘Nak Sihat Kenalah Strict Jaga Makan Minum’. Rahsia Penyanyi Azie Kekal Cantik & Awet Muda Diusia 45 Tahun!

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI