Siapa sangka, tidur sejam lebih daripada biasa, boleh kurangkan berat badan wanita. Menurut kajian yang dilakukan di Chicago membuktikan tidur melebihi lapan jam akan menyebabkan berat badan turun.
Kalau begitu, tidak perlu susah payah diet atau workout kerana hanya dengan tidur lebih sejam pun boleh jadi cantik dan kurus.
Satu kajian mendapati bahawa waktu tidur yang melebihi sejam daripada kebiasaan dapat mengurangkan berat badan seseorang, lapor akhbar Metro UK.
Kajian dijalankan sekumpulan penyelidik dari Universiti Perubatan Chicago itu mendedahkan sekiranya seseorang tidur lebih sejam dari tempoh masa kebiasaan, ia boleh mengurangkan kuantiti kalori sebanyak 270 kilo kalori (kcal) sehari.
Ads
Menerusi kajian tersebut, seramai 89 individu berusia 21 hingga 40 tahun yang mengalami obesiti dipantau tabiat tidur mereka.
Mereka kebiasaannya tidur kurang dari 6 jam 30 minit dalam masa satu malam.
Tanpa mengubah diet atau tabiat pemakanan, mereka tidur di katil sendiri dengan memakai sejenis peranti serta diarah untuk meningkatkan waktu tidur.
Ads
Selepas meningkatkan waktu tidur kepada 8 jam 30 minit bagi satu malam, kadar pengambilan kalori dan tenaga mereka dihitung. Hasilnya mendapati, kadar pengambilan kalori menyusut sebanyak 270 kcal sehari.
“Meningkatkan dan mengekalkan tempoh waktu tidur yang sihat dalam jangka masa panjang dapat menjadi sebahagian daripada program mengurangkan berat badan dan mencegah obesiti,” kata penyelidik. – AGENSI
Kulit wajah yang cantik merupakan kulit wajah yang sihat. Apakah ciri-ciri kulit wajah yang sihat?
Kulit wajah yang sihat dan cantik ialah kulit yang lembut dan lembap tanpa sebarang cela. Bagaimana pula dengan kulit wajah yang kering?
Mereka yang mempunyai kulit wajah yang kering pasti merasakan penampilan terganggu dengan keadaan itu.
Ini kerana mereka yang mempunyai kulit wajah yang kering akan membuat wajah lebih tua daripada usia sebenar.
Benarkah begitu? Benar kerana bila mereka yang mempunyai kulit wajah yang kering terdedah begitu lama di bawah cahaya matahari akan mudah gelap dan berkedut.
Dalam dunia kesihatan, masalah kulit kering lebih dikenali sebagai gangguan kulit manusia yang dipanggil iktiosis. Iktiosis ini adalah hilang lembapan pada lapisan epidermis yang dapat mengakibatkan kesan negatif iaitu hilang keanjalan kulit. Kesan biasa yang berlaku kepada kulit yang kering adalah seperti kulit menjadi kusam, kemerahan, lebih sensitive dan tidak tahan kepada panahan sang suria.
• Faktor keturunan atau genetik.
• Kesan sampingan dari ubat-ubatan yang diambil.
• Jangkitan kulat pada kulit wajah.
• Kurang mengambil mineral yang menjadi punca kulit kering kerana hidrasi.
• Kurang mengambil nutrisi daripada sayur-sayuran dan buah-buahan yang mengandungi vitamin yang baik untuk tubuh seperti vitamin B2 da E juga mineral.
• Penggunaan produk kosmetik yang tidak sesuai dengan kulit serta menyumbang kepada kulit yang kering.
Cara yang terbaik untuk merawat kulit yang kering adalah dengan memberi lembapan di bawah lapisan kulit. Berikut adalah tips untuk menyegarkan semula kulit yang kering;
Krim pelembap adalah bahan yang mudah didapati untuk merawat kulit kering. Amal tabiat menyapu krim pelembap di keseluruhan tubuh selepas mandi setiap pagi dan selepas mandi di waktu malam. Guna krim pelembap yang berfungsi untuk mengawal jumlah lembapan di bawah kulit. jika anda bekerja di dalam bilik berhawa dingin pastikan memakai krim yang berasaskan air untuk mengunci tahap kelembapan kulit.
Sebagaimana yang diketahui air merupakan sumber kehidupan baik untuk manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Begitu juga denga kulit kita. Mengambil air mineral yang cukup dapat membantu mencegah terjadi kulit yang kering dan kusam. Minum air sekurang-kurangnya 2.5 liter sehari atau lapan gelas air sehari untuk kulit yang lembap dan lembut.
Vitamin E merupakan kandungan vitamin yang sangat baik untuk menjaga kelembapan kulit wajah. Vitamin E juga boleh membantu mengekalkan keanjalan kulit dan menegangkan semula kulit wajah. Pengambilan vitamin E yang diperoleh daripada sumber makanan seperti kacang badam dan jenis kekacang yang lain.
Biasakan diri membersihkan diri atau mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari. Mandi akan membantu kulit terhindar daripada masalah kulit kering dan kusam. Apabila jumlah lembapan cukup di dalam tubuh maka kulit akan menjadi lebih lembut dan segar.
Bersenam adalah kegiatan yang banyak memberi manfaat kepada tubuh. Bersenam dapat mengeluarkan peluh dan peluh tersebut membantu sel-sel kulit mati serta kotoran yang terdapat pada kulit ikut keluar. Ini akan menjadikan tubuh lebih sihat dan segar. Selepas bersenam jangan membiarkan kulit tidak dibersihkan kerana kotoran akan ikut serta keluar.
Tidak semua lemak tidak baik untuk kulit. mengambil lemak yang cukup sangat penting terutama lemak omega. Selain membantu menjaga kesihatan jantung dan otak lemak omega juga mempunyai sifat anti radang yang dapat membantu menjaga lembapan kulit. Lemak omega boleh diperolehi daripada kekacang, ikan salmon, buah kelapa dan avocado.
Cerita tentang kecantikan, pelakon wanita, Yana Samsudin ada kongsikan tip cantik dan sempat tinggalkan pesanan ‘manis’ buat anda yang jenis suka bermekap.
Terserlah aura seorang ibu, Yana sebenarnya mengelakkan diri daripada melakukan solekan tiap hari. Nak tahu kenapa? Jom kita selongkar…
Haa.. Pasti anda tertanya-tanyakan? Apakah satu perkara yang perlu dielakkan menurut Yana tu?
Jelas Yana, muka akan lebih ketara kelihatan kusam sekiranya anda kerap menggunakan solekan yang tebal untuk menatarias wajah setiap hari.
Memanglah solekan akan naikkan seri tetapi jika selalu sangat mekap nanti wajah akan hilang aura ‘wow’ itu waktu membawa wajah ‘bogel’.
“Kalau nak bersolek, pastikan tak bersolek setiap hari. Sebab orang yang dah selalu make-up setiap hari ni, bila tak pakai make-up, orang akan nampak muka anda automatik kusam dan tiada seri (dull).
“Tapi kalau anda tak nak muka kusam, gunalah Nivea Luminous 630, sebab dia mencerahkan dari dalam,” katanya sambil berseloroh mempromosikan produk, sebagai duta Nivea.
Selain itu, Yana juga mengingatkan hijabi di luar sana agar memastikan wajah dicuci dengan sebersih-bersihnya setelah mengenakan solekan untuk mengelakkan berlaku masalah kulit yang tidak diingin seperti jerawat atau breakout.
Ini kerana umum sedia maklum bahawa setiap alat solekan mengandungi kimia yang tidak baik untuk kulit wajah. Jika tidak dibersihkan sebaiknya.
“Bila anda make up, anda mesti remove make up tu bersih-bersih.
“Lepas tu jangan lupa anda kena gua skincare yang lengkap. Maksudnya kena ada pencuci. Lepas pencuci kena ada Toner, Serum dan Cream. Skincare kena lengkap!,” ujarnya lagi.
Haa… selepas ini jangan lupa ikut petua cantik Yana Samsudin ini ya, pastikan rajin cuci muka dan mekap nipis-nipis sudah lah. Janji ada serinya. Paling penting jangan skip pakai skincare!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ada yang masih tercari-cari cara untuk merahkan bibir yang gelap atau kering? Jangan risau, kali ini anda boleh cuba menggunakan sapu gula atau kunyit.
Macam yang anda semua tahu, gula memiliki tekstur yang halus namun cukup kasar yang mampu menjadi agen exfoliation (pengelupasan) yang baik.
Cuba bayangkan gula ni menyental kotoran daripada bibir anda, macam tu lah gula berfungsi menyingkirkan kulit mati dan menyerlahkan kulit bibir yang munggil.
Gula ini berfungsi menyingkirkan kulit mati, manakala mentega pula akan bertindak sebagai pelembap bibir dan komponen yang memudahkan proses scrubbing.
1. Gula dan Mentega
Langkah penyediaan dan penggunaan:
Campurkan 3 sudu kecil gula pasir dan 2 sudu kecil mentega, gaulkan sehingga sebati.
Kemudian, urut campuran ini pada bibir anda selama 4-5 minit dan sapu dengan bersih dan lembut selepas urutan.
Anda boleh ulangi cara ini 3 kali seminggu.
Kehadiran mentega disini hanyalah untuk memudahkan dan melembapkan.
Jadi kalau anda tak selesa menggunakan mentega, gantikan bahan ni dengan minyak zaitun, minyak argan dan petroleum jelly seperti Vaseline.
Sekiranya gula pasir terlalu kasar untuk bibir anda, gula perang boleh dijadikan sebagai alternatif. Ini kerana gula perang atau brown sugar adalah lebih halus dan bersesuaian untuk individu yang berkulit sensitif.
2. Gula Perang / Gula Pasir dan Madu
Bagi anda yang memiliki bibir yang sensitif, disaran menggunakan gula perang kerana gula jenis ini lebih halus. Malah gabungan gula perang bersama madu akan menjadikan bibir anda lebih cantik dan lembap.
Langkah penyediaan dan penggunaan:
Gaulkan 1 sudu kecil madu dan 2 sudu kecil gula perang bersama sehingga sebati.
Calitkan campuran paste ni pada bibir anda dan urut pada bibir selama 4 minit.
Selepas itu, biarkan selama 10 minit sebagai mask bibir agar madu tersebut dapat berfungsi dengan lebih efektif.
Kemudian, bersihkan dengan tuala basah dan boleh diulang cara ini 2-3 kali seminggu.
Merahkan Bibir Guna Kunyit
Selain gula, kunyit pun boleh membantu mencerahkan bibir anda yang kusam dan gelap ya! Nak tahu caranya?
Haa… ini cara merahkan bibir guna kunyit.
1. Kunyit dan Susu
Kunyit dan susu adalah gabungan yang baik dijadikan sebagai lip mask. Kunyit akan bertindak sebagai pencerah bibir manakala susu pula akan menjadi pelembap bibir.
Cara penyediaan dan penggunaannya:
Campurkan 1 sudu besar serbuk kunyit dan ½ sudu besar susu bersama-sama.
Gaulkan kedua-dua bahan tersebut sehingga rata dan menjadi paste.
Calitkan pada bibir dengan sekata dan biarkan selama 15-20 minit.
Selepas selesai, bilas bibir anda dengan air suam dan boleh ulang selang sehari.
2. Kunyit, Gula dan Madu
Gula sememangnya popular di kalangan pemakai lip scrub kerana kebaikannya dalam membuang kulit mati yang terkumpul pada bibir anda.
Madu pula popular sebagai pelembap semula jadi dan mengandungi nutrien-nutrien untuk memberi khasiat kepada bibir.
Cara penyediaan dan penggunaannya:
Campurkan 1 sudu besar kunyit, satu sudu besar gula pasir dan satu sudu besar madu dalam satu bekas.
Gaul sehingga sebati, dan calitkan pada hujung jari dan sapu pada bibir.
Urut bibir seluruh bibir anda dengan lembut selama satu minit.
Bilas dengan air suam sehingga bersih dan pakai lip balm.
Boleh diulang 2-3 kali seminggu.
Semoga bermanfaat untuk anda yang mengalami masalah bibir kering dan gelap!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.