Kadang kala rasa sedih dikecewakan seseorang jadi pemangkin semangat untuk melakukan suatu perubahan pada diri.
Seperti perkongsian wanita ini yang mengambil keputusan untuk menurunkan berat badan sebaik mengetahui kekasinya curang dengan rakan baik sendiri.
Hancur perasaan apabila mendapat tahu kekasihnya menjalinkan hubungan sulit bersama rakan baiknya.
Rentetan itu gadis yang dikenali sebagai Nguyen Thi Thao Nhi menjadikan kisah ‘patah hatinya sebagai motivasi untuk mengubah penampilan diri.
Dia kemudian berjaya melenyapkan 30 kg berat badan dalam masa empat bulan sahaja.
Ads
Pada awalnya, dia tidak mempunyai keyakinan namun sepanjang bercinta, kekasihnya sering memuji dirinya.
Namun selepas tiga tahun, dia mendapat tahu kekasihnya sudah berubah pandangan kepada orang lain.
Memulakan perubahan itu dengan memfokuskan kepada makanan apabila dia berhenti untuk makan makanan ringan dan elak mengambilan teh susu.
Selain itu, jadual pemakanan dietnya sangat ketat. Dia berdisiplin tentang pengambilan makanannya sekaligus menjaga jadual senamannya agar tujuan untuk menurunkan berat badan berhasil.
Ads
Setelah 4 bulan berusaha, berat badan Nguyen dari 80kg kini menjadi 50kg. Dia berjaya turunkan berat badan sehingga 30kg.
“Saya ingin berterima kasih kepada bekas kekasih kerana perbuatannya itu dapat memberi kepercayaan pada diri sendiri setelah berjaya hilangkan 30kg dalam masa 4 bulan. Malah, kini saya lebih bahagia,” katanya.
Kini, dia yakin dan percaya diri untuk memakai pakaian yang disukainya.
Sebagai seorang wanita pastinya kita sangat menjaga penampilan dan kecantikan diri.
Pantang mendengar pelbagai lambakan produk kecantikan menjual item terbaru di pasaran.
Namun kita sebenarnya perlu sentiasa berhati-hati kerana ada antaranya disahkan mengandungi racun.
Baru-baru ini Kementerian Kesihatan Malaysia melalui kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu dan mengingatkan orang ramai supaya elak membeli beberapa produk kosmetik ini kerana mengandungi racun berjadual.
Ini kerana kesannya boleh menyebabkan pelbagai kesan sampingan antaranya kemerahan pada kulit, berjerawat, kulit jadi nipis dan juga meningkatkan risiko kanser kulit.
Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual seperti di bawah:
Notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM. Oleh itu, produk-produk kosmetik tersebut tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia.
PERIHAL BAHAN RACUN BERJADUAL
Produk yang mengandungi hydroquinone dan betamethasone 17-valerate adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat ahli profesional kesihatan. Penggunaan produk yang mengandungi bahan-bahan tersebut tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh menyebabkan kesan-kesan sampingan yang tidak diingini seperti berikut:
Merkuri dilarang di dalam produk kosmetik kerana boleh memudaratkan kesihatan. Ia boleh diserap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan. Merkuri juga boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit.
PERINGATAN KEPADA PENJUAL DAN PENGEDAR PRODUK KOSMETIK INI
Penjual dan pengedar produk-produk kosmetik ini perlu menghentikan penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik tersebut dengan serta-merta. Penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik ini adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.
Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.
PERINGATAN KEPADA ORANG AWAM
Orang awam yang sedang menggunakan produk-produk kosmetik ini dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.
Orang awam digalakkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA www.npra.gov.my atau melalui aplikasi ‘NPRA Product Status’ yang boleh dimuat turun daripada Google Play Store.
Menurutnya, walaupun hidangan ini simple tetapi nutrisinya sangat banyak untuk kesihatan.
Antara makanan wajib untuk berbuka.
Mungkin bagi sesetengah orang, makan macam ni simple. Tak kenyang sangat.
Tapi nak tahu tak nutrisi dalam sup kaki ayam sihat ni berkepuk-kepuk.
Saya selalu pekena sup kaki ayam dengan kurma merah China atau jujube. Campur sekali dengan goji berries.
Boleh tambah kentang untuk sumber karbohidrat. Memang cukup kenyang.
Sup kaki ayam dengan jujube ni boleh boost tenaga. Dapat naikkan jumlah liquid dalam tubuh. Kaki ayam ni ada tersembunyi kolagen bagus untuk kulit.
Kenapa jujube dengan goji berries yang menjadi pilihan hati?
Jika lihat dalam diet orang Cina, Taiwan dan Korea. Mereka kerap guna kurma merah dalam masakan.
Sebab ada 1001 khasiat dalam ni. Dalam buku perubatan Cina karya Ben Jin, kurma merah bagus untuk seimbangkan tenaga di limpa dan usus. Bagus untuk hati.
Dengan vitamin C yang tinggi pengambilan kurma merah dapat tingkatkan sistem imun, remajakan semula kulit. Itu yang penting.
Cantikkan balik kulit yang terkesan akibat radikal bebas dan persekitaran
Biasanya kalau banyak duduk terperap dalam rumah. Tak terdedah kepada cahaya matahari lama lama kulit jadi kusam.
Lebih lebih pada waktu pagi sebelum pukul 10. Matahari sedekah vitamin D untuk tumbuhan dan manusia. Tak kena bayar. Free.
Kulit jadi kering lebih lebih lagi bila lama duduk dalam aircond.
Goji berries juga adalah superfood. Banyak khasiat. Ada macam macam nama pula tu.
Contoh nama saintifiknya ialah Lycium Barbarum, dikenali juga sebagai wolfberries, fructus lycii dan gougizi.
Dalam Journal of Dietary Supplements tahun 2015 disebut kebaikan goji berries sebagai penghalang kepada kanser dan penyakit jantung. Juga tingkatkan sistem imun.
Minat yang sama dalam sukan kuda menjadi titik permulaan kepada sebuah hubungan hinggalah mengakhirinya dengan sebuah perkahwinan.
Inilah kisah cinta paling romantik anak perempuan kepada orang terkaya di dunia, Bill Gates iaitu Jennifer Gates dan juga pasangannya atlet ekuestrian Mesir, Nayel Nassar yang mula berkenalan sejak tahun 2017.
Nassar yang ketika itu menunggang secara profesional manakala Jennifer pula melakukan aktiviti itu sebagai sukan untuk mengisi masa lapang.
Daripada perkenalan biasa kemudian kedua-duanya jatuh cinta sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumahtangga.
Menurut Daily Mail melaporkan pada malam Jumaat lalu, pasangan muda itu disatukan dalam upacara pernikahan di North Salem, New York secara tertutup.
Sementara itu, majlis resepsi diadakan pada keesokan harinya iaitu pada petang Sabtu. Majlis bertemakan perkahwinan dalam taman itu mengundang sekitar 300 tetamu.
Dalam majlis berkenaan, Jennifer kelihatan anggun menyarungkan gaun Vera Wang dengan memegang sejambak bunga tangan. Jennifer diapit oleh sembilan pengiring pengantin yang berpakaian serba hijau.
Bilionair pengasas Microsoft itu dan bekas isteri, Melinda kelihatan gembira menemani anak gadis mereka yang berusia 25 tahun itu.
Tetamu mula tiba lokasi majlis iaitu ladang seluas 142 ekar di utara New York milik Jennifer sekitar jam 4.00 petang waktu tempatan.
Bill dilihat memakai sut gelap manakala Melinda mengenakan gaun ungu. Senyum dan tawa tidak lepas dari wajah mereka berdua meraikan perkahwinan itu. Para tetamu bersorak setelah pasangan pengantin secara rasmi dinyatakan sebagai suami isteri.
Berikut beberapa fakta menarik mengenai menantu Bill Gates ini yang dikatakan seorang Muslim menurut laman Fox Business.
Nayel adalah pasangan Fouad Nassar dan Iman Harby. Pemuda ini dilahirkan pada 21 Januari 1991 di Chicago, Amerika Syarikat. Dia kemudian membesar di Kuwait dan berpindah kembali ke Amerika Serikat pada 2009 ketika berusia 18 tahun. Dia berasal dari keluarga jutawan yang mempunyai perniagaan dalam bidang seni bina dan reka bentuk dalaman di Kuwait.
Nassar mula menunggang kuda pada usia lima tahun. Dia mula mewakili negaranya, Mesir ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 baru-baru ini. Walaupun tidak memenangi emas, Persekutuan Berkuda Antarabangsa telah meletakkannya di ranking ke-44 di dunia.
Graduan lulusan Ekonomi Universiti Stanford itu boleh menguasai tiga bahasa iaitu Arab, Perancis dan Inggeris.
Nassar juga memiliki dan mengoperasikan ladang kudanya sendiri di California yang dinamakan Nassar Stables. Perniagaan itu berpusat di bandar Encinitas di San Diego County di mana pasangan itu dilaporkan banyak menghabiskan masa di sana.
Kulit muka cepat berkilat dan mekap mudah luntur? Ketahui 5 langkah efektif penjagaan kulit berminyak—daripada pemilihan pelembap yang betul hingga rahsia penggunaan Salicylic Acid—untuk wajah yang kekal segar dan bebas jerawat!