Setiap wanita pastinya mahu sentiasa tampil cantik dan kalau boleh mahu kekal awet muda biarpun setiap tahun usia makin bertambah.
Pelbagai cara dilakukan dan salah satunya menggunakan petua tradisional. Cara yang lebih mudah, jimat dan selamat.
Seperti perkongsian Habibah Badar Bajraj yang memberitahu petua untuk kekal awet muda tanpa keluarkan kos yang banyak.
Hanya menggunakan perahan limau kastrui atau yang dibuat ketulan kiub kecil dan diamalkan minum setiap hari.
RESEPI MUDAH MURAH AWET MUDA
Korang. Pernah dengar tak istilah muka yang tak di mamah usia? Ala. Bahasa senang dia, awet muda.
Sapa kata, nak nampak muda kena keluar banyak belanja?
Eh. Korang tak yah la nak cucuk cucuk botox tanam tanam susuk. Salah cucuk, kang muka korang jadi tegang macam kain linen letak kanji. Orang tengok pun lari.
Ini ha. Kak Bib nak bagi satu petua biar muka nampak muda. Guna limau kasturi jek woih!
Ads
Yaaa. Limau kasturi yang korang selalu pandang sepi tu. Yang korang sanjung tinggi time nak buat sambal belacan jek.
Potong dua.
Caranya Membuat
Cara dia, senang sesangat. Perah agak agak 2 biji limau kasturi dalam satu gelas air. Baca bismillah, selawat, minum. Khalas. Tu saja.
Eh, sambil pejam mata pun boleh buat.
Jangan tambah gula tau. Minum gitu jek. Kalau tambah gula, muka awet muda, tapi penyakit lak berjela.
Nak lagi senang, korang perah lebih. Letak kat bekas air batu. Bekukan dia. Bila bila nak guna, ambik jek seketul, campak dalam satu gelas air.
Ads
Perah limau kasturi.
Kelebihan Limau Kasturi
Kalau korang nak tau, limau kasturi ni ada #anti_oksida yang luar biasa tau.Kadar phloretin dia lagi tinggi dari teh hijau.
Pastu, dalam limau kasturi ini jugak, ada asid ferulik. Ha, ini la bahan yang buat kulit korang macam muda remaja. Dia boleh hilangkan kedut kedut kecik kat kulit.
Baca betul-betul. Kedut kedut kecik. Kalau kedut yang dah macam kertas ronyok, korang gosok pakai seterika pun tak berkesan dik.
Jadi, kalau bercita cita nak awet muda, jom ler mula dari sekarang.
Kalau nak #kurus pulak, try resepi yang Kak Bib share semalam. Muka awet muda, pinggang ala kerengga.
Ini langkah prep wajah sebelum mekap, barulah hasilnya kemas dan tak mudah cair walau cuaca panas terik.
Ada orang terus pakai bedak asas tanpa letak sunscreen, asal tutup cela sahaja konsepnya. Ini salah ya! Nanti nampak pelik dan mekap tak tahan lama dan cepat cair di wajah.
Okay, sepatutnya sebelum bersolek anda kena lah prep wajah dulu. Sebelum tidur pakai dan selepas cuci muka pun boleh sambung sapu ikut langkah ini:
Mulakan dengan spray face mist pada wajah anda, ini untuk menyegarkan dan melembapkan kulit.
Mulakan pula dengan toner atau lotion untuk menanggalkan segala kulit mati ataupaun daki dan melembapkan wajah. Terpulang nak pakai brand toner apa, asalkan rasa serasi dengan skin.
Pakai serum yang sesuai dengan skin, jenama apa pun tak apa asalkan betul berfungsi terhadap kulit dan tidak membuatkan kulit berminyak atau alergik.
Pakai pelembap wajah, step ni sangat penting ya, jangan tinggalkan, sebab pakai mekap nak dapatkan mekap flawless skin kena lembap dulu. Terpulang anda nak pakai brand apa, asalkan serasi dengan kulit.
Pakai sunscreen, ini pun sangat penting! Kalau rajin pakai suncsreen, kulit nampak sihat dan glowing malah dapat melindungi kulit dari sinaran uv. Jadi jangan sesekali tinggalkan langkah ini masa nak mekap.
Pakai pelembap bibir salah satunya vaseline, tiada color lagi bagus sebab nanti anda boleh pakai lipstick, jadi buat apa nak lipbalm bercolor kalau nak apply lipstick selepas itu.
Haa… dapat sesuatu? Moga perkongsian rutin cantik kali ini membantu anda untuk prep wajah dengan cara yang betul.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap dari kita diuji dengan pelbagai dugaan. Ada yang diuji dengan penyakit kronik seperti kanser, jantung ataupun penyakit lain.
Namun tetap bersemangat untuk melawan penyakit yang ada demi untuk mahu menjalani gaya hidup lebih sihat.
Seperti perkongsian seorang wanita dari Sarawak, Chin dari Grup Facebook Malaysia Runner yang diuji dengan penyakit diabetes hingga kehilangan dua jari kaki di sebelah kiri.
Walau bagaimanapun tetapi berjuang melawan penyakit dideritai dengan mengamalkan gaya hidup sihat melalui aktiviti senaman seperti berları dan menjaga pemakanan.
Hasilnya berjaya menurunkan berat badan daripada 126 kg ke 68 kg. Ternyata kejayaan ini bagi dirinya amat membanggakan.
Ini kerana berjaya menggubah tanggapan orang ramai bahawa penghidap diabètes adalah insan lemah yang perlu bergantung pada ubat seumur hidup.
Ikuti perkongsiannya.
Hi semua. Saya Plain Didek atau Chin. Asal dari Sarawak, sekarang berkerja di Johor.
Saya bukan pelari yang hebat. Saya cuma mampu berlari, berjalan atau hiking sejauh 8-9km dalam masa 1 jam 30 minit. Atau jika kudrat dan tenaga masih ada, saya akan completekan sehingga 10km.
Dan saya berlari bukan untuk menjadi kurus. Tetapi saya berlari untuk melawan diabetes saya. Saya pesakit diabetes yang teruk dulu, 8-9 tahun tak terjaga. Makan minum sesuka hati tak terkawal walaupun hakikatnya saya merupakan pesakit kencing manis.
Sehingga akhirnya pada Februari 2019 saya diduga hebat. Jari kedua kaki retak akibat terlanggar sesuatu, dan ada melecet di bawah tapak kaki. Disebabkan diabetes tak terkawal, akhirnya kaki saya mengalami ray amputation pada jari kedua dan ke tiga. Sedih? Saya menangis dalam hati..
Saya mengubah gaya hidup selepas itu. Mula menjaga makan, Low Carb No Sugar. Dalam dua tahun saya mengalami perubahan berat badan yang ketara dari 124kg dan sekarang fluctuated di antara 68-70kg.
Dan setelah genap dua tahun berjuang, akhirnya ubat diabetes (Metformin) dihentikan oleh doktor. Saya kini hanya menjaga diabetes dengan penjagaan pemakanan yang berkesan dan jua senaman yang konsisten.
Walaupun ubat saya diberhentikan oleh doktor, tetapi saya tetap seorang pesakit diabetes. Makanya, untuk berlari, saya memerlukan tapak kasut atau insole kasut yang sesuai, yang dibuat khas oleh syarikat yang menguruskan kasut khas untuk orang seperti saya dengan pantauan ketat dari Jabatan Rehabilitasi Hospital Sultan Ismail.
Kesesuaian tapak kasut ini sangat penting bagi pesakit diabetes seperti saya untuk mengelakkan kaki melecet. Tambahan pula, kaki saya dah tak sempurna macam dulu. Saya tak mampu beli kasut mahal, sebab sepasang insole atau tapak kasut ini sahaja sudah berharga RM650.. Jadinya sekarang saya hanya menggunakan Kasut Kronos dengan insole yang ditempah khas ini.
Saya bukan berlari untuk kurus. Saya bukan berlari untuk mendapatkan bentuk badan yang cantik. Tetapi saya berlari untuk melawan diabetes saya. Senaman dan penjagaan pemakanan yang berdisiplin sangat membantu dalam mengawal diabetes. Dan dalam proses menjaga makan dan juga bersenam, saya kehilangan banyak berat badan.
Saya takda ilmu pasal larian.. Pasal pecut-pecut. Pasal teknik bernafas. Langsung takda. Tapi jika korang nak tanya pasal diabetes, saya sedia membantu. Jangan tanya pasal SUPPLEMENT DIABETES, sebab saya tak percaya akan semua benda² supplement ni.
Terima kasih kerana membaca. Semoga semua kita sihat sentiasa.
Turut berkongsi bagaimana pesakit diabetes sepertinya melakukan aktiviti larian. Baginya tidak mudah kerana perlu ada persiapan seperti ada kaki yang sihat dan kasut bersesuaian.
Menjadi pelari bila disahkan sebagai pesakit diabetes juga tidak mudah. Dalam ni saya sangat mengagumi pelari-pelari yang hebat-hebat belaka, boleh berlari sejauh yang mereka mahu bahkan boleh menggunakan pelbagai jenis kasut atau jika sudah menamatkan larian, boleh meneguk minuman isotonik seperti 100 plus tanpa rasa bimbang bacaan gula akan mencanak naik
Keadaan ini berbeza bagi kami pesakit diabetes, atau ada di antara pelari-pelari di dalam ni yang mengalami diabetes tapi mungkin segan untuk meluahkan mengenai keadaan diri mereka, maka biar saya ceritakan serba sedikit bagaimana kaki pesakit diabetes ini melakukan persediaan sebelum berlari.
Bila kita sebut pasal larian, perkara pertama yang terbayang ialah kaki yang sihat dan kasut yang sesuai. Keadaan ni sangat penting bagi pesakit diabetes, kami perlu memilih kasut yang sesuai atau insole (tapak) kasut khas bagi mengurangkan lecetan atau blister pada kaki.
Pesakit diabetes ni sinonim dengan potong kaki, maka kami sangat berhati-hati bab kaki. Jika ada luka, ditambah bacaan gula tak cantik, ini sangat merisikokan kami kehilangan kaki.. Apatah lagi saya yang pernah mengalami kehilangan dua jari kaki akibat diabetes ni, struktur kaki dan berubah bentuk dan sudah pasti insole khas diperlukan untuk mengurangkan risiko kecederaan pada kaki..
Saya ingin bagi tips untuk pesakit diabetes dalam group ni (jika ada), agar menggunakan Vaseline untuk melicinkan celah-celah jari kaki atau tapak kaki bagi mengurangkan risiko melecet atau blister. Guna stokin yang sesuai juga. Pesakit diabetes, kebanyakkan saraf kaki dah rosak, jadi kami kehilangan deria rasa pada bahagian kaki.
Oleh atas sebab itu, saya nasihatkan pelari yang ada diabetes ni supaya memeriksa setiap celah jari kaki atau tapak kaki untuk mengesan jika ada terdapat sebarang luka lecetan atau blister. Sentiasa alert dengan keadaan kaki, jika ternampak sebarang luka atau perubahan pada kaki, sila bawa ke klinik dengan segera. Rawatan awal sangat penting untuk mengelakkan berdepan risiko kehilangan kaki.
Saya bukan pelari hebat. Bahkan 8km hari ni saya habiskan dalam masa 1jam 38minit. Seperti yang saya katakan, saya bukan berlari untuk menjadi kurus, atau mendapatkan bentuk badan yang cantik dan langsing. Saya berlari kerana saya sudah mengisytiharkan perang terhadap diabetes dan larian ini adalah salah satu cara saya menguatkan saf pertahanan saya agar lebih kuat melawan diabetes.
Saya degil, jika ada yang nak tahu..Sekarang saya masih seorang pesakit diabetes. Cuma diabetes sangat terkawal. Saya jaga diabetes dengan pemakanan dan senaman atau larian yang konsisten ja.
Apa yang orang cakap tak boleh, saya akan buat dan buktikan saya boleh. Saya ingin menukar persepsi dan perspektif orang di luar sana yang berpandangan pesakit diabetes biasanya berkeadaan lemah, selalu sakit dan kena makan ubat seumur hidup. Silap. Buktinya saya sentiasa cergas, mampu memberhentikan pengambilan ubat dan 100% menjaga diabetes dengan pemakanan dan senaman larian sahaja.
Ayuh kawan-kawan. Kuatkan semangat kita. Saya juga memohon tunjuk ajar dari sifu² otai dalam ni untuk memberikan bimbingan dan semangat agar saya dapat memperbaiki mutu larian saya agar lebih baik dan sentiasa stabil.
Plain Didek @ Chin.
-I Run To Fight My Diabetes-
** Gambar saat terlantar sebaik sahaja selesai ray amputation dua jari kaki. Saya down dua hari ja. Kemudian bangkit menyusun strategi melawan diabetes. Dan hari ni, saya mampu running, hiking dan walking sejauh 10-12 km.
Manis berlesung pipit di pipinya, pelakon Sari Yanti menyambut ulang tahun ke-39 pada 9 November lalu bersama keluarga tersayang.
Dikurniakan suami yang penyayang dan menghargai, pelakon wanita ini bertuah kerana menerima ucapan diselit doa yang istimewa daripada pasangan hidupnya, Jep Sepahtu.
Bila digali tentang rahsia kecantikannya, Sari pernah berkongsi menerusi Eh! yang mana dia dengan hanya akan minum air 40 minit selepas makan.
“Saya tak makan sayur, sebaliknya saya lebih suka makan buah-buahan. Dari situlah saya dapat banyak khasiat. Biasanya untuk sarapan saya akan makan anggur, kiwi dan ada kalanya saya campurkan dalam bijirin. Jika bekerja awal pagi dan nak cepat, saya akan gantikan dengan mangga dan pisang.
“Saya pula jenis orang yang kurang minum air, jadi buah-buahan elok dijadikan sebagai ganti untuk sumber air. Biasanya petang saya akan lebihkan makan tembikai. Makanan pilihan saya ialah buah-buahan, kacang dan coklat,” kongsinya.
Menerusi siaran segmen pagi Sinar FM, pelawak dan penyampai radio itu memuji Sari yang disifatkan sebagai seorang yang sangat menyenangkan dan turut menitip doa kesejahteraan buat wanita disayanginya.
“Memang tak terbalas jasanya, saya rasa saya orang yang beruntunglah dapat isteri yang saya rasa sangat menyenangkan.
“Banyak sabar. Banyak bersabar pun tidak juga sebab saya tidak ada buat hal.
“Jadi saya mengambil kesempatan ini untuk memberi ucapan dan doa sekali.
“Saya doakan mudah-mudahan dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusannya, dikurniakan kesihatan yang baik.
“Mudah-mudahan dia dilimpahkan kebahagiaan hidup dunia dan akhirat bersama saya dan anak-anak,” tutur Jep atau nama sebenarnya Muhd Nadzri Zainal Abidin.
Tidak hanya rasa bertuah memiliki pasangan hidup saling melengkapi, pelawak berusia 38 tahun itu juga menzahirkan kesyukuran.
“Saya sangat bersyukur, sangat terhutang budi dengan layanan yang diberi selama kami berumah tangga. Dia menjalankan tanggungjawab dengan cemerlang.
“Saya doakan mudah-mudahan apa saja yang dihajatkan, diimpikan akan terlaksana dan termakbul. Mudah-mudahan dia sentiasa berada dalam reda dan juga dalam rahmat ALLAH, aamiin,” ujar Jep.
Jep turut berseloroh tentang Sari yang banyak membantunya menguasai Bahasa Inggeris.
“Kalau nampak dari segi karakter macam saya yang dominan. Tetapi sebenarnya saya banyak belajar daripada dia. Ketenangan, kesabarannya dan Bahasa Inggeris.
“Dahulu saya hanya tahu asas sahaja. Sekarang apabila dengannya saya belajar tentang past tense dan present tense,” katanya.
Sekadar info, Jep dan Sari Yanti melangsungkan perkahwinan di Dewan Mercu Mustapha Kamal, Petaling Jaya pada 25 Februari 2017 dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Dariya Inara, 5, Muhammad Khidir, 3, dan Abu Bakr, 2.
Sari memiliki dua cahaya mata daripada perkahwinan pertamanya iaitu Barr Al-Aliy, 13, dan Baasit Al-Haq, 12.