Pernah mengalami masalah kenaikan berat badan selepas melahirkan anak, namun bagi pelakon dan juga usahawan Tya Arifin. Tidak pernah mengalah untuk tampil cantik.
Baginya penampilan yakin dan menyenangkan memberi aura positif setiap kali bekerja memandangkan dirinya juga seorang usahawan.
Mempunyai cara tersendiri dalam menjaga kecantikan diri, Tya Ariffin tidak lokek berkongsi amalannya.
“Tiada rahsia tertentu menjaga kecantikan. Cuma saya banyak minum air kosong dan setiap pagi amalkan minum jus Mutyara. Saya juga akan sentiasa bersihkan wajah yang mekap bila sudah pulang ke rumah.
“Seawal pagi rutin haria saya akan bangun sekitar jam 5 pagi dan waktu itu saya akan terus bersemangat memulakan kerja.
“Kemudian saya akan ambil sarapan pagi sihat seperti bijiran dan sayur dan tidak dilupakan suplemen Mutyara sebagai penambah tenaga untuk kekal cergas sepanjang hari,” ujarnya yang sentiasa murah dengan senyuman ini.
Menurutnya memang dia akan masuk tidur lewat sekitar jam 12 malam tetapi akan bangun awal pagi untuk memulakan rutin harian.
“Walaupun masuk tidur agak letat, tetapi alhamdulillah masih diberi tenaga berpanjangan untuk kekal cergas keesokan harinya.
“Saya masih ingat lagi ketika masih kecil lagi sudah diajar oleh ibu saya agar mengamalkan minuman herba yang dibuat olehnya. Minuman herba ini diperbuat daripada campuran halia, kunyit dan beberapa bahan lain dan rasanya memang pahit. Tetapi mempunyai banyak khasiat dalam mengekalkan kesihatan tubuh.
“Jadi apabila suda ada produk sendiri ini,Tya jadikan ia seperti herba yang dibuat ibu tya untuk diamalkan setiap hari sehingga hari ini. Kesannya memang Tya akan kekal bertenaga sepanjang hari.
“Idola dalam menjaga kecantikan pula, adalah mereka yang berumur 50 tahun ke atas tetapi masih boleh menjaga badan dan kesihatan dalam dengan sangat baik sekali.
“Saya sangat respek dengan mereka yang pandai menjaga kecantikan diri luar dan dalam dan inilah yang Tya idamkan satu hari nanti. Jadi untuk capai impian itu inilah apa yang saya lakukan dengan menjaga kesihan diri sebiak mungkin,” jelasnya lagi.
Bercerita perihal kerja pula, menantu kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, berkata dia bakal bergelar pengacara untuk satu program television.
Bukan tamak mahu melakukan semua cabang kerja, namun ibu kepada Arif Jiwa dan Azzahra Jiwa ini akan mengendalikan program bual bicara dalam talian, Bersama Tya.
Malah pandemik COVID-19 yang sudah lebih setahun melanda dunia juga turut menjentik semangat Tya Arifin berkongsi hal positif dan suntikan inspirasi menerusi program berkenaan.
Bersiaran secara langsung setiap Isnin, Selasa dan Rabu jam 10 malam di ‘Instagram Live’ sejak 14 Jun lalu, Tya juga dalam masa sama membiasakan norma baharu bekerja dari rumah.
Terdahulu, isteri kepada Asyraf Khalid ini pernah berlakon, menyanyi dan menceburi perniagaan jus kesihatan, Mutyara.
“Dalam membiasakan norma baharu sekalipun berdepankekangan tertentu di era pandemik ini, kenapa tidak saya manfaatkan platform media sosial seperti Instagram hingga ke YouTube.
“Sebenarnya, dulu di negara kelahiran sendiri, Indonesia… saya pernah juga jadi penyampai radio. Cuma tak sempat berjinak jinak jadi pengacara,” katanya.
Malah dalam membiasakan norma baharu ini juga, segala serbikerja dilakukan sendiri wanita kelahiran Palembang, Indonesia ini.
“Untuk tugasan program ini, saya banyak melakukan semua kerja sendirian. Awalnya pasukan kerja saya yang menguruskan set program, tetapan gajet, bahan grafik dan sebagainya. Lagi pun saya sudah terbiasa buat ‘live’ di Instagram, jadi tidak canggung.
“Selepas itu, pendek kata semua saya uruskan sendiri. Termasuklah menata rias diri, menentukan pakaian yang mahu dipakai. Malah tetamu atau panel jemputan pun saya sendiri yang undang.
“Lagipun mudah kerana saya bersiaran di rumah. Anak pula jam 9 malam sudah masuk tidur. Jadi masa ‘live’ saya tak diganggu mereka. Pembantu rumah hanya ‘standby’ tekan butang ‘live’ di telefon bimbit saja,” katanya.
Setakat ini sudah lebih 30 episod bersiaran yang kemudiannya turut dikongsi di pelbagai platform termasuk di ‘feed’ Instagram dan dimuat naik di saluran YouTube Tya Arifin.
Tidak hanya mengundang rakan artis dan personaliti di Malaysia, Tya atau nama penuhnya, Nurtria Wulandari Arifin ini turut mengundang selebriti dari Indonesia.
Datuk Seri Siti Nurhaliza, Tengku Zawiyah, Nina Ismail Sabri, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad antara yang pernah diundangnya.
“Saya fikir ketika pandemik ini ramai yang bergelut. Malah terlalu banyak hal negatif di media sosial. Setidak tidaknya perkongsian inspirasi dan positif daripada tetamu jemputan boleh menyebarkan aura baik.
“Isu yang dikupas juga sangat dekat dengan kita. Malah ada yang bersifat semasa dan terkini. Malah saya juga tak bataskan hanya tetamu jemputan di kalangan wanita saja. Nanti tetamu lelaki pun ada. Dulu perkongsian atau motivasi saya mungkin terbatas di kalangan usahawan.
“Tapi sekarang ini, sesiapa saja yang mengikuti saya di media sosial boleh mendapat benda sama. Malah saya juga ada kumpulan telegram Tya Arifin. Menerusi saluran itu banyak juga hal dikongsi. Boleh juga ke Instagram @bersamatya,” katanya yang meminati Ellen Degeneres dan Mata Najwa.
Dalam pada itu, Tya juga berharap suatu hari nanti dapat mengundang wanita berpengaruh termasuk Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali sebagai tetamu jemputan.
“Dapat jemput Tun Dr Siti Hasmah jadi tetamu pasti saya akan rasa bangga. Begitu juga di kalangan figura wanita yang menjadi kekuatan pemimpin di Indonesia.
“Malah saya bercita cita mengundang tokoh pemimpin dan motivasi lain selepas ini,” katanya.
Di akhir bicara, Tya tak lepas ditanya mengenai kerinduannyaterhadap keluarga di kampung halaman selepas dua tahun tidak bersua.
“Bab rindu ini sebenarnya bagaisudah kering air mata. Kerinduan itu terlalu berat. Tapi apa daya kita melawan ujian pandemik ini. Nak rentas negara, bukan perkara mudah. Saya reda,” katanya yang sudah lengkap dos dua vaksin.
Orang perempuan betul-betul cantik pada umur 30an, nak-nak pula kalau sudah pandai cari duit sendiri. Malah bila makin bertambah usia, nampak perempuan golongan ini pandai jaga badan walau sudah ada anak.
Kata orang lama, nak tengok wanita yang paling cantik adalah pada usia 30an. Ini bukan main petik tapi betul-betul dibuktikan melalui kajian saintifik tau!
Selain itu, ramai wanita juga mengakui bahawa usia 30an adalah ‘usia keemasan’ di mana mereka berasa serba cukup dalam kehidupan. Betulkah begitu?
Mari kita tengok beberapa alasan dan buktinya di bawah.
1. BANYAK PENGALAMAN
Berbanding usia 20an, wanita yang berusia 30an biasanya lebih matang dan berpengalaman. Kalau dulu ramai yang dalam fasa tercari-cari, wanita 30an lebih berani untuk mengatakan ‘Ya’ atau ‘Tidak’ tanpa berasa ragu.
Mereka kini lebih fokus terhadap prioriti dan tahu mengendalikan segala rutin harian dengan lebih baik. Jadi, mereka tak mudah melatah kerana self control masing-masing berada pada tahap yang paling optimum. Menurut Women.com, secara tak langsung, ini menyerlahkan lagi daya penarik mereka.
2. PANDAI BERGAYA
Kebanyakan wanita 30an nampak lebih sofistikated dan bergaya berbanding zaman mudanya kerana pada masa ini mereka lebih selesa dengan diri masing-masing.
Tak perlu berlebih-lebih, pakailah sesimple mana pun, tetap ayu dan nampak cantik!
3. TIADA LAGI MASALAH KULIT YANG TERUK
Perasan tak, kalau sebelum ini macam-macam produk dipakai untuk menghilangkan jerawat, mengurangkan keputihan, bau badan dan sebagainya. Tapi semua masalah ini seolah-olah hilang begitu saja apabila usia mula menjengah usia 30an. Wajah pun nampak lebih bersih, berseri sedangkan kita dah tak pakai sebarang make-up.
4. ADA DUIT SENDIRI, BOLEH BELI APA YANG DIA SUKA
Bagi yang bekerja, biasanya pada usia ini ramai yang sedang berada di ‘puncak’ kerjaya masing-masing. Ada yang dinaikkan pangkat, dah habis belajar Master / PhD, berjaya mengembangkan bisnes atau rasa seronok menguruskan anak-anak di rumah.
Tak kiralah apa pun yang sedang dilakukan, wanita pada usia ini kebanyakannya seronok dan puas dengan apa yang sedang diusahakan. Kurang rasa stres, serabut dan tension macam yang biasa dirasakan pada usia 20an dulu.
5. WAKTU TENANG
Wanita pada usia 30an juga biasanya sudah berkeluarga dan dah settle down di rumah dan banyak melakukan pelbagai aktiviti sendiri. Menurut survei yang dilaporkan melalui Telegraph.UK, kebanyakan wanita berasa paling konfiden, menarik dan selesa dengan diri sendiri ketika berusia 31 tahun.
Lihat saja selebriti kita, kebanyakannya lebih terserlah perwatakannya dan nampak lebih menawan pada usia 30an – contohnya Zizi Kirana dan Lisa Surihani. Begitu juga dengan selebriti antarabangsa seperti Hayley William, Rihanna dan Adele juga nampak lebih anggun dan classy setelah mencecah usia 30 tahun. Bahkan, Song Ji Hyo yang dah berusia 37 tahun tetap nampak comel dan konfiden!
KECANTIKAN SEBENAR DATANG DARI DALAM
Apa pun alasannya, fakta ini hanyalah penanda aras yang diukur secara kolektif melalui pengumpulan data.
Namun tak kiralah berapa pun usia anda, cantik itu akan terbias elok bila orangnya baik dari hati dan bijak mengurukan emosi. Pendek kata, kalau cantik di hati, yang lain-lain pun akan ikut sama terkena tempiasnya!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila bercakap tentang kecergasan, kita selalunya sibuk fikirkan tentang perut yang kempis atau lengan yang pejal. Tapi sis, bagaimana pula dengan otot wajah? Seiring peningkatan usia, kulit di bahagian rahang dan leher cenderung kehilangan keanjalan.
Senaman rahang atau jawline exercise bukan sekadar trend, tapi ia adalah teknik “face yoga” yang sangat membantu menguatkan otot wajah bawah, mengurangkan masalah dagu berlapis (double chin), dan memberi kesan wajah yang lebih tegang secara semula jadi.
Jom amalkan 5 gerakan ringkas ini untuk penampilan wajah yang lebih segar dan terletak:
Gerakan ini sangat bagus untuk meregangkan otot leher dan dagu.
Cara: Duduk tegak, dongakkan kepala ke arah siling. Kemudian, buat gerakan seperti mahu mencium langit atau majukan rahang bawah ke atas. Anda akan rasa regangan di bawah dagu. Tahan beberapa saat dan ulang 10-15 kali.
Ini membantu melatih otot sekitar rahang dan bibir supaya lebih relaks dan anjal.
Cara: Tutup mulut dan gerakkan rahang seperti sedang mengunyah makanan secara perlahan (tanpa menggigit gigi). Kemudian, buka mulut lebar-lebar dengan hujung lidah menyentuh belakang gigi bawah. Ulangi gerakan ini untuk satu minit.
Senaman klasik untuk pipi yang lebih tone up dan mengurangkan kesan ‘puffy’.
Cara: Hisap pipi anda ke dalam sehingga bibir membentuk mulut ikan, kemudian cuba senyum dalam posisi tersebut. Tahan selama 5-10 saat sehingga rasa tegang di sisi wajah, kemudian lepaskan.
Bukan perut saja kena crunches, leher pun perlu untuk elak kulit kendur!
Cara: Berbaring telentang, tekan lidah ke lelangit mulut. Angkat kepala sedikit dari lantai (seperti crunch kecil) tanpa mengangkat bahu. Gerakan ini akan menguatkan otot rahang bawah dan leher.
Senaman ini bukan sahaja untuk rahang, malah membaiki postur leher anda agar nampak lebih jinjang.
Cara: Duduk tegak, tarik kepala anda sedikit ke belakang (pastikan aras mata tetap lurus) sehingga terasa ketegangan di bawah rahang. Tahan sebentar dan kembali ke posisi asal. Ia sangat membantu mengurangkan kesan ‘tech neck’ akibat kerap tunduk melihat telefon.
Kesimpulan: Kunci untuk melihat perubahan pada struktur wajah adalah konsistensi. Jika dilakukan setiap hari bersama rutin penjagaan kulit (skincare) yang betul, anda pasti akan perasan wajah nampak lebih ‘lifted’ dan segar. Jangan lupa cukupkan rehat dan minum air kosong untuk kesan awet muda yang maksima!
Ringkasan (Excerpt): Inginkan garis rahang yang lebih tajam dan wajah nampak v-shape? Lupakan prosedur mahal, cuba 5 senaman wajah mudah ini untuk kurangkan dagu berlapis dan tegangkan kulit secara semula jadi!
Tajuk Utama: Face Yoga: 5 Langkah Rahang Tajam & Awet Muda ✨🧘♀️
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.