
Isi Kandungan
ToggleKebanyakan perempuan nak kulit cerah tanpa masalah jeragat dan jerawat. Bukan muka saja, kalau boleh satu badan nak bagi putih dan bersih tanpa parut. Jadi kena rajin pakai skincare ikut susunan.
Tetapi nak beli produk yang selamat tanpa bahan kimia yang tinggi, agak mahal harganya. Jadi lebih baik cuba buat sendiri.
Kulit Cerah Tanpa Bahan Kimia Beracun, Sapu Masker Kunyit Asam Jawa
Ok jom kita tengok apa bahan-bahannya.
BAHAN BAHAN:
1 sudu besar pes asam jawa
1 sudu kecil serbuk kunyit
Air panas secukupnya
CARA CARA :
Anda bancuhkan pes asam jawa dengan air panas. Setelah sebati masukkan serbuk kunyit.
Gaul rata sehingga sebati.
Kemudian sapukan la ke seluruh kulit wajah atau badan anda.
Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih.
Jadikan rutin harian, in sha Allah nanti kulit anda lebih sihat dan cerah walau ambil masa yang lama. Jangan tak pakai langsung ya, nanti sel kulit mati tebal, makin kusam wajah anda.
Selamat mencuba.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Fikiran Kosong & Sering Rasa Gementar” – Pengalaman Ella Yang Dah Lama Hidap Anxiety!

Siapa tidak mengenali penyanyi rock wanita tanahair, Ella Aminuddin yang sering bertenaga dan ceria setiap kali membuat persembahan.
Melihat personalitinya yang sentiasa gembira dan enjoy, pasti tidak dapat mengagak dirinya juga pernah berdepan dengan masalah hidap keresahan (anxiety) sejak beberapa tahun lalu.
Menurut Ella, emosi beliau kembali terganggu sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu, berikutan pandemik Covid-19 yang semakin meningkat dalam negara.
“Sebenarnya saya dah lama dikesan menghidap anxiety iaitu ketika mula melibatkan diri dalam industri seni.
“Waktu itu saya tidak mempunyai keyakinan diri untuk bergaul dengan orang ramai dan membuat persembahan kerana karakter saya yang pemalu.
“Akibatnya saya sentiasa rasa gementar dan fikiran selalu kosong sehingga tidak dapat berbuat apa-apa. Akhirnya keluarga menasihati saya berjumpa doktor dan disahkan mempunyai masalah tersebut.
“Bila saya dah tahu punca, barulah saya dapat mencari jalan penyelesaian dan mengatasi masalah yang dihadapi itu. Alhamdulillah ia berjaya diatasi biarpun tidak sepenuhnya,” jelas penyanyi kelahiran Klang Selangor ini.
Tambah Ella lagi, dia tidak menyangka anxiety yang dihidapi sejak sekian lama itu kembali menyerangnya apabila kerap mendengar cerita-cerita negatif yang berlaku dalam masyarakat disebabkan masalah kesihatan mental.
“Bila anxiety saya kembali menyerang baru-baru ini, saya terdetik untuk membuat pendedahan dan berkongsi tentang masalah tersebut kepada umum.
“Saya mahu memberi kesedaran kepada masyarakat betapa pentingnya kita menjaga kesihatan mental, selain mengajak mereka yang mengalami masalah sama untuk berani tampil dan berjumpa doktor bagi mengatasinya.
“Tidak perlu takut kerana ia bukanlah perkara salah atau memalukan, sebaliknya tindakan itu akan menyelamatkan mereka menjadi lebih teruk sehingga memudaratkan kehidupan sendiri,” katanya yang ditemui dalam Ella yang ditemui ketika majlis majlis menandatangani memorundum persefahaman (MoU) antara Saudagar Santai Group (SSG) dan Ricabot.
Sebagai pengguna dan peserta affiliate Ricabot itu juga bakal menjayakan siri persembahan jelajah Rock The Crypto pada tahun depan.
Artikel Berkaitan:
Setahun Tiada Selera Makan & Pernah Tumpah Darah. Pengalaman Elyana 10 Tahun Hidap Kanser!
Doktor Kongsi 13 Jenis Ubat Kena Standby Di Rumah, Kalau Alami Gejala Ringan Covid-19
Nama Popular Seantero Dunia. Ini Fakta Menarik Ikon Fesyen Si Cantik Hana Tajima!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nak Cepat Kurus Kena Minum Panas-Panas. Mudah Je Rupanya Nak Buat Apple Cider Lagi Jimat!

Isi Kandungan
ToggleNak cepat kurus kena minum panas-panas. Mudah je rupanya nak buat Apple Cider lagi jimat! Ramai tahu salah satu kelebihan cuka epal atau apple cider adalah untuk menghilangkan berat badan.
Namun agak sukar untuk mencari yang halal kerana kebanyakan produk ini mempunyai alkohol dan diimport dari luar negara.
Sebenarnya mudah saja untuk membuat cuka epal ini di rumah dengan hanya menggunakan bahan dapur sedia ada di rumah. Buat banyak boleh dijadikan stok untuk diminum pada bila-bila masa sahaja.
Nak Cepat Kurus
Perkongsian Siti Hazneza Abdul Hamid memberitahu bahan dan cara membuatnya.
Cara Muda Cuka Epal Bantu Kurangkan Berat Badan
Jom kita ke benua Amerika Utara (North Amerika) yang merangkumi Amerika dan Kanada.
Apple cider.
Jika melihat definisi, minuman beralkohol yang diperam dan ada ketikanya dijadikan bergas.
Namun begitu, di Amerika Utara, apple cider lebih kerap dibuat tanpa alkohol untuk minuman seisi keluarga.
Ya, minuman ini biasanya diminum panas.
======================================
Bulan Oktober ialah musim luruh di Kanada dan di Vancouver ialah masa kami menyambut festival epal.
Dalam khemah besar dibawa beratus-ratus jenis epal untuk dirasa. Bayar sepuluh dolar dan masuklah berjalan dalam khemah itu dalam barisan yang seperti ular.
Dari satu meja ke satu meja merasa hirisan epal satu persatu.
Pada masa ini ketara beza mereka yang profesional sama ada chef, pakar pastei, pembuat champagne atau pembuat cider dengan kami yang tidak tahu apa-apa.
Naik bingung merasa epal yang pelbagai nama dan pelbagai guna.
Ada epal Granny Smith yang hijau. Rasanya yang sedikit masam dan manis serta tekstur yang kuat sesuai dibuat pai. Epal royal gala yang gebu sesuai untuk masakan dibuat sos.
Honey crisp yang comel, rapuh dan manis elok dinikmati begitu sahaja tanpa dibuang kulitnya pun.
Orang lain yang profesional bawa buku nota. Sambil makan sambil mencatat nama dan gunanya epal yang mereka rasa.
Kami? Makan, makan, dan makan dengan gembira. Kagum dengan kebesaran Allah mencipta buah yang nampak sama namun berbeza rasa.
Sampai di pintu keluar khemah, ada borang untuk menempah epal yang berkenan di hati. Bukan beli sebungkus dua, ini beli sekarton terus.
Kami tidak beli apa-apa. Kenyang makan dalam khemah saja.
======================================
Pernah tak di rumah anda ada sesuatu yang asyik duduk saja atas meja atau di dapur. Tiada siapa yang menunjukkan minat hendak makan atau buat apa-apa.
Kemudian, apabila anda terdetik hendak buat sesuatu dengan makanan/ bahan tersebut, ada sahaja yang hendak makan, hendak rasa dan macam-macam.
Kena Minum Panas-Panas
Begitulah halnya epal di rumah kami kali ini. Tiada siapa nampak berminat. Asalnya saya hendak buat pai, applesauce dan cider. Namun sebiji demi sebiji kena culik. Akhirnya cider yang sempat.
Alhamdulillah.
Bahan-bahan:
Epal
Gula (jika mahu)
Kulit kayu manis
Bunga cengkih (sebenarnya mereka guna allspice tetapi bunga cengkih lebih mudah didapati di Malaysia)
Air
Mudah Je Rupanya Nak Buat Apple Cider Lagi Jimat
Epal Granny Smith dan Royal Gala yang sudah mula lesu. Tujuh biji semuanya
Sebelum kupas, sudah tinggal enam. Selepas kupas, sebiji lagi kena culik
Sebelum hilang semua, lebih baik saya bertindak segera. Dadukan epal dan masukkan dalam blender
Tambah air secukupnya. Blend
Anda boleh tapis sekarang atau masak terus dengan pulpa epal dan tapis kemudian
Saya masak terus epal yang dimesin dan saya tambah sekali ganda air (sebab ramai nak minum).
Saranan saya, hanya tambah sedikit sahaja air supaya rasa epal lebih kuat.
Masukkan:
2 sudu makan gula
2 inci kulit kayu manis
3-5 kuntum bunga cengkih
Panaskan atas api perlahan sehingga mendidih tetapi tidak perlu sampai menggelegak.
Boleh minum terus atau tapis sehingga jernih.
Saya tapis sekali dengan penapis teh yang dari kain (seperti di kedai mamak tu)
Hidangkan panas atau suam. Manis epal dan rempah-ratus yang hangat memang sedap ketika hujan atau mengeteh (mengepal?) sambil borak-borak
Siti Hazneza binti Abdul Hamid
Penerangan pada setiap gambar
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Menangis Depan Cermin Sebab Kulit ‘Breakout’. Nana Mahazan Dedah Rahsia Pulihkan Wajah Jadi Lebih Flawless!

Isi Kandungan
ToggleSejak mengubah gaya berpakaian kepada lebih santun, penampilan penyanyi, pengacara dan usahawan Nana Mahazan, 39 tahun dilihat semakin cantik dan anggun.
Namun disebalik sikapnya yang sentiasa ceria dan aktif, rupanya Nana atau nama sebenarnya Nurul Hana Che Mahazan, juga sebenarnya pernah berdepan dengan masalah kulit wajah berjerawat hingga breakout.
Menurut Nana dia mengalami masalah ini beberapa tahun lalu disebabkan masalah stress, perubahan hormon dan masa rehat yang tidak mencukupi.
Alami Breakout Sejak 2017
“Waktu ini, nana Memang terus sibuk dengan kedja. Lepas dapat anak kedua, Nana terus shooting dan tiara masa retat dan tidur mencukupi.
“Malah waktu itu Nana rasa pemakaian skincare tidak begitu penting. Apatah lagi terpaksa gunakan mekap untuk tempoh lama bila ada shooting. Ini antara sebab wajah Nana alami breakout,” ujar Nana yang memberitahu agak lama berdepan masalah ini, sejak tahun 2017.
Tambahnya dalam masa setahun diambil untuk proses penyembuhan. Dia hanya bergantung pada penggunaan concealer pada seluruh wajah bagi menutupi cela ini.
“Memang Nana tak Aaan keluar tanpa mekap. Waktu itu memang Nana rasa sangat sedih dan down sangat.
“Makumlah kerja kita bergantung semata-mata pada penggunaan wajah. Hari-hari Nana tengok cermin dan menangis.
“Nana bersyukur suami ada di sisi waktu ini dan dia cadangkan Nana back to basic. Pakai skincare yang basic dan jangan terlalu over do guna produk.
“Memanglah waktu ini macam-macam dah Nana lakukan untuk pulihkan wajah, termasuk rawatan laser tetapi semuanya tak berhasil,” katanya yang tidak sampai diejek disebabkan masalah breakout dialami ini.
Walaupun ada rasa down tetapi dengan bakat yang ada, boleh menutup segala kelemahan yang ada dan diri jadi lebih selamat dan terjamin.
Tidak terus menoleh kebelakang, Nana cuba mencari penyelesaian dan kini berbangga mampu mengeluarkan produk penjagaan kulit wajah sendiri.
Keluar Produk Penjagaan Kulit
Kata Nana lagi, setahun lebih juga dia bangkit daripada fasa ‘breakout’ itu dengan mencuba pelbagai jenis produk kulit.
Malah selepas ramai melihat perubahan wajahnya, Nana terlintas memasarkan rangkaian jenama produk penjagaan kulit sendiri pada tahun 2020.
“Akhirnya saya bertemu dengan produk yang serasi dengan kulit wajah. Itupun selepas mencuba pelbagai produk. Selepas bertemu yang serasi, saya tidak lagi culas soal menjaga muka. Masalahnya produk itu harganya sangat mahal.
“Situasi itu (harga produk mahal) menjadi titik tolak untuk saya cuba hasilkan produk seumpama dengan harga berpatutan. Saya memilih buah kiwi yang dianggap sebagai ‘superfood’ dengan banyak khasiat dan nutrisi. Ia mempunyai sumber vitamin C lebih bagus berbanding oren.
“Ia juga bagus untuk merawat kulit muka. Tambahan pula ia menjadi buah kegemaran saya dan keluarga. Rangkaian produk ini mempunyai sijil halal
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), lulus Kementerian Kesihatan (KKM) dan harga ‘rakyat’,” katanya.
Harga Mampu Milik
Usaha Nana menghasilkan produk berkualiti taraf antarabangsa dengan harga mampu milik memberi justifikasi cukup membahagiakannya.
“Ini antara sekecil kecil usaha saya menerusi proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan paksi mahu menolong rakyat Malaysia merasai ramuan bahan berkualiti dan menyamai taraf antarabangsa dengan harga mampu milik.
“Saya mahu semua rakyat Malaysia tahu produk ini sangat bagus dan terbukti sudah menolong ramai orang. Sudah ribuan testimoni yang berjaya mendapatkan kembali kulit sihat.
“Malah ada testimoni daripada seorang lelaki yang daripada kulit teruk, tapi kini bersih dan sihat. Perubahan itu buat saya teruja, gembira bercampur tangisan kerana usaha diteroka membuah hasil.
“Ramai juga ejen saya berjaya keluar daripada zon selesa mereka dan mula menjana pendapatan. Itulah yang saya harapkan dengan perniagaan ini yakni sama sama berkongsi rezeki. Ada di kalangan stokis meraih RM100,000 sebulan. Itu kejayaan yang sangat ‘wow’,” katanya.
Di akhir bicara, wanita yang kekal ‘stailo’ sekalipun bertudung itu sedar perjuangan sebagai usahawan takkan pernah terhenti.
Impian Tembus Pasaran Asia Tenggara
“Setiap hari akan jadi ruang belajar dan terus memperbaiki diri. Saya mahu terus menginspirasi dan membantu golongan wanita khususnya seramai mungkin. Ia sama ada membina keyakinan diri dengan menggunakan produk atau menjana pendapatan. Boleh tekan https://linktr.ee/nanamahazanhq untuk info lanjut.
“Saya mahu mewujudkan lebih ramai pemimpin dan wanita berdikari. Begitu juga keinginan mengubah mereka yang sentiasa rasa rendah diri. Saya nak tanam dalam diri mereka ini semangat atau jati diri yang kuat.
“Kalau mereka tak pandai menjaga diri sendiri, bagaimana nak menyelia atau memimpin orang lain. Kesedaran perlu ada dalam diri.
“Insya-Allah lagi dua tahun dan jangka masa panjang, saya mahu Nana Mahazan Beauty tembus pasaran Asia Tenggara,” katanya mengakui suka melawa dan bersolek dan antara sebab mengapa memilih dunia perniagaan kecantikan menerusi Nana Mahazan Beauty (boleh beli disini) sejak 2018.
Artikel Lain:
Aktif Bersukan. Nana Mahazan Kongsi Tip Untuk Rajin Workout & Jadikan Rutin Harian!
“So Pretty …” – Pilih Gaya Longgar & Stailo, Penampilan Terbaru Nana Mahazan Dapat Pujian Netizen
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI