Suhana Khan

Penampilan anak kepada pelakon Bollywood Shah Rukh Khan, Suhana Khan menarik perhatian ramai apabila tampil dengan wajah tanpa secalit mekap.

Ini jenis cantik semula jadi, tak bersolek pun naik seri wajahnya. Dengan gaya rambut ikal mayang, Suhana dilihat mempunyai aura tersendiri dalam berfesyen.

Anak Perempuan Shah Rukh Khan, Tak Bersolek Pun Suhana Khan Tetap Nampak Cantik!

 

Memetik laporan HindustanTimes, Suhana dilihat keluar bersama ibunya, Gauri Khan yang dipercayai ingin berkunjung ke kediaman rakannya pada petang Ahad.

Anak Perempuan Shah Rukh Khan, Tak Bersolek Pun Suhana Khan Tetap Nampak Cantik!

IKLAN

Suhana dilihat tidak mengenakan sebarang solekan dan hanya berpakaian menggayakan t-shirt putih serta jaket kelabu yang dipadankan dengan seluar hitam.

Namun, apa yang menarik perhatian adalah anak gadis aktor berkenaan masih kelihatan cantik walaupun tanpa mekap.

Anak Perempuan Shah Rukh Khan, Tak Bersolek Pun Suhana Khan Tetap Nampak Cantik!

IKLAN

Peminta Memuji Kecantikan Suhana Khan

Rata-rata peminat memuji kecantikan gadis berusia 23 tahun itu dan menyifatkan sebagai seorang yang rendah diri walaupun merupakan anak perempuan kepada seorang bintang terkenal Bollywood.

“Anak Shah Rukh Khan sentiasa kelihatan manis walau dalam keadaan apa sekali pun.

IKLAN

“Benar, saya rasa dia juga rendah diri walaupun anak kepada bintang terkenal Bollywood.

“Dia sebenarnya kelihatan agak cantik tanpa solekan seperti yang sering ditonjolkan sebelum ini,” tulis netizen.

Anak Perempuan Shah Rukh Khan, Tak Bersolek Pun Suhana Khan Tetap Nampak Cantik!

Untuk info, Suhana bakal membuat kemunculan pertama menerusi filem Zoya Akhtar’s The Archies arahan pengarah Zoya Akhtar.

Difahamkan, filem berkenaan akan disiarkan di platform penstriman Netflix tahun ini.

Selain itu:  Suka Nasi Lemak Berbanding Roti Canai. Ini Trivia Menarik Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob, Perdana Menteri Ke 9!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI