air kosong

Minum 2 gelas air kosong sebelum makan pun salah satu cara diet yang membantu turunkan berat badan. 

Kalau ikut cara saudara Rafsanjani Zainal, anda kena berusaha untuk disiplin dalam menjaga makan. Barulah ada hasil! Nah, jemput baca ilmu diet kurus tanpa modal ini.

Kurus Tanpa Modal

Setiap orang boleh bermimpi nak kurus, tapi tak semua akan usahakan mimpi tu. Antara sebab adalah tak tahu cara diet, susah nak buat, makanan sihat mahal, kena beli keluar duit beli supplement dan macam-macam lagi.

Mari saya kongsi 3 step kurus tanpa modal untuk yang baru nak mula diet. Antara step paling senang untuk hilangkan 4 kg pertama dalam sebulan. Okay let’s go!

STEP KURUS 1 

Kurangkan 1 portion makanan yang paling kerap ambil setiap kali makan.

Okay untuk permulaan, mula dengan pilih satu makanan yang selalu ambil dan kurangkan portion. Ini paling senang. Kalau tak boleh buat ini dulu, yang lain lagi susah.

Contoh, ambil 3 senduk nasi masa lunch, 3 senduk nasi masa dinner. Kurangkan jadi 2 senduk lunch, 2 senduk dinner. Selalu ambil 4 keping roti putih, ambil 2 keping sahaja.

IKLAN

1 senduk nasi putih (75g) = 100 kalori,  2 senduk da 200 kalori kurang. Okay sudah buat yang ni boleh buat step kurus 2 plak.

STEP KURUS 2

Minum air kosong 2 gelas (500ml)  setengah jam sebelum setiap kali makan.

Step kedua yang semua org boleh buat untuk turun berat badan ialah minum air 500 ml atau 2 gelas – setengah jam sebelum waktu makan.

Sangat mudah dan praktikal. Kalau waktu lunch pukul 1 petang, pastikan minum 2 gelas air kosong setengah jam sebelum. Buat setiap kali makan sebelum breakfast, lunch dan dinner.

Selain itu:  Amalkan Kaedah 3S, Rahsia Kekal Cergas & Tak Letih Sepanjang Berpuasa

Minum 2 Gelas Air Kosong Sebelum Makan, Ini Cara Kurus Tanpa Modal

IKLAN

Mengikut kajian di Journal of Obesity, ini boleh membantu badan kenyang lebih cepat dan metabolisma badan lebih lancar. Pengambilan air yang cukup juga banyak sangat membantu sistem badan yg lain.

STEP KURUS 3

Skip air manis.

Okay 3rd step untuk turun berat badan tanpa modal ialah skip air manis dalam diet sehari.

Kalau contoh minum 3 kali air manis sehari :

Pagi – teh tarik – 150 kalori

IKLAN

Tengahari – sirap – 110 kalori

Malam -teh ais – 150 kalori

Total air manis sehari sahaja = 410 kalori.

Jadi untuk yang kategori obese dan overweight terutamanya, cuba untuk start dengan 3 step tanpa modal ini sahaja dulu.

Amalkan 3 ini dulu tanpa exercise pun boleh, insyaAllah kurang 4 kilo sebulan senang sahaja. Ingat nak diet jangan kurangkan kalori sampai bawah BMR. Yang penting kena disiplin. Sihat itu murah, sakit itu mahal.

 

 

 

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI