Kita masih lagi dalam tempoh ‘total lockdown’ yang hanya membenarkan kita untuk bekerja dari rumah.
Walaupun hanya melakukan tugasan dari rumah, semangat untuk bekerja tidak pernah padam seperti bekerja di pejabat.
Jadi bagi memastikan tubuh sentiasa cergas untuk bekerja, amalkan beberapa senaman mudah ini.
Paling penting setiap kali bangun tidur, anda tarik nafas dan bıarkan selama 10 saat untuk pastikán paru-pau berada dalam keadaan sihat.
1. Gunakan Tangga
Berjalan naik tangga boleh meningkatkan kadar kesihatan jantung.
Ads
2. Kerusi Imaginasi
Ia adalah sangat bagus untuk membina kekuatan dan daya tahan.
3. Arm Strengthen
Gunakan teknik arm strengthen dan bawa tangan ke depan kemudian tegakkan tapak tangan ke atas.
4. Back Twist
Teknik back twist pula memerlukan kita duduk teak dan bukakan sedikit ruang di belakang bahagian pinggul.
Ads
5. Half Squat
Mulakan dengan berdiri kaki yang lurus. Bengkokkan kaki supaya peha hampir selari dengan lantai seperti duduk di atas kerusi.
6. Tolak Dinding
Tolak badan ke arah dinding sehingga lengan atas hampir bertemu dinding dan kemudian tolak kembali keluar seperti membuat push-up.
Sebenarnya amalan ini dicadangkan untuk mereka yang bekerja di pejabat mengikut saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), tetapi sepanjang PKP ini kita juga telah menganggap rumah sebagai pejabat sementara kita.
Ads
Jadi bolehlah lakukan senaman disarankan ini bagi memastikan tubuh kekal cergas setiap hari sehingga habis waktu bekerja.
Kadang cara cuci muka yang salah pun boleh jadi punca wajah bermasalah, terus keluar jerawat dan masalah lain.
Tetapi kalau nak tahu, biasanya ada 6 kesilapan yang kita sering buat ketika mencuci muka yang boleh mengakibatkan timbulnya jerawat, kulit mengelupas kemerahan serta rasa kering. Jom, semak!
Berikut 6 kesilapan menjaga wajah perkongsian daripada Puan Farain Mohammad sebagai panduan;
Awas, Cara Cuci Muka Macam Ini Yang Buat Naik Jerawat!
Tanpa sedar kadang-kadang kita sebenarnya silap menjaga muka. No .6 tu ramai tak yang buat .
Kesilapan 1 : Cuci Muka Terlalu Kerap
Ada 2 sebab kenapa kita tak boleh cuci muka terlalu kerap:
1. Boleh menyebabkan kulit terlalu kering dan hilang kelembapan selepas dicuci.
2. Kulit akan cenderung jadi lebih berminyak dan berjerawat.
Kesilapan 2 : Gosok Muka Terlalu Kuat
Ramai yang ingat bahagian yang ada jerawat atau bermasalah kena gosok dan sental lebih kuat untuk keluarkan sebum dan kotoran dalam liang roma. Sebenarnya kira dilarang mengosok kulit terlalu kuat kerana boleh menyebabkan kulit menjadi kemerahan dan men’cederakan’ kulit dari dalam.
Kesilapan 3 : Skrub Muka Terlalu Kerap
Scrub selalunya mempunyai tekstur berbiji yang agak kasar. Elakkan menggunakan scrub terlalu kerap kerana boleh menyebabkan kulit menipis, lebih sensitif dan boleh menyebabkan gatal.
Kesilapan 4 : Membiarkan Syampu Rambut Terkena Kulit Muka
Syampu rambut mengandungi bahan pelembab atau minyak untuk melembutkan rambut. Kalau terkena pada muka, minyak tersebut boleh meresap ke dalam kulit muka dan boleh menyebabkan jerawat.
Kesilapan 5 : Biar Peluh Kering Sendiri Tanpa Dilap
Jangan dibiarkan peluh kering sendiri di muka tanpa dilap. Sebaiknya lap muka dengan kain yang bersih untuk mengelakkan peluh anda kering dan menyerap kedalam kulit muka anda. Peluh anda mungkin mengandungi kotoran bersamanya.
Kesilapan 6 : Berkongsi Tuala Badan Dan Tuala Muka
Lap muka menggunakan tuala badan, ini ramai yang buat. Sebaiknya asingkan tuala untuk muka dan badan. Jika tuala badan mempunyai kotoran, ini buat merebak ke muka juga. Lagi pun tuala badan kita lebih banyak melekat kotoran atau kuman berbanding tuala muka.
Jarang sekali mereka yang memasuki usia 50 tahun ke atas, tidak berdepan dengan masalah kesihatan serius.
Selalunya pada penyakit seperti diabetes, tahap kolestrol tinggi dan juga darah tinggi pasti akan datang seiring dengan pertambahan usia.
Namun perkongsian Doktor Mazliana Mazlan yang memberitahu pesakit ditemui pada usia 51 tahun tiada masalah kesihatan dan tidak mengambil sebarang ubatan.
Tambahnya hanya satu dalam 50 orang sahaja akan mendapat keputusan tahap kolesterol cemerlang seperti ini.
Tiada petua tertentu diamalkan cuma melakukan puasa sunat setiap Isnin dan Khamis. Malah segala yang dilakukan memang memerlukan kesabaran dan disiplin tinggi.
Jarang-jarang sekali saya jumpa keputusan darah kolesterol pesakit cantik macam ni. Beliau tiada apa-apa masalah kesihatan, tidak mengambil apa-apa ubatan.
Saya kira, mungkin hanya akan jumpa 1 dalam 50 orang saja tahap kolesterol cemerlang begini.
Bila pesakit dah ada depan mata, saya cubalah kutip apa yang patut dari beliau. Umur dah 51 tahun, tapi nampak macam 40-an saja usianya. Badan yang fit, cergas dan awet muda lagi.
Saya kongsikan di sini 10 perkara yang beliau kongsi dengan saya.
1. Puasa Isnin dan Khamis tak pernah tinggal, puasa-puasa sunat lain juga beliau amalkan.
2. Nasi hanya makan 1 kali sehari, cukup untuk isi perut yang lapar, bukan untuk mengenyangkan.
3. Makan bila lapar, bukan makan bila ada makanan. Berhenti sebelum perut rasa kenyang.
4. Makanan favourite adalah ulam-ulaman, sejak kecil diajar makan ulam oleh ibu ayahnya.
5. Kopi, teh dan milo tak pernah ambil sejak usia muda remaja. Beliau tahu ada kopi dan teh yang baik, tapi beliau tak minat. Katanya, kopi 3 in 1 betul-betul rosakkan badan.
6. Jarang sangat ambil air manis. Seminggu sekali pun susah.
7. Sentiasa ada buah-buahan di rumah walau 1 biji. Bila lapar, cari buah dan bukan biskut.
8. Setiap tahun beliau wajibkan diri buat ujian darah untuk lihat tahap kesihatan diri. Bila ada keputusan yang tidak cantik, beliau usaha belajar dan cari ilmu untuk kawal dengan pemakanan.
9. Beliau tak percaya langsung dengan iklan makanan dan minuman yang ada di TV, sebab kebanyakannya adalah makanan tinggi gula. Banyak mata telah dikaburi.
10. Buat sesuatu, sentiasa fikir kebaikan dan keburukan. Apa kita nak makan dan minum, fikir dulu samada ia baik atau buruk untuk tubuh badan kita.
Ini gaya ayah-ayah yang nasihatkan anak. Saya belum mampu buat sepenuhnya apa yang beliau berjaya buat sejak usia muda.
Seawal beliau masuk ke bilik, saya siap tanya lagi, “Encik makan ubat kolesterol ke?” Sebab cantik sangat kolesterol beliau, sangsi pula saya kot ada ambil ubat kolesterol dari farmasi.
Rupa-rupanya, ada cerita menarik tentang gaya pemakanan beliau yang perlu kita contohi.
Mazliana Mazlan Follow saya di FB dan telegram t.me/sembangsihat untuk perkongsian lebih tentang pemakanan dan gaya hidup sihat anak-anak dan keluarga.
Siapa yang tidak mengenali penggubah, jurutera muzik dan penerbit album tersohor, Roslan Aziz yang sangat dikagumi pembabitannya dalam mencetus revolusi muzik tanah air.
Namun kini, beliau dikatakan sedang diuji apabila menghidap kanser limfoma atau kanser darah yang sudahpun melepasi tahap empat.
Menurutnya, mengetahui dalam tempoh yang sangat singkat (tahap empat) dan sesuatu yang tidak pernah terlintas di fikiran.
Tambah Roslan, asalnya pada 1 November 2021, beliau mengadu sakit perut yang agak berat sehingga memaksanya berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan.
Melihat keadaannya yang tidak bermaya, Roslan dicadangkan untuk menjalani pemeriksaan menyeluruh termasuk ujian darah dan pemeriksaan pengimejan resonans magnetic (MRI).
Cadangan-cadangan rawatan susulan yang dicadangkan oleh doktor itu sedikit sebanyak membuatkan banyak tanda tanya bermain di kotak fikirannya.
Namun dalam masa sama, Roslan amat positif dan sentiasa ingatkan dirinya bahawa dia perlu terima apa saja kemungkinan dengan tabah dan reda.
Mula-Mula Tahu Sedih
“Sudah tentu mula-mula saya amat bersedih apabila doktor mengesahkan saya menghidap kanser tetapi saya sangat bersyukur walau didiagnos kanser, keadaan saya tidaklah begitu teruk.
“Saya sedar bahawa hidup yang akan saya lalui sangat singkat kerana penghujung kanser itu adalah mati,” kata Roslan berkongsi cerita ketika ditemui di rumahnya di Kampung Datuk Keramat di sini, baru-baru ini.
Melihat keadaannya yang ceria dan ramai, seperti tidak menduga dirinya diuji dengan penyakit kanser tahap empat.
Realitinya, beliau terpaksa menahan sakit dan harus melalui proses rawatan yang benar-benar mencabar termasuk secekak ubat yang perlu dimakan setiap hari selain rawatan kemoterapi yang bukan mudah untuk dilalui.
Keluar Masuk Hospital Untuk Rawatan
Beliau juga sudah sering keluar masuk hospital bagi medapatkan rawatan. Dia juga turut gembira apabila menerima kehadiran rakan-rakan yang turut memberi kata-kata semangat, malah amat dihargai kerana mengingatkan dirinya baha dia masih dihargai dan disayangi.
“Saya bersyukur sebab ada keluarga dan kawan-kawan yang baik, yang betul-betul ambil berat pasal saya
“Kanser juga menyedarkan saya bahawa dalam dunia ini, kita tidak boleh berseorangan… keluarga dan kawan sangat penting,” katanya yang diberitahu doktor hanya ada enam bulan untuk hidup, iaitu sekitar Jun ini sahaja hayatnya.
“Sepanjang hidup, apa yang saya kehendaki semuanya sudah saya lalui dan lakukan. Saya tahu saya akan mati, jadi saya kena buat persiapan. Tiada apa-apa yang perlu ditangisi lagi.
“Cuma saya akan tidak akan berjumpa dengan isteri saya lagi Sopphilea Hamid, begitu juga dengan anak-anak, Wan Nur Khaleda, Megat Abdul Majid Aziz, Megat Ali Aziz dan Megat Zayn Hamza Aziz. Mereka adalah pelengkap kehidupan dan kebahagiaan saya,” katanya.
Limfoma adalah kanser darah. Ia boleh dirawat jika dikesan di peringkat awal melalui ujian saringan.
Jika ahli keluarga terdekat menghidap kanser ini, anda tergolong dalam kumpulan berisiko kerana Limfoma boleh disebabkan faktor genetik atau keturunan.
Kira-kira 60% penghidap kanser di Malaysia termasuk Limfoma dikesan di peringkat akhir sekali gus sukar dirawat.
Justeru, pengesanan awal amat penting terutama mereka yang berisiko tinggi.
Tanda-Tanda Kanser Limfoma:
– Pembengkakan kelenjar limfa atau hati dan limpa – Demam berpanjangan – Ruam dan kegatalan kulit – Hilang selera makan – Hilang selera makan – Keletihan dan tidak bertenaga
Siapa Yang Berisiko: – Pesakit jangkitan HIV, RBV, Helicobacter pylori, hepatitis B&C – Pesakit Kanser genetik atau keturunan – Pesakit Autoimun – Penghidap penyakit keturunan seperti Ataxia telangectasia