Nak kulit lembut dan lembap, anda kena usaha ‘keras’, antara menggunakan produk penjagaan kulit yang lengkap atau dengan mengamalkan petua orang lama.
Kali ini ada satu petua menarik dan bagus untuk kulit iaitu menggunakan air beras yang dah mendidih. Tapi serius tips ni memang best. Bila lama-lama guna kulit akan rasa lembut dan lembab.
Haa… petua yang dikongsikan oleh Puan Afzan Afandi ini juga sangat membantu anda yang kulitnya breakout dek kerana memakai produk merkuri sebelum ini.
Ads
Cara mudah sahaja:
Ambil air nasi yang sedang mendidih beberapa sudu (jangan tunggu sampai nasi kering nanti anda tak boleh dapat air khasiatnya.
Tunggu hingga air betul-betul suam.
Sapu diseluruh muka yang dah dicuci bersih.
Ads
Biarkan 15 minit atau biarkan air beras kering dimuka (jadikan seperti masker).
Amalkan 3 kali seminggu.
Ads
Inshaa Allah kalau konsisten memang boleh dapat merubah kulit breakout semakin pulih. Ini sebenarnya petua turun temurun orang dulu-dulu kulit licin tanpa jerawat dan tegang.
Air beras ni kaya dengan mineral dan vitamin untuk kecantikan kulit. Butir beras dan juga air daripada beras kaya dengan pelbagai zat dan vitamin yang berguna sebagai anti-oksidan, anti-inflamasi, dan bantu cantikkan kulit muka kita.
Pakar sendiri mengesahkan masker dari beras dapat atasi masalah jerawat di wajah. Air beras ini akan dapat menyembuhkan secara alami dengan lebih cepat.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jarang orang menggunakan getah kulit pisang untuk cantikkan kulit wajah, tetapi kali ini seorang lelaki berkongsi satu petua yang dia amalkan untuk jaga mukanya dari cela. Jom baca petuanya.
Getah Kulit Pisang Untuk Kulit
Tengok kulit lelaki ini, Nauf Safuan, licin dan flawless. Haa… jangan jeles ya. Ini tip yang dikongsikan untuk pudarkan parut jerawat.
“Petua dari sekolah lagi. Tiap sabtu ahad , abah akan beli pisang. Lepas makan, saya ambil kulit pisang ni.Saya pakai tenyeh kat muka ni.” Tulisnya ringkas.
Kesannya, rasa sangat best dan kulit jadi lebih bersih. Sangat berkesan untuk pudarkan parut jerawat dan mengecutkan jerawat.
Kalau nak tahu, dalam kulit pisang ni secara semula jadinya ada vitamin B & C yang dapat membantu untuk mengecutkan jerawat dan memudarkan jerawat.
Kongsinya, “Hampa pakai tiap hari selama seminggu dan hampa akan nampak perubahanya.”
Untuk masalah kulit sensetif dan kulit berminyak juga digalakan untuk mengunakan kulit pisang. Getah kulit pisang ni mengandungi anti oksida yang dapat mengawal masalah kulit berminyak dan mengurangkan radang pada kulit wajah.
Bahan-Bahan:
Kulit pisang
Cara Pengunaan:
Tenyeh kulit pisang pada bahagian muka. Biar selama 5-10 minit atau sehingga getah pisang kering. Bilas dengan air bersih. Ulang setiap hari di waktu pagi.
Boleh juga di pakai sebelum tidur. Bangun keesokkan paginya. Baru bilas.
Fungsi Lain Kulit Pisang
Selain itu, kulit pisang juga boleh dijadikan masker untuk lembapkan kulit. Cara ini juga mudah cuma perlukan campurkan dengan bahan lain. Nah, cubalah!
Bahan:
Pisang
Kuning telur
Caranya mudah, haluskan kulit pisang, lalu campurkan dengan satu kuning telur. Jadikan sebagai masker wajah. Biarkan selama 5 minit, kemudian bilas wajah hingga bersih.
Tak susah bukan? Anda boleh pilih dua petua di atas untuk diamalkan malam ini. Yang penting pisang kena ada di rumah. Mudah!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selalu melihat penampilan Sharifah Amani yang sederhana serta polos tanpa solekan, walaupun berusia 38 tahun tetapi Sharifah Amani kelihatan cantik semula jadi.
Mempunyai wajah tak dimakan usia, satu kelebihan pelakon filem ‘Sepet’ dan ‘Gubra’ ini sehingga dilihat agak comel walau pun dikhabarkan berita gembira bakal jadi ibu.
Sharifah Amani Bakal Jadi Ibu
Hampir dua tahun mendirikan rumah tangga bersama suami tercinta, Ahmed Faris, pelakon Sharifah Amani berkongsi berita gembira dirinya yang kini berbadan dua.
Namun, Amani atau nama sebenarnya Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya, 38, hanya meninggalkan kapsyen ringkas tanpa mendedahkan butiran lanjut termasuk usia kandungannya ketika ini.
“Syukur, Alhamdulillah,” kongsinya menerusi hantaran video dalam Instagram.
Pada masa sama, dia hanya berkongsi beberapa foto yang kelihatan kandungannya seakan-akan sudah menjangkau beberapa bulan.
Menerusi video tersebut, dapat dilihat pelbagai reaksi gembira dan terharu sebaik dia mengumumkan berita gembira itu dengan keluarga serta rakan selebriti.
Rakan Artis Mendoakan Dan Mengucapkan Tahniah
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan memuji tindakan pelakon filem Sepet itu kerana bijak merahsiakan kehamilan dan hanya berkongsi pada waktu yang sesuai.
“Wah tahniah, daripada kecil tengok Amani berlakon, sekarang bakal jadi ibu, moga dipermudahkan segalanya. Pandai simpan rahsia, nampak macam sudah sarat,” komen netizen itu.
“Mesti comel bayi kalian nanti, baguslah umumkan selepas perut dah besar, kagum betul dengan Sharifah Amani. Dia tidak kalut dalam semua benda,” demikian komen seorang lagi netizen.
Untuk rekod, pasangan ini bertemu buat pertama kalinya pada tiga tahun lalu iaitu ketika Sharifah Amani bertugas selaku Ahli Lembaga Pemegang Amanah sebuah organisasi yang diketuai Ahmed Faris.
Pada pertemuan itu mereka bekerja atas dasar profesional. Belum ada rasa cinta. Dipendekkan cerita, selepas Covid-19 masing-masing berstatus solo. Akhirnya cinta bertandang tanpa diduga sehinggalah mereka bertemu jodoh bersama dan mendirikan rumah tangga pada 10 September 2022.
Pasangan ini disatukan di sebuah lokasi di Kuala Lumpur secara tertutup dan hanya dihadiri keluarga serta teman rapat.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika kita membeli makanan di luar sama ada tepi jalan atau restoran, ada sesetengah peniaga akan membungkus menggunakan kertas surat khabar.
Biarpun kita lihat tulisan tidak menyentuh secara langsung dengan makan, malah asal dapat menyerap minyak daripada makanan bergoreng.
Namun hakikatnya masalah pencemaran boleh terjadi sekiranya penjual makanan menyentuh kertas surat khabar terlebih dahulu dan kemudian menyentuh makanan siap untuk dimakan secara langsung.
Baru-baru ini, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Perlis dalam entri Facebook mereka menjelaskan, bahan kimia pada dakwat surat khabar boleh mencemarkan makanan seterusnya memberi kesan berbahaya kepada kesihatan manusia.
Kata mereka, jika terpaksa menggunakan kertas surat khabar juga, jadikan ia sebagai lapisan kedua untuk membungkus makanan.
“Paling terbaik adalah gunakan pembalut makanan yang dikhaskan untuk makanan (food grade) bagi mengelak berlakunya pencemaran silang.
“Surat khabar mengandungi bahan kimia seperti karbon, logam berat dan pelarut. Apabila minyak yang diserap oleh surat khabar akan melarut dakwat dan seterusnya menyerap ke dalam makanan,” jelasnya.
Menurut Pusat Racun Negara pula, dakwat yang digunakan untuk mencetak akhbar mempunyai kebarangkalian yang tinggi menggunakan bahan kimia yang boleh manjadi punca kepada beberapa jenis penyakit kronik.
Lembaga Keselamatan dan Piawaian Makanan India juga melaporkan bahawa dakwat surat khabar mengandungi bahan yang boleh memberi pelbagai kesan negatif pada tubuh badan.
Kajian mereka juga menunjukkan terdapat dakwat surat khabar yang bersifat karsinogenik (punca berlakunya kanser) dan ia boleh meresap ke dalam makanan dengan begitu mudah sekali.
Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, juga berkata bahan pembungkus seperti plastik (lutsinar) atau daun pisang perlu digunakan sebagai lapisan pertama yang bersih dan bebas kotoran serta pencemaran.
Katanya, ini bagi melindungi sepenuhnya makanan itu daripada bersentuhan secara langsung dengan kertas surat khabar.
“Pembungkusan makanan sedia dimakan dengan surat khabar sebagai lapisan kedua hendaklah dikendalikan dengan kaedah yang dapat mengelakkan pencemaran dakwat daripada kertas surat khabar kepada makanan itu melalui apa jua cara.
“Contohnya, pencemaran boleh terjadi melalui tangan pengendali makanan yang sudah menyentuh kertas surat khabar terlebih dahulu dan kemudiannya menyentuh makanan sedia dimakan secara langsung.
“Kertas surat khabar hendaklah tidak digunakan bersentuhan secara langsung dengan makanan sedia dimakan seperti untuk menutup makanan atau menyerap minyak daripada makanan bergoreng,” katanya.