Sebaik memegang jawatan sebagai Menteri Kesihatan YB Khairy Jamaluddin dilihat sangat komited menjalankan tugas dan amanah diberi.
Dalam seminggu pelbagai perubahan dilakukan dan salah satunya penambah baikan dalam sistem Aplikasi MySejahtera.
Aplikasi MySejahtera yang telah dikemas kini dengan penambahan kemudahan paparan status vaksinasi dan risiko seseorang.
Melalui satu ciapan di laman Twitternya, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, penambahbaikan dalam aplikasi itu bermula pada malam tadi.
Katanya, paparan baharu itu akan menunjukkan sama ada seseorang itu sudah divaksinasi sepenuhnya atau tidak setiap kali dia mengimbas kod QR daftar masuk.
Ads
Ciapan ini telah diretweet lebih 32 ribu follower di twitter dan rata-rata warganet menyambut baik penambaikan yang dilakukan kementeriannya.
Ada tanggapan memberitahu jika kerap mandi malam boleh menyebabkan paru-paru berair.
Adakah ianya benar dan apakah kesan bahayanya jika kerap dilakukan setiap hari.
Perkongsian Dr Zubaidi Ahmad di laman sosial Facebook penjelasan perkara ini dan penyebab utama masalah paru-paru berair.
Beliau juga turut memberitahu kebaikan mandi malam ini dapat menghilangkan stres setelah seharian bekerja.
Air di dalam paru paru, atau turut dikenali dengan nama efusi pleura ataupun pleural effusion merupakan satu keadaan di mana air berkumpul di antara lapisan tisu yang melapisi paru-paru dan juga rongga dada.
Kawasan di antara lapisan tisu ini dipanggil ruang ataupun rongga pleura (pleural space).
Selalunya, kawasan tersebut mengandungi sedikit cecair yang bertindak sebagai pelincir sewaktu paru-paru mengembang ketika bernafas.
Paru-paru berair merupakan keadaan yang lazim berlaku. Menurut National Cancer Institute, sebanyak 100,000 kes didiagnosis di Amerika Syarikat setiap tahun.
Walaupun ia merupakan sesuatu yang kerap berlaku, efusi pleura boleh membawa maut. Dalam sebuah kajian, 15 peratus pesakit yang dimasukkan di hospital akibat masalah ini meninggal dunia dalam masa 30 hari.
Ramai yang berkata, mandi malam boleh menyebabkan peparu jadi berair. Menurut mereka, mandi malam boleh akibatkan air masuk ke dalam paru-paru.
Cecair dalam paru-paru boleh jadi kurang protein (transudative) ataupun kaya dengan protein (exudative).
Transudantive pleural effusion disebabkan oleh cecair yang bocor masuk ke dalam ruang plural akibat daripada peningkatan tekanan di dalam salur darah.
Antara penyebab utama transudative pleural effusion ialah sakit jantung.
Selain itu, exudative effusion pula berpunca daripada saluran darah yang tersumbat ataupun mengalami inflamasi, jangkitan, kecederaan pada paru-paru ataupun tumor.
Pneumonia, tuberkulosis, limfoma dan arthritis boleh sebabkan individu mengalami exudative effusion.
Individu yang mempunyai kanser seperti kanser paru-paru dan kanser payudara juga mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidap efusi pleural.
Kadang-kadang, cecair tersebut sendiri boleh menjadi malignan (kanser). Selain itu, paru-paru boleh jadi berair disebabkan oleh rawatan kanser seperti kemoterapi.
Antara faktor risiko yang boleh menyebabkan peparu berair termasuklah:
1. Merokok dan minum minuman keras.
2. Tekanan darah tinggi.
3. Pernah terdedah kepada asbestos.
Tidak ada lagi bukti yang mengaitkan mandi malam dengan peparu berair. Malah, mandi pada waktu malam terbukti boleh membuatkan anda tidur dengan lebih nyenyak.
Individu yang mengalami peparu berair mungkin akan alami simptom berikut:
1. Sesak nafas
2. Batuk kering
3. Rasa ketat pada kawasan dada
4. Tidak boleh berbaring
5. Tidak boleh bersenam
6. Kerap rasa tidak sihat
Namun, bukan semua pesakit yang mengalami peparu berair mengalami simptom yang sama seperti di atas.
Jika anda rasa tidak selesa pada kawasan dada, segeralah berjumpa doktor untuk rawatan lanjut.
Setakat ini, tidak ada lagi bukti kukuh yang boleh mengaitkan mandi malam dengan paru-paru berair.
Seperti yang digariskan di dalam artikel di atas, individu yang mempunyai kanser, sakit jantung, pneumonia, ataupun tuberculosis merupakan antara yang berisiko untuk mendapat paru-paru berair.
Jika anda mempunyai masalah kesihatan berikut, anda boleh elak paru-paru berair dengan cara:
1. Jangan merokok
Merokok boleh menambah risiko anda untuk mendapat penyakit jantung, kanser dan sebagainya. Jika anda tidak mampu untuk berhenti sendiri, cuba dapatkan nasihat daripada pakar.
2. Makan makanan yang sihat
Amalkan makan makanan yang sihat dan berkhasiat. Elakkan makanan tinggi kandungan gula, garam dan berlemak.
3. Pantau kadar kolesterol dalam darah
Kadar kolesterol yang tinggi dalam darah boleh membuatkan anda menghidap pelbagai jenis penyakit termasuklah penyakit jantung dan juga kanser.
Dengan cara mengubah gaya hidup, anda boleh menurunkan kadar kolesterol dalam darah.
Mandi pada waktu malam tidak mungkin menjadi punca paru-paru berair. Berdasarkan penjelasan di atas, sakit kanser, sakit jantung dan lain-lain merupakan punca sebenar penyakit ini.
Tidak ada masalah untuk mandi malam. Malah, mandi waktu malam amat digalakkan terutama sekali untuk menghilangkan rasa stres setelah seharian berkerja.
Ada tak yang berniat nak kecilkan lengan dengan cara kilat? Santai-santai tetapi kesannya sangat ketara, senang nak pakai baju saiz apa pun. Baru cantik!
Okay, buat anda yang nak kecilkan lengan dengan cepat dan berkesan, boleh cuba buat beberapa gerakan ini.
1. Swimming arms 20 kali.
2. Ticep pull 20 kali.
3. Folded arms fly 20 kali.
4. Arm circles 20 kali.
5. Elbow touches 20 kali.
6. Arms lift with crossover 20 kali.
Nampak mudah, bukan? Sesuai nak buat ulangan di rumah. Cara ini anda boleh amalkan sebanyak 3 set 3 kali seminggu. Nanti anda akan nampak perubahan, jom sahut cabaran ini!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nak tahu kelebihan guna Vaselin, bukan dengan membaca sahaja, tetapi anda sendiri kena cuba sapu dan amalkan.
Antara yang selalu kita dengar tentang Vaseline atau petroleum jelly ini adalah mampu melembapkan kulit kering dan merawat masalah bibir kering.
Namun sebenarnya masih banyak kegunaan Vaseline dalam dunia kecantikan dan kesihatan. Ini antaranya:
Kulit kering akan membuatkan mengelupas, gatal, retak dan juga berdarah. Jadi kalau guna Vaseline, cara ini lebih berkesan dan kurang merengsakan daripada losyen. Malah boleh dioles pada pada bibir dan kelopak mata.
Kulit pada kelopak mata adalah kulit paling nipis pada badan dan boleh merengsa dengan mudah. Jika kelopak mata anda kering dan menggelupas, sapukan sedikit jeli petroleum untuk kelembapan dan perlindungan.
Bagi hasil terbaik, sentiasa sapukan jeli petroleum apabila kulit lembap.
Bagi luka ringan seperti luka, goresan dan calar, gunakan jeli petroleum untuk memastikan luka itu sentiasa lembap. Ini membantu mengelakkan luka daripada kering dan membentuk kudis. Hal ini kerana, kudis mengambil masa lebih lama untuk sembuh.
Ini juga akan membantu mengelakkan parut daripada menjadi terlalu besar, dalam atau gatal. Selagi luka dibersihkan setiap hari, tidak perlu menggunakan salap antibakteria.
Melecet adalah kerengsaan kulit yang menyakitkan, berlaku apabila bahagian badan saling bergesel bersama atau bergesel dengan pakaian.
Bagi mengelakkan melecet, sapukan jeli petroleum pada kawasan yang bermasalah seperti di kaki atau peha.
Cara terbaik untuk mengelakkan ruam lampin adalah dengan memastikan kulit bayi anda sentiasa kering dan bersih. Tetapi jika bayi anda mengalami ruam, sapukan jeli petroleum semasa setiap kali menukar lampin.
Ruam bayi anda akan hilang dalam masa tiga hingga empat hari, dengan penjagaan yang betul. Jika ruam tidak hilang, berjumpa dengan pakar dermatologi yang disahkan oleh lembaga kesihatan.
Jika anda kerap melakukan rias kuku dan pedikur, sapukan jeli petroleum pada kuku dan kutikula anda. Ini akan mengurangkan kerapuhan dan membantu mengelakkan kuku daripada terkelupas.
Bagi hasil terbaik, sapukan apabila kuku anda lembap.
Walaupun jeli petroleum mempunyai banyak manfaat, ini tidak bermaksud boleh digunakan pada segala-galanya.
Elakkan menyapu jeli petroleum pada muka jika anda mempunyai jenis kulit muka yang mudah berjerawat. Sebab ini boleh menyebabkan jerawat pada sesetengah orang.
Sekiranya anda mempunyai persoalan tentang kulit anda atau cara menjaganya, berjumpa dengan pakar dermatologi yang diperakui oleh lembaga kesihatan.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!