Tumit kaki pecah ini masalah kaki yang biasa berlaku. Ramai yang lalui situasi ini tetapi buat tak endah dan kurang kesedaran untuk pulihkan tumit bagi baik.
Tak rajin nak buang sel kulit mati dan malas sapu krim yang sepatutnya. Akhirnya tumit makin teruk dan tak selesa nak berjalan!
Jangan risau anda boleh cuba tip ini untuk kembalikan tumit kaki yang cantik tanpa kesan merekah. Jom cuba!
Tumit Kaki Pecah, Cuba Tip Ini Bagi Selesa Nak Berjalan
Bagi sesetengah orang, tumit merekah bukanlah sesuatu yang serius. Tetapi realitinya anda akan rasa tak selesa apabila berkaki ayam.
Malah, rekahan pada tumit boleh menjadi sangat dalam dan menyebabkan rasa sakit. Jadi rajin atau tidak, anda tetap kena curi masa untuk cuba buang sel kulit mati di tumit, walau cuma sekali seminggu.
Cuba anda guna beberapa tip ini dulu:
1. BALSEM TUMIT (HEEL BALM) ATAU PELEMBAP TEKSTUR TEBAL
Ads
Balm ini mengandungi bahan untuk melembapkan, melembutkan dan mengelupas kulit mati.
Ada sesetengah balm tumit boleh menyebabkan sedikit rasa pedih atau kerengsaan. Rujuk doktor anda jika balsem menyebabkan tindak balas yang teruk.
Kes tumit merekah yang teruk mungkin memerlukan preskripsi balsem kuat atau krim steroid untuk membantu mengurangkan keradangan dan melegakan kegatalan.
TIPS MERAWAT TUMIT MEREKAH:
1. Sapukan balm tumit pada waktu pagi untuk meningkatkan keanjalan kulit sebelum anda memulakan hari anda.
2. Lembapkan tumit anda dua hingga tiga kali sehari.
3. Pakai kasut yang melindungi tumit anda.
Nak Guna Cocoa Butter Formula (Palmer’s) Pun Boleh
Wajib cuba ini juga, memang berkesan untuk merawat masalah kulit tumit kaki. Sapu sebelum tidur, esok pagi memang lembut licin. Kesan seawal satu minggu penggunaan.
Ads
2. RENDAM DAN KUPAS (EXFOLIATE) KULIT MATI
Kulit di sekeliling tumit merekah selalunya lebih tebal dan kering daripada kulit badan yang lain. Kulit ini cenderung merekah apabila banyak tekanan. Jadi cuba lah rendam kaki bagi kulit lembut dan lembap.
Berikut adalah beberapa petua rendam kaki:
1. Rendam kaki dalam air suam dan sabun sehingga 20 minit.
2. Gunakan loofah, penyental kaki atau batu apung untuk menanggalkan sebarang kulit yang keras dan tebal.
3. Tepuk kaki dengan lembut.
4. Sapukan balsem tumit atau pelembap tebal ke kawasan yang terjejas.
5. Sapukan jeli petroleum pada kaki anda untuk mengunci kelembapan. Pakai sarung kaki untuk mengelakkan sebarang garis di sekelilingnya.
Elakkan skrub kaki apabila kering kerana ini meningkatkan risiko untuk kulit rosak. Anda juga boleh cuba melembapkan tumit yang mempunyai kesan yang sama dengan rendaman kaki.
3. MINYAK KELAPA
Minyak kelapa sering disyorkan untuk kondisi kulit kering, ekzema, dan psoriasis. Menggunakan minyak kelapa selepas rendaman kaki boleh menjadi pilihan yang baik juga. Sifat anti-radang dan antimikrob minyak kelapa boleh menyebabkan tumit merekah jika terdedah kepada pendarahan atau jangkitan.
Ads
4. BAHAN SEMULA JADI YANG LAIN
Terdapat banyak bahan di rumah yang boleh digunakan untuk merawat tumit merekah, walaupun tidak terbukti secara khusus. Kebanyakan bahan ini memfokuskan kepada melembapkan dan melembutkan kulit.
Ini termasuklah:
1. Cuka untuk rendam kaki.
2. Minyak zaitun atau sayuran untuk melembapkan.
3. Mentega shea untuk melembapkan.
4. Pisang yang dilumat untuk melembapkan.
5. Lilin parafin untuk mengelak kelembapan.
6. Garam bukit dan limau nipis.
Beberapa biji limau nipis/lemon (potong nipis sikit senang nak gosok)
Garam (seeloknya garam kasar atau himalayan salt)
Ini caranya:
Potong limau nipis.
Letakkan garam di permukaan limau.
Gosok pada bahagian tumit kaki yang merekah tu.
Tips extra: Kalau limau dah lunyai, payah nak pegang, jadi anda boleh guna berus gigi lama yang kasar. Rendamkan pada jus limau/lemon tadi, letak garam dan gosok.
Apa pun, anda kena rajin buat untuk dapatkan hasilnya. Kalau boleh, cari alat yang boleh buang sel kulit mati dulu, kemudian baru lah sapu krim atau bahan alami yang sesuai seperti yang dinyatakan di atas.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setelah hampir dua tahun kita berdepan dengan masalah pandemik Covid-19, pelbagai cara dilakukan oleh kerajaan bagi mengekang virus ini daripada terus merebak.
Selain mendapatkan suntikan dos vaksin dan penggalak, rupanya kini kita juga kini sudah menerima kira-kira 48,000 stok ubat antiviral Paxlovid keluaran Pfizer bagi merawat jangkitan virus Covid-19.
Perkara ini diberitahu oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam perkongsian di laman sosial Facebook baru-baru ini.
Menurutnya ubat itu disyorkan bagi rawatan pesakit COVID-19 dewasa berusia 18 tahun dan ke atas.
“Ia (ubat) juga sesuai untuk golongan usia berkenaan yang tidak memerlukan terapi oksigen dan berisiko tinggi untuk mendapat gejala COVID-19 yang teruk.
“Ubat ini juga bukan bertujuan sebagai pengganti vaksin COVID-19 atau pengganti kepada tindakan kesihatan awam bagi mengelakkan dijangkiti virus berkenaan,” katanya yang berkata penggunaan ubat Paxlovid adalah satu lagi senjata bagi melawan COVID-19 sebagai ubat antiviral untuk aspek rawatan wabak itu.
“Ubat ini akan diberikan segera selepas seseorang individu dikesan positif COVID-19 dan dalam tempoh lima hari gejala bermula untuk keberkesanan optimum,” katanya lagi.
Dan ini antara info yang perlu diketahui mengenai ubat antiviral Paxlovid sebelum menggunakannya.
Paxloid adalah ubat antivirus untuk rawatan penyakit
Ini cara pengambilannya, pada waktu siang & malam
Tetapi sebelum ambil, kena pastikan anda maklumkan kepada doktor dan ahli farmasi sekiranya …
Kenal pasti kesan sampingan Paxlovid ini, antaranya alami muntah, cirit-birit
Ini pula anda perlu buat jika ada lebihan Paxlovid
Bagaimana pula jika terlupa pengambilannya
Pastikan simpan ubat Paxlivid ini dengan cara penyimpanan yang betul
Jika seseorang itu mengalami masalah hidung tersumbat kerana selesema atau batuk menyebabkan kita rasa tidak selesa. Situasi ini boleh menganggu pernafasan dan masalah sesak dada.
Walaupun pelbagai cara dilakukan tetapi, masih belum berkesan. Sebenarnya kita boleh cuba cara alternatif untuk melegakan masalah ini dengan menggunakan bahan semulajadi yang ada di dapur.
Penggunaan bahan lemon, cengkih dan madu asli mampu untuk menyembuhkan hidung tersumbat dan batuk melalui perkongsian diamalkan Puan Masni Mohd.
Guna Lemon, Cengkih & Madu Atasi Masalah Hidung Sumbat
Kalau kita tak ikhtiar memang tak kan sembuh. Lama dah hidung tersumbat, batuk-batuk. Macam-macam ubat dah telan masih tak mampu membantu.
Kita cuba yg tiga benda ni, alhamdulillah,syukur. Memang padu keputusannya. Terimakasih ya Allah.
Bahan Diperlukan:
Lemon dipotong sesuka hati nak berapa keping pun boleh
6 biji cengkih dicuci
2 sudu makan madu (beli kat pasaraya biasa tu. Tak payah masuk hutan sangat.)
Cara Membuat:
– Letak kesemua bahan-bahan dalam cawan, selepas itu tuang dengan air panas. Tunggu suam-suam kuku, baru minum.
– Elakkan minum dengan ais batu ye.
– Saya buat pagi dan malam. Tapi lepas minum tak terus buang, refil dengan air panas lagi. Sayang air tu masih dapat minum lagi.Semoga kita sama-sama diberi kesembuhan oleh Allah swt. Amin