Jika seseorang itu mengalami masalah hidung tersumbat kerana selesema atau batuk menyebabkan kita rasa tidak selesa. Situasi ini boleh menganggu pernafasan dan masalah sesak dada.
Walaupun pelbagai cara dilakukan tetapi, masih belum berkesan. Sebenarnya kita boleh cuba cara alternatif untuk melegakan masalah ini dengan menggunakan bahan semulajadi yang ada di dapur.
Penggunaan bahan lemon, cengkih dan madu asli mampu untuk menyembuhkan hidung tersumbat dan batuk melalui perkongsian diamalkan Puan Masni Mohd.
Guna Lemon, Cengkih & Madu Atasi Masalah Hidung Sumbat
Kalau kita tak ikhtiar memang tak kan sembuh. Lama dah hidung tersumbat, batuk-batuk. Macam-macam ubat dah telan masih tak mampu membantu.
Kita cuba yg tiga benda ni, alhamdulillah,syukur. Memang padu keputusannya. Terimakasih ya Allah.
IKLAN
Bahan Diperlukan:
Lemon dipotong sesuka hati nak berapa keping pun boleh
6 biji cengkih dicuci
2 sudu makan madu (beli kat pasaraya biasa tu. Tak payah masuk hutan sangat.)
IKLAN
Cara Membuat:
– Letak kesemua bahan-bahan dalam cawan, selepas itu tuang dengan air panas. Tunggu suam-suam kuku, baru minum.
– Elakkan minum dengan ais batu ye.
IKLAN
– Saya buat pagi dan malam. Tapi lepas minum tak terus buang, refil dengan air panas lagi. Sayang air tu masih dapat minum lagi.Semoga kita sama-sama diberi kesembuhan oleh Allah swt. Amin
‘Dah Tak Peduli Keluar Tanpa Mekap’. Lisa Surihani Kini Lebih Selesa Tampil Natural Beauty! Kebiasaannya wanita dan dunia kecantikan tidak boleh dipisahkan.
Pantang keluar rumah tanpa sebarang calitan mekap di wajah kerana ada yang merasa kurang yakin dengan penampilan diri.
Tetapi bagi selebriti ini tiada masalah untuk melakukannya kerana lebih senang berwajah natural.
Bagi pelakon Lisa Surihani yang kini tampil menutup aurat sepenuhnya lebih senang berwajah natural tanpa sebarang mekap dikenakan jika keluar ke mana-mana.
Dalam satu artikel di Astro Gempak, Lisa mengakui dia sudah tidak kisah lagi mengenai penggunaan peralatan make up, malah dia berasa sudah malas untuk menata wajahnya ketika keluar ke mana-mana.
“Saya sebenarnya dah malas nak fikir sangat pasal make up apabila pergi keluar, kadang rasa tak suka pun nak pakai.
“Kalau ada komen netizen yang kata lebih suka saya tanpa make up, saya tidak berapa pasti berkenaan itu.
“Saya sendiri tidak fikir terlalu terperinci berkenaan isu menggunakan atau tidak menggunakan make up semua ini,” katanya yang ditemui ketika pelancaran program Next To Neelofa di Astro Bukit Jalil baru-baru ini.
“Alhamdulillah jalan untuk saya dibuka dengan mudah. Walaupun sibuk uruskan anak-anak, tetapi ada sahaja waktu untuk saya melakukan beberapa aktiviti ibadah seperti mengaji dan memasuki kelas agama.
“Apabila bercerita mengenai istiqomah itu bukan perkara mudah. Hati kita sentiasa berbolak balik, namun perlu juga sentiasa mendoakan antara satu sama lain. Insyaallah dengan berdoa pada Allah, segala urusan kita dipermudahkan.
“Untuk saya kalau nak terus istiqomah, kena ada minat dan disiplin. Tanpa kedua-dua perkara itu agak sukar untuk seseorang terus beristiqomah mencari reda Allah,” tambahnya yang juga salah seorang tetamu jemputan untuk program itu nanti.
Kekurangan minum air di bulan puasa akan menyebabkan kulit mudah kering, lebih-lebih lagi jika terdedah pada penghawa dingin di pejabat setelah seharian bekerja.
Jika anda kurang minum air sepanjang berpuasa, kulit akan kelihatan kering dan pucat. Jadi anda boleh menutup wajah polos dengan mekap nipis yang akan naikkan seri semula jadi.
Nah, ini sedikit langkah mekap yang boleh anda amalkan.
1. Sapu pelembap, nak-nak kalau anda bekerja dalam aircond. TEtapi duduk rumah pun sangat digalakkan pakai.
2. Tutup liang pori terbuka dengan pakai primer, ini jadikan kulit anda lebih berseri tanpa cela.
3. Pakai sunscreen, wajib ya! Lindungi kulit daripada masalah jeragat dulu sebelum sapu mekap.
4. Kalau suka pakai bedak, pilih bedak tabur yang jenis translucent powder, yang tidak mengandungi warna.
Solek Tebal Punca Kulit Kering Ketika Berpuasa, Elak Kalau Tak Nak Wajah Kusam!
Apabila dehidrasi terjadi ketika berpuasa, kerosakan kulit menjadi lebih parah sekiranya langkah pencegahan tidak diambil segera.
Berikut antara langkah pencegahan boleh diamalkan untuk elak kulit kering ketika berpuasa.
1. Minum Banyak Air Kosong Setika Bersahur & Selepas Berbuka
Air bukan hanya menghidrat dan melembapkan kulit, malah membuatkan anda dapat menahan lapar serta berfungsi dengan baik sepanjang hari.
Secara purata tubuh memerlukan lapan gelas air sehari. Elakkan minuman seperti kopi dan teh kerana ia bersifat diuretik atau mendorong pengeluaran air kencing. Anda juga boleh makan buah-buahan segar ketika berbuka atau bersahur untuk menambah kandungan air dalam tubuh.
Apabila pergi ke surau atau masjid untuk solat Tarawih, bawalah botol air. Anda boleh minum selepas selesai rakaat kedua, keempat, keenam dan seterusnya. Melalui cara ini, anda dapat menambah pengambilan air secara sedikit demi sedikit.
Jika anda seorang yang gemar mengenakan solekan tebal, seeloknya ia diminimumkan seketika sepanjang Ramadan. Selain mengelakkan kulit kering, ia dapat merehatkan kulit dari bahan kimia yang terkandung dalam produk kosmetik.
3. Sentiasa Segarkan Wajah Dengan Semburan Air Mineral
Jika anda bekerja di pejabat atau tempat yang berhawa dingin, kesegaran kulit muka boleh dikekalkan dengan semburan air mineral ke wajah untuk mengelakkan kekeringan. Anda juga boleh meletakkan bekas berisi air di meja (yang tidak ditutup) untuk melembapkan udara.
4. Guna Kosmetik/Krim Perawatan Mengandungi Pelembap
Pelembap wajah dan badan adalah sebahagian perawatan yang sangat penting ketika berpuasa puasa. Gunakanlah kosmetik atau krim perawatan yang mengandungi pelembap untuk mengekalkan kelembapan kulit dan pakai krim khas melembapkan bagi memaksimumkan fungsinya.
5. Elak Guna Sabun pH Terlalu Kuat
Selain pelembap, pilih sabun atau cecair mandian dengan pH seimbang, sesuai keadaan kulit masing-masing. Elakkan sabun yang sifatnya terlalu kuat dan boleh mengeringkan kulit.
6. Sentiasa Lakukan Rejim Penjagaan Kulit
Pastikan rejim penjagaan kulit seperti biasa agar kulit kekal sihat selama menjalankan ibadat puasa dengan rutin membersihkan wajah, eksfoliasi serta melembapkan kulit. Cara ini akan membuat kulit terhindar dari masalah yang merosakkan penampilan.
7. Ambil Makanan Kaya Serat
Selain melakukan penjagaan luar, anda boleh menjaga kesihatan kulit dari dalam dengan mengambil makanan kaya serat seperti buah, kekacang, ikan dan makanan berserat agar kulit sentiasa sihat sepanjang bulan ini.
8. Ambil Yogurt Untuk Kesihatan & Kecantikan Diri
Yogurt antara makanan yang baik untuk kesihatan maka ia elok diambil sepanjang Ramadan ini. Jika dapat menjadikan pengambilan yogurt sebagai amalan sepanjang hayat, ia lebih baik. Kandungan protein yang tinggi dalam yogurt dapat memberi nutrisi pada kulit secara optimum. Ambil semasa bersahur atau berbuka malah jadikan yogurt sebagai pupur kulit untuk kekal berseri.
Lemon adalah antara buahan sitrus yang sangat baik untuk kesihatan. Sama ada dibuat detok atau diminum jusnya setiap pagi untuk lebih memberi kesegaran pada tubuh badan.
Namun jika dicampur madu juga turut memberi khasiat tersendiri. Terutama mereka yang ada masalah batuk dan kolesterol.
Perkongsian dari Puan Siti Hasnah AR yang memberitahu cara membuat air campuran lemon dan madu ini dan boleh dibuat stok untuk diminum berulang kali.
Rasanya tidak pahit dan boleh diamalkan minum sebelum tidur terutama untuk mengurangkan kolesterol.
Campuran Lemon & Madu Untuk Hilangkan Batuk & Kolesterol
Lemon madu.. buat stok.. lagi lama simpan lagi sedap… boleh makan dengan buahnya sekali..
Bahan-bahan:
6 biji lemon
300 ml madu
Secubit garam
1 senduk gula perang
Sedikit halia
Air garam – rendam lemon seketika
Cara membuât:
1. Rendam lemon dengan air garam dalam 10 minit, kemudian bilas dan basuh. Potong nipis dan buang biji. Tambahkan halia kalau tak suka letak tak apa.
2. Masukkan 1 senduk gula perang, 300ml madu asli, secubit garam. Jangan tambah air.
3. Gaul sampai sebati, nanti air jus dari lemon akan keluar sudah cukup, dah sebati boleh la masuk dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk, esok boleh guna.
Info Tambahan:
1: Untuk yang bertanya mcm mana saya amal kan? Macam ini, dalam balang itu pati yang saya baru buat smlm..
Cara saya, saya ambil pati lemon dalam 2 sudu besardan tambah air panas, minum sebelum tidur tanpa gula tambahan. Untuk detox dan cut kolestrol, insyaAllah bangun pagi-pagi badan tak sakit-sakit.. tambah pulak ada halia, sedap kentut pagi-pagi tak ada bau, sungguh!!…
2: Rendam dengan kulit tak pahit ke?..
Jawapannya tak pahit bagi saya. Untuk pengetahuan kulit lemon ini banyak khasiatnya, beli mahal-mahal rugi la kalau buang kan!?
3: Kata tak letak air! Tapi dalam balang dekat nak penuh air nya..
Jawapan: Sungguh saya tak tipu!. Untuk yang mungkin tak tahu bahwa lemon ada air tersendiri ciptaan Allah, bila dah gaul dengan gula dan madu maka terjadi la begitu. Masa nak minum nanti tambah la air.
4: Tak sakit perut ke tu??
Jawapan: Akan sakit perut kalau minum pati tu habis sebalang. Jangan!… Itu pati!..
5: Tak letak gula boleh ke?
Jawapan.. BOLEH, lemon dan madu je pon ok, bila nak minum nanti pandai-pandai la korang olah. Yang nak letak stevia itu korang letak time nak minum, jangan perap sekali lemon nanti rosak khasiat stevia…
P/s ~.. Jus lemon ini boleh diolah dengan pelbagai cara untuk tambah sedap dan lazat.
Tapi untuk detox dan cut kolestrol korang amal kan pagi dan malam tanpa gula tambahan…
Mempunyai aura tersendiri, pempengaruh popular Cina Kelantan, Mek Yun atau nama sebenarnya Wee Yun Nee, 26, kelihatan semakin manis dan cantik dengan penampilannya terkini.