Tidak dinafikan terdapat lambakan produk atau suplemen sama ada berasaskan buah-buahan ataupun perisa lain.
Tidak pasti sejauh mana keberkesanan produk dijual kerana masing-masing memberitahu baik untuk kesihatan dan boleh mengurangkan penyakit tertentu.
Namun, perlu diingatkan sebagai pengguna bijak, jangan sesekali percaya dengan apa yang diiklankan. Suplemen begini tidak begitu pasti keberkesanananya selagi tidak mendapat kelulusan dari pihak KKM sendiri.
Perkongsian Dr. Arisman MD memberitahu mengenai perkara ini sebagai panduan untuk mengelak terus jadi mangsa scammer ubatan overclaim ini.
“Doktor, kalau saya ambil jus ****** dan vitamin ****** ok tak? Untuk lawaskan kencing kotor saya.” tanya pesakit.
“Minta maaf puan. Saya tak tahu pasal jus dan nama produk vitamin puan ni. Jadi saya tak boleh nak cakap bagus atau tak.” jawabku
Ads
Pesakit cuba menunjukkan gambar produk dalam galeri handphone beliau “ … yang ni doktor, yang ni…”
“Maaf puan. Saya masih tak tahu pasal dua produk ni. Puan beli dari mana? Online? Pharmacy?” Tanyaku kepada pesakit.
“Yang ni (sambil tunjuk gambar dalam hp) saya beli online, yang vitamin ni ada anak kawan jual.” jawab pesakit.
Ads
“Beginilah puan. Saya ni doktor perubatan memang kami tak pernah belajar tentang produk-produk begini. Bukan bidang tugas kami untuk pastikan. Saya cuma tahu bahawa ada komponen-komponen tertentu yang tidak sepatutnya ada dalam satu produk minuman misalnya yang mengandungi steroid. Ia ubat terkawal dan tidak boleh dicampurkan dalam produk minuman.”
“Ada yang merasa sihat dan bertenaga selepas minum jus atau teh produk tertentu, padahal cuma teh biasa. Kenapa boleh jadi begitu? So kena hati-hati sebab boleh jadi ada campuran bahan terlarang didalamnya tetapi tidak dipaparkan dalam kotak produk.”
“Yang akan rosak nanti kemudian hari adalah buah pinggang dan hati kita.”
“Waktu tu kalau nak salahkan produk dan nak saman, amat susah nak menang sebab dah lama dan banyak produk lain yang diambil. Menyesal sangat nanti. Yang menanggung derita si pembeli. Saya ada pernah berjumpa pesakit saya yang buat dialisis beberapa kali kerana mengambil produk terlarang ini.” jawabku.
“Saranan saya kepada puan, untuk bersihkan buah pinggang dan cepat sembuh dari kencing kotor puan ni, pertama terpaksa ambil ubat antibiotik untuk bunuh kuman dulu puan. Kedua silakan minum air banyak supaya kencing kerap dan ini satu cara alami untuk sihatkan buah pinggang kita. Sangat mudah dan murah untuk sihatkan buah pinggang. Kan?” jawabku.
“Ya. Betul doktor. Faham.” pesakit tadi jawab dengan nada perlahan.
Berhati-hati dengan jualan produk kesihatan yang memberi tuntutan melampau. Apatah lagi jika produk itu tidak ada kelulusan dari KKM.
Begitu juga halnya apabila anda pergi berjumpa doktor di klinik atau pergi ke farmasi, jangan terpengaruh dengan promosi dan penjualan produk suplemen mereka yang sebenarnya tidak perlu pun. Berhati-hati ya.
(Gambar adalah contoh sahaja)
Dr. Arisman, MD. “Sama-sama belajar” Ekonomi sekarang tak stabil sangat, berjimatlah. Amalkan gaya sihat InshaAllah. (Gambar adalah contoh sahaja)
Mempunyai daya tarikan mempesonakan, pelakon Daiyan Trisha kelihatan cantik dan manis dengan aura tersendiri.
Berkulit cerah dan mempunyai sepasang yang cantik, pastinya memukau sesiapa sahaja yang memandangnya. Dari rambut sampai ke kaki, memang nampak ‘segak’ dalam usia 29 tahun.
Agaknya, macam mana Daiyan menjaga kulit wajahnya sehingga nampak natural beauty, tak perlu pun nak solek tebal.
Kongsi Tentang Penjagaan Rambut
Menerusi satu temu bual EH!, Daiyan pernah berkongsi soal kecantikan. Bila disoal tentang penjagaan rambut, biasanya jika di rumah dan tidak bekerja, dia lebih senang membiarkan rambut kering sendiri. Penggunaan pengering rambut selalu sebenarnya tak bagus sebab boleh membuat rambut menjadi kering.
Dan macam biasa, alat solek yang sering ada di dalam beg tangan Daiyan ada dua item iaitu bedak kompak dan lip balm. Kedua-duanya wajib ada untuk cantik!
Cara Daiyan Trisha Bersihkan Solekan
Aktif dalam bidang lakonan, jadi wajah akan selalu dihias dengan mekap. Jadi untuk bersihkan kulit daripada solekan, biasanya dia akan menggunakan micellar water dalam dua ke tiga kali sebelum pencuci muka.
Jika solekan ada menggunakan produk yang kalis air (waterproof), Daiyan akan gunakan pencuci berasaskan minyak. Jika tidak dicuci betul-betul akan membuatkan mata tak selesa.
Tentang Jodoh
Pemilik nama sebenar Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin itu juga menyerahkan perihal jodoh atau siapa bakal imamnya nanti kepada Allah.
Daiyan juga memaklumkan, buat masa sekarang, dia mahu lebih fokus kepada kehidupan dan kariernya sendiri tanpa diganggu perkara yang tidak penting.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Lagi sekali hari ini kes jangkitan terbaru Covid-19 semakin meningkat angkanya dan hampir melepasi tujuh ribu.
Walaupun pelbagai kempen telah diberikan oleh kerajaan dalam memastikan kita dapat memutuskan rantaian jangkitan virus ini.
Dalam satu perkongsian di twitter, Dr. Rafidah Abdullah turut memberitahu kelakuan sebenar rakyat Malaysia yang tidak mengikut Standard Operation Procedure (SOP) dan apa yang patut dilakukan.
2. Makan bersama bukan dengan keluarga yang duduk serumah TIDAK memenuhi SOP penjarakan fizikal; lagi-lagi kena buka pelitup muka. Jadi, JANGAN MAKAN beramai-ramai. Apa salahnya makan seorang diri terutama semasa kerja. Melepak lagilah. Keluar makan ramai-ramai lagilah. Elakkan.
3. Pergi ke mall; keluar beramai-ramai tidak ikut SOP. Bawak anak-anak kecil lagi. Keluar bila perlu sahaja. Seorang keluar untuk beli barangan untuk makan / kehidupan asas cukup lah. Tolonglah jangan salahkan kerajaan buka mall. Mall dibuka bukan untuk anda engkar SOP.
4. TIDAK memakai pelitup muka dengan betul sepenuh masa bila keluar rumah termasuk semasa bekerja. Jangan sekali-kali bercakap dengan sesiapa yang tidak memakai pelitup muka. Menapak satu langkah keluar rumah pun kena pakai pelitup muka.
5. Jangan bersama-sama dengan orang lain di kawasan tertutup lebih daripada 15 minit walaupun kesemuanya pakai pelitup muka. Jika perlu sangat nak berada di situasi ini, pakai FACESHIELD.
Gambar sekadar hiasan.
6. Ziarah menziarah SALAH. Yang ini saya tengok merata-rata punca kes sekarang. Hanya DUDUK DIRUMAH SENDIRI. Sikap tidak apa inilah yang bermasalah. “Sekejap saja; lagi pun apa salahnya”. Kalau tidak rasa salah pada diri sendiri, rasalah bersalah kepada masyarakat Malaysia.
7. Sebagai TUAN RUMAH, JANGAN buka pintu kepada orang lain. Kalau buka, anda salah. Membawang lebih 15 min dengan jiran tepi pagar pun JANGAN; walaupun semua pakai pelitup muka.
8. Kalau anda tahu anda KONTAK RAPAT atau anda tidak menjaga SOP semasa keluar rumah, tinggal seorang diri. Lawat bilik ke bilik didalam satu rumah pun tidak boleh. Serupa juga jika anda PUS, iaitu anda ada kontak dengan seorang yang kontak rapat pesakit positif.
Kalau tidak ada bilik berasingan, jauhi keluarga dan jangan makan bersama. Tak perlu “jaga” hati orang lain. Beri mereka kesedaran, terangkan apa maksud norma baru. Anda selamat, keluarga anda selamat dan anda mungkin menyelamatkan mereka dan keluarga mereka juga.
Lepas 2 tahun bebas dah tak payah pakai pelitup muka dalam bangunan, hanya pilihan. Hampir 2 tahun sepanjang pandemik, kita diwajibkan memakai pelitup muka bagi mengelak dijangkiti virus Covid-19.
Malah pemakaian itu menjadi seperti rutin harian terutama jika berada di tempat awam atau khalayak ramai.
Dan hari ini Kementerian Kesihatan (KKM) memutuskan pemakaian pelitup muka dalam bangunan, kawasan dan ruang tertutup dijadikan sebagai pilihan berkuat kuasa serta-merta.
Mengumumkan perkara itu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata ketetapan baharu itu bagaimanapun terpulang kepada pemilik premis sama ada mahu menentukan pengunjung perlu memakainya atau sebaliknya.
Pengumuman terbaharu itu hadir selepas empat bulan kerajaan mengumumkan pemakaian pelitup muka di luar bangunan dan kawasan terbuka tidak lagi diwajibkan.
Namun begitu, menurut Khairy lagi pemakaian pelitup muka masih diwajibkan di fasiliti kesihatan dan beberapa tempat lain di negara ini.
Beliau berkata, selain itu pelitup muka wajib dipakai sekiranya positif COVID-19 atau bergejala, menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas, kereta api, teksi termasuk perkhidmatan e-hailing, kapal terbang serta bas, van pekerja dan van sekolah.