Tiada alasan untuk seseorang itu mengamalkan diet dengan tujuan untuk menurunkan berat badan. Namun ada waktu yang dicadangkan sesuai dilakukan untuk membakar lemak dalam badan.

jadi anda boleh rancang waktu mana yang sesuai untuk melakukan aktiviti senaman sepanjang seharian berpuasa.

Perkongsian Jurulatih Kecergasan ini memberitahu waktunya adalah satu jam sebelum berbuka puasa atau selepas terawih kerana mempunyai tenaga yang cukup untuk melakukan aktiviti senaman ini.

Jurulatih Kecergasan Kongsi Waktu Sesuai Buat Senaman Bakar Lemak Di Bulan Puasa

Artikel Lain: Pilih 5 Makanan Ini Untuk Bersahur. Gerenti Rasa Kenyang Sampai Waktu Berbuka!

Waktu Sesuai Buat Senaman Untuk Bakar Lemak

Ini antara waktu yang sesuai bakar lemak untuk turun berat badan di bulan puasa.

1. Waktu petang lebih kurang 1 jam sebelum berbuka. Boleh buat senaman kardio masa ni.

2. Paras glicogen rendah ketika puasa. Badan akan bakar simpanan lemak sebagai tenaga.

IKLAN

3. Waktu malam selepas berbuka. Terserah untuk buat sebelum atau sesudah Tarawih.

4. Badan cukup tenaga untuk buat senaman yang lebih berat dan mencabar ketika ini.

5. Waktu pagi sebelum bersahur. Bangun awal, solat sunat & ambil 45 minit lakukan senaman.

6. Perut lebih selesa waktu ini lepas bangun tidur. Tenaga dari iftar & moreh pun masih ada.

Jurulatih Kecergasan Kongsi Waktu Sesuai Buat Senaman Bakar Lemak Di Bulan Puasa
Gambar sekadar hiasan.

Artikel Lain: Pesakit Diabetes Lebih Mudah Dijangkiti Covid-19. KJ Pesan Amal Gaya Hidup Sihat!

IKLAN

Senaman intensiti sederhana cukup dah waktu petang. Sekitar 65% dari maksimum heart rate.

Jogging santai, jalan laju-laju kat taman, buat zumba atau kick-boxing depan ruang tamu.

Waktu malam boleh buat weight training atau yang berintensiti tinggi macam HIIT.

Dapat kekalkan jisim otot. Metabolisma jadi lebih tinggi. Mudah bakar kalori & lemak sekali.

Bersenam sebelum sahur, tenaga dari berbuka dan moreh malam tadi masih ada.

IKLAN

Boleh gabungkan sekali kardio dan weight training dalam 1 sesi. Dapat manfaat berbeza.

Masa bersahur pun mudah nak minum air dan nak makan sahur pun ada selera.

Bersenam di bulan puasa adalah pilihan. Cuti boleh, nak terus juga pun okay. Ikut diri sendiri.

Begitulah.

Mohd Shahfazreen.

Salam Ya Ramadan.

Perkongsian Video Lain:

Artikel Lain: Terbeli Makanan Basi Atau Jumpa Bendasing Di Bazar Ramadan, Boleh Report Ke Pejabat Kesihatan

Selain itu:  Buat Kita Berhalusinasi, Cirit-Birit & Muntah. Doktor Ini Beritahu Kesannya Jika Salah Pilih Cendawan!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI