Pernah tak tiba-tiba anda diserang tangan kebas. Lebih tidak menyelesakan apabila tangan terasa seperti mencucuk-cucuk. Apakah disebabkan salah makan atau perkara lain.
Jika disebabkan himpitan saraf di bahagian tangan tidak mengapa, tetapi bagaimana jika masalah ini disebabkan kerana petanda mempunyai sakit lain.
Perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad memberitahu masalah tangan kebas dan cara merawat masalah ini.
MERAWAT MASALAH TANGAN KEBAS
Tangan kebas merupakan sebuah keadaan di mana tangan kita akan berasa seolah-olah terasa seperti mencucuk-cucuk. Lokasi kebas ini boleh merebak dari jari tangan ke lengan dan bahu. Ia bergantung kepada tahap betapa seriusnya masalah yang dialami.
PUNCA TANGAN KEBAS
Selalunya masalah tangan kebas ini berlaku disebabkan himpitan pada saraf dibahagian tangan yang disebabkan posisi badan yang tidak betul. Ia akan berlaku sekejap sahaja dan kebas tersebut akan hilang selepas seseorang itu membetulkan posisinya.
Akan tetapi ada terdapat beberapa masalah yang perlu dirisaukan apabila seseorang itu mengalami masalah kebas tangan di mana ia bukan disebabkan posisi badan. Ia adalah:
1. Kencing manis
Masalah ini memang boleh mendatangkan kebas bukan sahaja pada bahagian kaki malah tangan juga boleh turut terlibat. Simptom kebas akan mula pada kaki dan perlahan-lahan naik sehingga ke tangan.
2. Angin Ahmar (Strok)
Masalah strok ini juga boleh menyebabkan tangan menjadi kebas. Hal ini kerana sebarang kecederaan yang dialami oleh otak boleh membawa kepada masalah fungsi saraf pada tangan atau pada bahagian badan sebagai kesan sampingan.
Ads
3. Kecederaan pada ‘brachial plexus’
‘Brachial plexus’ merupakan sekumpulan saraf untuk fungsi pada bahu, lengan serta tangan kita. Oleh itu, jika kumpulan saraf ini mengalami sebarang kecederaan, ianya akan membawa kepada tangan menjadi kebas.
4. Penyakit jenis ‘auto immune’
Penyakit auto- imunisasi adalah disebabkan oleh sistem imunisasi menyerang sel atau tisu organ dalaman sendiri dan menyebabkan keradangan pada sel atau tisu organ tertentu sahaja seperti saraf. Contohnya, ‘Guillain Barre Syndrome’, SLE dan ‘Rheumatoid arthritis’ yang boleh menyumbang kepada masalah tangan kebas.
5. Kekurangan Vitamin
Kekurangan vitamin B1, B6, B12 dan E sangat berkait rapat dengan perkembangan saraf. Jika kekurangan vitamin ini, ia akan menyebabkan saraf tidak dapat berfungsi dengan baik dan simptom kebas pun berlaku.
6. Minuman alkohol yang diambil secara berlebihan dan tidak terkawal
Golongan alkoholik yang berada dalam tahap yang serius selalunya akan mengadu tangan mereka kerap kebas.
7. Toksin
Toksin seperti logam berat boleh merosakkan saraf di dalam badan. Beberapa contoh logam berat adalah plumbum, arsenik, thalium dan merkuri di dalam industri pembuatan. Manakala terdapat juga logam berat seperti merkuri yang digunakan dalam pembuatan kosmetik.
Ads
Jadi, anda dinasihatkan untuk mengelakkan diri daripada menggunakan produk kosmetik timbang kilo yang kebanyakkannya mengandungi merkuri.
8. Sebarang kecederaan pada tulang belakang
Kecederaan serius pada tulang belakang bukan sahaja akan membawa kepada masalah tangan kebas, malah kaki dan bahagian lain juga turut berasa kebas dalam situasi ini disebabkan saraf tulang belakang merupakan salah satu saraf komunikasi utama.
RAWATAN
Bagi pesakit kencing manis, kawalan gula harus dilakukan untuk memastikan masalah tangan kebas dapat diselesaikan. Jika tidak ia akan bertambah teruk dan memudaratkan kesihatan.
Bagi mengurangkan rasa sakit, anda boleh melakukan urutan pada tangan untuk memperbaiki aliran darah serta mengurangkan rasa kebas. Gunakan minyak panas untuk memberikan kesan urutan yang lebih elok.
Ads
Di samping itu, pengambilan vitamin serta supplemen yang diperlukan oleh badan juga sangat membantu. Selain itu, anda juga boleh membuat senaman mudah untuk melegakan rasa kebas. Genggam tangan untuk 5 saat dan regangkan kelima-lima jari untuk beberapa saat. Ulang balik sehingga anda berasa lega.
Jika masalah kebas tangan masih berlarutan, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut.
Tak ramai yang biasakan mandi susu sebab mungkin rasa macam membazir. Tetapi anda sebenarnya cara ini cukup berkesan untuk melembap serta melembutkan kulit.
Sesuai untuk anda yang berkulit sensitif, tak perlu pun pergi spa sebab tip ini boleh dilakukan di rumah dengan menggunakan susu lembu.
Mandi Susu Buat Kulit Lembap Dan Cerah, Buat Di Rumah Pun Boleh!
Kalau baca, memang hampir kebanyakan produk penjagaan kulit mengandungi bahan SLS yang mana ini akan menghasilkan buih yang banyak sehingga menjadikan lapisan kulit anda kering.
Jadi kandungan asid laktik yang terdapat dalam susu mampu bertindak untuk membersihkan kulit dan mengangkat sel mati serta membantu untuk mencerahkan kulit dengan lebih selamat.
Kulit Mengelupas Secara Sihat
Proses pengelupasan kulit tidak semestinya menyakitkan, dengan adanya susu ini akan memudahkan proses penukaran lapisan kulit baru secara semula jadi.Haa… jadi kalau anda kerap mandi susu, kulit akan lebih lembap dan cerah.
Keanjalan kulit
Selain mengamalkan supplement atau vitamin, anda juga digalakkan untuk mandi susu kerana ini mampu mengekalkan vitamin A yang mencukupi buat kulit.
Bagi anda yang mengalami masalah kulit sensitif, jangan risau kerana susu adalah bahan selamat dah hasilnya akan membuatkan kulit anda tegang secara sihat.
Bahan-bahan mandian susu di rumah:
• 2 cawan tepung susu
• 1/2 cawan tepung jagung
• 1/2 cawan baking soda
Cara penyediaan:
Campurkan semua bahan di dalam bekas, kemudian tutup dan goncang sehingga sebati. Simpan bekas tersebut di tempat sejuk selama satu hari, sekiranya anda ingin mandi, masukkan campuran tersebut bersama air panas ke dalam tab mandian. Nikmati mandian susu anda dengan tenang dan menyegarkan.
Jadikan rutin, barulah ada hasilnya. Cukup sekali dalam sebulan pun dah okay sebenarnya. Cubalah!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rahsia nak rambut cantik ini biasanya orang kongsi jenama syampu dan perapi yang ada di kedai-kedai tetapi kali ini ada seorang lelaki yang mengamalkan air beras untuk jaga rambutnya.
Agak menarik dan mestilah boleh jimat dengan penggunaan air beras macam ini. Menerusi ciapan Hunain Kebulor petua ini sangat popular di Jepun. Anda boleh rujuk caranya seperti di bawah.
Guna Air Beras Cuci Rambut
Cara nak guna air beras ini cuci rambut dengan syampu dulu kemudian lepas bilas baru basuh rambut itu balik dengan air beras. Selepas itu urut rambut tu dalam 5 minit dan bilas balik guna air bersih.
Rendam Dulu, Jangan Terus Pakai
Owh ya, air beras ni nak buat dia kena rendamkan dalam beras dengan air selama 30 minit. Sebelum rendam basuh dulu beras tu.
Haaa… jangan keliru, basuhan pertama atau kedua ni stepnya untuk airnya.
1. Sediakan 1/2 cawan beras.
2. Kemudian, cuci hingga bersih.
3. Salin beras ke dalam mangkuk dgn tambah 2-3 cawan air.
4. Biarkan selama 30 minit.
5. Akhir sekali, tapiskan beras ke dalam mangkuk yang bersih.
Jangan guna hari hari ya anak, seminggu sekali dua sahaja dah cukup.
Selamat mencuba.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anda mempunyai kulit kombinasi, kulit kering atau kulit berminyak? Haa.. yang mana satu jenis kulit muka anda? Atau selama ini anda tak pernah kaji pun? Ke anda ini jenis yang asal pakai pencuci muka sahaja?
Bila anda dah tahu jenis kulit, barulah senang nak pilih skincare. Tetapi keadaaan dan masalah kulit kita berbeza, jadi jangan sesekali ikut orang pilih produk.
Contohnya anda bekerja di sektor yang terdedah dengan matahari dan menyebabkan kulit kering. Jadi bila pergi kerja, anda wajib pakai moisturizer dan sunblock. Barulah kulit itu lembap dan dihidrasi je sepanjang hari. Masalah jeragat pun tak ada nak timbul.
Fahami Kulit Kombinasi
Namun kali ini Rapi fokus pada anda yang mempunyai kulit kombinasi. Jom fahami dulu apa ciri-ciri anda yang memiliki kulit kombinasi.
Kombinasi kulit ini adalah gabungan keduanya sekali, kulit kering dan berminyak.
Perbezaannya adalah pada zon-T dan pipi. Zon-T ini termasuk bahagian dahi, dagu dan hidung.
Nak tahu kulit anda ini kombinasi senang sahaja iaitu:
Ciri-ciri kulit kombinasi:
Zon T berminyak (dahi, dagu dan hidung)
Pipi biasanya kelihatan kering
Okay, bila dah tahu tentang asas ini, anda yang mempunyai kulit kombinasi perlu menjada kulit wajah dengan wajibkan pakai sunscreen yang sesuai.
Menurut satu perkongsian seorang wanita yang mempunyai kulit kombinasi, Fiza Nur Razak, dia serasi dengan dua jenis sunscreen ini. Jom semak apakah pilihan sunscreen terbaik.
Kulit Kombinasi Boleh Pakai Dua Sunscreen Ini, Sesuai Penggunaan Setiap Hari
Kongsinya di laman facebook dalam satu group skincare, “Cuma nak kongsi dengan kawan-kawan, kedua sunscreen ini memang best. Saya kulit kombinasi, selalunya oily kat T-zone. Jadi memang cari sunscreen yang water based.
“Kedua-duanya pun senang absorb pada kulit, tak sticky, tiada white cast. Sesuai sangat untuk penggunaan setiap hari.
Watson Dermaction spf 50 dan ensutouch spf30. Lebihnya ensutouch sebab ada natural ingredients, enzim bromalin daripada nenas. Dan satu lagi Malaysian product tetapi bukan timbang kilo ya. Ensutouch product keluaran sirim.
Yang paling best pula, dermaction tu tengah ada sale kat kedai hijau sampai 50% ya, harga asal rm49. Sekarang jadi RM25 sahaja.
Walaupun sunscreen bukan lah harga rahmah tapi saiz agak besar, tahan lah 3-4 bulan untuk saya yang memang pakai seperti hari.
Sekian cerita sunscreen.” ceritanya lagi.
Haa… jadi kalau anda mempunyai kulit jenis kombinasi, boleh lah cari dua jenis pilihan sunscreen ini. Jangan abaikan ya sebab sunscreen ini merupakan pelindung kulit. Lebih selamat kalau pakai setiap hari walau cuma duduk rumah!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!