Ramai antara kita kini menggunakan peralatan air fryer bagi memudahkan tugas memasak.
Malah bagi mereka yang mengamakan gaya hidup sihat juga turut menggunakan peralatan ini kerana tidak menggunakan minyak ketika memasaknya.
Namun adakah benar ianya selamat digunakan untuk kesihatan kita. Pakar Kimia, Dr Fatimah Salim berkongsi mengenai keberkesaan penggunaan air fryer ini.
AIR FRYER
Ramai yang sukakan makanan yang bergoreng disebabkan teksturnya yang ranggup dan rasanya yang sedap. Umum maklum yang makanan digoreng ini tinggi kandungan lemak yang mana dikaitkan (walaupun tidak konklusif) dengan penyakit terutamanya berkaitan jantung dan keradangan.
Maka, antara inovasi yang telah dicipta bagi memenuhi keperluan yang sama namun lebih sihat (dalam konteks menggoreng bahan masakan yang sama) adalah dengan menggunakan peralatan memasak seperti air fryer.
Gambar sekadar hiasan.
Air fryer merupakan convection oven bersaiz kecil yang direka khas untuk mendapatkan kesan menggoreng tanpa perlu menenggelamkan masakan dalam minyak mengoreng yang banyak.
Bergantung kepada selera masing-masing, masakan hanya perlu direnjis atau diselaput nipis dengan minyak untuk mendapatkan kesan gorengan yang diinginkan. Dan ini dapat mengurangkan penggunaan minyak masak sehingga 70-80%.
Bagaimana air fryer berfungsi?
Air fryer mempunyai kipas yang berfungsi mengitarkan udara panas pada kelajuan yang tinggi dalam ruang memasak yang disediakan. Udara panas yang boleh mencapai suhu setinggi 250 degree Celcius (bergantung kepada model) akan membenarkan kesan gorengan berlaku pada permukaan makanan dengan cepat dan sekata.
Suhu yang tinggi mencetuskan tindakbalas Maillard pada permukaan masakan lalu memberikan warna, bau, rasa dan tekstur masakan yang ranggup di luar dan lembab di dalam. Tindakbalas Maillard berlaku pada suhu 200 degree Celcius dalam air fryer (140-165 degree Celcius dalam proses menggoreng biasa).
Bergantung kepada kuantiti masakan dan kawalan suhu, air fryer dapat mengurangkan masa memasak sehingga 20% dibandingkan penggunaan ketuhar biasa.
Ads
Selain daripada menggoreng, air fryer juga digunakan untuk memanggang dan membakar (biskut dan kek).
Terdapat pelbagai jenama, model dan jenis air fryer yang berada di pasaran. Pemilihan adalah bergantung kepada kegunaan, saiz dan kapasiti, penggunaan elektrik, rekabentuk, kualiti, jenama dan semestinya kemampuan masing-masing. Maka, boleh pilih yang mana bersesuaian dengan tujuan penggunaan anda.
Gambar sekadar hiasan.
Antara kebaikkan air fryer adalah:
– Tanpa minyak tambahan/ sangat kurang penggunaan minyak menggoreng
– Masa memasak dapat dipendekkan
– Pelbagai guna (mini oven)
– Mudah digunakan (digital vs analog)
– Mudah dibersihkan jika dibandingkan oven
Ads
– Kurang berbau masakan
– Kurang haba panas jika dibandingkan oven biasa
– Tiada percikan minyak/ terkena minyak panas
Adakah memasak dengan air fryer adalah lebih sihat jika dibandingan dengan kaedah memasak yang lain?
Bergantung kepada jenis masakan dan bahan masakan. Sememangnya memanggang dan membakar adalah lebih sihat hasil masakannya daripada menggoreng. Dan masakan daripada bahan terproses seperti sosej, nugget, daging burger dan sebagainya juga tidak sihat jika dibandingkan dengan bahan segar seperti ayam, ikan, daging dan sebagainya. Ingat, air fryer ialah peralatan memasak. Bukannya ‘magic pan’ yang boleh mengubah komposisi masakan!
Benarkah memasak dengan air fryer boleh menghasilkan bahan kimia punca kanser?
Bergantung kepada suhu dan bahan masakan. Suhu dalam air fryer yang tinggi mampu menghasilkan bahan kimia punca kanser (kasinogen) seperti acrylamide, polycyclic aromatic hydrocarbons dan heterocyclic amines.
Ads
Namun bahan-bahan kimia ini BUKAN dihasilkan dalam air fryer saja. Mereka juga terhasil daripada proses memasak dengan kaedah menggoreng, memanggang dan membakar tradisional juga. Contoh acrylamide terhasil daripada tindakbalas komponen dalam masakan yang mengandungi gula (boleh jadi gula tambahan atau semulajadi) dan asid amino (asparagine dan glutamine).
Basuh selepas digunakan.
Sebenarnya pembentukan bahan kimia punca kanser dalam masakan tidak dapat dielakkan sepenuhnya, namun ianya boleh dikurangkan dengan MENGAWAL suhu memasak dalam air fryer.
Kajian menunjukkan semakin gelap warna masakan yang dipanggang, dibakar atau digoreng, semakin tinggi kandungan bahan kimia acrylamide. Maka, pastikan masakan sebegini masak cuma cukup-cukup saja (kekuningan) dan elakkan terlebih masak. Ulasan terperinci mengenai bahan-bahan kimia ini akan saya usahakan kemudian, InsyaAllah.
Seperti yang selalu dipesan, bersederhanalah dalam apa juga jenis makanan yang kita ambil. Neutralkan kesan risiko pelbagai jenis penyakit daripada pemakanan sebegini dengan pengambilan sayuran hijau yang kaya dengan fitokimia yang mana bersifat antioksida, antiradang, antikanser dan sebagainya.
Lama tidak kelihatan pelakon, Datin Fouziah Gous di kaca Tv, agak rindu nak melihat aura jelita wanita ini yang sebelum ini aktif dalam bidang lakonan.
Fouziah atau nama penuhnya Noh Fouziah Mohd Gous, sekarang agak selektif dalam pemilihan lakonan sebab tidak mahu muncul dengan karakter sama seperti pernah dibawa sebelum ini.
Bakat Datin Fouziah Gous Selari Dengan Kecantikan Yang Dimiliki
Tidak dinafikan, penampilan Datin Fouziah Gous sering menarik perhatian peminat sejak pembabitan awalnya dalam industri seni. Bukan hanya dikurniakan rupa paras cantik bahkan dia juga dikagumi kerana bakat yang ada dalam diri.
Biarpun sudah berumah tangga dan berstatus isteri, pesona Datin Fouziah tetap memukau. Apatah lagi dia juga ibu kepada dua anak!
“Saya seorang yang sangat simple dan tak ada nak keluar duit banyak-banyak atau every month nak pergi facial dan pusat estetik. Memang jarang sangat. To be honest, sebelum kahwin saya akan pergi ke spa dan buat facial setiap bulan atau sebulan dua kali.
“Tapi sejak ada anak, saya sacrifice. Dari segi pemakanan, diet ‘ketat’ tak ada. Cuma saya kurangkan minuman yang sangat manis dan saya minum FG Walet setiap hari, amalkan pengambilan sarang burung serta exercise setiap minggu.
Kalau sebelum kahwin dulu almost everyday exercise. Saya kira penjagaan tubuh badan dari muda dulu banyak membantu kesihatan saya sekarang. Saya juga seorang yang tak suka makanan yang sangat berminyak dan kalau saya masak sendiri pun saya akan pastikan ia kurang minyak.”
Bercinta Selepas Kahwin
Menyentuh soal perkahwinan, Datin Fouziah dan suaminya memilih jalan bercinta lepas kahwin. Jadi cabaran bercinta lepas kahwin lain sedikit. Ceritanya, “apa yang saya belajar adalah kita kena fokus pada benda yang sepatutnya. Contoh, bila suami kita ada kelebihan, alhamdulillah.
“Itu adalah bonus kita tapi kalau pasangan ada kekuarangan, di situlah ‘resipi’ rumah tangga dan kita kena ‘cintakan’ kekurangan dia. Jangan kita create satu kebencian atau fokus kekurangan dia. Kalau kita terima kekurangan dia dan support dengan kelebihan yang kita ada, kita terima each other, kita tak akan rasa kurang.
Saya tak ada masalah dengan itu dan selalu fikir positif. Kena faham macam mana nak toleransi dengan suami,” kongsinya lagi.
Begitulah kemanisan rumah tangga yang dirasai oleh selebriti ini sepanjang berada dalam industri. Apa pun, doakan yang baik-baik untuk kehidupan Datin Fouziah Gous. Tetapi jika teruja nak cantik macamnya, anda boleh cuba aktif bersenam dan rajin jaga kecantikan dari awal usia.
Sebelum kejadian menimpa, pandangan jadi kabur dan mula melihat bintik hitam sebelum berlaku peristiwa yang telah mengubah keseluruhan hidupnya.
Siapa sangka sebelum kejadian di mana payudara, Abbie Reynolds, 29 tahun melecur tahap 3 selepas dia pengsan pada kuali ayam yang sedang mendidih, dia sedang berbual dengan seorang rakan serumahnya.
Ketika sedang berbual dengan Margaret William sebelum Abbie menyedari dirinya mengalami masalah untuk mengikuti perbualan berkenaan.
Akibat situasi ini dia cuba untuk baring setelah Margaret memintanya untuk duduk.
Foto: SWNS
“Perkara paling terakhir yang saya ingat adalah berjalan ke aras ruang tamu, tetapi saya berhenti dan berpaling melihat microwave yang berada di atas dapur.
“Kemudian saya pitam dan rebah pada makanan yang sedang dimasak. Ia sangat menyakitkan. Saya fikir akan mati dan tidak berdepan situasi begini menyakitkan.
“Dibandingkan dengan bersalin pun tidak rasa sesakit ini,” akibat kejadian itu, Abbie terus dikejarkan ke Hospital MedStar di Washington DC, Amerika Syarikat (AS) dan menjalani 3 pembedahan.
Bagaimanapun selepas 20 hari jalani rawata di hospital, dia dibenarkan keluar dan perlu belajar menerima kesan lecur serta kesan lain di badannya.
Foto: SWNS
Abie berkata dia tidak akan menjadi orang yang sama secara fizikal atau mental sebelum kemalangan itu. Malah perkara ini sangat sukar untuk diterima.
“Perkara pertama yang saya rasa apabila melihat luka bakar saya adalah terkejut, saya tidak perlu melihat kulit saya kelihatan seperti itu. Ia berwarna kelabu.
“Kemudian saya berada takut, saya benar-benar ketakutan. Bila saya mempunyai masa untuk memikirkakn apa yang berlaku, saya berasa takut,” kata yang mengakui tersedar setiap pembedahan merupakan salah satu bahagian paling sukar dan sangat traumatik.
Foto: SWNS
“Kecederaan akibat kemalagan itu adalah perkara yang sangat sukar untuk diterima. Anda pada dasarnya perlu meramtapi badan dan kehidupan lama anda sambil cuba menerima dan menghargai diri dan kehiduoan baru anda.
“Tapi keadaan itu membuatkan saya menjadi lebih baik kepada diri sendiri dan menghargai tubuh ini terhadap semua perkara indah yang berlaku pada diri saya,” katanya.
Tambahnya lagi, parut besår itu mebuktikan betapa banyak masa dibazirkan mengenai ketidaksempurnaan kecil yang orang lain tidak menyedarinya.