Pengambilan gula pasir yang banyak boleh menyebabkan kerosakan pada gigi. Ramai yang tidak tahu yang gula pasir juga boleh merosakkan HATI.
Gula pasir mengandungi glukos dan fruktos. Fruktos boleh ditukarkan kepada triglyceride, sementara glukos ditukarkan kepada glycogen. Begitu juga dengan lemak tepu (lemak haiwan) dan transfat menaikkan tahap triglyceride.
Triglyceride dan glycogen akan disimpan di dalam hati. Ia menyebabkan hati menjadi bengkak, radang, menjadi fibrosis dan akhirnya boleh menjadi kanser.
Ads
Ahli saintis menyamakan kerosakan yang dilakukan oleh gula putih, bukan saja menyebabkan penyakit diabetes, tetapi menyebabkan kerosakan hati. hampir sama dengan kerosakan yang dibuat oleh arak (yang mengandungi alkohol).
Kurangkan makan dan minuman manis yang ditambah dengan gula pasir. #HealthDrZubaidi www.drzubaidi.com
Ikuti perkongsian pengalaman dan pengetahuan sepanjang lebih 25 tahun menjadi doktor Pengamal Perubatan Am di Telegram berkaitan kesihatan, pemakanan dan ubat-ubatan. https://t.me/PerkongsianDrZubaidiHjAhmad
‘Dua-dua cantik, tak jemu melihat’ – macam kembar, penampilan Fazura & Tengku Permaisuri Selangor jadi perhatian. Keakraban pelakon dan juga usahawan, Fazura dengan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin memang tidak dapat dinafikan.
Hubungan rapat ini dapat dilihat apabila kedua-duanya sering hadir bersama-sama dalam majlis formal atau tidak.
Malah ketika sambutan hari lahir DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Jun lepas juga menyaksikan Fazura dijemput beramah mesra dan sebagai kejutan hari lahir Permaisuri Selangor ini.
Bukan itu saja, kedua-duanya juga turut dilihat hadir ketika majlis pratonton tayangan filem Mat Kilau yang menyaksikan suami kepada Fazura, Fattah Amin berlakon dalam salah satu watak.
Terbaru keduanya juga hadir bersama menyaksikan konsert Kumpulan Dewa 19 apabila penampilan Fazura bersama DYMM Tengku Permaisuri Norashikin adalah seperti kembar pada malam itu.
hafeez252 Cantik sungguh Tengku Permaisuri Norashikin dan Puan Fazura ..x jemu melihat mereka berdua
Ternyata hubungan baik antara Fazura dengan DYMM Tengku Permaisuri ini juga dapat dilihat apabila Fazura turut menerima pemberian istimewa Tengku Permaisuri Selangor buat anak tersayang, Fatima.
Perasan atau tidak trend orang yang menjual makanan yang berwarna-warni walaupun untuk kuih tradisional seperti roti jala.
Pastinya kita rasa teruja dan seronok untuk menikmati hidangan ini kerana warnanya yang cantik dan menarik.
Namun sebagai pengguna kita sebenarnya perlu ambil tahu beberapa perkara yang perlu difahami mengenai pewarna makanan yang terkandung di dalamnya dan bahaya untuk keluarga terutama anak-anak.
Menurut Portal MyHealth, pewarna makanan tergolong dalam salah satu jenis bahan aditif dalam makanan yang selamat dimakan dan ditambah secara sengaja ke dalam makanan dalam kuantiti yang sedikit tetapi tidak termasuk vitamin dan mineral.
Penggunaan pewarna atau bahan aditif ke dalam makanan sebenarnya telah dilakukan sejak beratus tahun dahulu untuk membantu menyedapkan, mengawet, dan mengekalkan kualiti makanan.
Antara tujuan utama menambah pewarna makanan ini adalah untuk meningkatkan kualiti makanan dan persembahan (tekstur, warna, rupa, rasa dan konsistensi).
Bayangkan kalau tak ada langsung pewarna makanan, pelbagai makanan yang dijual di pasaran akan kelihatan sama dan kurang menarik. Maka, bahan pewarna digunakan untuk menjadikan makanan lebih menarik dan merangsang selera makan.
Sesetengah makanan memang kita nampak pewarnanya dari luaran. Namun, ada keadaan tertentu di mana kita tak perasan kewujudan pewarna ini.
Selain manisan dan gula-gula, kebanyakan kanak-kanak juga terdedah kepada pewarna makanan ini melalui minuman yang kita sangka sihat seperti jus buah-buahan, susu berperisa dan minuman yogurt / probiotik.
Kajian juga mendapati penggunaan bahan pewarna semakin meningkat dalam pembuatan bijirin sarapan yang biasa kita lihat di pasaran.
Untuk mengesan pewarna dalam makanan, ibu ayah perlu membaca label. Di bawah undang-undang sedia ada, apa-apa makanan yang telah ditambah dengan aditif makanan mesti mempunyai penyataan “mengandungi (jenis aditif makanan yang berkenaan) yang dibenarkan di senarai ramuan. Contohnya “mengandungi pewarna yang dibenarkan“.
Kadang kala label juga memberikan maklumat tambahan berkaitan jenis aditif makanan secara spesifik yang telah ditambah ke dalam makanan. Contohnya “mengandungi pewarna yang dibenarkan (Ponceau 4R)”.
Ada juga label yang mengandungi maklumat tambahan di mana nombor rujukan aditif yang digunakan di peringkat antarabangsa dinyatakan pada label. Contohnya “mengandungi pengemulsi (sodium pyrofosfat(E450) sebagai kondisioner makanan yang dibenarkan”.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertanggungjawab mengawal dan meluluskan penggunaan aditif dalam makanan. Pewarna dan bahan aditif yang dijual di pasaran hanya dibenarkan dalam makanan tertentu sahaja dan kadar maksimum adalah ditetapkan seperti yang disenaraikan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
KKM akan meluluskan aditif makanan untuk kegunaan dalam makanan apabila terdapat bukti kukuh bahawa aditif makanan tersebut tidak mendatangkan kesan bahaya kepada kesihatan manusia hasil dari penggunaannya.
Jadi sebagai pengguna, kita pula perlu peka dan membaca label dengan teliti sebelum membeli sebarang produk di pasaran.
Menurut beberapa kajian, kesan pengambilan pewarna makanan yang berlebihan dikaitkan dengan hiperaktif atau ADHD di kalangan kanak-kanak.
Selain itu, terdapat beberapa dakwaan yang mengatakan bahawa pewarna tiruan ini boleh menyebabkan alahan serta punca masalah tidur di kalangan kanak-kanak.
Walaupun pewarna makanan adalah selamat dimakan, namun secara umumnya kita harus melihat dari perspektif diet yang seimbang.
Ini kerana kebanyakan pewarna makanan serta bahan aditif terdapat dalam makanan yang diproses dan snek serta manisan yang kurang bernutrisi. Contohnya kek, aising, biskut, gula-gula, minuman berkarbonat, aiskrim dan coklat.
Bagi ibu bapa yang suka menyediakan makanan sendiri, ada pelbagai bahan alternatif yang semulajadi yang boleh kita gantikan untuk membuat pewarna makanan. Antaranya:
Menurut Anis dalam artikel dalam satu portal, dia hanya mengambil gula dalam kuantiti yang terhad.
“Untuk bulan pertama sehingga bulan ketiga, saya buat cara puasa gula atau orang kata detoks gula. Gula di sini bermaksud excessive amount of gula.
Badan kita masih perlukan gula untuk tenaga. Saya just amalkan pengambilan gula dalam kuantiti yang terhad kerana badan kita memerlukan gula untuk sumber tenaga,” katanya.
Dia juga menasihatkan untuk mengelakkan gula yang berlebihan seperti di dalam air gas, air cordial dan kopi susu.
“Gula bukan je dalam minuman dan makanan manis, tapi gula ni sebenarnya wujud juga dalam sumber karbohidrat yang lain contoh macam nasi, mee, roti dan sebagainya.
“So saya just cut gula dari makanan dan minuman manis (white sugar, brown sugar etc) tapi dalam masa yang sama masih makan nasi cuma saya amalkan suku-suku separuh,” katanya.
Tambahnya lagi, dia juga elakkan makanan bergaram dan bergoreng serta merajinkan diri memasak sendiri di rumah bagi membawa bekalan ke pejabat.
“So saya memang tak turun café/kantin langsung. Lepas tiga bulan, baru saya belajar calorie deficit. Masa ni dah ambik makanan dan minuman bergula tapi dalam kuantiti yang sangat terhad. Bila makan kat luar je saya ambik, tapi bila kat rumah, saya masak sendiri.
“Untuk ganti gula, saya amalkan minum air tembikai (my fav fruit) so dari sana saya dpt sumber dari natural sugar. Makanan pun saya ganti sama ada madu (setitik dua) drpd guna gula untuk bagi ada rasa manis sikit. Depends la masakan apa,” katanya yang memberitahu memulakan aktiviti senaman larian selepas turun 10 kg.
Jadi bagi mereka yang berniat untuk turun berat badan cara sihat, boleh ikut panduan diberikan Anis.