Doktor, setiap orang mengimpikan kulit yang menawan, mulus dan bersinar. Jadi, bolehkah doktor kongsikan maksud ciri-ciri kulit yang sihat dan cantik? Adakah ia berlandaskan kepada indikator cerah semata-mata?
JAWAPAN:
Secara umumnya, kulit yang cerah menjadi satu idaman ramai orang terutamanya dalam kalangan kaum wanita. Namun, jika disebut memiliki kulit putih menunjukkan seseorang cantik dan sihat, ia hanyalah tanggapan semata-mata.
Sebenarnya, kriteria untuk melihat sama ada kulit itu sihat ataupun sebaliknya bukan sekadar cerah sahaja.
Ads
Sebaliknya, indikator lain yang dirujuk dan perlu diambil kira adalah memiliki warna kulit yang mempunyai tona sekata (konsisten), permukaan kulit yang tidak kasar dan bebas daripada jerawat serta jeragat.
Selain itu, kulit yang sempurna juga perlu memenuhi ciri elastik yang baik atau dalam erti kata lain, sentiasa anjal.
Ingat, kulit yang sihat akan mempengaruhi faktor keselesaan individu itu (tidak gatal) dan sentiasa yakin apabila berhadapan dengan orang ramai.
Ads
Secara ringkasnya, pecahan kulit boleh dikategorikan kepada lima iaitu:
Kulit yang normal
Kulit berminyak
Kulit kering
Kulit sensitif
Kulit kombinasi
Justeru, setiap individu perlu tahu jenis kulit yang dimiliki mereka agar dapat menjaganya dengan teratur, sistematik, rapi dan tertib terutamanya dalam aspek pemilihan produk-produk penjagaan wajah.
Seperkara yang ingin saya tekankan, tidak cukup tidur, mengambil makanan tinggi yang tinggi gula sebenarnya adalah salah satu punca jerawat mudah ‘membanjiri’ wajah seseorang. Jangan panik, elak picit jerawat secara drastik
BERSAMA Dr Muhammad Che Hafiz Che Baharum
Doktor Perubatan dan Estetik Klinik Regalion
Siapa kita hambanya yang boleh menidakkan kuasa Allah. Segala yang kita rancang adalah dengan kehendakNya. Begitulah juga dengan takdir yang telah tersurat.
Bagi Siti Rohayu Ibrahim, 31 tahun tidak menyangka kalau dulu suaminya Muhamad Ridhwan Mohd Zaki hanya mampu terbaring lemah dan mengalami hilang ingatan akibat kemalangan jalan raya pada 2017.
Biarpun suaminya begitu, dia sebagai isteri tetap setia dan tabah menjaga kebajikan suaminya serta anak yang masih kecil.
Malah turut mengabadikan kisah pengorbanan dalam sebuah novel bertajuk 100 Hari Catatan, Menggapai Syurga Terindah.
Menurutnya dia akan menjaga suaminya yang terlantar itu hingga ke hujung nyawa. Dan kini setelah 5 tahun peristiwa ngeri itu, suaminya kini mula beransur sihat seperti biasa.
Ternyata keajaiaban yang Allah berikan itu benar-benar memberi seribu rahmat dan kesyukuran tidak terhingga buat dirinya.
Menerusi platform TikTok, Siti Rohayu berkongsi beberapa video mengenai kesihatan suaminya yang dilihat mula menunjukkan perkembangan positif sejak akhir tahun lalu.
Koleksi video lain memaparkan Muhamad Ridhwan sudah boleh bertutur secara perlahan-lahan dengan bergurau senda bersama isterinya selepas beberapa tahun terlantar ‘membisu’ tanpa kata.
Malah dia juga sebagai isteri yang setia tidak pernah rasa jemu untuk mengembalikan ingatan suaminya.
Ternyata pengorbanan Siti Rohayu ini mendapat pujian ramai kerana dilihat tidak berputus asa dalam menjaga kebajikan suaminya yang ketika itu sakit.
Malah, rata-rata turut tumpang gembira melihat daya ingatan Muhamad Ridhwan kembali pulih serta keadaan fizikal yang sihat sekali gus bersyukur dengan kebesaran Allah SWT.
Baru-baru ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui menyebaran maklumat di media sosialnya mengesahkan terdapat 12 produk makanan yang mengandungi racun berjadual dan memaparkan maklumat palsu pada label.
Walau bagaimanapun KKM dalam masa sama sentiasa memantau produk makanan di pasaran termasuk yang disyaki diaduk dengan racun berjadual seperti sildenafil, tadalafil, dexamethasone dan juga prednisolone.
Ayuh ikuti perkongsian dan kesannya jika terambil produk dinyatakan ini.
Hasil pemantauan yang dijalankan sepanjang tahun 2019 hingga Ogos 2020, didapati sebanyak 21 produk makanan membabitkan 16 jenama daripada sejumlah 849 produk makanan yang dianalisis didapati mengandungi racun berjadual yang dilarang penambahannya dalam makanan.
Bawah Seksyen 13, Akta Makanan 1983, menyatakan orang ynag menyediakan @ menjual makanan yang ada dalam atau padanya apa-apa bahan yang beracun, merosakkan @ selainnya memudaratkan kesihatan adalah melakukan suatu kesalahan..
.. dan apabila disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda yang tidak melebihi RM 100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.
Tindakan undang-undang telah diambil ke atas pengeluar atau pengedar 4 daripada 16 jenama produk makanan yang tidak mematuhi undang-undang tersebut.
Walau bagaimanapun, hasil siasatan yang dijalankan ke atas 12 jenama produk makanan yang lain mendapati nama dan alamat syarikat adalah palsu atau tidak lengkap. Maklumat semua produk makanan tersebut adalah seperti di lampiran.
KKM memberi amaran & melarang penjualan semua produk tersebut. Semua peniaga termasuk peniaga atas talian yang masih mempunyai stok produk tersebut diarahkan menghentikan serta-merta penjualan produk tersebut & hubungi Pejabat Kesihatan Daerah terdekat untuk tujuan penyitaan.
Orang ramai yang menggunakan produk ini adalah disarankan supaya SEGERA mendapatkan nasihat serta rawatan daripada profesional kesihatan. Orang ramai diingatkan sentiasa menggunakan kebijaksanaan & berhati-hati dalam membeli produk makanan yang mungkin diaduk bahan terlarang.
KKM menegaskan supaya semua makanan dijual di negara ini perlu mematuhi Akta Makanan 1983 & peraturan di bawahnya. Adalah menjadi tanggungjawab pihak terlibat seperti pengilang, pembungkus, pengedar, ejen pemasaran & penjual untuk memastikan produk makanan yang dijual patuh.
KKM sentiasa peka & prihatin terhadap perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna. Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan, pengguna boleh hubungi Pejabat Kesihatan Daerah @ Jabatan Kesihatan Negeri @ hubungi KKM melalui laman sesawang
1. Sildenafil & Tadalafil.
Sildenafil & Tadalafil adalah sejenis ubat yang digunakan untuk merawat kegagalan fungsi erektil atau mati pucuk.
Ubat yang mengandungi Sildenafil dan Tadalafil hanya boleh dibekalkan oleh doktor atau diperoleh dari farmasi dengan preskripsi doktor.
Penggunaan Sildenafil & Tadalafil tanpa pengawasan boleh menyebabkan kesan advers serius seperti pengurangan@kehilangan penglihatan & pendengaran, tekanan darah mendadak sehingga ke peringkat merbahaya & kesan terhadap sistem kardiovaskular seperti strok/serangan jantung
2. Dexamethasone & Prednisolone.
Dexamethasone dan prednisolone adalah sejenis steroid dan digunakan untuk rawatan masalah pembengkakkan serta radang.
Penggunaan dexamethasone & prednisolone secara berpanjangan tanpa pengawasan boleh mengakibatkan kesan sampingan seriu yg bahaya seperti kelemahan otot, kerapuhan tulang, peningkatan gula dlm darah, tekanan darah tinggi, katarak, peningkatan risiko jangkitan dan sindrom cushing
Pesakit yang menghidap kencing manis adalah berisiko tinggi kerana ia boleh menyebabkan paras gula dalam darah tidak terkawal dan seterusnya boleh mengakibatkan komplikasi yang serius.
Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan, maklumat atau aduan, pengguna boleh hubungi Pejabat Kesihatan Daerah @ Jabatan Kesihatan Negeri @ hubungi KKM melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my
Selain mengambil suntikan vaksin sebagai salah satu cara menjaga kesihatan diri disebabkan pandemik Covid-19, kita juga sangat digalakkan untuk mengambil suplemen.
Bukan saja orang dewasa tetapi kanak-kanak juga antara golongan yang perlu dilindungi untuk mencegah dan mengelak terkena serangan virus ini.
Antara vitamin paling sesuai diambil adalah Vitamin C. Namun begitu, sebelum membeli Vitamin C kita sebagai ibu bapa perlu kenal pasti vitamin bagaimana perlu dipilih.
Perkongsian Doktor Wan Asmara di laman Tiktok @DrWanAsmara memberitahu cara betul pilih vitamin untuk kanak-kanak.
Menurutnya jika mahu membeli Vitamin C pertama sekali perlu pastikan no sugar atau memang betul-betul free sugar.
Jangan tertipu kerana ada kalanya pembuat vitamin akan tulis dalam perkataan lain seperti Sucrose, Multodextrin, Aspartame dan macam-macam lagi yang membawa maksud ia adalah gula.
Kandungan gula ini sangat tidak bagus diambil yang boleh menyebabkan budak jika makan menjadi lebih nakal.
Selain itu, jangan ambil Vitamin C yang ada kandungan pewarna tiruan. Walaupun ditulis di situ oren, sebenarnya bukan daripada buah oren tetapi pewarna Tartrazine atau guna kod tertentu digunakan.
Kalau ada kandungan ini sebenarnya tidak bagus ini kerana jika budak berusia bawah 12 tahun makan (yang mengandungi Tartrazine), akan jadi lebih nakal walaupun sudah makan vitamin.
Jadi sebagai ibu bapa, pastikan jika mahu membeli Vitamin C pastikan tidak ada benda ini dan juga kalau boleh jangan ada kandungan gluten.
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.