Mengalami masalah kulit wajah atau breakout memang sangat menakutkan. Malah jika mengalami masalah ini menyebabkan seseorang itu boleh hilang keyakinan untuk berhadapan dengan orang lain.
Namun bagi gadis ini, dia telah berjaya memulihkan breakout yang dialami sebelum majlis perkahwinannya beberapa tahun dulu.
Ini antara usaha yang Wanie Noordin lakukan dalam usaha memulihkan kulit wajah. Memilih untuk bertemu pakar kulit sebelum pulih sepenuhnya.
Hi semua, disebabkan ramai yang dm wanie lagi tanya macam mana muka wanie boleh okay balik. So entry kali ini wanie bagi tengok gambar time muka Wanie breakout.
1) Kat mana buat treatment?
Buat treatment dengan Doktor Meena dekat Klinik Doktor Fauzi, Alor Setar, berdepan dengan UTC Kedah.
2) Apa nama treatment dibuat? Dan kos?
Treatment itu kalau google nama dia, Chemical Peeling Treatment and kos treatment dalam RM150. Tetapi depends dengan masalah skin. Tak semua harga sama dan dapat treatment yang sama. Tapi kalau kat KL harga dia lain nah. Ni harga kat Kedah.
Ads
3) Berapa kali buat treatment?
Buat dua kali saja, which is sekali sebulan. Dan total kos untuk muka pulih dari JERAWAT, bukan parut sekitar RM300.
4) Sakit atau tidak time buat itu?
Mestilah sakit sebab Doktor Meena sapukan acid dalam 35% untuk matikan semua jerawat dekat muka. Tapi tak apa boleh tahan. Beauty is pain.
5) Berapa lama hampa ambil masa recover?
Okay, hanya ambil masa untuk muka hilang semua jerawat, itu dalam masa dua bulan ja. Sebab lepas treatment yang kedua, muka kami dah clear dari semua jerawat.
Ads
6) Pakai apa untuk bagi hilang parut?
Lepas dua bulan, muka sudah okay dari jerawat, cara nak hilangkan parut, pakai Cosmoderm Cream 3000 i.u. Mana nak dapat? Guardian ada jual.
7) Berapa lama parut hilang?
Parut jadi pudar pun dalam masa sebulan dah boleh nampak beza. Tapi make sure semua kena CONSISTEN pakai cream itu siang dan malam. Tak ada masalah.
Ads
8) Pakai skincare apa time muka tengah treatment?
Tak pakai apa-apa, memang cuci dengan air suam saja muka. Ini kerana time itu trauma lagi nak pakai apa-apa skincare sampai la try Cosmoderm.
9) Cosmoderm Cream 3000 i.u tu yang mana satu?
(Ni antara soalan popular) Kalau pergi Guardian, packaging dia colour oren. Nak lebih tepat, boleh google. @ Alor Setar
Semakin jelita walau umurnya semakin meningkat, Nasha Aziz nampak manis apabila sesekali mengenakan hijab menutup auratnya.
Terbaru pelakon dan model ini memaklumkan bakal mengerjakan ibadah umrah dan akan berada di Tanah Suci selama sebulan, penghujung tahun ini.
Nasha Aziz Bakal Menjadi Tetamu Allah
Bakal berangkat seorang diri, Nasha menyifatkan termakbulnya hasrat yang sekian lama terpendam sebagai satu hikmah di sebalik pelbagai ujian dihadapi sebelum ini.
“Ini adalah salah satu doa saya yang Allah dengar. Doa ini saya sudah panjatkan sebaik sahaja selesai menjalani penggambaran drama rantaian tahun lalu.
“Sepatutnya kos menunaikan umrah adalah baki bayaran lakonan drama yang masih belum dijelaskan. Malah, penerbit drama juga berjanji akan bantu urusan tempahan.
“Namun, tunggu punya tunggu sampai setahun, tapi tak ada juga. Atas kuasa Allah, saya tetap diundang untuk menjadi tetamu-Nya.
“Walaupun kos pemergian saya ini bukan daripada baki bayaran yang masih belum dijelaskan, tapi Allah beri rezeki lain yang membolehkan saya menunaikan impian ini.
“Insya-Allah, saya akan berangkat ke Tanah Suci pada 26 Disember ini selepas penggambaran telefilem yang dijayakan ketika ini selesai.
“Saya akan berada di Tanah Suci selama sebulan dan sudah pun mengambil visa pelancong,” katanya.
Guna Duit Jadi Anak Seni
Jelasnya, sepanjang bergiat aktif dalam bidang peragaan dan juga menjadi anak wayang, ini adalah kali pertama menggunakan wang daripada hasil titik peluhnya untuk bercuti ke luar negara.
“Sepanjang menjadi model dan anak seni, saya tidak pernah membelanjakan pendapatan yang diperoleh untuk pergi bercuti ke luar negara. Sebaliknya, saya gunakannya untuk tunaikan tanggungjawab terhadap keluarga, diri sendiri dan apa sahaja yang sepatutnya.
“Saya juga pernah berjanji dengan diri sendiri, jika saya dapat satu tawaran besar, percutian pertama saya untuk terapi diri, saya mahu ke Makkah.
Rezeki berpijak kepada Nasha Aziz kali ini, apa pun didoakan moga segala urusan dipermudahkan dan berjalan lancar sepanjang persiapan ke sana nanti.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mempunyai aura tersendiri, pempengaruh popular Cina Kelantan, Mek Yun atau nama sebenarnya Wee Yun Nee, 26, kelihatan semakin manis dan cantik dengan penampilannya terkini. Lebih slim!
Turut berkongsi, Mek Yun sebenarnya seorang yang lasak dan suka aktiviti mencabar adrenalin.
Cara Mek Yun Hilang 14kg Setahun
Menerusi portal Kosmo!, pempengaruh ini berkongsi, boleh dikatakan tiada siapapun dalam kalangan pengikutnya yang tahu dia sukakan aktiviti lasak seperti buggy jumping dan skydiving.
“Ya, memang ramai tidak tahu dan saya sendiri tidak pernah berkongsi yang saya ini jenis gadis yang sukakan aktiviti lasak,” kata pempengaruh miliki sejuta pengikut di TikTok itu yang sering muncul dengan video berbahasa Melayu loghat Kelantan.
Jelas ikon Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) ini, ada beberapa aktiviti lasak yang sehingga kini masih tidak berkesempatan untuk dicuba dan menjadi bucket list dirinya seperti buggy jumping di Macau.
Melihat perubahan dirinya yang semakin kurang berisi berbanding dahulu, Mek Yun berkata, dia gembira kerana telah berjaya menyingkirkan 14 kilogram (kg) berat badan dalam masa setahun dari November 2022 hingga November 2023 menjadikan beratnya daripada 74kg ke 60kg.
“Saya amalkan senaman secara konsisten, pemakanan seimbang dan elak makanan ringan,” katanya.
Amalkan Detoks
Anda pernah buat atau minum tak Jus Detox? Kalau belum, boleh cuba resepi ini. Senang sahaja dan sangat healthy!
Jadi kalau anda nekad nak turunkan berat badan, boleh lah ikut cara Mek Yun ini.Yang penting boleh keluarkan peluh dan kawan pemakanan yang diambil setiap hari.
Menjadi impian setiap wanita mahukan kulit wajah sentiasa cantik, sihat dan nampak glowing. Kulit yang sihat juga membantu memberikan aura dan mood positif dalam diri seseorang.
Tidak perlukan rawatan mahal, sebaliknya anda boleh merawat sendiri kulit muka dengan menggunakan bahan alami yang ada di rumah.
Menggunakan buahan segar yang memang banyak khasiat dan jadikan masker. Boleh dilakukan sebagai rutin harian atau bagi mengisi masa senggang di rumah.
Buat Masker Sendiri
1. Lemon
Campurkan dua sudu teh air perahan jus lemon dan gula kemudian digaul selama 30 saat supaya sebati. Sapu rata pada bahagian kulit wajah, leher dan pergelangan tangan.
Gosok rata dengan gerakan membulat mengikut arah lawan jam dan biarkan selama 10 minit.
Jangan terlalu lama dibiarkan di muka kerana nanti kulit boleh menjadi kering. Amalkan seminggu sekali untuk mendapatkan kulit berseri.
2. Madu
Sapu madu asli ke atas seluruh bahagian wajah. Biarkan ia kering di muka kemudian bilas wajah dengan air suam. Madu bertindak memberikan kelembapan pada kulit supaya kekal lembut dan gebu.
Lakukan petua ini sehari sekali untuk memberikan kejelitaan yang menawan semula jadi pada wajah.
3. Tomato
Masker dengan menggunakan sayur tomato ini adalah baik pada anda yang mempunyai masalah kulit berminyak. Caranya dengan menghancurkan sebiji buah tomato dan sapu pada seluruh wajah dan bahagian leher.
Biarkan selama 15 minit sehingga kering, kemudian bilas muka dengan menggunakan air suam sehingga bersih. Lakukan masker ini setiap hari untuk mengurangkan kulit muka berminyak.
4. Kunyit & Jus Nanas
Gaul satu sudu teh sebuk kunyit bersama jus nanas untuk menjadikan ia pes. Cuci muka terlebih dahulu kemudian sapu pes campuran tersebut ke atas kulit wajah dan leher. Biarkan ia kering sepenuhnya.
Cuci dengan air suam. Ulang remedi ini 2 atau 3 kali seminggu untuk menghilangkan tompok hitam dan parut pada wajah.
5. Timun
Potong timun segar dengan hirisan tebal dan gosok rata ke seluruh wajah. Pakai masker ini sebelum anda tidur dan biarkan ia semalaman dan cuci wajah dengan air suam pada waktu pagi.
Lakukan rawatan ini setiap hari untuk memiliki kulit yang mulus. Anda tidak berpuas hati dengan hasil diberikan nanti.