Mendengar ada seorang teman yang meninggal dunia disebabkan jangkitan virus Covid-19. Namun dia juga sebelum ini memang mengalami penyakit asma yang kronik.
Adakah ia saling berkaitan dan bagaimana bahaya mereka yang menghidap asma sekiranya diserang Covid-19 ini.
Perkongsian Dr Zubaidi Ahmad menerangkan penyakit asma yang memberitahu ia adalah penyakit paru-paru kronik yang membengkak dan menyempitkan saluran pernafasan.
Semasa serangan asma, pesakit mungkin mengalami ‘wheezing’ (bunyi bersiul apabila sedang bernafas), kesesakan dada, sesak nafas dan batuk.
Batuk yang sering berlaku adalah pada waktu malam atau awal pagi. Asma boleh menjadi penyakit yang mengancam nyawa jika tidak dirawat.
Walaupun tiada sebab yang khusus diketahui untuk penyakit asma, semua penghidap mempunyai persamaan yang sama iaitu keradangan saluran pernafasan yang kronik. Saluran pernafasan mereka adalah sangat sensitif kepada pelbagai sebab.
Jika terdapat faktor yang boleh menyebabkan asma berlaku, saluran pernafasan akan menjadi radang (saluran pernafasan mengandungi lendir, bengkak, dan sempit).
Seterusnya otot yang berhubung dengan saluran pernafasan ini menjadi lebih sempit daripada biasa. Ini menyebabkan pesakit sukar untuk bernafas dan boleh menyebabkan serangan asma.
FAKTOR PENCETUS ASMA
1. Jangkitan paru-paru dan saluran pernafasan seperti selesema.
2. Alahan terhadap bulu binatang, habuk, tepung, hama atau debunga.
3. Pendedahan kepada bahan bawaan udara seperti asap kimia, asap dan pencemaran udara.
Ads
4. Faktor cuaca sejuk, berangin, panas berdebu, lembap dan perubahan suhu drastik.
5. Keadaan bilik lembap, berkulat dan berhabuk.
6. Tekanan.
7. Emosi berlebihan seperti kesedihan berlarutan, terlalu marah dan ketawa.
8. Aktiviti fizikal seperti bersukan.
9. Ubat antiradang (aspirin, naproxen dan ibuprofen) dan beta blocker (biasanya diberikan kepada mereka yang mempunyai masalah jantung atau tekanan darah tinggi).
10. Makanan atau minuman termasuk makanan yang diproses, makanan siap, minuman botol jus buah-buahan, bir dan wain.
Ads
11. Alahan makanan seperti kacang.
12. Penyakit gastroesophageal reflux (GERD) atau penyakit menyebabkan asid perut kembali ke dalam esofagus sehingga merengsakan saluran gastrousus atas.
Jika seseorang menghidapi asma, dia perlu mengikuti pelan tindakan doktor sebagai langkah berjaga-jaga untuk bersedia menghadapi ancaman serangan asma.
Sesiapa yang merasakan boleh berada di dalam kesukaran untuk bernafas atau sesak nafas akut hendaklah segera mendapatkan rawatan di jabatan kecemasan.
Nasihat ini juga disarankan bagi penghidap asma yang merasakan keadaan mereka adalah lebih buruk/teruk daripada biasa atau tidak bertindak balas kepada rawatan yang biasa.
Gejala-gejala asma dan serangan boleh bertambah baik dengan rawatan. Jika asma tidak dirawat, pesakit boleh mendapat asma yang lebih teruk dari masa ke masa.
Ini boleh menyebabkan kerosakan di saluran udara yang kekal. Tujuan penjagaan asma adalah untuk mengelakkan serangan asma yang boleh memburukkan lagi keadaan pesakit.
Ads
UBATAN UNTUK PESAKIT ASMA
Terdapat dua jenis ubat-ubatan asma :
1. Ubat-ubatan pengawal – adalah untuk kawalan asma yang berterusan. Ubat-ubatan ini membantu mengurangkan keradangan ketika serangan asma. Ubat-ubat ini perlu diambil setiap hari sama ada seseorang mempunyai gejala atau tidak. Ubat pengawal termasuk kortikosteroid dihidu (jenis ubat utama) dan perencat leukotriene. Contoh ubat : Beclomethasone, Budesonide, Fluticasone.
2. Ubat Penyelamat – diambil apabila tanda-tanda serangan asma bermula dan ia boleh menghentikan serangan tersebut.Antara ubat yang digunakan termasuk beta-agonis dan anticholinergic. Contoh ubat: Salbutamol, Terbutaline, Fenoterol, Ipratropium bromide (Atrovent).
Bagi kedua-dua ubat pengawal dan ubat penyelamat di atas alat sedut adalah kaedah yang berkesan, dimana pesakit perlu mengendalikan alat sedut tersebut dengan betul supaya ubat tersebut boleh mencapai bahagian dalam paru-paru yang memerlukannya.
Adalah penting untuk mempelajari penjagaan dan penggunaan alat sedut tersebut dengan betul.
Buah-buahan sitrus bukan hanya menyegarkan malah kaya dengan khasiat untuk meningkatkan kesihatan.
Terkenal dengan kandungan vitamin, mineral dan serat diet buah sitrus juga boleh meningkatkan sistem imun tubuh dan tenaga.
Mengeluarkan khasiat tanpa mengira peringkat usia dan boleh dimakan begitu sahaja atau dibuat jus.
Limau nipis
Buah sitrus berkesan membantu menurunkan tekanan darah tinggi, serangan jantung, angin ahmar dan lain-lain. Potasium yang terdapat dalam buah sitrus menjaga keseimbangan cairan dan elektrolit tubuh agar organ penting seperti jantung, buah pinggang, saraf dan otot boleh berfungsi dengan baik.
Limau kasturi
Peningkatan usia menyebabkan berlaku penurunan kesihatan. Buah sitrus mampu membantu menyihatkan sel tubuh. Asid folat yang terkandung dalam buah sitrus menjaga kesihatan sel dan perkembangannya.
Limau gedang
Buah sitrus diketahui sebagai buah yang membantu menurunkan berat badan. Kadar metabolisma yang menurun membantu lemak berkumpul di bawah kulit. Buah sitrus yang rendah kalori dan jaya dengan serat adalah diet yang terbaik untuk mengawal berat badan.
Lemon
Vitamin C yang terdapat dalam buah sitrus berkesan untuk meningkatkan kekebalan tubuh. Mengambil buah sitrus boleh menurunkan risiko penyakit seperti demam dan selesema. Anti oksida yang terkandung dalam buah sitrus membantu menyerap kalsium penting untuk fungsi sistem kekebalan tubuh.
Oren
Kaya dengan sumber flavonoid boleh membantu merawat dan mencegah penyakit kronik seperti obesiti, penyakit jantung, diabetes dan kanser. Hesperidin, salah satu sumber flavonoid penting untuk mengawal tekanan darah, mengurangkan kolesterol dan pertumbuhan tumor.
Tahu tak ada tips kurangkan jerawat dengan cara kilat dan jimat yang anda boleh amalkan setiap malam sebelum tidur?
Best dan terpaling bahagia bila dapat jumpa cara jaga kulit wajah tanpa perlu laburkan duit. Sebenarnya perkongsian daripada Puan Marina Saringat ini pernah tular di muka buku dan ramai netizen yang sudah mencuba. Jom cuba!
Tips Kurangkan Jerawat
Kita suka pandang rendah bila tunjuk produk lama. Kadang-kadang ada banyak kebaikan daripada produk lama yang masih kita tak sedar.
Kalau sebut bedak Samfong a.k.a bedak batu atau pun bedak nyonya, memang nostalgik sungguh kan?
Yelah, ini lah bedak opah-opah kita and ibu-ibu kita. Memang lejen sangat. Kalau tengok kulit opah atau nenek kita. Awet mudakan? Gebu kan? Jelita dengan tersendiri kan?
Haaa… rahsianya bedak inilah!
Dua minggu berturut sebenarnya kulit Ari tumbuh jerawat. Memang jerawat tu biasa. Tapi ni jerawat kecil-kecil yang menggerutu.
Makin tumbuh tumbuh dan tumbuh. Aduuhh mak aiii, sakit. Asalnya sebab berpeluh dimuka, muka jadi gatal-gatal dan menyakitkan. Cari punya cari solusi, ari nekad. Terai bedak nyonya ni.
Ya, bedak nyonya ni ari pakai sebagai mask dan juga tak lupa tips sebelum ni tepung dan limau. Memang kerap dan rajin buat dua tips ni.
Alhamdulillahh, getting better. Malah, kulit jadi makin flawless.
Heyyyy, rasa nak lompat bintang tau bila skin dah sihat and paling best jerawat makin malu nak tumbuh! Okay tak nak banyak cerita. Ari nak kongsi tips mudah nih!
CARA-CARANYA:
1. 1/2 sudu kecil bedak nyonya.
2. Sedikit air suam (pastikan dalam keadaan suam sedikit).
3. Campurkan dengan bedak nyonya. Pastikan tesktur tak terlalu cair untuk disapukan pada kulit. (Bau makin harummmm tau tenang je, hilang stress).
4. Sapukan pada kulit. Pastikan muka dibersihkan terlebih dahulu.
5. Tunggu kering dalam 15 minit atau semalaman.
6. Cuci dan rasakan perbezaan!
Amalkan setiap hari kalau sibuk dan malas, 3 kali seminggu secara bergilir. Mesti kulit muka pun licin!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bertahun solat atas kerusi, sebab malu nekad turunkan berat badan. Hasilnya rakan terkejut! Sebelum ini penat dirinya berdepan dengan kecaman body shamming disebabkan masalah berat badan melampau.
Bukan itu saja paling menakutkan berat badannya naik hampir 35KG dalam tempoh 3 tahun. Malah semakin berusia beratnya makin bertambah dan ini memang sangat mengejutkan.
Menurut Nor Azeera Mazlan ketika belajar, dia juga cuba pelbagai cara untuk menurunkan berat badan tetapi hasilnya hanya sementara. Hanya turun sekitar 5KG dan kemudian terus putus asa untuk meneruskan perjuangan diet.
Tidak perlukan pengambilan produk untuk kurus, sebaliknya hanya join Grup Diet Suku-Suku Separuh dan melebihkan pengambilan eat clean.
Memulakan diet sekitar tahun 2021, daripada berat asal 137KG akhirnya berjaya mendapat berat terkini 76KG.
Walaupun perjalanan diet agak lambat tetapi lebih selamat tanpa sebarang pengambilan produk kurus. Kini dia begitu selesa menggayakan baju mengikut saiz diingini dan berpotongan longgar berbanding sebelumnya sukar mencari baju bersesuaian.
Pesannya pada yang mahu memulakan diet, usah bertangguh. Jika bertangguh berat makin naik dan lebih sukar untuk menurunkan berat badan.
Ternyata perubahan besar yang berlaku ini sangat mengejutkan teman-temannya kerana mereka tahu sebelum ini jika dia diet pasti gagal.
Dia juga sebenarnya turut berterima kasih pada mereka yang body shamming dirinya kerana dari situ jadi motivasi untuk membuktikan dia juga mampu berubah dengan memiliki berat badan diingini.