Lambakan produk kecantikan yang dijual di pasaran secara terbuka menyebabkan ramai rambang mata melihat promosi dilakukan penjual tanpa melihat adakah produk ini selamat atau tidak dibeli.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia,orang awam digesa elak daripada membeli dan menggunakan produk kosmetik Brilliant Skin Essentials Whitening Facial Cream kerana dikesan mengandungi racun berjadual.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, notifikasi produk kosmetik tersebut telah dibatalkan Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan ianya tidak lagi dibenarkan dijual di negara ini.
“Produk yang mengandungi tretinoin adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.
“Produk yang mengandungi tretinoin adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.
Ads
“Penggunaan produk yang mengandungi bahan tersebut tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan kesan-kesan sampingan yang tidak diingini seperti bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari,” katanya.
Justeru, penjual dan pengedar produk kosmetik tersebut digesa untuk menghentikan penjualan serta pengedarannya serta-merta, malah ia turut melanggari Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
Individu yang disabit bersalah boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga (3) tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama, serta denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima (5) tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan berikutnya.
Ads
Manakala syarikat yang melakukan kesalahan tersebut boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 bagi kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 bagi kesalahan seterusnya.
“Orang awam yang sedang menggunakan produk kosmetik ini dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers,” tambahnya lagi.
Ads
Orang awam digalakkan menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik melalui laman sesawang rasmi www.npra.gov.my atau melalui aplikasi NPRA Product Status yang boleh dimuat turun daripada Google Play Store.
Tak mudah nak turun kilo selepas bersalin, malah ada yang makan tahun pun berat tetap tak berganjak. Risau dibuatnya!
Jangan risau, anda boleh cuba cara yang dikongsi Puan Nurul Syazwana ini, ada dua perkara penting yang ada boleh ikut. Jemput baca perkongsian ringkasnya.
Sebenarnya saya baru sahaja berjinak eat clean. Masa saya hamil, berat saya naik 30kg.
Dari 68-98/99kg. Tak tahu lah makan apa sampai macam tu naik berat, tapi masa mengandung saya tak boleh tinggal manis. Kalau tinggal confirm macam nak pengsan.
Masa pantang turun sampai 77/78kg lepas itu naik balik habis pantang macam-macam makan. Saya czer jadi tak boleh berbengkung.
Saya mula diet 13/2/2023 smpai hari ini 5/3/2023 dah nak masuk 3 minggu alhamdulillah total lost dah nak masuk 7kg dari 89 skrg 83.35 target nak 65kg cukup sebab saya tak boleh bawah dari itu sebab 65kg pun saya dah kering. Tinggi 165cm.
Saya ibu yang menyusu, jadi risau juga nak diet takut susu tak meriah tapi bila mindset, alhamdulillah susu produce macam biasa. Cuma sehari kadang tu saya ambil juga manis macam kurma.
Dua perkara penting untuk bantu turun berat saya ialah:
AIR MANIS CUT
STOP MAKAN 8 MALAM
Doakan saya dapat capai berat impian. Sebelum raya dapat 70kg pun jadi. Rancang nak preloved baju lama tapi sekarang dah boleh sarung balik walau sendat. Harap nanti boleh pakai.
Sini saya kongsi antara makanan harian saya. Saya tak kira kalori, cuma saya jaga portion. Saya makan sama je banyak sebab sayur lain saya tak makan, cuma layan ini saja.
Perkara yang paling buat saya nekad nak kurus ialah, saya sudah tempah sesiap baju raya yang saiznya kecil. Rasa lucu tapi cara ini sangat membantu saya dapat berat ideal.
Hah, tak susah pun, yang pentng nekad dan mungkin lepas ini anda pun boleh cuba ikut cara ini.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tidak dinafikan perbuatan memicit jerawat menajdi salah satu habit yang menyeronokkan.
Malah jika ada video sebegini, kita tak lepaskan peluang melihat kerana mahu tahu apa isi disebalik jerawat berkenaan.
Menurut Pakar Dermatologi, Dr Sandra Lee atau lebih dikenali sebagai Dr Pimple Popper, menonton video sedemikian ibarat menonton filem seram atau menaiki roller coaster bagi sebahagian individu.
“Saya rasa melihat video memicit jerawat serupa dengan menonton filem seram atau menaiki roller coaster. Anda mendapat rasa sangat gembiradan teruja,” katanya seperti ditulis Live Science.
Kenyataan ini turut disokong oleh Dan Kelly, seorang profesor madya bidang falsafah di Purdue University merangkap pengarang buku, “Yuck!: The Nature and Moral Significance of Disgust” (A Bradford Book, 2013).
Bezanya, ketika menaiki roller coaster berkait dengan ketakutan, video memicit jerawat memberi ruang selamat buat para penonton untuk melibatkan emosi jijik manusia.
Jelasnya, rasa jijik wujud untuk melindungi seseorang, tambah portal yang sama.
“Terdapat dua tujuan utama rasa jijik, satu untuk melindungi kita daripada memakan perkara yang akan meracuni kita. Apa-apa yang akan mengganggu sistem usus dan perut mungkin akan membuatkan anda jijik.”
Tujuan kedua adalah untuk melindungi kita daripada jatuh sakit. Anda boleh menganggapnya sebagai sebahagian daripada sistem imun tingkah laku,” katanya seperti dipetik Live Science.
“Jika anda melihat seseorang bersin dan hingus meleleh, ia adalah jijik. Salah satu alasan kenapa ia menjijikkan ialah terdapat petanda individu itu tidak sihat dan anda tidak mahu berjangkit dengannya. Jadi, anda ingin menjauhi mereka,” jelas Kelly.
Tambahnya, lelehan badan merupakan salah satu medium penyebaran penyakit, membuatkan orang lebih berhati-hati dengan bahan tersebut.
Justeru, video-video menyingkirkan jerawat dan nanah dari badan mendapat perhatian orang ramai secara semulajadi sebagai langkah berjaga-jaga.
Oleh itu, mereka berkongsi pula video-video tersebut kepada orang ramai di dalam komuniti sebagai langkah untuk mengekspresikan perasaan jijik berkenaan, sekaligus memaklumkan ahli komuniti terhadap kemungkinan bahaya yang wujud, ujarnya lagi.
DVT Boleh Jadi Punca Kematian. Rupanya Wanita Sarat Hamil, Alami Masalah Kesihatan Sebelum Meninggal! Wanita yang sedang hamil sebenarnya terdedah dengan pelbagai kemungkinan sepanjang tempoh kehamilan.
Justeru itu, mereka ini diingatkan untuk sentiasa menjaga kesihatan dari awal kehamilan hingga waktu untuk melahirkan bagi mengelak sebarang perkara tidak diingini seperti kematian.
Dalam perkongsian Public Health Malaysia mendedah salah satu wanita hamil yang mengalami masalah Deep Vein Thrombosis (DVT) atau pembekuan darah beku di saluran darah boleh menyebabkan kematian.
DVT merupakan pembentukan darah beku di dalam saluran darah (vena) yang biasanya berlaku di bahagian betis atau peha.
DVT boleh mendatangkan bahaya dan kematian apabila darah beku pecah dan dibawa melalui saluran darah ke paru paru. Situasi ini dikenali sebagai PE (Pulmonary Embolism)
Apakah punca?
– Berusia lebih 60 tahun
– Mempunyai berat badan berlebihan
– Mempunyai urat varikos (saluran darah bengkak di kaki)
– Perjalanan yang jauh lebih daripada 3 jam dengan kapal terbang, kereta atau kereta api
– Sedang hamil atau jika anda telah melahirkan bayi dalam tempoh 6 minggu
– Mengalami dehidrasi
Dapatkan pemeriksaan dan rawatan segera jika ada gejala DVT, alami sesak nafas atau sakit dada.
Baru-baru ini viral kematian mengejut seorang wanita sarat hamil telah mendapat perhatian ramai. Dia yang hamil anak kelima telah pergi bersama bayi yang dikandungnya.
Sebelum dijemput Ilahi, arwah Aizura Zulkifli sempat menulis posting memberitahu situasi dirinya seperti mengalami simptom ‘angin tak lepas’ yang berkaitan dengan pernafasan dan penghadaman.
Nikmat bernafas, nikmat membuang air besar, nikmat kentut. Antara nikmat yang jarang kita syukuri kerana setiap hari dapat melakukannya tanpa masalah.
Bangun pagi sahaja sudah boleh menghirup udara segar. Masuk tandas boleh membuang air seperti biasa.
Sejak semasa membuka buku pink (mendaftarkan kehamilan) tempoh hari, aku sudah terbatuk-batuk kecil. Jururawat ada bertanya masa tu, tetapi aku beritahu sebab muntah lepas gosok gigi, maka tekak tidak selesa. Rupa-rupanya batuk itu bukan sekejap sahaja.
Batuk-batuk ini menyebabkan aku semakin mengah untuk bernafas hinggakan rakan sepejabat beranggapan aku berjogging.
Apabila batuk semakin teruk, apa yang dimakan semua aku muntahkan semula. Semuanya. Aku jadi tidak berselera untuk makan selepas itu. Muntahkan makanan, tidak makan, maka aku tidak membuang air besar
Beberapa hari selepas itu, Selasa 18 OKtober, aku batuk, mengah dan sakit dada sebelah kanan. Kahak pula ada sedikit darah. Aku ke klinik dan doktor berikan ubat batuk herba sahaja. Sarannya jika sakit dada keterlaluan boleh ambil paracetamol. Ubat lain memang tidak sesuai.
Hari Khamis, rasa agak baik dan ada selera makan. Jadi pada paginya makan bihun di pejabat. Tengah hari aku makan limau sejuk, selepas makan limau rasa tidak selesa pada dada kanan. Bukan rasa ketat dada tetapi sakit mencucuk. Aku agak ini angin.
Khamis malam sudah mula rasa tidak larat, beritahu suami tetapi beliau seperti berbelah bahagi untuk balik, ada urusan lagi.
Aku sudah tidak kisah kalau suami tidak balik, aku boleh telefon sahaja ambulans. Anak-anakm Yam dengan Haajar pandai-pandailah jaga diri. Aku tidak boleh berbaring, rasa sangat sakit. Tiada posisi yang selesa dan hanya boleh tidur duduk sahaja. Setiap kali tarik nafas dan batuk akan rasa sangat sakit pada dada.
Sebelum Subuh, suami sampai Johor, sekitar pukul 4.00 petang dadaku sangat sakit, nafas tercungap. Apabila tarik nafas dlam, dirasakan seperti ditikam. Aku buat keputusan untuk ambil ubat paracetamol, maka berkurangan sedikit rasa sakit. Tidak boleh tidur langsung, hanya pejamkan mata menahan sakit.
Pada Jumaat aku sekali lagi ke klinik. Oksigen turun sedikit maka doktor bagi rawatan nebulizer. Aku diberikan ubat sembelit juga kerana sudah seminggu tidak membuang air besar.
Alhamdulillah kini aku sudah boleh bernafas agak baik.Cuma kalau baring masih tidak selesa. Tarik nafas dalam pun ada rasa mencucuk dada, jadi aku bernafas pendek sahaja.
Semua aktiviti melibatkan otot dada dan perut seperti batuk, bersin, muntah, menguap, tarik nafas dalam, semuanya membuatkan aku rasa sakit. Kahak pada waktu pagi masik ada darah pekat. Agaknya aku batuk kuat sangat.
Aku tidak penah hadapi situasi seperti ini. Penyakit refluks asid (gastroesophageal reflux disease – GERD) atau apakah ini, memang tidak pernah.
Aku memang sudah berhenti minum kopi, kurangkan makanan gluten keranan rasa kembung selepas makan. Makanan tinggi histamin memang jarang ambil sepanjang kehamilan kerana aku memang ada isu berkaitan makanan itu.
Doakan aku sihat seperti biasa, gambar aku masa sakit sangat buruk. Aku masih tidak buang air besar, doakan ya. #catatanpregnantdiusia40.
Aizura dalam hantaran lain turut berkongsi degupan jantungnya laju dan rasa hendak pitam. Malah beliau berkongsi sakit pada kaki kanan dan terpaksa berjalan terhincut.
“Sakit kaki kanan dan mula kejang pada betis. Semasa memasak tempoh hari sedikit terpelecok. Urut sendiri, selepas urut esoknya rasa sakit hinggakan tidak boleh berpijak atas lantai. Doktor berikan ubat tahan sakit dan ubat surut bengkak, tetapi tidak makan
“Perasan ada biji pada tapak kaki, siang tadi memang sakit sangat. Kawan kata biji itu angin. Biji angin pada tapak kaki? Bagaimana hendak pecahkan, aduhai seksanya. Kaki kiri pun sudah mula sakit kerana berjalan tidak seimbang.
Takziah untuk keluarga arwah dan semoga dia ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Sering sakit pinggang selepas seharian bekerja? Jangan biarkan ia melarat! Ketahui 3 regangan mudah yang boleh dilakukan di mana-mana sahaja untuk melegakan kesakitan dan mengekalkan keselesaan tulang belakang anda.