Bahaya Darah Beku Wanita Lepas Bersalin. Ini Sebab Dr Amalina Keluar Berjalan-Jalan Dalam Pantang! Ramai yang tidak tahu rupanya wanita selepas bersalin berkemungkinan boleh mendapat masalah darah beku di kaki (deep venous thrombosis – DVT).
Oleh sebab itu bagi mereka yang baru lepas bersalin dan sedang berpantang sangat digalakkan melakukan senaman ringan seperti berjalan kaki bagi mengelak risiko berdepan masalah ini.
Perkongsian Dr. Amalina Che Bakri yang baru melahirkan anak pertamanya di UK memberitahu secara detail mengenai DVT ini.
Bahaya Darah Beku Wanita Lepas Bersalin
View this post on Instagram
Artikel Lain: Pilih Nama Arabella Mia. Dr Amalina Selamat Bersalin, Tak Lokek Tayang Wajah Anak Dari London!
Ini juga jadi menyebab kenapa beliau mengambil peluang berjalan-jalan kawasan sekitar selepas beberapa hari melahirkan Arabella Mia walaupun masih dalam tempoh berpantang.
𝐃𝐞𝐞𝐩 𝐯𝐞𝐧𝐨𝐮𝐬 𝐭𝐡𝐫𝐨𝐦𝐛𝐨𝐬𝐢𝐬 𝐚𝐧𝐝 𝐩𝐮𝐥𝐦𝐨𝐧𝐚𝐫𝐲 𝐞𝐦𝐛𝐨𝐥𝐢𝐬𝐦
Tahukah anda wanita mengandung dan baru bersalin ada risiko lebih tinggi utk mendapat darah beku di kaki (deep venous thrombosis – DVT) & darah beku ini boleh pergi ke paru-paru yg menyebabkan pulmonary embolism (PE).
Anda ingin tahu kenapa saya berjalan perlahan-lahan apabila mampu selepas bersalin? Kerana saya ingin mengurangkan risiko darah beku.
Apakah simptom DVT di kaki?
– Sakit, bengkak pada 1 kaki, biasanya di bahagian belakang kaki (betis)
– Sakit mungkin lebih teruk apabila anda berjalan
– Kulit merah, terutamanya di bahagian betis
Jika darah beku itu pecah ke dalam aliran darah, ia boleh menyekat saluran darah di dalam paru-paru. Ini dipanggil PE & memerlukan rawatan kecemasan.
Apakah simptom PE?
– mengalami kesukaran bernafas secara tiba-tiba
– mengalami sakit atau sesak di dada atau belakang
– batuk berdarah
View this post on Instagram
Sebab Dr Amalina Keluar Berjalan-Jalan Dalam Pantang
Anda lebih berkemungkinan mendapat DVT pada mana-mana peringkat kehamilan anda & sehingga 6 minggu selepas kelahiran berbanding org yg tidak hamil pada umur yg sama.
Risiko anda mendapat DVT semasa kehamilan adalah lebih besar jika anda:
– Anda atau ahli keluarga terdekat pernah mengalami DVT sebelum ini
– Berusia lebih 35 tahun
– Obesiti (BMI 30 atau lebih)
– Pernah mengalami jangkitan teruk atau kecederaan serius, seperti patah kaki
– Mempunyai masalah blood clots (trombofilia)
– Sedang mengandung anak kembar atau multiple babies
– Telah menjalani rawatan kesuburan
– Menjalani pembedahan caesarean
– Merokok
– Mempunyai varicose veins yang teruk
– Mengalami dehidrasi
View this post on Instagram
Mereka yang baru bersalin yg berisiko tinggi (e.g selepas Caesarean section) akan diberi injection utk elakkan darah beku & digalakkan memakai TED stockings, gerakkan toes and feet in circular motion untuk membantu pengaliran darah.
Bagaimana untuk mencegah DVT?
– Kekalkan berat badan yang sihat
– Kekal aktif – berjalan kaki
– Minum 2-3L air kosong untuk mengelakkan dehidrasi
– Jangan duduk untuk jangka masa yang lama – bangun & bergerak setiap jam
– Jangan menyilang kaki semasa anda duduk, ia boleh menyekat aliran darah
– Jangan merokok
– Jangan minum alkohol
View this post on Instagram
Artikel Lain: Tak Sampai Seminggu Bersalin, Dah Tampil Cantik & Cergas. Dr. Amalina Dedah Tip Pantang Lebih Sihat!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI