Selalunya kita membayangkan mereka yang bergelar pramugari mesti pandai menjaga kecantikan dan penampilan masing-masing.
Walaupun sudah berkahwin dan mempunyai anak, mereka ini akan memastikan bentuk badan sentiasa kekal langsing untuk terus bekerja.
Namun hakikatnya tidak semua begitu. Dek kerana proses melahirkan anak menyebabkan berat badan boleh jadi naik mendadak.
Ini yang dialami founder Go Fit With Me, dan juga bekas pramugari MAS, Fadillah Ab Rahman, 46 dan berasal dari Melaka.
Pernah mengalami kenaikan berat badan selepas melahirkan anak pertama dan kedua sehingga mencecah 80kg.
Disebabkan bimbang lagi berat akan naik bila mengandung anak ketiga, Fadillah bertindak pantas dengan mencari coach kurus online.
Namun begitu, selepas berjumpa coach yang sesuai dan berjaya turunkan 3kg,dia disahkan pula mengandung anak ketiga.
Ads
“Sebaik saya melahirkan anak ketiga, saya terus amalkan apa yang saya belajar. Dan dengan bimbingan coach ketika anak ketiga sambut hari jadi setahun, saya berjaya melenyapkan berat badan 22kg.
“Dan keadaan ini terus bertahan sehingga 9 tahun hinggalah kini. Kini berat saya maintain 55kg. Rahsia saya maintain ialah mengikut apa yang diajar oleh coach sebelum ini,” ujar Fadillah yang serik untuk mengalami kenaikan berat berlebihan kerana menyukarkan urusan harian.
“Untuk proses ini, saya melakukan amalan latihan senaman disukai tiga kali seminggu dan melakukannya secara konsisten.
Ads
“Selain itu saya juga sangat menitik beratkan pemakanan. Memilh diet eat clean yang lebih sihat dan selamat.
“Kebanyakan makanan menggunakan cara rebus dan grill saja. Apa yang pasti portion diambil adalah suku-suku separuh” tambahnya yang kemudian terpanggil untuk membuka kelas latihan Go Fit With Me bagi membantu mereka yang mengalami masalah kenaikan berat badan untuk kembali langsing.
Setakat ini sudah lebih 500 peserta program yang berjaya mendapatkan berat ideal dengan mengikut cara yang lebih sihat dan selamat.
Jika anda ada masalah bibir kering dan gelap, tak perlu pun keluarkan duit beli lip balm bagai, cukup anda sapu tiga bahan yang ada di rumah dan amalkan setiap hari sampai warna semula jadi keluar.
Nak lagi faham bagaimana cara buat, ikuti tip mudah menerusi perkongsian di TikTok Teamon Malaysia.
1. Timun
2. Gula
3. Madu
1. Potong timun secara memanjang.
2. Oleskan madu di atas permukaan timun.
3. Tabur gula di atas permukaan timun.
4. Gosok timun pada bibir dengan perlahan-lahan.
Selain itu, anda juga boleh menggunakan ubi bit merah bagi mendapatkan bibir yang lebih menarik.
Caranya mudah, anda hanya perlu menumbuk atau memarut ubi bit merah untuk mendapatkan airnya.
Kemudian, campur dua sudu pelembap Vaseline bersama air ubi bit merah.
Apabila sebati, anda boleh menyimpannya di dalam bekas dan sapu pada bibir sebanyak tiga kali sehari.
Kalau nak tip kulit glowing, anda kena tahu langkah set penjagaan wajah yang betul dan pastikan kandungan yang ada dalam setiap produk yang anda pakai.
Seperti yang dikongsi oleh Amal Abdul tentang produk yang bagus, rasanya ramai tak tahu Garnier pun banyak yang best.
Sebenarnya tak perlu pakai produk mahal-mahal pun kalau nak kulit cantik. Kalau ada ilmu kecantikan, pasti anda tahu produk Garnier pun bagus untuk kulit jadi lagi sihat dan glowing.
Ini antara yang terbaik di matanya:
Semoga membantu!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ketika hamil seseorang itu ada kalanya berdepan dengan pelbagai masalah alahan atau sakit lain yang datang menyerang.
Antaranya adalah mengalami demam dan situasi akan jadi lebih teruk jika berlaku di akhir kehamilan.
Apakah risiko bakal ibu dan bagaimana untuk mengatasi masalah ini jika diuji dengan masalah demikian.
Perkongsian Dr Zubaidi Ahmad memberitahu kesannya jika wanita hamil diserang demam di awal dan di akhir kehamilan.
Demam yang dihadapi oleh wanita yang hamil, memang merisaukan. Demam ketika hamil adalah sesuatu yang cuba dielakkan namun apabila diuji dengan gejala demam, mahu atau tidak, wanita yang hamil harus menerima dengan hati yang redha.
Demam sebenarnya tindak balas normal badan terhadap sebarang jangkitan kuman dan penyakit-penyakit lain. Ia bukanlah satu penyakit tetapi gejala yang selalunya menandakan seseorang mempunyai sesuatu penyakit.
Suhu badan normal bagi seseorang yang sihat ialah 37°C. Jika melebihi tahap ini, anda akan dikira sedang mengalami gejala demam.
Adakah demam memberikan kemudharatan pada wanita yang hamil? Setakat ini belum ada kajian yang sahih mengenai kemudharatan demam dan suhu panas terhadap bayi dalam rahem.
Cuma saya mahu menarik perhatian pada satu penulisan di dalam Journal of Paediatric and Perinatal Epidemiology, yang mengatakan bahawa secara amnya, demam yang dialami oleh wanita hamil tidak memberikan apa-apa risiko kepada anak yang dilahirkan.
Ada kajian yang menunjukkan jika seorang wanita hamil mengalami demam melebihi 39.0 darjah Celcius sekurang-kurangnya tiga kali, yang disebabkan oleh jangkitan kuman pada pundi kencing (urinary tract infection), maka terdapat kemungkinan bahawa risiko bagi bayi yang dilahirkan mudah mengalami sawan adalah tinggi. Namun kajian ini agak lemah.
Walau bagaimanapun, janganlah terlalu risau kerana demam yang rendah (kurang dari 100.4 darjah Fahrenheit) adalah selamat dan tidak perlu dirisaukan walaupun masih lagi di awal kehamilan.
Namun demam yang agak tinggi (melebihi 103 darjah Fahrenheit atau 39.5 darjah Celcius) mungkin boleh memberikan kesan mudaharat pada bayi.
Ini kerana demam yang tinggi pada awal kehamilan, akan menjejaskan proses pembentukan fizikal bayi dan bayi yang dilahirkan mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat bayi yang mengalami masalah neural tube defects seperti spina bifida terutama jika demam itu berlaku ketika pembentukan saraf tunjang yang berlaku pada hari ke 20 hingga 28 selepas telur ovum disenyawakan.
Malah ada beberapa kajian yang agak lemah menunjukkan bahawa suhu badan terlalu tinggi akibat demam boleh menyebabkan keguguran. Hal ini juga boleh berlaku pada wanita yang mandi di dalam hot tubs atau sauna ketika hamil.
Di akhir kehamilan, perkembangan fizikal bayi telah terbentuk dengan lebih sempurna, maka gejala demam yang tinggi selalunya tidak membawa mudharat kecuali demam yang disebabkan oleh jangkitan dalam rahem (intrauterine infection).
Saya mencadangkan wanita hamil yang mengalami demam agar mengambil bacaan suhu yang betul. Adalah sukar untuk mengatakan seseorang wanita mengalami demam hanya dengan meletakkan belakang tapak tangan di dahi. Oleh itu gunakanlah thermometer agar dapat mencatat bacaan dengan lebih tepat.
Minumlah air suam kosong yang banyak. Demam akan membuatkan seseorang akan merasa cepat letih dan haus akibat dehidrasi. Oleh itu harus menambah jumlah air yang diambil ketika mengalami demam.
Jika demam bersama-sama dengan loya dan muntah, bolehlah minum air secara sedikit demi sedikit menggunakan sudu.
Selain itu, wanita hamil yang mengalami demam boleh menuam dengan tuala basah. Letakkan tuala basah pada dahi dan dada, membantu haba dari badan dikeluarkan dari tubuh dan mengurangkan demam.
Berjumpa dan berbincang dengan doktor yang merawat. Adakalanya punca demam dapat dikesan dengan pemeriksaan darah dan air kencing. Untuk meredakan demam dengan cepat, doktor mungkin akan memberikan ubat paracetamol yang selamat digunakan oleh wanita hamil dengan dos yang ditetapkan.
Bersabarlah ketika menghadapi ujian demam. #HealthDrZubaidi
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.