Tidak perlukan penggunaan suplemen untuk menurunkan berat baan, sebaliknya hanya memilih produk yang senang dibawa ke sana ke mari.
Bukan produk makan atau sapuan krim sebaliknya menggunakan servis sauna untuk membakar lemak yang ada di badan.
Malah tidak mustahil jika dilakukan secara konsisten berat badan akan turun sedikit demi sedikit.
Selain itu kelebihan bersauna ini juga baik untuk kesihatan menjadikan badan lebih ringan, sihat dan segar.
Malah ia juga sesuai untuk digunakan untuk ibu berpantang dalam mengembalikan tenaga yang hilang lepas melahirkan.
Sejajar dengan musim pandmeik ini, anda tidak perlu risau pergi ke spa untuk lakukan servis sauna sebaliknya boleh gunakan jenis portable.
Sauna jenis portable ini boleh digunakan di mana-mana juga tanpa keluar rumah. Kita juga akan terasa lebih selamat bersauna di rumah tanpa gangguan orang lain.
Dan salah satu perkhidmatan sauna portable yang viral kini adalah Sumosauna mudah alih yang diusahakan oleh pasangan suami isteri Norrizah Hazirah Maulana, 32, dan Mohd Helmi Izani, 31.
Kedua-duanya yang merupakan graduan lulusan Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) pernah berdepan pelbagai dugaan sebelum berjaya seperti hari ini.
“Selepas berkahwin, saya berhenti kerja sebagai pegawai eksekutif. Sempat kerja dalam setahun lebih. Suami ketika itu pun masih belajar di UIA. Saya mula berjinak jinak dalam dunia niaga sekitar tahun 2014. Cuba nasib jadi agen jual pelbagai jenis produk.
Ads
“Awal 2016, saya beranikan diri jual pakaian kanak kanak sendiri. Percaturan berjaya kerana membuahkan hasil. Tapi sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.
“Kesibukan bekerja dan cari duit, buat saya lupa nikmat dan keberkatan mengenai peranan serta kewujudan ibu bapa. Lupa jaga perasaan mereka. Malah sampai tahap dalam tak sedar buat ibu dan bapa mentua terguris hati,” kata ibu kepada empat anak itu.
Tahun 2017 menyaksikan pasangan itu berdepan dengan ujian hebat.
“Pada satu tahap, tak ada duit di tangan. Hanya bergantung duit yang ibu bapa berikan kepada cucu mereka. Bahkan, saya dan suami pernah korek duit di setiap penjuru rumah untuk cukupkannya demi nak beli sekilo beras.
“Kereta pernah ditarik sebab enam bulan tak bayar. Bil api dan air kene potong hingga akhirnya keluar dari rumah sewa di Johor sehelai sepinggang dan tahu tahu arah tuju nak ke mana. Masa itu saya hamil anak ketiga,” katanya.
Ads
Akhirnya keluarga itu pulang ke rumah mentua di Kota Tinggi.
“Daripada situ keberkatan dan rezeki mula masuk. Saya dan suami mula sedar hidup lebih bermakna jika kita terus memuliakan ibu bapa. Doa ibu bapa sangat mukjizat.
“Dipendekkan cerita, pada November 2018 kami mula tercetus idea menjual sauna mudah alih. Suami sebelum itu juga ditawarkan kerja dengan gaji yang besar di sebuah syarikat broker. Ikutkan saya tak bekerja pun okey.
“Perkongsian saya di Facebook ketika memuat naik entri mengenai suami yang nak kurus dan guna sauna mudah alih mencuri perhatian pengikut. Bermulalah pra tempahan hingga kami mengeluarkan jenama sendiri,” katanya.
Kak Bi berkata, akhirnya suami memutuskan untuk berhenti kerja di syarikat broker sejak 27 Februari lalu dan sama sama membangunkan produk sauna berkenaan.
Ads
“Daripada 5 unit sauna mudah alih sebulan terjual, kami akhirnya pernah mencapai jualan 5000 unit. Agen juga bertambah dari lima hingga menjadi 18000 di seluruh Malaysia.
“Sebab saya tak larat uruskan seorang diri, maka di ‘paksa’ suami berhenti kerja. Kami sama sama jadi pemilik dan pengarah urusan.
“Ketika pandemik COVID-19 menyerang dunia, bagai ada hikmah… permintaan produk sauna itu meningkat berkali ganda,” katanya yang gembira kerana berjaya memiliki kereta idaman Ferari yang selama ini menjadi hiasan di gambar hiasan serta paparan di komputer peribadi selain menjadi poster di dinding.
Sauna mudah alih yang diiktiraf sebagai Asia Pacific TOP Excellence Brand 2021/2022 itu dijual pada harga RM399 seunit. Ketika ini juga kempen ‘slim sebelum raya sedang rancak berjalan dengan ganjaran menarik menanti.
Ada banyak cara diet mudah di laman media sosial tetapi kali ini satu tip yang berkesan adalah berhenti makan malam selepas jam 7.00 malam.
Haa.. bukan wanita saja yang memasang impian untuk menurunkan dan mendapat berat badan ideal, tetapi kaum lelaki juga sama.
Ini Cara Diet Mudah
Menerusi seorang pengguna Facebook bernama Mohd Shameer ini, dia ada berkongsikan tentang caranya menurunkan berat badan daripada 135kg kepada 75kg dalam masa hanya 10 bulan.
Tak berputus asa.
Hilang 60KG Dalam 10 Bulan
Dah masuk setahun dalam dunia diet. Dari 135kg – 75kg, still lagi dalam track sekarang untuk aim berat ideal 70kg. Wish me luck guys.
“if you do not move forward, you will not get results”. Goodluck juga yang tengah diet.
1. Sebelum mula diet, saya kaji dulu diet yang sesuai dengan badan saya.
2. Untuk permulaan, saya cut off gula & minyak. Apa yang boleh saya kongsikan, 2 benda ni la pemusnah diet.
3. Apa yang penting adalah jaga pemakanan dulu, jangan terus exercise, untuk biasakan diri dengan diet pemakanan yang baru. Sebab apa yang saya tau, hanya 20% saja exercise lagi 80% pemakanan.
Selepas 1 atau 2 bulan baru la saya exercise, hanya dalam rumah saja, apa yang saya buat adalah, lompat bintang, plank, squat, sit up dan push up. 30minit waktu pagi 30minit waktu petang. Itu sudah memadai.
4. Setiap pagi wajib breakfast. Kalau boleh jangan skip untuk naikkan metabolisma badan. Boleh makan dengan kerap tapi dalam kuantiti yang sikit.
Contoh makanan yang saya ambil waktu pagi, selepas bangun cari air dulu then baru breakfast salad + telur rebus + pisang.
Tengahari saya makan timun + dada ayam bakar + nasi rendah kalori. Untuk makan malam pula saya makan sebelum pukul 7, saya ambil timun dengan telur rebus 2-3 biji, putih sahaja, jangan ambil telur kuning.
Lepas pukul 7 kena stop makan. Dan yang penting air kena lebih dari 2 liter, maybe 3 liter ikut keperluan air dalam badan kita
5. Tips saya yang lain, selepas makan jangan terus minum air. Seelok-eloknya tunggu dulu dalam 30 minit. Dan jangan terus tidur selepas makan, biasakan diri untuk duduk dulu.
Yang paling penting, tolong jangan diet smpai biarkan badan lemah tanpa tenaga sebab itu akan menyebabkan metabolisma rendah & berat tak turun. Enjoy your diet, enjoy your meal.
Sebelum diet.
Saya sudah turunkan berat badan sebanyak 60kg dari 135kg ke 75kg. Pelbagai kata-kata yang kita hadap tapi kata-kata itu lah pembakar semangat sebenarnya.
Dan kita tidak boleh tutup mulut yang mengata kita, tapi dengan kejayaan dapat kurus, mulut mereka sendiri yang akan tertutup.
Gambar terkini dengan berat sekitar 60 kg.
Jadi bagi mereka yang mahu menurunkan berat badan cara sihat dan selamat, boleh ikuti panduan diberikan. Apa yang penting, seseorang itu kena disiplin dan berazam untuk jadi lebih sihat.
My #QuranTime 2.0 (MQT) yang diterbitkan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI), sebanyak 2111 episod akan mula bersiaran setiap hari bermula Rabu ini, jam 12 hingga 1 tengah hari di semua platform digital Quran Hour dan Sinar Harian dengan matlamat mempertingkatkan kualiti solat melalui bacaan Al-Quran bertajwid, memahami isi bacaan Al-Quran melalui tadabbur tahap dua, memperbaiki kualiti solat serta elemen baharu program iaitu menambah hafalan Surah melalui kaedah hafalan Al-Quran yang mudah dan praktikal dengan penggunaan metod Quran Al-Hafiz.
Terdahulu, program MQT yang telah mencipta fenomena “Baca, Faham, Amal Al-Quran” 1 jam setiap hari, bermula pada tahun 2020 telah diterbitkan dengan kerjasama TV Al-Hijrah. Kali ini, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas membuka peluang kepada semua stesen TV dalam dan luar negara untuk menayangkan MQT 2.0 agar program Al-Quran ini menjadi solusi dalam membina kerangka fikir dan karakter ummah yang berpandukan Al-Quran dan Sunnah.
“Kami sedang berunding dengan beberapa stesen TV agar program MQT yang diterbitkan oleh Yayasan WUI dengan sebahagian hasil dana daripada sumbangan Tabung Gerakan Quran oleh orang ramai dapat membawa impak besar kepada proses membumikan Al-Quran yang disasarkan pada tahun 1500 Hijrah untuk “MengQurankan Bangsa, MengIkhlaskan Ummah”.
Program MQT ini dibina atas usaha Wakaf Konten di mana sumbangan dari individu, organisasi dan orang ramai digunakan sepenuhnya untuk tujuan melahirkan pelbagai kajian dan program digital dan TV untuk ummah.
Program -program yang dilahirkan atas misi Wakaf Konten ini boleh dimasuki dengan mudah di platform digital Quran Hour agar menjadi bahan rujukan sepanjang zaman kepada orang ramai, sekolah, kelas pengajian dan organisasi.
Usaha yang bermula lebih giat pada tahun 2020 ini telah menjadi pusat khazanah Al-Quran di mana kajian dan program Al-Quran diletakkan secara atas talian untuk rujukan semua. Wakaf Konten ini telahpun dimanfaatkan oleh siaran Quran TV di negara jiran juga, seperti Indonesia.
Siaran MQT kali ini dilancarkan di semua platform digital Yayasan WUI dan Kumpulan Media Karangkraf sebagai pendekatan untuk menarik lebih ramai segmen orang muda selain golongan dewasa, penonton setia dan baru.
Insya-Allah dengan sinergi media untuk ummah di beberapa saluran TV, MQT bukan lagi ditayangkan secara eksklusif di saluran TV AlHijrah sahaja, program MQT ini akan menjadi langkah pendidikan jiwa dan karakter bagi banyak keluarga dan orang ramai melalui baca, faham, amal setiap halaman Al-Quran sebanyak 3 bahagian Al-Quran setiap hari.
Pada musim pertama sebanyak 838 episod, program ini telah mencatatkan sebanyak 85 juta tontonan di skrin, lebih 150 ribu sahabah Al-Quran di dalam dan luar negara.
Program MQT ini akan mengekalkan peneraju, Ustaz Fazrul Ismail sebagai pentadabbur dan Ustaz Ahmad Tirmizi Ali serta Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman sebagai Qari. Pentadabbur serta Qari jemputan akan mengisi di slot ulangkaji.
Program ini telah siap untuk dilancarkan selepas melalui kajian konten dengan rujukan 18 Kitab Tafsir dan Kitab Hadith Bukhari Muslim, melakukan latih tubi program di makmal ujian studio My #QuranTime Plus dalam tempoh lebih dua bulan secara intensif agar isi Al-Quran dapat disampaikan dalam bentuk yang mudah difahami para pelayar dan penonton MQT.
Ayuh saksikan My #QuranTime 2.0 Bermula 14 Disember 2022, Rabu, jam 12.00 tengah hari di semua platform media sosial rasmi ini: