Agak banyak orang kongsi petua canti guna bahan alami, kali ini pun menarik juga ya. Petua cantik ini dikongsikan oleh Cik Amy, biasanya seminggu dua kali amal pakai. Halah, buat D.I.Y mask dan skrub dekat rumah saja.
Memang berkesan dan yang penting jimat! Cara ini boleh tegangkan muka, kecutkan jerawat dengan cepat. Pudarkan kesan jerawat, lembutkan kulit, putihkan kulit dan kulit jadi tegang, glowing gitu.
Selepas scrub muka guna baking soda cuba pegang kulit muka. Serius rasa licin dan lembut.
Ceritanya dulu saya ada pakai satu produk ni. Mula-mula pakai memang kulit cantik. Tapi bila dengar ada bahan kimia, terus berenti pakai.
Bila berhenti pakai, nah… mendapat! Habis jerawat pasir naik dan kulit kusam. Sekarang takut dah nak pakai apa-apa produk. Baik buat sndiri. Sekurang-kurangnya tahu la apa bahan yang ada dalam mask dan skrub yang kita buat sendiri tu kan.
Ini Cara Nak Buat Mask Sendiri
Apa yang anda perlu:
Lemon dan madu.
Ads
Ini hari pertama sapu mask madu dengan lemon dekat muka dalam 20 minit. Lepas itu cuci bersih.
Jangan guna sudu besi ya. Sebaiknya guna sudu plastik.
Yang kedua pula, anda perlukan:
Satu sudu susu tepung
Satu sudu serbuk kunyit
Sebiji Telur Ayam (putih telur saja)
Ads
Malam kedua pakai mask ni pula dalam 20 minit. Madu pastikan yang asli.
Susu tepung pula tak kisah pakai jenama apa pun, susu bayi pun boleh.
Yang ketiga pula:
Satu sudu air
Satu sudu baking soda
Ads
Baking soda ni bancuh dia jangan cair sangat. Kalau agak-agak cair tambah lagi baking soda, buat sampai dia pekat. Dan lepas dah 20 minit pakai mask kunyit tu, cuci muka bersih.
Basahkan sikit tuala guna air suam. Lap-lap dekat muka. Selepas itu skrub muka guna baking soda ni. Akhir sekali cuci muka guna air biasa.
Dan boleh lah cuci muka guna pencuci muka yang biasa anda guna dan masa nak tidur tu guna la serum kegemaran anda. Kalau suka nak tambah-tambah lah.
Ini mask yang super best tu, tapi masa pakai mask lemon dengan madu tu lupa nak ambil gambar.
Jadi rajin-rajin lah buat seminggu 2 3 kali.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kulit wajah yang cantik merupakan kulit wajah yang sihat. Apakah ciri-ciri kulit wajah yang sihat?
Kulit wajah yang sihat dan cantik ialah kulit yang lembut dan lembap tanpa sebarang cela. Bagaimana pula dengan kulit wajah yang kering?
Mereka yang mempunyai kulit wajah yang kering pasti merasakan penampilan terganggu dengan keadaan itu.
Ini kerana mereka yang mempunyai kulit wajah yang kering akan membuat wajah lebih tua daripada usia sebenar.
Benarkah begitu? Benar kerana bila mereka yang mempunyai kulit wajah yang kering terdedah begitu lama di bawah cahaya matahari akan mudah gelap dan berkedut.
Kesan Kepada Kulit Kering
Dalam dunia kesihatan, masalah kulit kering lebih dikenali sebagai gangguan kulit manusia yang dipanggil iktiosis. Iktiosis ini adalah hilang lembapan pada lapisan epidermis yang dapat mengakibatkan kesan negatif iaitu hilang keanjalan kulit. Kesan biasa yang berlaku kepada kulit yang kering adalah seperti kulit menjadi kusam, kemerahan, lebih sensitive dan tidak tahan kepada panahan sang suria.
Punca Kulit Kering
• Faktor keturunan atau genetik.
• Kesan sampingan dari ubat-ubatan yang diambil.
• Jangkitan kulat pada kulit wajah.
• Kurang mengambil mineral yang menjadi punca kulit kering kerana hidrasi.
• Kurang mengambil nutrisi daripada sayur-sayuran dan buah-buahan yang mengandungi vitamin yang baik untuk tubuh seperti vitamin B2 da E juga mineral.
• Penggunaan produk kosmetik yang tidak sesuai dengan kulit serta menyumbang kepada kulit yang kering.
Cara Atasi Kulit Kering
Cara yang terbaik untuk merawat kulit yang kering adalah dengan memberi lembapan di bawah lapisan kulit. Berikut adalah tips untuk menyegarkan semula kulit yang kering;
1. Guna krim pelembap
Krim pelembap adalah bahan yang mudah didapati untuk merawat kulit kering. Amal tabiat menyapu krim pelembap di keseluruhan tubuh selepas mandi setiap pagi dan selepas mandi di waktu malam. Guna krim pelembap yang berfungsi untuk mengawal jumlah lembapan di bawah kulit. jika anda bekerja di dalam bilik berhawa dingin pastikan memakai krim yang berasaskan air untuk mengunci tahap kelembapan kulit.
2. Banyak minum air mineral
Sebagaimana yang diketahui air merupakan sumber kehidupan baik untuk manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Begitu juga denga kulit kita. Mengambil air mineral yang cukup dapat membantu mencegah terjadi kulit yang kering dan kusam. Minum air sekurang-kurangnya 2.5 liter sehari atau lapan gelas air sehari untuk kulit yang lembap dan lembut.
3. Makan buah yang mengandungi vitamin E
Vitamin E merupakan kandungan vitamin yang sangat baik untuk menjaga kelembapan kulit wajah. Vitamin E juga boleh membantu mengekalkan keanjalan kulit dan menegangkan semula kulit wajah. Pengambilan vitamin E yang diperoleh daripada sumber makanan seperti kacang badam dan jenis kekacang yang lain.
4. Mandi dua kali sehari
Biasakan diri membersihkan diri atau mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari. Mandi akan membantu kulit terhindar daripada masalah kulit kering dan kusam. Apabila jumlah lembapan cukup di dalam tubuh maka kulit akan menjadi lebih lembut dan segar.
5. Bersenam secara teratur
Bersenam adalah kegiatan yang banyak memberi manfaat kepada tubuh. Bersenam dapat mengeluarkan peluh dan peluh tersebut membantu sel-sel kulit mati serta kotoran yang terdapat pada kulit ikut keluar. Ini akan menjadikan tubuh lebih sihat dan segar. Selepas bersenam jangan membiarkan kulit tidak dibersihkan kerana kotoran akan ikut serta keluar.
6. Pengambilan lemak yang cukup
Tidak semua lemak tidak baik untuk kulit. mengambil lemak yang cukup sangat penting terutama lemak omega. Selain membantu menjaga kesihatan jantung dan otak lemak omega juga mempunyai sifat anti radang yang dapat membantu menjaga lembapan kulit. Lemak omega boleh diperolehi daripada kekacang, ikan salmon, buah kelapa dan avocado.
Telah terbukti bahawa senaman jump rope atau skipping ini mampu untuk membantu menurunkan berat badan dengan lebih cepat.
Namun ada juga antara kita takut-takut untuk mencuba kerana membayangkan pergerakan senaman kardio yang membahayakan.
Jump rope pun sebenarnya bukanlah satu perkara baru dalam hidup kita. Rasanya sejak zaman sekolah dulu sudah diajar lakukan senaman ini waktu pendidikan jasmani.
Namun kini telah berevolusi menjadi bentuk senaman yang bukan hanya sekadar ‘lompat tali’ semata. Malah skilnya telah berkembang dengan pesat dengan kadar kesukaran berbeza-beza.
Apa yang pasti senaman menggunakan tali seperti jump rope ini telah terbukti mampu membakar lemak dengan efisien, membantu meningkatkan stamina serta daya tumpuan.
Tapi ada beberapa jenis kesilapan dalam melakukan senaman jump rope yang biasa orang lakukan dan cara untuk atasinya.
1. TALI TERLALU RINGAN
Antara kesilapan yang rsmai beginner lakukan ialah memilih tali atau jump rope yang sangat ringan. Kebiasaannya jump rope yang ringan ini diperbuat daripada material PVC yang terdapat di pasaran biasa dan dijual pada harga sangat murah.
Menggunakan tali yang ringan menyebabkan ia sukar dikawal dan digunakan untuk belajar melakukan lompatan dengan betul. Ia juga tidak memberikan sensasi yang baik lalu menyebabkan anda tidak pasti kedudukan tali ketika melompat.
Jadi pilihlah jump rope yang mempunyai berat sesuai untuk anda. Jump rope yang lebih berat boleh memberikan sensasi serta feedback untuk lebih mudah anda pelajarinya.
2. PERGERAKAN TANGAN KETERLALUAN
Pergerakan tangan dalam melakukan aktiviti jump rope adalah sangat penting. Dan salah satu kesilapan biasa yang ramai orang lakukan termasuklah yang berpengalaman ialah pergerakan tangan yang keterlaluan.
Di kalangan beginner anda boleh saksikan bagaimana mereka lebih banyak menggunakan siku dan bahu. Ini bukan sahaja tidak efisien malah boleh menyebabkan lebih cepat rasa penat.
Untuk elak perkara ini berlaku anda boleh cuba melakukan lompagan di hadapan cemrin. Lihat bagaimana pergerakan tangan anda. Lompatan yang baik ialah menggunakan lebih banyak pergelangan tangan dan kurangkan pergerakan tangan dan bahu.
Paling penting elak daripada menggerakan siku sehingga berpusing-pusing. Ia boleh menyebabkan kecederaan yang serius!
3. MELOMPAT LEBIH TINGGI
Kadang-kadang mungkin anda berasa teruja melakukan aktiviti jump rope. Sebab itulah anda mungkin meompat lebih tinggi. Atau mungkin juga risau melakukan kesilapan dan risau tali tersangkut di kaki, lalu anda pun melompatlah lebih tinggi.
Untuk lompatan asas cuba lakukan lompatan pada ketinggian 1 atau 2 inci dari permukaan tanah. Lutut anda juga tidak perlu dibengkokkan terlalu banyak. Cuba rapatkan dan luruskan kaki sebaik mungkin. Jika mula selesa dapatkan ritma anda tersendiri dan terus lakukannya.
Pempengaruh terkenal, Dahlia Rizal mendedahkan cara jaga wajah untuk jadikan kulit kelihatan glowing dan sihat sewaktu majlis pernikahannya sebelum ini.
Sempat Dahlia berpesan, buat pasangan yang bakal melangsungkan perkahwin, penjagaan mental dan fizikal harus dititikberatkan.
Cara Dahlia Rizal Jaga Wajah
“Dari segi fizikal, saya buat sesi rawatan muka dua kali seminggu sebelum nikah. Makan pada waktu siang sahaja. Malam puasa. Hari-hari lembabkan kulit dan banyak minum air.
“Dari segi mental pula, tak tipu, masih tak berapa okay masa nikah tapi saya kena jadi kuat. Tak dilupakan juga, saya banyak istigfar,” tulisnya.
Buat Rawatan Laser Bawah Mata
Perkongsian itu merupakan respon Dahlia terhadap pertanyaan seorang pengikutnya di aplikasi X.
Pada masa sama, Dahlia juga memaklumkan dirinya ada melakukan rawatan laser di bahagian bawah matanya.
“Saya tak pernah bagitahu sebelum ini tapi tak mengapalah sebab ramai yang tanya. Saya buat pico laser di bawah mata. RM2,000 tak silap untuk empat sesi,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Dahlia dan suaminya yang juga merupakan pelakon dan penyampai radio, Imran Aqil telah selamat bergelar suami isteri dengan hanya sekali lafaz.