
Isi Kandungan
ToggleRamai yang nak kulit cerah tetapi tak tahu produk apa yang patut pakai dan agak sukar cari yang serasi dengan wajah.
Jadi pilihan terbaik, anda boleh cuba tip cantik yang dikongsikan oleh Puan Iryani Zaki ini. Katanya berkesan dan kulit jadi cerah.
Kulit Cerah Tanpa Modal, Gosok 3 Minit Je Tapi Hasilnya Cantik!
Sebenarnya dah lama Puan Yani tahu petua ni. Dari nenek lagi, tetapi nak bercantik bagai tu tak sempat.
Namun bila tengok tangan dengan muka kusam yang amat, rasanya kena cuba petua ni. Guna bahan mudah di dapur saja.
Bahan-bahannya:
1 mangkuk kecil beras
1 sudu kecil garam himalaya
1 sudu besar gula perang
3 sudu air perahan lemon
Cara- cara:
1. Goreng beras bersama garam dan gula sehingga keperangan.
2. Perah air lemon dan satukan bersama beras yang digoreng.
3. Blender sehingga lumat. Letakkan sedikit air jika terlalu pekat.
4. Sental kat tangan atau muka dan gosok selama 3 minit. Biarkan sejam baru bilas dengan air bersih.
Dah siap. Serius kulit makin ce-rah dan lembut. Seminggu buat 3kali sahaja. Mudah nak cerah berseri tanpa modal.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Petua Jaga Jantung Kekal Sihat, Caranya Amalkan Minum Jus Campuran Tomato & Susu

Kematian mendiang bekas pemain bola sepak kebangsaan Serbegeth Singh baru-baru ini memang sangat mengejutkan ramai.
Beliau yang sedang menaiki basikat dikatakan terjatuh sebelum disahkan meninggal dunia akibat serangan sakit jantung.
Sudah banyak sebenarnya kes membabitkan mereka yang sihat diserang penyakit jantung yang merupakan penyakit nombor satu paling ditakuti dalam negara kita.
Pelbagai cara dilakukan untuk menjaga jantung supaya kekal sihat. Antaranya adalah dengan mengamalkan aktiviti berjalan atau briskwalk dan juga menjaga pemakanan.
Ada juga petua tradisional daripada bahan dapur yang boleh dibuat untuk menjaga jantung kita.
Perkongsian Suzy Honey ini memberitahu cara terbaik menyediakan minuman sesai diminum.
Sesiapa yang rasa jantung sudah nak tersumbat atau hendak jaga jantung rajin-rajinlah minum jus Tomato ya.
Tomato bukan sahaja bagus untuk kulit sahaja tetapi sebenarnya bagus untuk kesihatan jantung.
Ianya di buktikan dengan kajian dan juga dengan “Doctrine of Signatures” iaitu bahagian dalam pada bentuk buah atau pokok menggambarkan sesuatu organ pada tubuh badan manusia.
Kebanyakan cara orang lama dahulu mengenal pasti khasiat kegunaan jenis buah atau pokok dari tanda-tanda itu.
Ya lah, pada zaman dahulu bukannya kajian-kajian secara saintifik.
Tomato mengandungi komponen seperti lycopene, fenolik, flavonoid, vitamin C, dan vitamin E yang berfungsi sebagai agen antioksida juga antikanser.
Saya tidak suka makan buah tomato begitu sahaja jadi saya lebih suka tomato dibuat jus. Mudah untuk saya minum.

Caranya mudah sahaja. Carilah tomato yang baik keadaannya dan pastikan rendam dengan air garam sekejap untuk buang racun- racun buah yang pasti di semburkan oleh penanamnya. Kecuali tomato yang di tanam sendiri.
Di ambil tomato 2biji dan saya campurkan blend dengan 1 ke 2 gelas susu segar rendah lemak ( low fat) dan kali ini saya memilih susu lebih protein untuk tulang sekali. Blenderkan semua lepas itu terus diminum . Jangan dibiarkan lama.
Sudah pasti minuman yang kita buat sendiri selamat dan seusia juga jika mahu diberikan kepada anak- anak seisi keluarga.

Sesekali apa salahnya paksa mereka minum untuk jaga kesihatan.
SuzyHoney
Jaga kesihatan itukan satu ibadah

Artikel Berkaitan:
Elok Pakai Bila Usia Masuk 30-an. Doktor Kongsi Cara Pilih Produk Kolagen Di Farmasi!
Baju & Mekap Serba Pink. Penampilan DS Siti Nurhaliza Persis Barbie Doll Di Majlis Hari Lahir Ke 43!
‘Minuman Potong Kaki’ Penyebab Utama Penyakit Kencing Manis. KKM Dedah Minuman Elak Diambil!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Gandingan 3 Saka & 13 ZIN Gegar Pentas Mega Zumba Event Beach Party. Himpun 300 Peserta Anjuran #RapiWerkit & Uni3Fit!

Isi Kandungan
ToggleGandingan 3 Saka & 13 ZIN Gegar Pentas Mega Zumba Event Beach Party. Himpun 300 Peserta Anjuran #RapiWerkit & Uni3Fit! Meneruskan kecemerlangan membawakan aktiviti zumba, kali ini #RapiWerkit anjuran Majalah Rapi berjaya menghimpunkan hampir 300 peserta dalam Mega Zumba Event yang berlangsung di Dewan Ababil, TUDM Subang.
Persiapan yang dirancang lebih sebulan akhirnya berjaya dilaksanakan dengan kerjasama rakan partner, Uni3Fit Studio membawakan kolaborasi 3 Saka dengan bertemakan Beach Party menampilkan Zin Aliez Jazam, Set Ramizah dan ZIN Shah Bariah.
Gandingan 3 Saka & 13 ZIN Gegar Pentas

Artikel Lain: Zumba Fitness Dance Rapi Werk It. Lupakan Exercise, Jom Zumba!
Bukan itu sahaja, turut tampil dalam zumba kali ini adalah 13 Zin yang semuanya hadir dengan semangat, energi, fit dan bertenaga membawa lebih 20 lagu tanpa henti selama hampir 2 jam.
Dengan pelbagai genre muzik rancak, peserta yang hadir rata-rata kelihatan enjoy dan gembira mengikut rentak lagi dimainkan sepanjang acara berlangsing.

Acara yang bermula jam 3 petang di dewan tertutup ini dengan permulaan persembahan gimmik dari Uni3fit, sebelum semua ZIN mengambil tempat masing-masing mengikut giliran persembahan sehingga majlis berakhir sekitar jam 5.30 petang.
Tidak terpancar rasa letih, sebaliknya masing-masing menunjukkan kebolehan berzumba mengikut tarian zumba dibawakan ZIN masing-masing.



Rata-rata peserta sangat berpuas hati dengan perjalanan acara dan berharap akan dapat menyertai lagi majlis sebegini pada masa akan datang.
Artikel Lain: #RapiWerkit Terus Anjur Aktiviti Sihat Dengan Tabata Madness, Babitkan 30 Peserta!
Sebelum itu, peserta datang lebih awal dan mendaftar untuk mengambil goodies bag yang disumbangkan oleh rakan penaja.


Himpun 300 Peserta Anjuran #RapiWerkit & Uni3Fit
Jangan tak tahu ada juga antara peserta yang datang menaiki bas daripada Pahang turut berpeluang dan mereka turut meninjau beberapa booth penaja yang mengambil bahagian seperti, Kitsui, Nestle Omega Plus, Bubble Gum Wax, Eatsymy dan beberapa booth lagi.
Juga tidak ketinggalan peserta turut merakamkan kenangan di photo booth dihiasi belon hasil kreativiti penaja Aura Bunga yang sangat cantik sekali.
Sekali lagi, terima kasih diucapkan kepada semua rakan penaja yang turut mengambil bahagian memeriahkan majlis seperti @uni3fit @eatsymy @ideaktiv @majalahrapi @kbsmalaysia @bubblegumwax_ @nestleomega @bliese_hq @vidamalaysia @dilmahteamalaysia @aura_bunga_ @kitsuimalaysia @libresse_my @wirdoraofficial @raqtive @demicabeautyhq @kayrahealthbeauty @pokka_my @yogoodmalaysia



Artikel Lain: 50 Peserta Join #RapiWerkit, Layan Zumba Aerodance Tiktok Party Tanpa Henti Satu Jam Setengah
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Panduan Pilih ‘Wheelchair’ Yang Betul Ikut Jenis Sakit, Supaya Tak Tersalah Beli

Isi Kandungan
ToggleBagi mereka yang sudah dibenarkan keluar selepas melakukan prosedur di hospital terutama pembedahan pasti badan akan berasa sedikit lemah dan tidak bertenaga.
Kedaaan ini adalah disebabkan kesan bius atau prosedur yang dilakukan. Justeru selepas keluar hopital kita perlu berehat di rumah dalam memastikan badan kembali sihat dan cergas.
Ada juga pesakit yang perlu berehat lama di rumah dan menggunakan kerusi roda atau wheelchair untuk memudahkan pergerakan di sekeliling rumah atau ke tandas.
Artikel Lain: Terus Cut Sugar & Buat Diet ‘Eat Clean’ – Rahsia Pantas Gadis Ini Kembali Langsing
Jadi wheelchair yang mana sesuai untuk dibeli jika masih belum ada kemudahan ni di rumah. Bimbang tersalah beli akan menyebabkan pembaziran. Maklum saja harganya ada boleh cecah ribuan ringgit.
Perkongsian di laman twitter @MedTweetMyOfficial memberitahu panduan memilih wheelchair yang sesuai digunakan untuk pesakit di rumah.
Kena ukur dulu sebelum beli untuk memudahkan pesakit
Saiz ikut kelebaran tempat duduk, pilih yang ergonomik
Ini sebabnya kenapa pilih yang ergonomik
Artikel Lain: Rancang Makan Apa Untuk Sahur. Antara Tip Kawal & Turunkan Berat Badan Waktu Berpuasa!
Antara jenis-jenis wheelchair di pasaran
Jenis yang ini pula sesuai untuk pesakit lumpuh
Pastikan beli yang ada brek untuk keselamatan pesakit
Artikel Lain: Tip Diet Berkesan Sebulan Je Berjaya Tampil Langsing Di Majlis Kahwin
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI