Kemeriahan cukup dirasai hampir 30 peserta yang menyertai Rapi Werk It, Zumba Fitness Dance anjuran portal kecantikan dan kesihatan RAPI pada Sabtu lalu bertempat di Uni3Fit Studio, TTDI Shah Alam.
Setelah sekian lama tidak mengeluarkan peluh akibat pelbagai halangan, masing-masing enjoy melakukan tarian zumba dengan diketuai oleh tiga jurulatih yang cukup fit iaitu Zin Aliez, Zin Riena dan Zin Ema diiringi lagu-lagu rancak.
Selama satu jam Zumba Fitness Dance diadakan, walau ada yang baru mencuba aktiviti zumba ini namun ianya sangat menyeronokkan serta menceriakan.
Ads
Zin Aliez, Zin Riena dan Zin Ema dari Uni3Fit Studio amat bertenagaMasing-masing seronok menyertai zumba dance pada Sabtu laluWalau sudah lama tidak aktif bersenam, kesemua peserta cukup sporting mengikut rentak dari zin
Ads
Bermula tepat jam 9 pagi, dengan permulaan lagu-lagu rancak sebagai pembukaan tarian Zumba, peserta begitu bersemangat mengikut rentak senaman dengan bantuan tiga zin cukup berpengalaman serta amat fit kerana mampu berzumba tanpa henti selama satu jam.
Ads
Rapi Werk It ini merupakan jelajah kali pertama anjuran portal kesihatan dan kecantikan RAPI dan ada lagi 5 siri jelajah yang bakal diadakan di beberapa lokasi pilihan. Dengan hanya bayaran RM20 untuk aktiviti menyeronokkan ini, peserta dapat membawa pulang hadiah bernilai RM180 tajaan Yatt Beauty (perfect Glow), Misterious (Scented Sanitizer), Sakani Beauty (lipscrub), Faery Beauty (liptint) dan Dermeden (Anti Aging Expert) serta tajaan penginapan hotel dari Hotel Dr Art Shah Alam.
Maintain ceria dan masing-masing cukup enjoy dance zumba sabtu lalu bertempat di Uni3Fit TTDI Shah AlamEditor pengurusan Rosiati Elias bersama barisan iaitu Zin Aliez, Zin Riena dan Zin Ema serta rakan-rakan zumba lain
Untuk next siri jelajah, jangan lupa untuk follow portal RAPI di rapi.com.my. Untuk semua aktiviti boleh follow IG Rapi.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Walaupun berdepan larangan PKP namun tidak membataskan untuk kita bersenam.
Senaman ringan ini boleh lakukan dirumah untuk menjaga kesihatan selain dapat membakar lemak yang terkumpul.
Antara lain kebaikan senaman juga dapat membentu otot sekiranya melakukan gerakan yang betul.
Ini antara señaman yang dicadangkan boleh membentuk otot boleh dilakukan secara konsisten. Barulah kita terus bertenaga sepanjang untuk lakukan kerja dari rumah.
Tekan tubi adalah senaman paling sesuai untuk membantu membentuk otot lengan dan bahu. Caranya sangat mudah dan boleh dilakukan baik lelaki atau perempuan.
Bagi mendapatkan kesan lebih baik, lakukan tekan tubi secara berulang mengikut kemampuan dan tingkatkan jumlahnya setiap hari.
Squats atau mencangkung dapat membentuk otot pada punggung, lutut dan paha. Gerakan itu mudah kerana ia tidak memerlukan bantuan alatan lain untuk melakukannya.
Tetapi bagi mendapat kesan yang ketara – punggung perlu dalam posisi tegak selari dengan paha sebelum naikkan tubuh ke atas dan turun mencangkung.
Untuk permulaan, anda dinasihatkan melakukan senaman ini secara perlahan-lahan agar tiada sebarang kecederaan yang berlaku.
Senaman ini lebih kurang sama dengan push up tetapi ia lebih kepada menguatkan otot lengan, bahu serta punggung.
Sama seperti senaman lain, gerakan ini perlu dilakukan secara berulang bagi mendapatkan kesan ketara.
Gerakan lunges boleh menguatkan tulang punggung dan kaki selain ia mampu memperbaiki keseimbangan.
Gerakannya juga sangat mudah – Anda hanya perlu berdiri tegak dan membuka kaki seperti ingin melangkah. Condongkan tubuh sehingga keadaan lutut berada dalam posisi 90 darjah.
Senaman ini dapat menguatkan otot dada, bahu dan trisep. Caranya anda perlu mengangkat bebanan mengikut kemampuan.
Lakukan dengan berhati-hati bagi mengelakkan sebarang kecederaan. Gabungan kesemua lima gerakan ini dapat memberikan kesan maksimum dalam usaha menambah berat badan dan membina otot.
Sama ada anda seorang wanita kerjaya yang duduk berjam-jam di depan komputer, atau ibu yang sentiasa sibuk menguruskan anak-anak, sakit pinggang sering kali menjadi “teman setia” yang tidak diundang. Kita selalu nampak cergas dan bertenaga, tapi hakikatnya ramai yang diam-diam bergelut dengan rasa sengal di bahagian belakang.
Jika dibiarkan, sakit pinggang bukan sahaja mengganggu tumpuan kerja, malah boleh menjejaskan kualiti tidur dan emosi kita. Jom kita fahami kenapa ini berlaku dan bagaimana cara mengatasinya tanpa perlu bergantung pada ubat semata-mata.
Wanita moden sering terperangkap dalam gaya hidup yang kurang aktif secara fizikal atau melakukan pergerakan berulang yang salah. Antara punca utamanya:
Postur Duduk Yang Salah: Duduk terlalu lama tanpa sokongan belakang yang baik.
Teknik Mengangkat Barang: Mengangkat anak atau barang dapur dengan membongkokkan badan, bukannya mencangkung.
Kasut Tumit Tinggi: Pemakaian yang terlalu lama memberi tekanan pada tulang belakang.
Berita baiknya, anda tidak perlu ke gim untuk melegakan kesakitan ini. Cukup dengan beberapa gerakan regangan mudah selama 5 hingga 10 minit sehari untuk menguatkan otot sokongan dan mengembalikan kelenturan badan.
Antara regangan yang sangat disyorkan:
Cara: Baring telentang, tarik satu lutut ke arah dada dan peluk erat. Tahan selama 15 saat dan tukar kaki. Ini membantu melepaskan ketegangan pada otot bawah belakang.
Cara: Dalam posisi merangkak, lengkungkan tulang belakang ke atas (seperti kucing marah) sambil menundukkan kepala, kemudian turunkan perut ke bawah sambil mendongak perlahan. Gerakan ini sangat bagus untuk mobiliti tulang belakang.
Cara: Baring dengan lutut dibengkokkan. Tekan bahagian bawah belakang rapat ke lantai sambil mengetatkan otot perut. Ini menguatkan otot teras yang menyokong pinggang anda.
Lakukan setiap gerakan sebanyak 5 hingga 10 kali. Kuncinya adalah pernafasan. Tarik dan hembus nafas secara perlahan semasa melakukan regangan. Jangan terburu-buru; rasai setiap tarikan otot tersebut. Dalam beberapa hari, anda akan rasa badan lebih ringan dan kurang sengal.
Kesimpulan: Sakit pinggang bukan masalah remeh. Jangan tunggu sehingga badan memberi “isyarat kecemasan” baru mahu bertindak. Luangkan sedikit masa setiap hari untuk menghargai tubuh anda. Pinggang yang kuat adalah kunci untuk anda terus aktif, cantik, dan produktif!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tidak dinafikan, ramai yang gemarkan aktiviti berbasikal. Sama ada berbasikal secara individu atau berkumpulan, aktiviti ini makin popular hari ini.
Banyak manfaat diperoleh bagi yang mahu mencuba aktiviti lasak ini. Namun bagi yang baru mula-mula menceburinya perlu persediaan awal agar tidak mendatangkan masalah kelak.
Ini antara kenaikan aktiviti berbasikal yang perlu anda tahu.
Berbasikal amat baik untuk kesihatan jantung. Ketika berbasikal pengaliran darah ke jantung akan meningkat. Peningkatan aliran darah membuatkan jantung memiliki oksigen yang mencukupi dan membantunya untuk berdegup dengan lebih baik. Keadaan ini secara tidak langsung akan mengurangkan risiko serangan jantung sehingga 50%. Tidak ketinggalan penyakit tekanan darah tinggi dan diabetes.
Kajian oleh British Medical Association mendapati berbasikal amat sesuai untuk diamalkan oleh penghidap bronchitis dan asma kerana keupayaannya dalam meningkatkan dan memperbaiki fungsi paru-paru.
Berbasikal di persekitaran terbuka membuatkan individu terdedah kepada cahaya matahari. Sinaran matahari kaya dengan vitamin D yang bagus untuk kesihatan hingga mampu mencegah penyakit osteoporosis, kanser payudara dan kanser prostat.
Selain itu, senaman ini turut meningkatkan pengeluaran sel penyerang bakteria di samping menguatkan sistem imun tubuh. Malah masalah insomnia juga dapat diatasi menerusi senaman berbasikal kerana ia mampu meningkatkan kualiti tidur individu.
Berbanding senaman lain, berbasikal tidak memberikan tekanan kepada sendi atau tulang rawan. Sebaliknya ia membantu menyihatkan otot dan sendi pada kaki dengan gerakannya yang berupaya untuk menguatkan tulang rawan.
Keupayaan ini secara tidak langsung dapat membantu merawat dan mengurangkan risiko serangan arthritis dan pembengkakan sendi.
Seperti senaman lain, berbasikal akan mengeluarkan hormon endorphin sekali gus mengusir keluar segala perasaan negatif terutama stres yang ada dalam diri. Perembesan keluar endorphin bukan hanya memperbaiki mood dan mengawal keseimbangan hormone individu bahkan menjadikan mereka lebih positif dalam menjalani kehidupan.
Melibatkan pergerakan otot-otot paha, lengan dan pinggul membuatkan aktiviti berbasikal efektif dalam menurunkan kadar kolesterol yang terdapat dalam tubuh. Hanya dengan melakukan senaman berbasikal sebanyak 3 kali seminggu dan satu jam bagi setiap sesi, paras kolesterol yang tinggi akan berada di tahap sepatutnya.
Berbasikal secara rutin membantu menguatkan tulang di bahagian atas anggota badan dan tulang belakang. Justeru, risiko untuk mengalami patah atau kecederaan tulang yang lain akan berkurangan. Malah kajian juga menunjukkan bahawa individu yang aktif berbasikal jarang mengalami patah tulang pinggul apabila tua.
Selain itu berbasikal juga berupaya menguatkan tulang kaki dan merupakan mobility terbaik untuk pinggul dan sendi lutut. Kanak-kanak yang sedang mengalami proses tumbesaran amat digalakkan untuk melakukan senaman yang melibatkan kaki kerana ia bukan hanya mampu menguatkan kaki malah turut juga berupaya menjadikan mereka lebih tinggi.
Aktiviti ini juga berkesan dalam merehatkan minda terutama jika kita berbasikal pada awal pagi atau lewat malam. Hembusan udara yang segar pada kedua-dua waktu ini mampu menenangkan fikiran sekaligus mengusir stres yang sedang dialami. Dalam masa yang sama ia turut meningkatkan kepekaan dan daya konsentrasi individu.
1. Kayuhan pada kelajuan tinggi dan menggunakan gear yang rendah adalah untuk tenaga maksima dan mengurangkan kelesuan.
2. Pilihan gear yang sesuai adalah untuk membolehkan anda mengekalkan kayuhan dan mengekalkan kadar denyutan jantung pada sasaran yang ditetapkan.
3. Penukaran gear yang betul boleh mengekalkan rentak kayuhan di pelbagai jenis laluan.
4. Selalu tukar kedudukan tangan jika jarak kayuhan jauh untuk mengelakkan sakit leher , bahagian bawah belakang badan dan pergelangan tangan.
5. Pada beberapa minggu permulaan dari program berbasikal anda, berbasikal di laluan yang mempunyai laluan yang mudah antara 20 hingga 30 minit , tiga kali seminggu. Kekalkan kadar kayuhan sehingga 55 hingga 60 kayuhan seminit yang membolehkan anda berkayuh dalam pelbagai gear tanpa meletihkan.
Baru lari sekejap dah mengah? Jangan putus asa dulu! Ketahui 5 punca kenapa badan cepat penat semasa larian—daripada teknik pernafasan hingga cara pemakanan—dan tips mudah untuk bina stamina agar larian anda lebih jauh dan bertenaga.