Kekejangan otot sering berlaku selepas melakukan aktiviti fizikal seperti berlari, menaiki basikal atau mendaki. Salah satu punca utamanya ialah tidak melakukan pergerakan memanaskan badan sebelum bersukan.Menurut perkongsian Physiomobile Malaysia, otot yang tidak dipanaskan dengan baik boleh menjadi tegang, ketat dan menyebabkan kesakitan pada bahagian tapak kaki, tangan, lengan, abdomen serta tulang rusuk. Ini antara sebab ramai mengalami masalah kekejangan otot terutama selepas bersenam.
Melakukan sesi pemanasan badan penting kerana ia membantu otot mengembang dan mengecut dengan baik. Selain itu, terdapat beberapa faktor lain yang boleh menyebabkan masalah ini berlaku:
Keletihan fizikal selepas aktiviti berat
Kesukaran menyingkirkan bahan toksik dalam badan
Kekurangan oksigen pada otot
Dehidrasi atau kurang minum air
Kekurangan mineral penting seperti kalsium, magnesium dan kalium
Cara Mengatasi & Mencegah Kekejangan Otot
Walaupun masalah ini sering dianggap remeh, terdapat beberapa langkah mudah yang boleh dilakukan bagi mengelakkan ia berlarutan. Berikut cadangan daripada Doctor On Call dan Physiomobile Malaysia:
1. Berhenti Jika Berasa Sakit
Hentikan segera aktiviti fizikal apabila tubuh memberikan isyarat kejang otot. Jangan paksa diri kerana ia boleh memburukkan keadaan.
Ads
2. Lakukan Persediaan
Sentiasa lakukan regangan dan pemanasan badan sebelum memulakan sukan. Regangan selepas aktiviti juga membantu otot pulih lebih cepat.
Urutan lembut pada bahagian otot yang kejang dapat membantu melegakan ketegangan. Boleh juga menggunakan beg ais atau rawatan haba untuk mengurangkan rasa sakit.
Ads
4. Minum Air Secukupnya
Dehidrasi adalah antara punca utama kekejangan otot. Pastikan anda minum air putih yang mencukupi sebelum, semasa, dan selepas melakukan aktiviti fizikal.
5. Amalkan Pemakanan Seimbang
Pengambilan makanan yang kaya dengan mineral seperti kalium, kalsium dan magnesium sangat penting. Contoh makanan baik termasuk bayam, jagung, lobak merah dan epal.
Ads
Bila Perlu Jumpa Pakar?
Biarpun ada banyak cara untuk mengatasi kekejangan otot, masalah yang berterusan boleh menjejaskan kualiti hidup. Sebaiknya dapatkan nasihat pakar fisioterapi atau doktor untuk rawatan lanjut.
Tular video pelakon Liyana Jasmay tanpa mekap di media sosial yang dilihat sedang makan dengan wajah yang penat.
Dalam video yang dikongsikan, Liyana, 36, turut memberitahu dia tidak cukup tidur kerana sibuk menjalani penggambaran.
“Bila belum tidur lebih dari 16 jam. Dapat makan burger sedap, nak menangis! Semalam penat berlakon, kena rasuk, lebam kaki, telinga berdarah, mata kabur. Tapi alhamdulillah untuk semuanya. Saya sangat bersyukur,” tulis Liyana dalam TikTok.
Video yang dikongsikan pelakon filem Papadom itu kemudiannya meraih perhatian pengikutnya dalam media sosial, apabila rata-rata memuji sifatnya yang bersahaja, malah tidak kisah untuk mempamerkan wajahnya tanpa secalit solekan walaupun berstatus seorang selebriti.
Liyana juga tidak menggunakan sebarang ‘filter’ pada aplikasi telefon pintarnya untuk menutup cela dan jerawat yang ada pada wajahnya.
“Antara artis yang berani tampil tanpa solekan. Tidak menipu. Awak sungguh ‘authentic’ (tulen),” tulis seorang pengikutnya.
“Saya nak beritahu awak sesuatu. Awak sungguh cantik walaupun tanpa solekan. Serius, sangat cantik! Sayang awak,” puji seorang peminatnya.
“Elok tak ada ‘control’ cantik walaupun artis. Jadi diri sendiri apa salahnya,” ujar seorang lagi netizen.
Namun, Liyana tidak terlepas daripada menerima beberapa komen jelik daripada netizen yang mengutuk wajahnya apabila disamakan seperti pembantu rumah atau bibik.
“Ini baru bibik yang sebenar,” kata seorang netizen.
“Ya Allah macam mana suami dia boleh suka?” ujar seorang lagi pengguna TikTok.
Sebelum ini, Liyana pernah dikecam netizen kerana warna kulitnya yang dikatakan semakin gelap berbanding sebelum ini.
Namun, dia tidak marah apabila dilemparkan kata-kata sebegitu malah mengakui takut untuk melalui kesan sampingan sekiranya mengambil suntikan suplimen pemutihan kulit.
Malahan Liyana juga bersyukur, suaminya, Fathuddin Mazlan tetap menerima dirinya seadanya tanpa mengira warna kulit.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Suasana meriah setiap kali tibanya bulan Ramadan kerana kewujudan bazar Ramadan di mana-mana kawasan berdekatan.
Lambakan makanan dijual apatah lagi saat berpuasa menyebabkan keinginan untuk membeli semua juadah tidak boleh ditahan-tahan.
Namun sebagai pengguna kita perlu bijak berfikir dan melihat bagaimana juadah disajikan adakah bersih atau sebaliknya.
Walaupun begitu, ada juga yang terkena apabila membeli juadah berkenaan nampak sedap dan bersih, tetapi apabila dimakan mungkin basi dan menyebabkan keracunan makanan.
Jika perkara ini terjadi, menurut perkongsian Public Health Malaysia, perlu segera melaporkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah untuk tindakan selanjutkanya.
Jika anda terbeli makanan yang – Tidak dimasak sempurna – Basi dan telah rosak – Menyebabkan gejala keracunan – Di kendalikan oleh peniaga yang tidak bersih – Dibungkus dengan dawai kokot, paku – Ada bendasing seperti telur lipas, cicak atau bahan asing
Jika berdepan dengan masalah seperti diatas, sila buat arahan seperti ini:
– Ambil gambar bukti – Simpan sample makanan – kenalpasti dan maklumkan nama premis
Jangan berdiam diri. Laporkan kepads Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran untuk tindakan
Memang perit rasanya kehilangan orang tersayang, lagi-lagi disebabkan jangkitan virus Covid-19 dan mangsanya adalah masih lagi seorang bayi.
Malah lebih menyedihkan ketika membawa anak yang masih kecil ini di dalam keadaan kecemasan, tidak ada satu pun hospital swasta mahu menerima pesakit ini.
Inilah pengalaman diceritakan oleh seorang wanita dan juga ibu kepada bayi perempuan berusia empat bulan dua hari, Aina Mazlan yang memberitahu anaknya disahkan meninggal dunia pada pukul 6.47 petang 12 April lalu.
Menurutnya, pada pagi hari kejadian, dia membawa dua anaknya itu Aidan dan Aurelia Adreena Mohamad Afi ke kedai makan ibunya kerana mahu membeli barang-barang tempahan gift box kuih raya.
Okay let me explain. Bismillahirrahmanirrahim!
12 April 2022, pagi tu saya bawa anak saya yang sulong dan baby pergi kedai makan mak saya. Utk beli barang barang tempahan gift box kuih raya. Ibu teman saya pergi beli dan dia tolong jagakan anak-anak dalam kereta masatu
Masa ibu jaga dalam kereta baby ok siap main dengan nenek, video call dengan atuk sekali. Dia cakap cakap bahasa baby dia. Dalam pukul 12 macam itu saya dan anak-anak balik rumah macam biasa. Bagi anak sulong main dengan baby kejap sebelum dia tidur. Baby active macam biasa, takde sakit, tak demam,
Tak menangis/merengek. Lepas itu baby dengan abg tidur. Nak dijadikan cerita masa pukul 5petang saya tengok dia masih tidur so ingat dia penat lah. Saya terus ke dapur kemas kemas sikit. Selepas 30minit saya tengok balik nak kejut bagi susu, bila angkat je dia tak ada respon…
Dalam hati (mengucap banyak kali) terkedu. Keep kejut but still no response. Mata dia pun sebelah tertutup dan satu badan sejuk.
Saya, suami dan anak sulong terus bawa ke klinik berdekatan since masa itu orang tengah prepare nak berbuka so takut jalan jem. sampai je klinik, doc suruh…
Doc suruh buat cpr dekat anak saya sementara diorang tengah tunggu ambulans sampai. So they keep call semua hospital private yang berdekatan but no one yang nak terima pesakit yang dalam keadaan tak sedar diri. Allahu berat betul ujian kami sekeluarga. And they said hospital gov je yang boleh…
WHAT ? Orang tengah memerlukan bantuan tapi dorang tak terima. ok fine. Masa ini call hospital Sg Buloh yang paling dekat dengan rumah saya di Kota Damansara. Pihak sana pun hantar ambulans ke klinik yang saya berada
Sementara tunggu ambulan around 15min, we keep cpr & doc ckp “no pulse
Doc keep mention “keep doing cpr, baby no pulse” “no pulse” berulang kali. Allah rasa mcm kosong sangat masa itu.
15min kemudian, ambulans sampai dan terus ke hospital Sg Buloh. Dalam perjalanan ke sana, baby dapat oxygen & masa itu baby bukak mata, ada nadi (dalam hati alhamdulillah)
Siap tanya baby masih ada nadi kan ? Diorang cuma jawab “sabar puan, nanti sampai hospital kami cuba sedaya yang mungkin”
Sampai sampai je terus masuk icu & saya kene tunggu kat luar. Masa sampai dalam pukul 6.10pm. Tunggu punya tunggu, ada beberapa doc keluar dan bagitau
Doc: ada sesiapa yang positive covid ke kat rumah ? Saya: takde doc. kami dah buat test kit 3-4hari berturut2 tapi negative…
Doc: kami buat swab test utk baby & dia positive covid Saya: Allahuakbar (dalam hati macam mana boleh kene)
Untuk makluman baby tak ada symptom langsung, tak ada demam, tak ada batuk, tak ada selsema, semua sakit tak ada. Elok sihat & ceria
Pastu dalam pukul 6.47pm ada sorang doc keluar lagi panggil saya. Dia cakap baby dah meninggal. Diorang cuba selamatkan, dah pelbagai cara tapi tak boleh juga
Menangis terduduk kt icu tu
Allahuakbar mak mana tak sedih anak yang baru jaga 4bulan 2hari tapi Allah lebihkan sayang anak syurga kami. Allah uji kami sekeluarga. Kami redha atas pemergian puteri kami Aurelia Adreena binti Mohamad Afi. Al-fatihah buat anak mama
Mudahnya pemergian anak syurga mama ni. Tenang setenangnyaa awak pergi. Allahu Alhamdulillah . Terima kasih Allah sebab permudahkan urusan Aurelia Adreena binti Mohamad Afi. Sayangnya Allah dengan bidadari kecil ini tanpa dosa ibarat kain putih pulang ke negeri abadi
Berbahagialah sayang dengan kawan2 awak. Tunggu mama, papa & abg aidan dipintu syurga ya. Kita terpisah sementara didunia . Di akhirat insyaAllah kita bersama selamanya . mama,papa, abg aidan dan aurelia akan hidup bahagia di alam sana nanti. Ameen
Kebumi pada keesokan hari nya 13 April 2022 disebabkan banyak procedure untuk pesakit covid meninggal. Tapi paling sedih pagi sebelum pergi ke hospital kami satu family pergi klinik buat test & saya dengan anak sulong (abang aidan) positive covid juga so urusan pengecaman mayat…
Urusan pengecaman mayat, mandi kan jenazah (tayammum saja sebagai pesakit covid) sepatutnya saya dan suami pergi tapi suami saya je boleh sebab dia result swab test negative. Saya tak boleh untuk semua itu untuk kali terakhir anak mama
Alhamdulillah selesai pengebumian anak kami. Allah permudahkan urusannya. Cepat sangat, cuaca pun mendung sebelum berbuka dah selesai. Syukur suami dan ayah saya dapat uruskan sampai ke liang lahad walaupun dengan keadaan full ppe. Hanya beberapa orang saja yag boleh untuk kebumikan
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.