Sejak tersebarnya virus Covid-19 di seluruh dunia, kita digalakkan melindungi diri dan salah satunya adalah dengan memakai pelitup muka atau facemask.
Pemakaiannya adalah diwajibkan sekiranya keluar ke tempat awam yang ramai orang bagi mengelak jangkitan virus ini.
Namun bagi mereka yang tidak tahan dengan pemakaian pelitup muka ini boleh menyebabkan masalah jerawat atau dikenali mask acne.
Menurut pakar dermatologi, Dr Sonia Hanifati, berikutan penularan Covid-19 yang berlaku di seantero dunia masyarakat sentiasa dinasihatkan berwaspada dengan memakai penutup muka.
“Pun begitu, dek kekerapan memakai topeng muka majoriti individu mengeluh kerana mereka kini terpaksa berdepan pula dengan masalah mask acne (jerawat dan iritasi).
“Perlu difahami masalah kulit wajah berkenaan berpunca apabila kelembapan terperangkap di dalam topeng muka.
“Secara tidak langsung, pori-pori tersumbat lalu meningkat pertumbuhan kuman atau bakteria penyebab jerawat,” jelasnya.
Ads
Justeru, bagi mengatasi masalah mask acne dan iritasi, terdapat 3 tip mudah boleh dilakukan. Antaranya ialah:
1. Tukar Topeng Muka
Disebabkan pihak kerajaan telah mewajibkan pemakaian topeng bermula pada 1 Ogos lalu, pastikan korang sentiasa memakainya sebelum keluar rumah.
Pada masa sama, simpan beberapa helai pelitup muka di dalam bekas atau pek yang bersih di dalam beg tangan. Langkah ini bertujuan memudahkan proses untuk menukar mask sekurang-kurangnya setiap tiga jam.
Elak menggunakan topeng muka sama dari pagi hingga malam supaya wajah tidak ‘berdampingan’ dengan bakteria yang melekat lama pada mask.
Ads
2. Sentiasa Pakai Krim Pelembap & Serum
Sebelum keluar bersantai, membeli-belah atau ke pejabat pastikan kulit wajah dilapisi krim pelembap dan serum bagi mengekalkan kelembapan berpanjangan. Selain itu, pastikan krim pelembap pilihan mengandungi agen pelembut yang membantu meredakan jerawat dan masalah kekeringan.
3. Elak Pakai Krim Asas
Tidak salah untuk bersolek supaya wajah tidak kelihatan pucat. Bagaimanapun, wanita disarakan agar tidak menyapu krim asas terlalu tebal kerana ia mendorong pori-pori tersumbat, sekali gus menyebabkan jerawat dan iritasi.
Tidak dinafikan kita akan jadi kurang selesa jika orang di sebelah mempunyai mulut yang berbau.
Terutamanya apabila setelah makan bawang atau petai yang meninggalkan bau tidak menyenangkan. Hendak ditegur bimbang membuat rakan sebelah terasa.
Sebenarnya selain menggosok gigi atau menggunakan pembersih mulut, ada lagi beberapa jenis makanan boleh membantu hilangkan bau mulut ini.
1.Makan Epal
Epal adalah buah yang cukup baik bagi mengatasi masalah bau mulut. Ini kerana epal mengandungi polifenol yang dapat memecahkan senyawa penyebab bau mulut. Tidak hanya itu, epal juga mampu membantu mengeluarkan sisa makanan yang tersekat di celah gigi.
2. Pilih Sayuran Hijau
Sayur-sayuran hijau seperti bayam, sawi dan kangkung sangat bagus untuk melawan bau mulut. Tiga jenis sayuran tersebut dapat membantu menyeimbangkan tingkat pH yang pada akhirnya membantu mencegah mulut daripada kering. Ini kerana mulut kering adalah salah satu sebab penyebab mulut berbau.
3. Kayu Manis
Kayu manis mengandungi minyak esensial yang terbukti memiliki kemampuan melawan bau mulut dengan membunuh bakteria yang mungkin berada di dalam mulut kita.
4. Ambil Timun
Timun cukup kaya dengan kandungan air yang mampu menghilangkan bau mulut. Air timun dapat mencegah mulut kering dan membersihkan sisa makanan yang mungkin terselit di celah gigi selepas makan. Jika tak suka timun, boleh gantikan dengan batang saderi yang memberi kesan sama.
5. Sentiasa Minum Air Putih
Air putih membantu menghasilkan air liur dalam membersihkan sisa makanan dan menghalang pertumbuhan bakteria jahat dalam mulut. Apatah lagi, air putih cukup baik untuk kesihatan secara keseluruhannya.
6. Amal Minum Air Lemon Setiap Pagi
Pada waktu pagi, biasanya mulut akan mengeluarkan bau kurang enak. Bagi mengatasinya minum air lemon pada waktu pagi. Air lemon dapat merangsang produksi air liur sehingga masalah bau mulut hilang.
Kumpulan BLACKPINK antara artis Korea Selatan yang bukan sahaja terkenal di negara mereka, namun juga di seluruh dunia. Tak pelik lah kalau jumlah pengikut mereka di Instagram seramai 50 juta!
Selain berbakat dalam menari dan menyanyi, ahli BLACKPINK iaitu Rose, Jisoo, Lisa dan Jennie ini juga popular dengan kecantikan mereka yang tersendiri.
Jom kita selongkar apa rutin kecantikan yang mereka amalkan dalam kehidupan harian.
Cara Penjagaan Kulit Ahli Kumpulan BLACKPINK, Patutlah Cantik Dan Glowing!
1. Jisoo memiliki kulit kering jadi penjagaan kulitnya memerlukan pelembap. Namun dia juga sangat suka pakai masker untuk membantu membuang sel kulit mati yang ada pada kulit, jadi hilanglah masalah kusam.
2. Jennie pula lebih peka dengan menjaga tubuh badan serta kulit wajahnya. Dia juga suka menggunakan lulur badan. Jika ada masa terluang, Jennie juga akan menjaga pengambilan makanannya untuk memastikan berat badan yang stabil.
Selain itu Jennie juga cukup gemar menjaga bibirnya agar kelihatan lembap dan tidak menggelupas. Malah dia mempunyai 3 siri pelembap bibir yang berbeza untuk memastikan bibirnya sentiasa cantik.
3. Rose pernah bongkar rahsia penjagaan kulitnya yang mana dia sebelum ini kurang membersihkan wajahnya sampailah suatu hari kulitnya jadi kasar. Bermula dari saat itu dia kerap mencuci muka walau pun dia tidak bersolek.
Kongsinya lagi, dia cukup menjaga waktu tidur kerana kulitnya akan kelihatan glowing dan lembut jika dapat tidur yang cukup.
4. Lisa selalu berkongsi petua solekan dalam YouTube, yang mana dia lebih suka mekap nipis dan menekankan bahagian matanya dengan menggunakan eyeliner.
Dia yang mempunyai kulit kering, lebih setia dengan pelembap untuk elakkan wajahnya kusam.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wanita ini sapu 3 bahan je, kulitnya glowing macam orang yang buat rawatan di Spa. Betul, tak semestinya guna barang yang mahal untuk wajah cantik, tetapi anda wajib rajin!
Antara perkara penting yang perlu diberi perhatian ialah disiplin diri dalam perawatan kulit wajah, sama ada memilih cara moden atau petua orang lama.
Namun asa yang patut anda tahu, pemakaian masker amat penting bagi memastikan kulit wajah kekal lembap, lembut dan berseri.
Jika anda memilih untuk melakukan perawatan wajah menggunakan bahan semula jadi, bolehlah cuba cara ini.
Wanita Ini Sapu 3 Bahan Je, Hasilnya Kulit Glowing Sungguh!
Mudah sahaja hendak buat masker ini. Bahan-bahan pun guna bahan di dapur sahaja. Masker ini bagus untuk untuk awet muda, kempiskan jerawat dan tegangkan kulit. Jika diamalkan selalu memang akan nampak kesannya.
CARA-CARA:
1. Campurkan semua bahan hingga jadi likat. Kalau cair, boleh campur lagi tepung. Ia bagi memudahkan sapuan pada kulit wajah.
2. Sapu rata pada seluruh kulit wajah. Tunggu hingga kering atau 15 minit. Bilas.
FUNGSI TIGA BAHAN INI IALAH UNTUK:
*Putih telur untuk menegang dan buat kulit jadi awet muda.
*Tepung beras pulak adalah agen untuk putihkan dan atasi kulit berminyak.
*Serbuk kunyit merupakan agen antiseptik semula jadi untuk kempiskan jerawat dan memudarkan parut pada kulit wajah.
DIKONGSIKAN JUGA LIMA PILIHAN MASKER BUAT ANDA YANG LEBIH SUKAKAN CARA PERAWATAN YANG MUDAH
Anda boleh mendapatkan masker yang kuat ini di pelbagai rak drugstore. Formula berkrim tidak kering seperti masker tanah liat tradisional tetapi menjadikan kulit anda berasa bersih dan terhidrat.
Masker ini mempunyai kepingan kecil dari gunung berapi dari Kepulauan Jeju, yang bersatu dengan tanah liat kaolin untuk menyedut minyak dan kotoran yang berlebihan dari liang-liang anda. Ia juga mengelupas dengan lembut, sehingga kulit menjadi lebih cerah serta merta.
Cukup lembut untuk kulit sensitif, namun menjadikan wajah anda terasa lebih lembut dan lebih halus pada ketika mencucinya. Sesuai untuk merawat jerawat pada kulit wajah.
Masker berfungsi untuk membersihkan kulit, mengurangkan saiz pori, dan menyerap minyak kulit yang membuat anda kelihatan berkilau.
Jadi kalau anda nak kulit bersih daripada masalah jerawat dan jeragat, nanti cubalah tip yang dikongsikan ini. Boleh pilih dua cara, nak guna petua jimat poket atau yang lebih mudah benda tinggal nak pakai sahaja.