Pelakon dan pengacara popular, Uyaina Arshad yang kini sedang sarat hamil anak sulung berdepan dugaan apabila abang sulungnya, Mohd Attaful Uzair Arshad, 35 tahun telah disahkan meninggal dunia pada jam 9 malam tadi akibat serangan jantung.
Mohd. Attaful yang bertugas sebagai doktor di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan dipercayai mengalami serangan jantung ketika menjalani aktiviti berbasikal.
Perkongsian khabar duka ini dikongsi nama sebenar Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 29, itu menerusi Instagramnya, pagi tadi.
Uyaina dalam posting itu memberitahu dirinya seakan tidak percaya dengan pemergian insan kesayangannya itu memandangkan mereka baru meluangkan waktu bersama malam tadi.
Ads
Malah dalam pertemua terakhir itu, Allahyarham meninggalkan pelbagai pesanan berikutan keadaan dirinya yang sarat hamil dan bakal melahirkan dalam tempoh terdekat.
Lebih menyedihkan, luah Uyaina, tarikh pemergian abangnya bersamaan hari ulang tahun kelahiran ibu mereka, Siti Noor Farah Jaafar, hari ini.
Ads
Sebelum ini juga, Uyaina Arshad juga turut pernah dimasukkan ke hospital untuk seketika apabila disahkan pakar kardiologi mempunyai masalah jantung setelah membuat pemeriksaan.
Tanda-Tanda Penyaki Jantung:
Sakit Dada
Sesak Nafas
Keletihan
Terkadang Rasa Loya
Badan Berpeluh
Pitam/Pening
Jantung Berdebar
Kadangkala Sakit di Ulu Hati Sebagai Tanda Gejala Utama
Tak mudah nak hilangkan jeragat dan whitehead yang mula membiak di wajah tetapi kalau di biar kulit wajah anda lagi teruk jadinya.
Namun nak jaga kulit wajah ini tak semestinya perlu labur duit beribu-ribu semata-mata untuk mendapatkan produk kecantikan jenama terkenal.
Sebenarnya, dari zaman mak kita dulu-dulu dah ada petua nak cantikkan kulit dengan hanya menggunakan bahan yang ada di rumah.
Seperti yang dikongsi oleh saudari Marina Saringat ini, dengan hanya menggunakan bahan alami dia mampu pudarkan masalah jeragat dan whitehead.
Hilangkan Jeragat Dan Buang Whitehead
Bahan-Bahan Dan Cara Menyediakannya:
1. Sebiji limau tak kisah sama ada limau kasturi/purut/lemon (kalau lemon, hiris dengan halus sebab hanya diperlukan jusnya sahaja).
2. Satu sudu kecil tepung gandum. Kalau tak ada, guna tepung beras pun boleh. Asalkan berasaskan tepung.
3. Perahkan jus limau dan campurkan bersama tepung.
4. Gaul sebati.
Cara Menggunakannya:
1. Pastikan sebelum lumur pada muka, bersihkan muka terlebih dahulu. Kemudian, barulah sapu perlahan-lahan di seluruh bahagian muka.
2. Amalkan tiga kali seminggu dan pakai dengan konsisten. Nanti lama-lama anda akan nampak whitehead berkurangan. Malah jeragat memudar dan lama kelamaan kulit pun jadi bersih.
Nak cantikkan kulit tak susah, bukan? Cuma perlukan mood rajin dan bahan-bahan di atas. Selamat mencuba!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Terserlah keayuan pelakon, Intan Ladyana walau sudah mempunyai anak tetapi auranya tetap memikat pada siapa sahaja yang memandang.
Sekali tersenyum, memang manis orangnya. Menyentuh soal kecantikan dan penampilannya, isteri kepada pelakon dan pengacara, Harris Alif ini dilihat ada berkongsi rutin penjagaan wajahnya di laman instagram.
Penjagaan wajah memerlukan kesabaran dan kerajinan untuk hasilnya. Jadi anda boleh mengikuti rutin kecantikan asas seperti Intan untuk menghilangkan masalah cela di wajah. Maklum lah, apabila usia semakin meningkat kolagen juga akan semakin berkurang.
Pernah berkongsi tip cantik di laman Eh!, Intan memulakan regim kecantikannya dengan menggunakan penanggal solekan kerana setiap hari pasti akan ada secalit solekan di wajah, walau senipis mana bedak asas.
Kemudian, dia akan gunakan pencuci dan urut perlahan wajah agar peredaran darah bergerak seimbang. Owh ya, tak lupa gunakan toner juga ya! Kemudian baru sapu pelembap wajah. Akhir sekali, item paling wajib adalah krim pelindung tabir suria. Barulah lengkap ‘makanan’ untuk kulit.
Berbicara mengenai penghijrahannya, Intan menyatakan bahawa dia perlu menjadi lebih peka dan memilih dalam menerima tawaran berlakon. Ini kerana, perubahan imejnya harus selari dengan jenis watak yang akan dilakonkan.
Sekadar info, Harris dan Intan mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2021 dalam sebuah majlis yang mematuhi prosedur operasi standard ketat di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
Tidak perlukan penggunaan suplemen untuk menurunkan berat baan, sebaliknya hanya memilih produk yang senang dibawa ke sana ke mari.
Bukan produk makan atau sapuan krim sebaliknya menggunakan servis sauna untuk membakar lemak yang ada di badan.
Malah tidak mustahil jika dilakukan secara konsisten berat badan akan turun sedikit demi sedikit.
Selain itu kelebihan bersauna ini juga baik untuk kesihatan menjadikan badan lebih ringan, sihat dan segar.
Malah ia juga sesuai untuk digunakan untuk ibu berpantang dalam mengembalikan tenaga yang hilang lepas melahirkan.
Sejajar dengan musim pandmeik ini, anda tidak perlu risau pergi ke spa untuk lakukan servis sauna sebaliknya boleh gunakan jenis portable.
Sauna jenis portable ini boleh digunakan di mana-mana juga tanpa keluar rumah. Kita juga akan terasa lebih selamat bersauna di rumah tanpa gangguan orang lain.
Dan salah satu perkhidmatan sauna portable yang viral kini adalah Sumosauna mudah alih yang diusahakan oleh pasangan suami isteri Norrizah Hazirah Maulana, 32, dan Mohd Helmi Izani, 31.
Kedua-duanya yang merupakan graduan lulusan Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) pernah berdepan pelbagai dugaan sebelum berjaya seperti hari ini.
“Selepas berkahwin, saya berhenti kerja sebagai pegawai eksekutif. Sempat kerja dalam setahun lebih. Suami ketika itu pun masih belajar di UIA. Saya mula berjinak jinak dalam dunia niaga sekitar tahun 2014. Cuba nasib jadi agen jual pelbagai jenis produk.
“Awal 2016, saya beranikan diri jual pakaian kanak kanak sendiri. Percaturan berjaya kerana membuahkan hasil. Tapi sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.
“Kesibukan bekerja dan cari duit, buat saya lupa nikmat dan keberkatan mengenai peranan serta kewujudan ibu bapa. Lupa jaga perasaan mereka. Malah sampai tahap dalam tak sedar buat ibu dan bapa mentua terguris hati,” kata ibu kepada empat anak itu.
Tahun 2017 menyaksikan pasangan itu berdepan dengan ujian hebat.
“Pada satu tahap, tak ada duit di tangan. Hanya bergantung duit yang ibu bapa berikan kepada cucu mereka. Bahkan, saya dan suami pernah korek duit di setiap penjuru rumah untuk cukupkannya demi nak beli sekilo beras.
“Kereta pernah ditarik sebab enam bulan tak bayar. Bil api dan air kene potong hingga akhirnya keluar dari rumah sewa di Johor sehelai sepinggang dan tahu tahu arah tuju nak ke mana. Masa itu saya hamil anak ketiga,” katanya.
Akhirnya keluarga itu pulang ke rumah mentua di Kota Tinggi.
“Daripada situ keberkatan dan rezeki mula masuk. Saya dan suami mula sedar hidup lebih bermakna jika kita terus memuliakan ibu bapa. Doa ibu bapa sangat mukjizat.
“Dipendekkan cerita, pada November 2018 kami mula tercetus idea menjual sauna mudah alih. Suami sebelum itu juga ditawarkan kerja dengan gaji yang besar di sebuah syarikat broker. Ikutkan saya tak bekerja pun okey.
“Perkongsian saya di Facebook ketika memuat naik entri mengenai suami yang nak kurus dan guna sauna mudah alih mencuri perhatian pengikut. Bermulalah pra tempahan hingga kami mengeluarkan jenama sendiri,” katanya.
Kak Bi berkata, akhirnya suami memutuskan untuk berhenti kerja di syarikat broker sejak 27 Februari lalu dan sama sama membangunkan produk sauna berkenaan.
“Daripada 5 unit sauna mudah alih sebulan terjual, kami akhirnya pernah mencapai jualan 5000 unit. Agen juga bertambah dari lima hingga menjadi 18000 di seluruh Malaysia.
“Sebab saya tak larat uruskan seorang diri, maka di ‘paksa’ suami berhenti kerja. Kami sama sama jadi pemilik dan pengarah urusan.
“Ketika pandemik COVID-19 menyerang dunia, bagai ada hikmah… permintaan produk sauna itu meningkat berkali ganda,” katanya yang gembira kerana berjaya memiliki kereta idaman Ferari yang selama ini menjadi hiasan di gambar hiasan serta paparan di komputer peribadi selain menjadi poster di dinding.
Sauna mudah alih yang diiktiraf sebagai Asia Pacific TOP Excellence Brand 2021/2022 itu dijual pada harga RM399 seunit. Ketika ini juga kempen ‘slim sebelum raya sedang rancak berjalan dengan ganjaran menarik menanti.
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.