
Masih ingat pelakon Angeline Tan Yoke Yeah atau Lucy tak? Susuk tubuh ini cukup dikenali pada era 90-an dulu melalui wataknya dalam sitkom popular Pi Mai Pi Mai Tang Tu.
Meskipun sudah hampir tiga dekad drama tersebut berlalu, nama ‘Lucy’ tetap melekat sehingga dia lebih dikenali dengan nama tersebut berbanding nama sebenarnya.
Angeline Tan Dah 50-an, Tapi Air Wajahnya Tetap Memukau
Angeline ini memang fasih berbahasa Melayu, malah pakej kecantikan Angeline Tan pada usia pertengahan 50-an seolah-olah tidak terusik. Wanita ini mula berlakon pada tahun 1986 dalam sebuah drama bersiri Cina ‘Empat Sekawan’ disamping Datuk Lai Meng serta kerap menghiasi drama-drama tempatan di saluran RTM dan TV3.
Angeline Tan pernah dicalonkan sebanyak empat kali untuk kategori Artis Komedi Wanita Popular ABPBH pada tahun 90-an. Dalam perkembangan semasa, beliau masih aktif berlakon dan sering muncul dalam drama-drama Cina membawa peranan ibu atau nenek, sesuai usianya.
Paling terbaru, Angeline Tan ditampilkan dalam drama Hijrah Jannah arahan Feroz Kader menerusi saluran Astro Ria.
Kekal cantik dan awet muda, tengoklah sendiri koleksi foto terkini Angeline Tan seperti yang dikumpul daripada akaun media sosialnya. Masih jelita!
Sumber: Instagram angelinetanyy
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Minuman Bertenaga Tak Selamat Diambil Untuk Pesakit Jantung? Doktor Jelaskan Risikonya!

Isi Kandungan
ToggleKebiasaannya jika kita memandu jauh, pasti bekalan air minuman tenaga menjadi peneman untuk menghilangkan rasa mengantuk sepanjang perjalanan.
Dikatakan air minuman tenaga ini akan memberi tenaga tambahan dan kekal fit untuk sepanjang pemanduan lebih-lebih jika lagi lokasi jauh.
Namun adakah air minuman tenaga ini selamat untuk diminum atau ada mudharat yang kita tidak tahu.
Artikel Lain: Kopi Campuran Antara 12 Produk Makanan Disahkan KKM Mengandungi Racun Berjadual. Sila Take Note!
Perkongsian Dr. Iskandar Mirza memberitahu mengenai perkara ini untuk elak kekeliruan.
Kajian dijalankan boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah
Antara perbezaan kandungan kafein dan minuman bertenaga
Artikel Lain: Muntah, Tak Boleh Bernafas & Mulut Berbuih. Lelaki Rebah Gara-Gara Guna Campuran Peluntur Cucian!
Jika ada masalah jantung, tidak digalakkan ambil minuman ini
Ini pula kesan sampingan caffein toxicity
Manakalan ini pula kandungan gula dalam setiap minuman
Artikel Lain: Tolak Terus ‘Fast Food’ Punca Berat Naik. Lepas 8 Bulan, Gadis Ini Berjaya Kembali Langsing!!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Suami Selalu Bersenam Bersama, Itu Cara Fasha Sandha Dapat Berat Ideal

Isi Kandungan
ToggleRupanya suaminya selalu bersenam bersama, patutlah Fasha Sandha dapat berat ideal dengan cepat dan berkesan.
Betul orang kata, kalau kita sedang bahagia dan selalu dapat sokongan suami, semua benda jadi mudah!
Sebab hakikatnya tak mudah nak nekad dan dapat semangat untuk istiqomah jaga makan dan amalkan gaya hidup sihat. Nak-nak pula selepas kahwin dan punya anak-anak.
Suami Selalu Bersenam Bersama, Itu Cara Fasha Sandha Dapat Berat Ideal
Namun tidak bagi pelakon jelita, Fasha Sandha. Fasha sememangnya menjadi inspirasi buat para wanita terutamanya kerana berjaya mendapatkan bentuk tubuh ideal dalam tempoh singkat.
Kata Fasha, dia sangat bersyukur kerana suaminya sentiasa berada di belakang dan memberi sokongan terhadap apa juga keputusan yang diambilnya.
“Saya bersyukur kerana Aidil tidak pernah mempersoalkan atau merungut biar apa pun bentuk tubuh saya. Berisi ke kurus ke, Aidil sentiasa memberikan sokongan kepada saya.
“Lebih istimewa, dia yang melatih dan bersama-sama bersenam bersama saya. Dalam masa sama, kami berdua dapat meluangkan masa berkualiti sebagai suami isteri,” katanya.
Tidak lokek untuk berkongsi rahsia bentuk tubuh yang semakin langsing, kata Fasha, dia terpaksa menurunkan berat badan secara maksimum kerana terikat dengan perjanjian (kontrak) untuk sebuah drama yang memerlukan dia kurus mendadak.
Fasha atau nama lengkapnya, Nur Fasha Sandha Hassan berkata, dia berjaya menurunkan 10 kilogram (kg) kerana mengamalkan diet pemakanan yang ketat selain baru saja selesai menjalani ibadah berpuasa.
“Saya terpaksa kurus untuk satu projek drama bulan ini. Syarat dalam drama itu saya kena nampak kurus dan sudah menandatangani kontrak.
“Saya tidak ambil ayam dan daging pada hari Isnin hingga Jumaat. Saya cuma makan ikan saja. Tapi, Sabtu dan Ahad saya akan makan apa saja. Saya masih makan nasi kerana memerlukan tenaga, cuma pengambilan itu dalam kuantiti yang terkawal,” katanya.
Harap Dapat Kekalkan Cara Pemakanan
Fasha juga tidak mahu dilihat seperti orang sakit seperti yang dikatakan segelintir peminatnya dan mengawal bentuk badannya supaya tidak kelihatan terlalu kurus.
“Harap saya boleh kekalkan bentuk badan seperti sekarang. Takut juga lupa diri sebab saya senang naik berat badan sebenarnya,” katanya.
Bercerita mengenai keluarga, Fasha memaklumkan bahawa dia belum bersedia menambah anak kerana komitmen kerjanya bersama Aidil yang sudah terisi hingga tahun depan.
“Saya tahu Aisya mahukan peneman, cuma buat masa ini belum boleh lagi untuk menambah anak. Saya perlu melunaskan kerja dan begitu juga dengan Aidil.
“Nanti jika bercakap ada yang menganggap saya bermegah, cuma apa yang boleh saya katakan jadual kerja sudah terisi sehingga tahun depan. Insya-Allah sekiranya sudah selesai tanggungjawab, baru saya boleh memikirkan untuk menambah cahaya mata,” katanya.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dapat Jangkitan Di Hospital, Nenek Elfira Loy Meninggal Dunia Lepas Disahkan Positif Covid-19

Sesungguhnya Covid-19 itu tidak mengenal siapa mangsanya. Siapa sangka orang yang kita sayang akan pergi meninggalkan dunia disebabkan virus merbahaya ini.
Terbaru pelakon Elfira Loy, berkongsi khabar duka apabila nenek kesayagan, Siti Rokiyah Saad menghembuskan nafas terakhir pada malam Khamis.
Alhamdulillah dah selesai semua proses pengebumian nenek atok saya pada hari Jumaat yang mulia ini.
Atok
fira sayang atok.
fira takkan lupa doa untuk atok hari hari
fira mintak kat Allah supaya atok tenang je dekat sana ok
fira mintak Allah hiasi kubur atok seperti taman di syurga
fira mintak atok tak rasa keseorangan
atok tak suka sorang sorangkan.
fira ada kat sini
solat untuk atok
doa untuk atok
sedekah untuk atok.
Alfatihah atok , Siti Rokiyah binti saad
Dalam satu perkongsian di laman Instagramnya Elfira berkata Allahyarham neneknya disahkan positif Covid-19 selepas lima hari dimasukkan ke hospital bagi menjalani pembedahan di bahagian kaki.
Katanya selain arwah beberapa pesakit yang berada di wad yang sama turut terkena jangkitan virus bahaya itu.
Sebenarnya berat nak cerita , belum cukup nafas nak tahan air mata ni . Tapi untuk elakkan cerita bercelaru. El ceritakan ,
Atuk El warded dekat Hospital sebab operation Kaki , Alhamdulillah semua okay cuma memang duduk hospital untuk di monitor.
selepas beberapa hari , it was her turn to take the vaccine. Alhamdulillah semuanya ok.
Atuk tak mengalami sebarang symptom teruk.
Tapi selepas 5 hari tak silap El , atuk disahkan positive . Disebabkan ada outbreak dalam ward. Ada berbelas orang disahkan positive.
It happened, in the hospital.
Puncanya dari siapa masih taktahu.
Memang terkilan ,
Tapi Allah yang menentukan ,
kami hanya Redha dengan ketentuan ini.
Sebelum pada awal bulan lalu juga Elfira ada muat naik posting dia membawa Allahyarham neneknya ini mendapat suntikan vaksin di Sg Long. Walaupun neneknya baru lepas melakukan pembedahan, namun semuanya berjalan lancar ketika itu.
Okay since ramai tanya , el sharelah kat sini.
Pada 3hb yang lepas el bawak nenek El pegi ambik her first vaccine dekat Sg long , UTAR .
el aftarkan nenek el dekat page vaksincovid.gov.my for Astrazeneca, tapi bila sampai , i was told , she will be getting Sinovac.
Mula-mula terkejut, sebab volunteer for AZ tapi dapat Sinovac. So kita berdoalah jelah supaya semuanya okay & selamat. El nervous sikit kalau benda tu el tak lalui tapi suruh orang buat. Sebab tu el ambik vaccine hari kedua diorang bukak. sebab baru macam lega nak suruh orang buat.
Macam biasa proses ambik vaccine sangat lancar. Lagi lagi untuk orang yang berwheel chair. cuma kalini , photography are not allowed. Hence , ni video.
dan for Sinovac , during observation …
dah boleh daftar dah for second dose.
& atuk dah dapat dah for her second dose appointment. ( bestnya )
Alhamdulillah, walaupun baru lepas operation because diabetic , atuk no symptoms & doing good.
Dalam pada itu, adik Elfira iaitu pelakon Ahmad Ezzrin Loy bersyukur kera diberi peluang melaksanakan proses pengebumian Allahyarham dengan memakai pakaian lengkap perlindungan diri (PPE).
Dia bersyukur dapat menemani arwah buat kali terakhir. Turut mengucaplan terima kasih kepada KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) kerana menyediakan dirinya dan suami Elfira untuk pengebumian nenek tersayang.
Kredit Foto: Instagram Elfira Loy & Ahmad Ezzrin Loy
Artikel Berkaitan:
Doktor Ini Dedah Virus Covid-19 Mula Serang Orang Muda & Akui Jangkitan Makin Cepat
Elak Sarung Kebaya Ketat & Tudung Lilit Datang Suntikan Vaksin Covid-19, Ini Baju Yang Perlu Dipakai
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI