Siapa tidak kenal dengan pelakon yang sangat berbakat melakonkan watak dalam setiap drama yang dipaparkan di kaca televisyen.
Nama Fasha Sandha mula dikenali sejak awal pembabitannya sebagai pelakon. Bukan saja terkenal dengan sikap berdisiplin, tetapi selebriti ini juga dikenali sebagai pelakon yang sangat menjaga kecantikan serta penampilannya.
Biarpun kini sudan memiliki 3 cahayamata, namun pelakon berusia 37 tahun ini tetap kekal anggun dan jelita dengan sisi kecantikan tersendiri.
Baru-baru ini Fasha sempat berkongsi rutin solekan minimalis kepada semua followernya di laman Instagram.
Menerusi laman sosial Instagram @fashasandha, beliau memuat naik klip video solekan yang ringkas dan mudah diaplikasikan oleh warga maya.
“Fasha nak tunjukkan cara mekap yang cepat dan tidak lebih lima minit. Ini muka tanpa sebarang solekan kerana baru selesai mandi,” jelasnya dalam video berdurasi 6.29 minit tersebut.
Berapa kerap anda menukar gincu, bedak padat, pemerah pipi dan krim pelembap? Sesetengah pengguna menunggu hingga produk habis sebelum membuat keputusan membeli yang baru.
Namun, bagi yang jarang bersolek atau tidak mempraktikkan rejim kecantikan rutin, produk dibeli boleh digunakan hingga bertahun.
Jangan terkejut, sekiranya anda dinasihatkan mengganti produk lebih cepat dari tarikh luputnya.
Pakar kecantikan dari Hairtrade.com., Joanne Dodds mendedahkan, tempoh masa yang sesuai dan tepat untuk anda membeli produk baharu kosmetik kegemaran.
Joanne mengesyorkan, span solekan diganti setiap bulan manakala sesetengah minyak wangi boleh bertahan sehingga sepuluh tahun jika dijaga dengan betul.
Katanya, alat solek berkualiti selalunya menawarkan harga yang tinggi, sekali gus membuatkan pembeli menggunakannya hingga ke tarikh luput.
Namun, pakar kecantikan itu memandangnya sebagai tindakan mengundang padah, berikutan membawa pelbagai masalah kesihatan akibat jangkitan bakteria, cela wajah, radang kulit dan sebagainya.
Ia tetap berlaku, meskipun anda tidak pernah culas membersihkan berus mekap dan span.
Maskara pula katanya, perlu diganti genap empat hingga enam bulan selepas menggunakannya.
Joanne menegaskan, pengguna perlu peka tempoh hayat sesuatu produk selain jangan sayang membuangnya menjelang tarikh luput produk itu.
Beberapa produk lain turut dikemukakan Joanne untuk dipertimbangkan dibuang meliputi;
“Span bercampur kegunaan sepatutnya diganti selepas sebulan digunakan dan dibersih dengan pencuci muka selepas setiap penggunaan,” katanya Joanne.
Katanya, sebab lain span perlu ditukar termasuk sudah comot, koyak dan berderai tanpa sebab selain warnanya berubah pudar.
“Disebabkan berhubung terus dengan mata, had penggunaan maskara sepatutnya tidak melebihi tempoh tiga bulan,” Joanne memberi amaran.
Katanya, larangan berkenaan bertujuan mencegah bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan dan kerengsaan pada mata.
“Sebab itu, kebanyakan label di maskara menetapkan tempoh penggunaannya hanya sekitar empat hingga enam bulan sahaja,” katanya.
Tabiat membuka tutup berus maskara, mengepam masuk udara ke dalam tiub yang bukan saja menyebabkan maskara kering bahkan pencemaran bakteria.
Justeru, sewaktu memasukkan kembali berus maskara ke tempatnya, pastikan ditutup ketat bagi mengelakkan gelembung udara terperangkap di dalamnya.
“Sebaiknya, buang segera maskara yang kering dan mengalami perubahan warna, tekstur dan bau,” katanya.
Produk krim boleh bertahan cuma sekitar enam bulan kerana kandungan pelembap di dalamnya mampu membiakkan pertumbuhan bakteria.
“Amati dan kenal pasti sekiranya ada kulat, berbau dan warna kekuningan. Segera buang sekiranya krim itu nampak pelik,” kata Joanne.
Tempoh hayat bagi penggaris mata berbentuk cecair adalah enam bulan namun yang lebih membimbangkan, produk ini dikatakan mudah terdedah kepada bakteria.
Pensil celak boleh bertahan sehingga dua tahun dengan syarat, ia ditutup sempurna selepas digunakan. Mereka mengalami jangkitan mata, disyorkan tidak menggunakan pensil mata melebihi tempoh jangka hayatnya kerana dikhuatiri lebih menambah risiko jangkitan tidak diingini.
Bedak asas berbentuk krim dan cecair boleh bertahan sekitar enam bulan hingga setahun berdasarkan kandungan air, minyak dan ejen penghidratan yang membentuknya sekali gus memendekkan jangka hayat namun menambah kemunculan bakteria.
Bedak dalam bentuk serbuk kata Joanne, mampu bertahan sehingga dua tahun kerana lebih padu sekali gus menyukarkan bakteria membiak.
“Penting untuk pengguna ketahui bahan-bahan dalam bedak asas menggalakkan pembiakan kuman. Justeru, amalkan membaca label yang ditampal di belakang bedak selain buat catatan tarikh luput produk itu. Sebaiknya, cuci secara kerap perkakasan menyolek selain amalkan membersihkan tangan sebelum menyentuh sebarang kosmetik,” beritahu Joanne.
Sebagaimana maskara, kerap membuka dan tutup penutupnya membawa udara masuk ke dalam tiub sekali gus menjejaskan kualitinya.
Beli baharu sekiranya pengilat bibir anda menunjukkan perubahan warna, tekstur mahupun ketebalannya.
Pengilat kuku antara produk tidak tahan lama. Sebaik penutupnya dibuka, ia akan berwap menyebabkan cecair pengilat itu menebal malah merekah.
Bagi mengelakkan cepat rosak, pastikan penutupnya sentiasa ditutup ketat setiap kali selepas digunakan.
“Buang segera penyamar noda yang dilihat sudah mengering, berubah tekstur, berketul, pecah serta merekah selain mengeluarkan bau tidak enak,” nasihat Joanne.
Penyamar noda yang sudah rosak katanya, bukan saja menyebabkan wajah kelihatan bercapuk bahkan menghalang anda memperoleh solekan sempurna.
Berbanding pemerah pipi dan bronzer mempunyai tempoh hayat yang lama, bedak masih kelihatan elok meskipun sudah melampaui tarikh luput.
Bagaimanapun, bedak berkenaan menjadi keras dan tidak membantu mendapatkan solekan cantik selepas tamat tempoh. Begitupun, anda boleh mengurangkan pencemaran bakteria dengan kerap membersihkannya selain tidak membiarkan ia terdedah kepada udara,
Namun, jangan simpan bedak yang penutupnya rosak, berkulat dan mengeluarkan bau pelik.
Gincu yang dijaga dengan baik mampu bertahan hingga dua tahun. Bagi memastikannya kekal elok, jangan sesekali meninggalkan gincu tanpa penutup dan sesekali, lap bahagian lapisan permukaan atas gincu yang berpotensi membiakkan bakteria.
Minyak wangi yang disimpan dengan baik kekal elok meskipun sudah melebihi tarikh luput. Syaratnya, elak menyimpannya di bilik yang panas, di bawah pencahayaan terik selain memastikan ia sentiasa ditutup selepas digunakan.
Tempat terbaik menyimpan minyak wangi adalah di dalam almari namun jangan alpa memerhatikan perubahan warnanya.
Sebelum pakai apa-apa produk pun, anda kena buang kulit mati terkumpul di muka dulu. Barulah berkesan pakai pelembap dan serum di wajah.
Nak tahu macam mana nak buang sel kulit mati? Haaa… salah satunya skrub!
Menurut ciapan daripada @sitijamil92, biasakan pakai masker dan exfoliate adalah antara cara yang dia amalkan.
Saya ada tanya MUA tips untuk nampak makeup cantik. Tips dia setahun awal dah mula scrub + exfoliate + pakai masker muka. Supaya kulit mati atau kotoran tidak terkumpul dekat muka yang buatkan kulit kusam dan kulit bermasalah.
Scrub muka dapat buang kulit mati yang menyebabkan produk wajah yang disapu tidak dapat meresap ke dalam kulit dengan sempurna dan juga menyebabkan kulit kelihatan kusam dan gelap. Ia juga boleh membantu mengelakkan liang pori daripada tersumbat yang akan menyebabkan jerawat.
Sebab itu kadang kala kita pakai pelbagai skincare bagus tetapi tidak berkesan sebab kita lupa untuk step yang penting iaitu betul-betul bersihkan kulit muka.
Tetapi AWAS‼️ jangan scrub berlebihan. Tetapi cukup 1 / 2 kali seminggu sahaja. Scrub berlebihan akan merosakkan kulit.
Lepas scrub, saya wajib pakai masker muka sebab masa ini kulit kita bersih dan mudah untuk menyerap vitamin yang ada dalam mask. Sebab ini kulit kita semakin bersih.
Saya akan pakai rubber mask ini. Fungsi dia untuk mencerahkan, merawat kulit dan glowing kan kulit.
Tambahan kita yang bekerja kadang kala wajah kelihatan lesu dan kulit kelihatan kusam. Rubber mask ini dapat menyerikan kembali wajah sebab bahan dia ada yang boleh Rose and Licorice Extract.
Apabila amalkan scrub dan pakai rubber mask ini kulit sangat bersih dan berseri. Insha Allah semua perempuan yang rajin amalkan, nanti akan nampak cantik berseri semula jadi.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nak kulit glowing tanpa skincare, anda boleh cuba tips cantik yang tanya menggunakan bahan alami yang lebih selamat dan jimat poket.
Masker ini bukan hanya orang dewasa boleh guna, malah anak-anak remaja yang ada masalah jerawat halus atau kulit terbakar pun digalakkan amalkan tips cantik yang dikongsikan Puan Fatin Amierah Zabri ini.
Cukup tiga bahan yang anda boleh dapat dari dapur, jom mulakan buat masker ini.
1 1/2 sudu kunyit serbuk
1 sudu yogurt ( Perisa Asli )
1 sudu madu
1 – Sediakan bekas plastik yang korang dah tak sayang sebab nanti kunyit tu akan lekat warnanya.
2 – Masukkan satu persatu bahan tadi menggunakan SUDU PLASTIK . ( Sudu besi boleh hilangkan khasiat madu )
3 – Tak pun pakai sahaja sudu yogurt tu.
4 – Gaulkan sampai sebati semua .
5 – Pastikan dia pekat dan tak menitik .
6 – Ratakan di muka guna belakang sudu .
7 – Biar dalam 30 minit sehingga kering
8 – Basuh muka guna air suam dan cuci muka anda dan scrub muka terus (amat digalakkan).
PESANAN: Sediakan towel muka yang anda dah tak sayang sebab nanti kena kesan kunyit.
Kulit jadi cerah dan flawless
Glowing kan kulit
Sembuhkan jerawat
Kurangkan pigmentasi
Anti Aging (penuaan)
Kurangkan infection
Kulit rasa lembab je
Pulihkan dari surnbun ( terbakaq)
Kurangkan gelap bawah mata
Fatin dah amalkan setahun lebih, seminggu 2 kali. Paling malas seminggu sekali .
” Tak jadi kuning ke muka tu nanti? “
YES, Muka kita akan jadi sedikit kekuningan . Tapi selepas beberapa jam saja . Sebab itu fatin galakkan scrub muka selepas tu .
” Berapa lama nak nampak kesan ? “
Hmmm .. Tah la . Fatin tak kira pulak berapa lama . Tapi yang pasti selalu lah buat . Tiba-tiba orang dah tegur perubahan kulit nampak lebih sihat dan glowing.
Sebenarnya, petua ni dapat masa fatin sembang dengan satu UNTIE CLEANER (India) masa belajar dulu. Walaupun kulit dia gelap, tapi glowing gila kulit dia! Sebiji jerawat pun tak ada. So dia bagi petua ni .
Dia kata orang India memang amal benda ni. Lagi-lagi masa nak kahwin. Diorang akan kerap buat untuk naikkan seri pengantin. Jadi kita ni cuba lah sebab nak nampak seri pengantin tu setiap hari .
Fatin lebih suka amalkan petua lama berbanding guna skincare yang kita tak tahu isi dia apa.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.